Memang benar ahli-ahli PAS menjadi Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada parti-parti rakan. Memang benar PAS di dalam Pakatan Rakyat bagaikan Parti Progresif Rakyat (PPP) di dalam Barisan Nasional. Suka hatilah nak percaya tak percaya. Saya tak nak sebutlah siapa yang cakap "PAS does not exist in Penang" (Ketua Menteri khabarnya terkedu bila orang itu cakap gitu).
Tetapi, adakah semuanya salah orang lain? Adakah orang-orang PAS tidak bersalah?
Kadang-kadang kitalah yang menjadikan PAS bagaikan JKR. Contohnya pemimpin PAS di sebuah negeri baru-baru ini yang khabarnya mengeluh berkali-kali apabila Pemuda PAS di negeri berkenaan menawarkan khidmat untuk berperanan lebih berkesan.
"Malu, malu, malu," katanya. Kononnya kerana PAS ketandusan professional, PhD dan bergelar doktor.
Apabila Dewan Muslimat meminta pengiktirafan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), sekali lagi dia malu, malu, malu!
Apabila Jabatan 'Amal meminta ruang dan peluang untuk mendirikan apa yang saya nak sebut sebagai Akademi Khidmat Sosialnya, dia bertanya pula, "mampu ke?!"
Terkejut babun saya mendengar perkhabaran-perkhabaran itu. Tolonglah! Pemuda PAS Selangor bukan taraf kutu bangsat macam bakaq a.k.a. ~penarik beca. Kalau bakaq a.k.a. ~penarik beca yang menawarkan diri untuk memberi khidmat bagi mengukuhkan pertapakan pertama PAS di dalam pentadbiran negeri berkenaan, memang patut pemimpin berkenaan merasa kudung kepala. Memang patut dia berkata dalam hati, "buat malu kompeni je!" Kalau dia rasa nak ludah muka saya pun, memang patut dia ludah muka saya. Saya bodoh, saya jahat.
Tetapi, kalau kita bawa lori dan panggil dengan hailer orang-orang professional di dalam Pemuda PAS negeri berkenaan, saya yakin kita boleh angkut berlori-lori makhluk professional itu.
Apa yang nak malu sangat dengan Pasti? Mengapa kita masih tak sedar-sedar keistimewaan Pasti dengan serba keterbatasan dan ketidakmampuannya? Mengapa kita kedekut sangat menghargai Pasti yang berjaya melahirkan ratusan ribu anak-anak kecil berjiwa mu'min dengan pedagoginya yang tersendiri? Mengapa tak terasa hiba di dalam hati terhadap pengorbanan guru-guru Pasti yang mengajar anak-anak kita dengan gaji yang terlalu kecil dan memerah air mata?
Apa terjadi hati kita yang tidak dapat melihat ketrampilan Jabatan Amal? Masih ingat 10 Eleven? Jabatan Amal yang ditanya kemampuannya itulah yang berjaya mengawal keadaan sehingga kekal aman dan tidak dapat dikucar-kacirkan oleh agen-agen provocateur yang jahat dan kurang ajar. Dengan bantuan rakan-rakan lain yang begitu banyak berjasa dan menyumbangkan buah fikiran, Jabatan Amal yang ditanya kemampuannya itulah yang berjaya menyusun strategi perarakan sehingga hampir menyamai strategi perhimpunan dan perarakan para demonstran di Korea Selatan yang begitu taktikal dan berpengalaman.
Dengan wang dan kemampuan yang amat terbatas malah secara perbandingannya boleh dianggap miskin, Jabatan Amal yang ditanya kemampuannya itulah yang telah membuktikan khidmat yang dikagumi dan dipuji ramai ketika banjir melanda Johor dan negeri-negeri lain dahulu.
Mengapa sedap sangat melekehkan kemampuan dan kebolehan kawan-kawan sendiri? Mengapa bersikap seperti sesetengah orang tidak sedar diri menjelang kemerdekaan tahun 1957 dahulu yang tak henti-henti meratib-ratib "kalau Orang Putih tak ada, susahlah kita. Orang Melayu nak buat jarum pun tak tahu"?
Mengapa masih meletakkan orang-orang kita hanya layak jadi JKR? Hanya layak panjat pokok gantung poster, kandar PA system, jaga parking waktu ceramah dan kerja-kerja seperti itu.
Hello Puan! Ini PASlah! Bukan JKR!

Cantik? Klik 

Amww:
teruskanlah berkarya bang. Mudahan dapat menjadi ingatan kepada pimpinan dan penyokong pas.
Dalam politik dan apa jua pertempuran, sememangnya dipenuhi teknik dan tektik. Kalau tak faham benda-benda tu payah.
Adun Gombak kata setiap adun negeri mestilah mengistiharkan harta dan tanggungan hutang kepada rakyat kerana kita kerajaan rakyat.
Sepertimana kata adun Yang Berkhidmat Dr Nasir bahawa beliau menghayati perjuangan Abu Zar iaitu sejak mula beliau menjadi adun seadanya dan akan meninggalkan kerajaan seadanya. Hak rakyat tertindas harus diperjuangakan selagi tulang empat kerat mampu.
salam. yang patut istihar harta dahulu ialah menteri besar khalid ibrahim dan dr hassan ali. bukan harta je tapi hutang pun perlu isthar jugak sebab nanti sepanjang memeirntah 'hutang'pun selesai harta bertimbun.
yb gombak, betui orang pas pada pru12 ni jadi jkr utk pkr dan dap, mana penghargaan untuk mereka, semua orang AKRAB je 'naik' di lantik di SUK. mana orang 'JKR' pada pru12???
PAS....PAS menang sikit dah lupo, pemimpin dah nak jadi macam mufti la pulak. MP shah alam, hang belajaq agama kat mana? yang hang kata Allah itu satu panggilan yang tidak khusus kpd islam sahaja dan Allah bermaksud 'tuhan' boleh pakai dan boleh letak kat mana2 tuhan ka?hang kaji balik. pi jumpa mufti dulu.
PAS hampa ingat hampa menang pasai orang suka dengan dasar hang ka? PKR menang igat pasai kes mata lebam anuar ka? DAP menang ingat orang sokong dasar anti islam hang ka? pikiaq balik. kaji semula fakta kemenangan dengan lebih teliti. rakyat bagi hampa undi sebab MARAHKAN BN itu saja. kalu MARAH dah reda rakyat pangkah BN balik. tak percaya tengok video makkal sakthi, mana ada dia cerita pasai dasar kita terutama PAS atau BA. mana ada galakan suruh PANGKAH kita SEBAB DASAR kita. CD tu cerita kemarahan puak india terhadap BN.
Dewan Pemuda PAS kws Shah Alam. jangan syok sendiri. (pasai dlm AGM PAS kawasan baru2 hamapa seronok sebab orang bukan islam undi hampa, macam la depa tu undi sebab sukakan DASAR PAS.- FASAL 5 khususnya)
p/s : yb gombak pastikan hutang hang selesai seblum datang pru13.
PAS seumur hidup.
bakaq,
hang tulong nasihat @ bagitau @ apa-apalah sampaikan pada pimpinan PAS yang dah tamak kan kerusi pikiaq nak menang dan perintah saja sampai MUSUH depan mata yang paling besaq pun hamapa dah dkung, peluk dan cium.
lupa habis apa yang 'dia' telah buat pada islam baik di peringkat local @ internasional bukak balik sejatrah 'dia' di peringkat local dan internasional. jangan jadi 'jkr' masa pru12 dan 'pendatang haram' dlm dunia politik.
betui che det cakap 'MELAYU MUDAH LUPA' tak lama lagi negara di bwah naungan IMF dab sekutunya.
PAS PRU 12
Tetapi, adakah semuanya salah orang lain? Adakah orang-orang PAS tidak bersalah?
kutu, orang PAS tak salah sebab tak berapa cerdik, Pemimpin PAS yang tidoq (cakap pak la la tidur)
sekarang ni, DEFENSE kita telah di kuasai oleh AMERIKA, pasai pa PAS diam membisu bila IRAN (satu-satunya negara ISLAM yang memperjuangkan Hak Palestine secara konsiosten) di halau balik setelah BERADA di pameran selama hanya SATU hari walaupun di jemput secara resmi oleh KERAJAAN Malaysia dalam Pameran Pertahanan di PWTC baru2 ni. semua dalam PAS diam, pemimpin pun diam, tidur kot....ya...AMERIKA desak kerajaan persekutuan UMNO yang memang proksi AMERIKA, tapi PAS pasai pa diam, mana YB Salehuddin Ayub @ YB Mahfus Omar, TAK HANTAR MEMO ke..
ISLAM 4 ALL
DIAM KEPALA HOTAK HANG! HANG TAK BACA HARAKAH KER? KE DAH JADI BENGONG DAH?
anonymous yg guna huruf besaq. HANG BAGITAU AKU HARAKAH KELUARAN KEBERAPA? PAS memang diam dalam isu ni.