Isteri saya suka dengar radio IKIM. Saya pula hanya dengar radio tersebut kalau dia pasang bacaan Quran ka, doa ka. Kalau setakat nasyid atau lain-lain yang saya tak minat, cepat-cepat saya tutup radio. Kebanyakan nasyid tidak ada nilai seni kecuali sedikit seperti "Sumayyah" yang dinyanyikan oleh Hijaz.
Bagaimanapun, tiap-tiap hari terpaksalah mengalah kerana isteri saya kuat sangat dengar radio IKIM. Tadi saya terdengar soal-jawab agama dalam radio IKIM mengenai keputusan kerajaan Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang. Ulasan agak seimbang.
Tetapi yang saya tercengang-bengang ialah ulasan dibuat seolah kerajaan Selangor itu kerajaan Islam. Kerajaan Selangor bukan kerajaan Islam. PKR tidak menjadikan perjuangan Islam sebagai tema utamanya. DAP pula adalah parti yang terkenal dengan sikap alerginya kepada Islam, takut mereka marah pula nak kata anti-Islam.
PAS pula akhir-akhir ini dijadikan seperti Parti Progresif Rakyat (PPP) di dalam Barisan Nasional (BN). Dulu giliran PPP, sekarang giliran PAS pula (nak marah, marahlah kalau saya menulis seperti Datuk M Kayveas).
Saya rasa, lebih relevan kalau soal penternakan babi itu ditinjau dari sudut sensitiviti dan rasa tidak senang sebahagian rakyat Malaysia yang juga membayar cukai dan mempunyai hak kewarganegaraan. Bukan ditinjau dari sudut hukum Islam seperti menghormati hak bukan Islam atau maslahat umum atau menjejaskan syiar Islam di Selangor.
Saya tidak begitu selesa dengan saranan menempelkan Islam pada entiti yang bukan Islam. Saya tidak kata haram atau apa-apa pun. Mana saya nak berani bagi hukum, saya bukan reti hukum-hakam Islam. Tetapi, sebagai manusia yang bersyahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.'a.w.w. adalah RasuluLlah, saya tidak selesa Islam jatuh lekeh dan menjadi bahan tempelan semata-mata.
Saya yakin kita patut mengurangkan tindakan yang menyarankan Islam menjadi bahan tempelan di sana-sini, kalaupun tidak menghentikan. Apa yang patut kita buat ialah menawarkan Islam yang tulen kepada semua pihak, bukan Islamisasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Islam Hadhari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kerja kita ialah menda'wahkan Islam yang tulen dan sebab itulah saya menyokong PAS menawarkan Fasal 5 perlembagaannya dalam sistem demokrasi. Selagi kita dibenarkan menawarkan Islam yang tulen melalui sistem yang rakyat negara ini yakin dan mahu, iaitu sistem demokrasi, kita akan manfaatkan cara itu.
Tetapi, kalau da'wah sudah disekat, dicerca atau diberi amaran seperti yang tergambar dalam posting bertajuk "We dont take order from you!", kita akan fikir cara lain, tak kiralah perjuangan bawah tanah atau apa sahaja. Kita tak nak buat, tetapi kita bersedia sahaja.
Saya melihat kita sedang melalui tempoh di mana Islam menjadi bogeyman baru atau bahan permusuhan yang baru. Dulu, selepas pilihan raya umum 1978, ketika berucap dalam Parlimen, Dr Mahathir kata "PAS lebih bahaya dari komunis". Pada masa itu, saya taklah terasa sangat PAS di perlakukan sebagai suatu entiti yang lebih bahaya dari komunis.
Tetapi hari ini, saya sudah merasainya. Setelah ditunjuk jalan dan dimulakan oleh para pemimpin Umno (sekarang media mereka gila-gila menjadi lebih Islam dari Islam) dan penyembah-penyembah akal kontot mereka sendiri di kalangan orang-orang yang mengaku Islam, orang-orang bukan Islam semakin kurang ajar dengan Islam.
Kita lagi pandai buat kurang ajar, tetapi kita masih menghargai orang-orang bukan Islam yang tidak kurang ajar. Kalau kita lawan orang-orang bukan Islam yang kurang ajar itu, kita bimbang orang-orang bukan Islam yang tidak kurang ajar akan terasa pula. Kita tak mahu perkara itu berlaku.
Tetapi, kita tidak akan selama-lamanya membatukan diri atau bersikap defensif. Kita tidak pernah buang semangat Sumayyah.

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Artikel-artikel mengenai Islam di sini

Cantik? Klik 

Your measured, thoughtful position on this issue is to be applauded.
Straying from the topic here for a moment, apakah maksud anda bahawa "PAS akhir-akhir ini dijadikan seperti PPP di dalam BN"? Maaf, mungkin saya tak berapa faham nuansa politik dalaman mengenai PPP dan BN.
asslmkm, saya tertarik dgn ayat ni 'bukan Islamisasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Islam Hadhari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. sbb semua islam atas tu berbau politik sdg kan islam dh bertapak disini beratus2 kurun awat lak nak tubuh mcm2 kumpulan islam.
tp yg hairankan isiu babi, PKR yg penasihatnya tokoh islam kononnya tak ternasihat ke MB selangor tu atau nak dpt undi org bkn islam supaya cepat2 nak jd pm huuuuuhh
apakah maksud anda bahawa "PAS akhir-akhir ini dijadikan seperti PPP di dalam BN"? Maaf, mungkin saya tak berapa faham nuansa politik dalaman mengenai PPP dan BN.
Maksudnya anak tiri atau sekurang-kurangnya dianaktirikan.
Apa nak heran..kerana kuasa dan pangkat kadang2 boleh terlupa akan sensitiviti umat islam sekeliling.
Memang hak org bukan islam untuk makan babi tak kiralah berapa byk sekalipun tapi kalau dah buat ladang sampai beratus ekar ni dah kira ter'over' sgt..kalu ya pun nak amik hati pengundi2 bukan islam yang memenangkan Pakatan Rakyat biarlah berpada2..bagaimana besok jika PR yang amik alih teraju pemerintahan malaysia bukak ladang 100 ekar setiap negeri (kecuali kelantan/terengganu/kedah)agak2nya boleh jadi pengeluar dan pengeksport babi utama untuk pasaran asia kot!!
Saudara
Perlu kita membezakan dua perkara:
PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS. Ini perlu diambil perhatian oleh kita semua.
Jadi, kritik PAS bukanlah mengkritik Islam dan sebaliknya.
PAS adalah parti politik, bukan satu-satunya institusi khas memjuangkan ugama. Ini bukan mandatnya. Adanya institusi lain yang lebih tepat and wajar.
Saya menyokong strategi pimpinan PAS mengambil posisi tengah supaya hasrat parti dapat direalisasikan sebagai parti dalam kerajaan. Keyakinan kepada PAS olih pegundi bukan Islam adalah penting untuk PAS menjadi parti mendukung kerajaan persekutuan
Sori, Encik Ismail
Yang saya tekankan ialah Fasal 5 Perlembagaan PAS. Tetapi, kadang-kadang tu ada juga tersilap.
Tetapi, saya harap Saudara fikirkan juga kisah-kisah di kampung.. Kalau pokok berhantu, orang tak halau hantu, orang terus tebang pokok yang dikatakan berhantu. Harap faham dan harap fikir2kan..
Assalamualaikum, abg pakaq, ana suka dgn ayat yg bwh ni..
"...(sekarang media mereka gila-gila menjadi lebih Islam dari Islam) dan penyembah-penyembah akal kontot mereka sendiri di kalangan orang-orang yang mengaku Islam, orang-orang bukan Islam semakin kurang ajar dengan Islam."
mmg wajar pun cakap mcm 2 hmm...
bila lagi ana dpt jmpa abg Pakaq nih, PRU-12 hr2 pun abg Pakaq dh ke KL, dpt jmpa dgn Abg Zuzalee dll ja pun..