Sedap!! Klik gambar di atas!

PAS itu Islam

Kawan saya menulis posting bertajuk Muhyiddin: “Melayu itu Umno, Umno itu Melayu”

Kalau memang benar Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin berkata begitu, saya tidak ada bantahan. Itu hak demokratik beliau. Soal sama ada saya setuju atau tidak, itu soal lain. Saya juga mempunyai hak demokratik untuk bersetuju atau tidak bersetuju.

Sambil menghormati hak demokratik Muhyiddin untuk berkata begitu, saya juga mahu menggunakan hak demokratik saya untuk menyatakan bahawa di negara ini, PAS itu Islam. Tak kisahlah kalau sesiapa pun menggelejat marah dengan kenyataan itu. Gunakanlah hak demokratik anda untuk marah dan menggelejat.

Saya menggunakan hak demokratik saya untuk menyatakan bahawa sama seperti masjid, surau dan sekolah agama, PAS adalah syi'ar Islam. Syi'ar Islam adalah sebahagian dari Islam. Oleh itu, PAS itu Islam.

PAS memperjuangkan perlaksanaan apa sahaja yang diwajibkan oleh Islam. Tak kiralah sama ada wajib buat, wajib tinggal atau wajib lawan. Kewajipan-kewajipan tersebut adalah sebahagian dari Islam, malah penentu sama ada Islam atau kafir (seperti pengajaran hadis yang menyatakan perbezaan antara Islam dan kafir ialah sembahyang). Oleh itu, PAS itu Islam.

Itu tidak bermakna saya tidak berbangga dengan bangsa saya. Allah s.w.t. menetapkan saya menjadi salah seorang dari bangsa Melayu. Gilalah kalau saya tidak berbangga dengan ketetapan Allah terhadap diri saya.

Sehubungan itu, saya juga menggunakan hak demokratik saya untuk menyatakan bahawa sama seperti badan-badan dan institusi Melayu lain yang bersifat tradisional atau berakar umbi, PAS juga adalah syi'ar orang-orang Melayu. Lebih 90 peratus ahli PAS berbangsa Melayu walaupun ia tidak menghadkan penyertaan bangsa lain.

Tetapi, walaupun PAS adalah pakatan, wadah politik serta syi'ar orang-orang Melayu, saya lebih selesa menyatakan PAS itu Islam. Lebih universal dan ukhrawi.

Memang la, mengundi atau menyokong PAS belum tentu masuk syurga kalau perangai macam setan. Imam 'Ali 'a.s. pernah menyatakan, nak kenal peribadi seseorang itu bukan dengan melihat sembahyang puasanya, tetapi lihat kepada mu'amalatnya. Kalau sembahyang puasa pun tak boleh dijadikan ukuran, apa lagi mengundi atau menyokong PAS.

Tetapi jangan lupa, apa guna mu'amalat yang bagus tanpa sembahyang, puasa dan kewajipan lain? Sebab itulah, walaupun undi dan sokong PAS tidak menjamin syurga, menentang perjuangan Islam tidakkah menempah tiket ke neraka?

Melayu tidak akan ke mana-mana malah tidak berharga tanpa Islam.

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. adus.. lama betul menunggu penarik beca muncul kembali... boleh kata tiap2 hari kita bukak blog ni walaupun kadangkala ada 1-2 benda yang kurang kita setuju... dalam berpuluh- puluh blog yang kita layari, blog penarik beca adalah antara blog yang paling menarik untuk dibaca selain blog ibnu hasyim, kuda kepang, ibrahim baba, husam musa ( husammusa.com, cetusan- hati ), anwar ibrahim, a kadir jasin, sanggahtok sago, anti- khairy, no2umno dan lain- lain ... Tajuk yang dikupas di dalam penarik beca bukan saja selalu up to date malah disokong pulak dengan fakta tetapi diolah dalam bentuk yang agak santai dan tidak membosankan, maksud kita x berat la....MEMANG MENGAGUMKAN... emm, tahniah utk penarik beca ada anak mcm kak long, dan tahniah pada kak long kerna ada abah yang tajam penulisannya macam penarik beca.... Saya senantiasa menunggu Penarik Beca menulis di kolum tetap akhbar arus perdana... Insyaallah semuanya akan berlaku jika Pakatan Rakyat memerintah... Kalau x jadi pun, harap sangat sebagai anak muda yang dikongkong dengan akta AUKU bodo tu, minta Penarik Beca istiqamah dalam menulis.... kalau orang kata Rustam A Sani hebat, saya kira Penarik Beca pun apa kurangnya... bahkan saya kira lagi ok, selain disokong fakta, Penarik Beca selalu merendah diri apabila menulis seolah - olah orang yang baru menimba imu... walhal segala kupasan penarik beca penuh dengan fakta, rujukan dan pemerhatian tajam.... Syabas penarik beca... Gya penulisan Penarik Beca yang suka merendah diri itula saya kira mampu menarik perhatian khalayak pembaca.... Saya sudah syorkan laman penarik beca ke lebih 100 orang family dan kawan saya masa PRU12 tempoh hari termasuk yang kuat UMNO nye....

  2. Tuan,

    Salam dan semoga Allah s.w.t. memberikan kesejahteraan.

    Mungkin frasa ini tidak memberi setinggi erti bagi Tuan berbanding dengan saya, tetapi Islam itu adalah sebahagian dari definisi "Melayu" itu sendiri.

    Dengan kata mudah, Perjuangan Memartabatkan bangsa Melayu itu sendiri merangkumi perjuangan memartabatkan Islam kerana Islam adalah sebahagian dari Melayu yang tidak boleh dipisahkan atau dibedakan.

    Sebagaimana yang ditafsirkan dari buku Ibnu Khaldun (yang kemudianya dikupas oleh Toynbee), perjuangan itu tiada makna tanpa 'semangat kekitaan' (Esprit D'Corp).

    Oleh demikian, apabila membincangkan apa yang penting bagi 'kita', Islam itu merupakan komponen integral yang menjadi roh kepada keujudan Bangsa Melayu itu sendiri.

    Terima kasih kerana memberikan laluan.

    Wasalam

  3. Nazmi

    Hang ni, jgn la tak adil pulak sehingga meletakkan aku bukan pada tempatnya. Sampai hang nak bandingkan aku dengan Allahyarham Rustam A Sani (ramainya orang yang solatkan jenazah Allahyarham di Masjid Simpang Tiga, Gombak. Kereta punya la banyak macam orang solat Jumaat. Mudah-mudahan keampunan Allah untuknya).

    Hang jangan la buat malu aku. Kalu aku tak publish macam sombong pulak. Aku takut hang kata aku cantas komen hang. Kalu aku publish komen hang, lagi la nampak buruk dan busuk aku ni. Serba tak kena aku! Aku terima ja la apa orang nak kata.

    Aku ni kutu, bib! Kalau hang nak tengok betapa kutunya aku, datanglah ke Restoran Thaqwa dekat Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar. Aku selalu bersidai di situ.

    Nazmi, aku rasa tebal kulit muka aku ni! Macam tak dak kepala ni! Sungguh!

    Z....

    Terima kasih sangat-sangat kerana sudi tinggalkan komen. Memang kita berbeza, Bib. Tapi kita juga ada banyak persamaan.

    Marilah kita tidak berpura-pura mengenai perbezaan kita sambil berusaha mengukuhkan lagi persamaan kita - Islam dan Melayu.

    Terima kasih, Bro!

  4. Penarik Beca yang saya kenal memang begitu merendah diri orangnya. Rumah kita tak lah berapa jauh tapi 3 tahun tak jumpa, kot. Insya Allah kalau ada kelapangan dan keizinanNya, kita jumpa minggu depan.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008