Sedap!! Klik gambar di atas!

PAS, JKR dan PPP

Malaysiakini melaporkan analisis bertajuk "Is Anwar bluffing?" Bahagian pertama di sini dan bahagian kedua di sini.

Saya tidak tahu sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong atau tidak. Dia boleh apa saja. Apabila orang bertanya saya, saya hanya berkata, "Selagi tak terbukti apa yang dia kata, aku anggap cerita itu samalah seperti cerita enam kotak rahsia kejahatan dalam kerajaan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dulu. Setengah kotak pun kita tak nampak".

Saya ingin mengajak anda merenung lebih ke hadapan. Bagaimana kalau Anwar mempunyai 61 Ahli Parlimen di belakangnya? Maksudnya, 31 Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket KeADILan sekarang ditambah, katakanlah, 30 orang lagi Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat ke dalam parti itu.

Anwar selalu didakwa sebagai begitu sombong dan angkuh ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu. Mungkin salah dan mungkin benar. Kalau benar, bagaimana apabila dia menjadi Perdana Menteri? Bagaimana PAS ketika itu.

Hari ini, ketika KeADILan hanya mempunyai 31 kerusi Parlimen, ahli-ahli dan penyokong PAS bukan sahaja menjadi JKR kepada KeADILan dan calon-calonnya dalam pilihan raya lalu dan pilihan raya-pilihan raya sebelum ini, malah parti itu sendiri bagaikan Parti Progresif Rakyat (PPP) di dalam Barisan Nasional.

Adakah PAS akan terus jadi JKR atau PPP di dalam Pakatan Rakyat? Ahli-ahli dan penyokong PASlah yang menentukan sama ada mereka akan terus menjadi JKR dalam pakatan itu atau tidak. Dan, para pemimpin PASlah yang menentukan sama ada parti itu akan terus menjadi PPP atau tidak.

Sambil itu, di samping mengarusperdanakan agenda negara Islam di dalam PAS, kita juga mesti mengarusperdanakan usaha untuk memastikan PAS mendapat sebanyak-banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang. Itulah salah satu cara untuk memastikan PAS tidak jadi JKR dan PPP.

Berkaitan di sini.

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pemimpin PAS sepatutnya menerajui Kerajaan Persekutuan jika gabungan PR memerintah: Sebabnya: sila baca:

    Here an interview by Sin Chew Daily with PKR president Wan Azizah Ismail, reproduced by the Sun Daily, who said she and her party will not champion the Ketuanan Melayu, well is is easy for her to say, but I bet if Chinese takes over power from the Malay, Wan Azizah will take off her tudung and wears a cheongsam and no body can tell whether she is a bumiputra!:-
    PKR to champion for 'Ketuanan Rakyat'
    Kong See Hoh

    PETALING JAYA (April 24, 2008): If Pakatan Rakyat (PR) comes to power at federal level, a coalition government headed by PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim will be championing "Ketuanan Rakyat" (people's supremacy) instead of shouting for "Ketuanan Melayu" (Malay supremacy).

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail said this during an interview with Sin Chew Daily.

    In the interview, published today, she stressed that PKR will not become a single-race party but will stay true to its multi-racial party politics.

    In a multiracial society, she said, PKR's coalition partner PAS will definitely not be able to set up an Islamic state.

    Wan Azizah said although it is PAS's ideology to create an Islamic state, it can only be practised in the overwhelming Malay-majority state of Kelantan, and not the whole of Malaysia due to the country's multiracial makeup.

    "We must recognise that Islam is the country's official religion but it is impractical to turn the multiracial and multireligious Malaysia into an Islamic state, everything must be based on the Federal Constitution," she said when asked to state PKR's stand on the Islamic state ideology espoused by PAS, and the party line should PR get the chance to form the federal government.

    Wan Azizah is to be nominated for the Parliamentary Opposition job when the 12th Parliament begins its maiden session on Monday.

    The Opposition has won 82 parliamentary seats to deny the Barisan Nasional (BN) a two-thirds majority.

    It also wrested control of Kedah, Penang, Perak and Selangor from BN in the March 8 general election.

    On the opposing stand taken by DAP and PAS on the Islamic state issue, Wan Azizah said: "Islamic state has always been PAS' agenda and DAP, as everyone knows, is against it (making Malaysia an Islamic state).

    "The fact is, we all accept that Islam is the official religion of Malaysia, and the three parties should cooperate within the framework of the constitution."

    She said the country has the Federal Constitution, and we should follow what is provided for under the constitution.

    The reality is that the Malaysian society is made up of Malays, Chinese, Indians and other minority races, making it impossible to establish an Islamic state, she said.

    She said PAS alone cannot form the federal government and PAS must recognise the fact that its Islamic state ideology will remain just an idealistic concept.

    She also stressed that the voices of the minority races cannot be denied.

    "As such, we should not keep talking about Malay supremacy or marginalising a certain race, which is not what the people want to see."

    She also refuted the assertion that the Malay leaders in PR have sacrificed the interests of Malays in order to appease non-Malays in the country.

    Giving the Selangor state government's decision to go ahead with the centralised pig farming project as an example, she said there is no "so-called sacrifice".

    "The project is given the thumbs up because (we) don't want to see (the present) pig farms to continue to pollute the environment.

    "We must accept that it is the right of the Chinese to eat pork. Although Muslims do not consume pork but they have no rights to stop non-Muslims from eating pork.

    "We must accept others' rights, but not including polluting the environment," she added.

    "You can eat pork, but (you) cannot pollute the environment. I believe no one can accept filth and another Nipah outbreak, but its your right (to eat pork) and the Malays should accept centralised pig farming.

  2. Saya rasa, 2012 nanti, Politik JKR akan berkubur.

    DAP menang banyak kerusi, tanpa poster yang banyak.

    Saya tidak pasti pasal PACA, adakah DAP ada cukup PACA.

    Pas mengamalkan Politik JKR kerana musuhnya PAS iaitu UMNO mengamalkan politik JKR yang lebih dasyat.

  3. Cerita enam kotak rahsia kejahatan dalam kerajaan Mahathir itu dijaja oleh Sdr.Ezam. Kotak tu tak penting, apa yang terkandung di dalamnya yang mustahak.

    Nak dedahkan tak boleh kena terikat dgn akta2 tertentu. Mungkin bila mereka ambil alih kuasa & akta tu dimansuh bolehlah kau dan aku baca isi kandungannya.

    Pasai JKR dan PPP ini,aku berpendapat begini sajalah,Pakatan ini baru lahir tak sampai 2 bulan,
    meniarap pun belum lagi,apatah bercakap. Bagilah peluang dia membesar dulu,lepas tu baru kita tentukan sapa JKR dan sapa PPP.

    Pasai Anwar,inilah yang dikatakan perang psikologi politik. Setiap kali Anwar buka mulut pihak lawan akan menyalak...tandanya depa pun khuatir betoi atau tidak. Anwar tau benda ini tak kan berlaku,
    selagi dia tak masuk Parlimen. Wakil2 rakyat BN pun tak akan lompat selagi belum pasti Anwar menjadi YB.Sudah tentu mereka tak akan sokong sapa2 dalam PR utk jadi PM,kecuali Anwar.

    Tunggulah....baru 2 bulan tak sampai.

    cheers.

  4. Patutlah ana rindu dengan posting-posting tuan hamba. Memang posting-posting tuan hamba begitu membuka minda hamba. Isu-isu yang dikemukakan semuanya di luar kotak fikiran hamba. Tahniah, teruskan wahai tuan hamba. Hamba bersama-sama tuan hamba istiqamah dalam perjuangan yang tiada penghujung ini.

  5. Hai, mula mengeluh, pada siapa nak diharapkan memikul perjuangan Fasal 5. Atau bolehkah kita namakan ini sebagai Political Acumen? Nada Wan Azizah dalam wawancaranya dgn Sin Chew Daily lebih melegakan daripada huhahuha Karpal Singh. At least jika kita bersabar dalam mendokong Fasal 5, kita boleh aplikasikan di Kelantan, seperti kata Wan Azizah. Kita tunjukkan kehebatan Islamic State. Biar orang terlopong tengok. Tapi ada kemungkinan berbangkit isu hudud anti-perlembagaan oleh Zaid Ibrahim kedua?
    Kalau kita terus berdegil dan tidak fleksibel dengan Fasal 5, ke mana kita mahu bawa perjuangan ini? Bersatu dengan Hizb at-Tahrir?

    Emm, saya dah pening dengan semua ni. Jika mahu dikatakan 'This is political acumen', tidak nampak pula di mana kepintarannya. Asyik kita aje bertolak ansur dan kemudian diinjak2.. Bilakah pertolongan ALlah akan datang? ;(

  6. Anwar Ibrahim adalah permulaan satu kehancuran bagi PAS. Ramai yang mengakui, tapi tak berani mengucapkannya takut dichop pengkhianat Pakatan Rakyat. Namun yang ditakuti itulah akan membinasakan PAS satu hari nanti.

    CIA di belakang Anwar tidak mencintai PAS, janganlah pipi kita tersorong-sorong sedangkan hidung kita tak mancung. Jangan terantuk baru nak terngadah, nasi telah menjadi bubur...! Jangan bila kaki sudah terikat, baru mulut hendak menjerit.....di mana akal kita? Di mana perjuangan menegakkan Agama kita? Di mana Negara Islam yang selama ini kita perjuangkan? Apakah kerana telah nampak balau-balau kuasa, kita terus lupa asal usul kita? Jangan bila sudah sedap diayun buayaian, kita lupa perjuangan kita.... Kita terus terleka dengan kuasa yang sedikit. Kita di perbodohkan di Perak dengan perjanjian Pangkor, kita diperbodohkan di Selangor dengan isu babi, kita diperbodohkan di Pulau Pinang dengan isu DEB....kita lebih teruk daripada JKR atau PPP...!

  7. saya mengundi keadilan dan pas utk parlimen dan dun kerana itu sahaja pilihan yg ada.

  8. Kita kompromi tentang Negara Islam, Kita kompromi tentang Hudud, kita kompromi tentang siapa yang layak jadi PM jika PR memerintah. Kita kompromi soal Babi, kita kompromi soal kuasa di Perak, kita kompromi soal Perlantikan Exco di Penang. Kita dah malu nak pakai kopiah putih, kita dah mula tukar cara berpakaian, Apa lagi yang kita akan kompromi di masa akan datang? Masih Parti Islam kah kita?

    Bila saya menulis begini, akan adalah mereka2 yang melebel saya sebagai barua UMNO lah, pelacur politiklah, penulis upahanlah dll. Lantaklah... saya dah muak dengan kompromi, kalau dulu semua tak boleh kompromi.... Kita cabar UMNO ishtiharkan Malaysia sebagai negara Islam, kita bising macam nak rak bila UMNO bela nasib penternak babi, kita melalak bila UMNO tak laksana hudud, kita bantai UMNO bila biarkan kaum India bina kuil banyak2, kita belasah UMNO sebab tak hirau orang Islam masuk Kristian, kita bantai UMNO bila banyak rumah urut di Selangor, kini apa dah jadi...? Rumah urut semakin bertambah di Puchong, Kuil yang diroboh oleh Khir Toyo dah dibina semula lebih besar, kini kita bercakap tentang kebaikan menternak babi... huh... tolonglah...

  9. kalau Anwar boleh dapat 30 kerusi ahli parlimen melompat parti menyokongnya...maknanya dia boleh dapat lebih banyak lagi sokongan selepas itu. So, PAS yg hanya ada 23 kerusi jangan banyak sangat ragam ' nanti pak sheikh tendang' dari pakatan rakyat yg dah memerintah waktu tu..

    p/s PAS! cepat2 susun strategi

  10. Apakah PAS juga hendak tunggu akar umbi bersuara macam UMNO hari ini? Sabar ada hadnya, bukankah itu kata-kata pucuk pimpinan satu ketika dulu? Mengapa sekarang semua boleh, semua pakat fleksibal? Sudah tukar ka? Atau mau ditukar ka?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008