Hari ini, babi masih lagi berkeliaran dalam Utusan Malaysia. Tak kurang dari tujuh tapak menjadi tempat babi berkeliaran dalam akhbar itu. Rajin sungguh nampaknya Utusan Malaysia menternak perkataan babi.
Biarlah, itu kerja mereka untuk mempertahankan periuk nasi mereka. Bayangkan, jika kerajaan Pakatan Rakyat terus menguasai Selangor dan empat negeri lain dalam pilihan raya ke-13 nanti, mungkin pembesar-pembesar dalam akhbar itu akan mati tak makan. Kalaulah Pakatan Rakyat menguasai Malaysia dalam pilihan raya akan datang, mungkin akan mati terkejut mereka.
Persoalannya adakah Utusan Malaysia yang mula mencetuskan masalah?
Kita lihat urutan peristiwa. Mula-mula, pada 3 Apri lalu, dalam posting blognya yang bertajuk "Selangor State Exco: Our team, our hope", Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok megah dan seronok sangat hendak bercerita fasal babi. Maklumlah, baru kali ini merasa jadi kerajaan. Antara lain, beliau menulis:
Bukankah sepatutnya Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari (PKR) yang mengumumkannya?
Bila perkara itu diketahui oleh Utusan Malaysia yang sentiasa laparkan isu untuk membelasah kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat, muncullah berita bertajuk "Selangor lulus projek ternak babi RM100j". Selepas itu, apa lagi, berpesta babilah Utusan Malaysia.
Akhbar itu tahu, orang Melayu memang tak tahan dan sensitif sangat fasal babi. Pembesar-pembesar Utusan Malaysia tahu, isu itu memang laris untuk dipasarkan di lorong-lorong emosi orang-orang Melayu. Ramai orang Melayu yang mungkin tak sembahyang, tak puasa, minum arak, berjudi malah berzina sampai tak pernah kering. Tetapi, babi depa tak makan. Bukan sahaja tak makan, siap geli lagi.
Pembesar-pembesar Utusan Malaysia tahu semua itu. Mereka tahu, isu itu juga akan memberi peluang kepada Umno untuk muncul sebagai jaguh pembela bangsa dan agama walaupun Umnolah pengkhianat Melayu dan Islam.
Ada orang kata, semua itu berlaku kerana pementasan kejakunan. Jakun kuasa. Kalau Yaakob yang mengendalikan perkara itu, beliau mungkin lebih cermat, berhemah dan mesra sensitiviti dalam membuat kenyataan. Itulah akibatnya bila gatal sangat nak ciluk kerja kawan.
Apa hal Melayu sensitif sangat kat babi? Adakah semata-mata kerana orang Islam haram memakannya? Sedikit-sebanyak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin telah menceritakannya.
Biarlah saya tambah sikit lagi. Sejak dari Remove Class (dulu-dulu ada Remove Class atau Tingkatan Peralihan untuk budak-budak sekolah kebangsaan yang masuk aliran Inggeris di sekolah menengah), saya tinggal di kampung Matang dekat Taiping di Perak.
Di Matang, bukan sahaja ada kedai tuak (toddy) untuk orang-orang India di situ dan yang tinggal berdekatan, kandang babi pun berlambak. Masa itu, di Telok Kertang, Kebun Sayoq dan di belakang kedai mamak yang jual barang runcit di pekan Matang, berlambak kandang babi.
Tak kisahlah depa nak bela babi. Tapi kawasan sekitar habis kotor dan jijik menjadi limbah babi. Busuk taik babi tak payah cakap la.
Sebab itulah orang-orang kampung saya waktu selalu merungut, "Antara makhluk yang paling jahat dalam dunia ini ialah babi-babi yang bela babi tu. Lantak pi la depa nak bela babi pun, tapi perangai depa pun macam babi. Depa pun jadi babi sekali".
Mengapa orang kampung saya marah sangat? Padahal depa dah jenuh hidup dengan bau busuk babi dan taik babi.
Sebenarnya, kemuncak kemarahan itu berlaku ketika hawaq babi (hawar) menyerang. Beratus-ratus malah mungkin beribu-ribu ekor babi mampus di kandang-kandang babi sekitar kampung saya. Punyalah kurang ajaq puak-puak bela babi tu, depa main lempaq ja bangkai-bangkai babi dalam sungai.
Bayangkan, mengelampung beratus-ratus ekor babi dalam sungai. Dah kembung-kembung bangkai-bangkai babi tu. Bau hanyaq (hanyir) dan busuk entah apa-apa mendap sakan dalam udara di kampung-kampung di sepanjang sungai itu. Pondok buruk keluarga saya dekat sangat dengan sungai itu. Masjid pun tak jauh dari sungai itu.
Masa itu, orang-orang kampung kami tak makan apa sahaja hidupan di kuala sungai atau di laut pesisir pantai - tak kira ikan semilang ka, kerang ka, ketam nyioq ka. Kawan-kawan yang kerja tebang kayu bakau (Matang juga tak jauh dari laut) cerita, depa tengok sendiri kerang-kerang dok mengerontoi kat bangkai-bangkai babi yang bertimbun-timbun di kuala sungai.
Kawan-kawan saya yang kerja tangkui ketam nyioq naik serba salah nak pi tangkui ketam. Ada yang tak nak pi langsung.
Saya yang kerja ambik upah kopek nyioq (kupas kelapa - masa tu mula-mula RM3 seratus biji, dalam setahun dua lepas tu RM4 pula seratus biji), kalau disuruh oleh Ke Sui tauke saya (juga tauke babi) supaya pi kopek nyioq di kawasan berdekatan kandang babi, terpaksa la juga meranduk merata tepi-tepi kandang babi untuk mencari rezeki. Nasiblah kalau ada babi mampus dan terpaksa menghidu bau yang lebih busuk dari biasa.
Saya teringat kawan saya, Nan cucu Cik Gu Yob (sekarang sudah kembali ke pangkuan Allah), yang pernah nak merasa kehidupan orang susah dan saja-saja nak tolong kami angkut nyioq yang sudah dikopek. Nasib tak baik, masa melintas titi batang nyioq di parit taik babi, guni nyioq yang dia tanggung tu terlepas dalam parit babi.
Jatuhlah nyioq seguni dalam parit taik babi tu. Nasib baik Nan sempat lompat melepasi tebing parit tu. Kalau tidak, dengan dia sekali jatuh dalam parit taik babi tu. Nyioq seguni tu kami tinggal begitu sahaja. Sapa nak ambik. Tak dak pasai lah! Kawan saya yang kerja dengan saya bagi tau nyioq seguni yang jatuh dalam parit taik babi tu diambil oleh Ke Sui. Upah kami tetap dapat.
Awat saya cerita semua tu? Saya nak anda yang tergamak membaca cerita babi di atas membayangkan betapa siksanya kehidupan di sekitar kawasan kandang babi.
Boleh tak bayangkan betapa tersiksanya kami?! Jahat sangatkah orang-orang kampung saya ketika itu apabila mereka kata penternak-penternak babi pun sebenarnya babi juga? Perangai macam babi.
Salahkah orang-orang kampung saya yang selalu merungut, "Hampa sedap-sedap mentedarah babi, kami yang kena tanggung bala!"
Babi di Selangor bagaimana pula? Saya tak tau sangat. Tapi, tak silap dalam tahun 1977 atau 1978, saya pernah kerja jadi kelendan lori trailer. Nak jadi cerita, pernah sekali kena bawa dedak untuk makanan babi ke Bukit Pelanduk. Itulah pertama kali saya ke Bukit Pelanduk.
Punyalah luas kawasan kandang babi di situ, saya pun tak tau nak cerita. Dah lama dah. Bukan sejak kerajaan pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim baru ada kandang babi di situ.
Sampai saja ke kawasan babi di mana dedak makanan babi itu dihantar, saya buat baloq dan tak turun-turun dari lori. Saya hanya tolak guni-guni dedak ke tepi di bahagian belakang lori supaya diangkut sendiri oleh pekerja-pekerja kandang itu. Sedihnya, pekerja-pekerja yang angkut guni dedak tu orang-orang kita juga. Kalau tak silap mereka cakap Jawa.
Mungkin lebih lama sebelum 1977 atau 1978 babi telah berlambak-lambak di situ. Sudah lama Utusan Malaysia menyembunyikan hakikat itu.

Yesterday, the Selangor state exco meeting approved a RM100 million modern pig farm in Selangor. I felt so proud to see this decision being approved by our state excos. The exco who in charge of agriculture port folio is Yaakob from PKR. He is an expert in the field of modern agriculture. I told the excos in the meeting that let the Selangor modern pig farm be an example to all other state governments.Nampak apa yang tak kena? Bukan, bukan fasal "I felt so proud". Suka hati dialah nak bangga ka, apa ka.. Yang tak kenanya kenapa Exco yang memegang portfolio Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan yang tak sabar-sabar sangat nak mengumumkan perkara itu?
Bukankah sepatutnya Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari (PKR) yang mengumumkannya?
Bila perkara itu diketahui oleh Utusan Malaysia yang sentiasa laparkan isu untuk membelasah kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat, muncullah berita bertajuk "Selangor lulus projek ternak babi RM100j". Selepas itu, apa lagi, berpesta babilah Utusan Malaysia.
Akhbar itu tahu, orang Melayu memang tak tahan dan sensitif sangat fasal babi. Pembesar-pembesar Utusan Malaysia tahu, isu itu memang laris untuk dipasarkan di lorong-lorong emosi orang-orang Melayu. Ramai orang Melayu yang mungkin tak sembahyang, tak puasa, minum arak, berjudi malah berzina sampai tak pernah kering. Tetapi, babi depa tak makan. Bukan sahaja tak makan, siap geli lagi.
Pembesar-pembesar Utusan Malaysia tahu semua itu. Mereka tahu, isu itu juga akan memberi peluang kepada Umno untuk muncul sebagai jaguh pembela bangsa dan agama walaupun Umnolah pengkhianat Melayu dan Islam.
Ada orang kata, semua itu berlaku kerana pementasan kejakunan. Jakun kuasa. Kalau Yaakob yang mengendalikan perkara itu, beliau mungkin lebih cermat, berhemah dan mesra sensitiviti dalam membuat kenyataan. Itulah akibatnya bila gatal sangat nak ciluk kerja kawan.
Apa hal Melayu sensitif sangat kat babi? Adakah semata-mata kerana orang Islam haram memakannya? Sedikit-sebanyak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin telah menceritakannya.
Biarlah saya tambah sikit lagi. Sejak dari Remove Class (dulu-dulu ada Remove Class atau Tingkatan Peralihan untuk budak-budak sekolah kebangsaan yang masuk aliran Inggeris di sekolah menengah), saya tinggal di kampung Matang dekat Taiping di Perak.
Di Matang, bukan sahaja ada kedai tuak (toddy) untuk orang-orang India di situ dan yang tinggal berdekatan, kandang babi pun berlambak. Masa itu, di Telok Kertang, Kebun Sayoq dan di belakang kedai mamak yang jual barang runcit di pekan Matang, berlambak kandang babi.
Tak kisahlah depa nak bela babi. Tapi kawasan sekitar habis kotor dan jijik menjadi limbah babi. Busuk taik babi tak payah cakap la.
Sebab itulah orang-orang kampung saya waktu selalu merungut, "Antara makhluk yang paling jahat dalam dunia ini ialah babi-babi yang bela babi tu. Lantak pi la depa nak bela babi pun, tapi perangai depa pun macam babi. Depa pun jadi babi sekali".
Mengapa orang kampung saya marah sangat? Padahal depa dah jenuh hidup dengan bau busuk babi dan taik babi.
Sebenarnya, kemuncak kemarahan itu berlaku ketika hawaq babi (hawar) menyerang. Beratus-ratus malah mungkin beribu-ribu ekor babi mampus di kandang-kandang babi sekitar kampung saya. Punyalah kurang ajaq puak-puak bela babi tu, depa main lempaq ja bangkai-bangkai babi dalam sungai.
Bayangkan, mengelampung beratus-ratus ekor babi dalam sungai. Dah kembung-kembung bangkai-bangkai babi tu. Bau hanyaq (hanyir) dan busuk entah apa-apa mendap sakan dalam udara di kampung-kampung di sepanjang sungai itu. Pondok buruk keluarga saya dekat sangat dengan sungai itu. Masjid pun tak jauh dari sungai itu.
Masa itu, orang-orang kampung kami tak makan apa sahaja hidupan di kuala sungai atau di laut pesisir pantai - tak kira ikan semilang ka, kerang ka, ketam nyioq ka. Kawan-kawan yang kerja tebang kayu bakau (Matang juga tak jauh dari laut) cerita, depa tengok sendiri kerang-kerang dok mengerontoi kat bangkai-bangkai babi yang bertimbun-timbun di kuala sungai.
Kawan-kawan saya yang kerja tangkui ketam nyioq naik serba salah nak pi tangkui ketam. Ada yang tak nak pi langsung.
Saya yang kerja ambik upah kopek nyioq (kupas kelapa - masa tu mula-mula RM3 seratus biji, dalam setahun dua lepas tu RM4 pula seratus biji), kalau disuruh oleh Ke Sui tauke saya (juga tauke babi) supaya pi kopek nyioq di kawasan berdekatan kandang babi, terpaksa la juga meranduk merata tepi-tepi kandang babi untuk mencari rezeki. Nasiblah kalau ada babi mampus dan terpaksa menghidu bau yang lebih busuk dari biasa.
Saya teringat kawan saya, Nan cucu Cik Gu Yob (sekarang sudah kembali ke pangkuan Allah), yang pernah nak merasa kehidupan orang susah dan saja-saja nak tolong kami angkut nyioq yang sudah dikopek. Nasib tak baik, masa melintas titi batang nyioq di parit taik babi, guni nyioq yang dia tanggung tu terlepas dalam parit babi.
Jatuhlah nyioq seguni dalam parit taik babi tu. Nasib baik Nan sempat lompat melepasi tebing parit tu. Kalau tidak, dengan dia sekali jatuh dalam parit taik babi tu. Nyioq seguni tu kami tinggal begitu sahaja. Sapa nak ambik. Tak dak pasai lah! Kawan saya yang kerja dengan saya bagi tau nyioq seguni yang jatuh dalam parit taik babi tu diambil oleh Ke Sui. Upah kami tetap dapat.
Awat saya cerita semua tu? Saya nak anda yang tergamak membaca cerita babi di atas membayangkan betapa siksanya kehidupan di sekitar kawasan kandang babi.
Boleh tak bayangkan betapa tersiksanya kami?! Jahat sangatkah orang-orang kampung saya ketika itu apabila mereka kata penternak-penternak babi pun sebenarnya babi juga? Perangai macam babi.
Salahkah orang-orang kampung saya yang selalu merungut, "Hampa sedap-sedap mentedarah babi, kami yang kena tanggung bala!"
Babi di Selangor bagaimana pula? Saya tak tau sangat. Tapi, tak silap dalam tahun 1977 atau 1978, saya pernah kerja jadi kelendan lori trailer. Nak jadi cerita, pernah sekali kena bawa dedak untuk makanan babi ke Bukit Pelanduk. Itulah pertama kali saya ke Bukit Pelanduk.
Punyalah luas kawasan kandang babi di situ, saya pun tak tau nak cerita. Dah lama dah. Bukan sejak kerajaan pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim baru ada kandang babi di situ.
Sampai saja ke kawasan babi di mana dedak makanan babi itu dihantar, saya buat baloq dan tak turun-turun dari lori. Saya hanya tolak guni-guni dedak ke tepi di bahagian belakang lori supaya diangkut sendiri oleh pekerja-pekerja kandang itu. Sedihnya, pekerja-pekerja yang angkut guni dedak tu orang-orang kita juga. Kalau tak silap mereka cakap Jawa.
Mungkin lebih lama sebelum 1977 atau 1978 babi telah berlambak-lambak di situ. Sudah lama Utusan Malaysia menyembunyikan hakikat itu.
Berkaitan di sini.
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Artikel-artikel mengenai Islam di sini

Cantik? Klik 

Aiya Bakak! Itu babi punya citer hah... kan ada unsur 3 S? Yakni ia adalah menepati unsur SENSASI, SENSITIF dan SYOK.
Cina manyak suka makan babi. Melayu toksahlah saya cakap kerana saya Cina, nanti timbul perasaan perkauman antara u and i.
Jadi sekarang ini Utusan Malaysia mau kasi laga-laga lah kita orang, kerana ia juga menuhi satu S yakni STRATEGI. Dengan memainkan isu babi bukan saja dapat berlagakan soal kaum tetapi juga soal PR yakni politik.
Konflik agama saya tak nampak sangat, kerana Maududi pun menyiakan bukan muslim untuk mengadakan tapak-tapak mereka bagi aktiviti mereka.
Maka sepatutnya isu ini diolah dari segi teknologi dan alam sekitar. Sedihnya rakyat disajikan dengan kompang yang berunsur loaded dengan sentimen negatif dan rendah nilai ilmiahnya.
Redhuan D. Oon
kalau segala keputusan di buat secara berhemah dan ikut saluran yang betul pasti isu ini tidak akan jadi modal murahan kpd BN untuk hentam pakatan rakyat..lagipun projek inipun sebenarnya adalah legacy dari kerajaan BN yang dulu.
Masalah timbul apabila ada ahli exco PR yang jakun yang cepat sangat nak popular nak jd juara rakyat (satu puak) sekelip mata..sebenarnya bagi orang islam yang tinggi kesedarannya pasti sangat2 bersetuju sdh tiba masanya ladang-ladang babi yang melata ini dibuat secara berpusat agar segala masalah pencemaran yang timbul dapat diatasi..bukankah islam itu memetingkan kebersihan..dan islam mengajar umatnya hidup secara bertolenrasi dalam hal2 yang memberi kebaikan..jadi kepada yang sibuk2 duk menghentam tanpa usul periksa tu..fikir-fikirkanlah bumi tuhan ini bukan hanya untuk umat islam sahaja!!
kat pulau pinang menetang babi nih lagi lama dah ada.nuuhh kat sg.2 pulau pinang kat tapak pesta dengan bekas pejabat jpj penang tuhhh dulu kandang babi.depan berek polis bengkel sg.2 dulu kandang babi waktu tuh kan ka saya dok sekolah tadika tauunn 80.lama dahhh pasai babi nih.kat batu kawan pun ada babi.nihhh nak habaq bagi kat pak bakaqqq ka nak pgl bang bakaq,takpalah pgl bang bakaq ja lah.nuhhh kat kampung selamat tasek glogoq nuhhh waktu apa nama si sharip omaq dok jd MP ngan timbalan menteri pertanian babi nih depa dok letak dalam van ja dok buat menjuai...iskhhh kannya depa tak tauuu lama dahhh tauuu...
malas lah nak sembang pasai babi nih dah lama dah org melayu dok bersungut pasai babi nih patut toksah dok bagi bela dari dulu lagi.
hah...bang bakaq tau ka saya nih dok kat kampung jawa klang tapi kws taman lah jiran saya kannka semuanya hindu kristian ngan hindu patung banyak tangan depa nih kannka lagi anti pasai babi dari kita rupanya puak kristian bangsa india nih tak mentekedarah babi depa bagitau dalam bible pun ada sebut pasai keburukan babi.
panjang nak cerita lagi baru la sempat nak kongsi pengalaman pasai cerita babi nih.tapi kannka saya kesian kat babi tonyok kat zoo tepen nuuhh..rasional apa depa p bela babi tonyok dlm zoo tuhh..iskhhh
babi nih diciptakan oleh ALLAH ada hikmah nya..hah mungkin kita jangan jadi macam babi.biaq babi saja laguu babi.
Kawan-kawan semua,
Kita kena ingat semasa BN memerintah BABI tak ada isu macam ni, sebab ditukarkan namanya kepada KHINZIR (sempena kerajaan islam hadhari).
Sekarang dipopularkan dengan nama asal BABI agar cepat orang Melayu sensitif. Tapi kalau dinegeri yang BN memerintah terus digunapakai nama KHINZIR.
Itu aje ceritanya. Walhal dua-dua sama saja.
Apa susahnya pasal BABI ni. Nama BABI disensasikan setelah 5 Negeri yang diperintah BN tumbang. Maka berita melalui pelbagai media pun hangatlah menyebut BABI.
Kalau sebelum ini nama BABI memang diharamkan sebut sebab nama yang dibenarkan ialah KHINZIR. Itulah antara sejuta tipu daya UMNO di Malaysia. Lebih banyak untuk 'mengkelabu taik kucing' mata rakyat. Walhal babi dah wujud di Malaysia sejak UMNO memerintah negara ini lebih 50 tahun dulu.
Kalaulah BN menang semula (Minta dijauhkan Allah) KHINZIR akan disensaikan pulak. Nama babi akan dipadamkan.
Tengok saja di Terengganu apabila 'Rasul Hadhari' tidak jadi MB dan Exco, maka Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam HADHARI dah padam. yang ada hanya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan ISLAM, tiada Hadhari.
Slogan Islam di Malaysia dijadikan dasar negera apabila siapa jadi PM. Masa Dr. Mahadir 'Penerapan Nilai-nila Islam', masa Pak Lah "Islam Hadhari' mungkin pula masa Pak Jib "Islam Altantuya'
UMNO Boleh Masuk Kubur - DAP!
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16899&postdays=0&postorder=asc&start=0
Strategi peminggiran orang melayu oleh orang cina
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16736&postdays=0&postorder=asc&start=0
PECAHBELAHKAN DAP!
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16847&postdays=0&postorder=asc&start=0
MCA PN DH SENADA DGN DAP? X RESPECT KETUANAN MELAYU?
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16832&postdays=0&postorder=asc&start=0
mari MENGENAL ASAL-USUL KAUM CINA (DAP)
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16933&postdays=0&postorder=asc&start=0