Sedap!! Klik gambar di atas!

Mat Sabu tengah cari kerja

Tadi, dalam pukul 12 lebih, tengah-tengah minum di Restoran Thaqwa, tiba-tiba Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu datang. Ketika berbual dengannya selepas itu, Mat Sabu yang menyifatkan "betui dah apa yang Tuhan atoq (atur) kat aku ni" meluahkan bahawa beliau kini sedang mencari kerja.

"Aku ni dah kena tangkap banyak kali dah. Pernah kena ISA dua kali. Orang macam aku ni lebih minat dalam bab-bab latihan belia ka, kira latihan dan perkaderan la. Aku nak share banyak benda dengan depa bab-bab people's power ni.

"Aku tak teringin nak duduk dalam GLC ka (syarikat berkaitan kerajaan), jadi pengarah syarikat ka, jadi senator ka. Aku tak mau aih! Setakat nak duit, kalau nak banding dengan hang, jauh la kaya aku ni daripada hang".

Sebelum itu, Mat Sabu meminta Salahuddin Ayub memastikan Pemuda PAS yang dipimpinnya supaya lebih tegas dan keras menjadi tukang tegur dalam parti. Saya yang sehari dua lalu meminta Salahuddin memastikan Pemuda PAS menjadi "guardian" Fasal 5 Perlembagaan PAS seperti tentera Turki yang menjadi "the guardian of Turkey's secular democracy," terpaksa menerangkan bahawa saya dah lama dah tak jumpa Mat Sabu dan dah lama dah tak bersembang apa pun dengan dia. Kalau kebetulan kami mempunyai hasrat yang sama, apa saya nak buat. Saya harap Salahuddin percaya.

Walaupun saya sudah terima lama dah apa yang selalu saya lalui, seperti Sheih yang selalu dituduh menulis dengan otak Haji Husam Musa, tetapi kadang-kadang menyampah juga bila apa yang saya cakap atau tulis dianggap mewakili pandangan Mat Sabu.

Apa pun, mudah-mudahan Mat Sabu dapat kerja.

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Hmm yang saya tahu Bakak, hang dulu zaman kita bersama tidur bawa meja Harakah dan Kohilal combined table together amat faqir. Maka 'jauh lebih kaya' dari faqir itu tak kaya mana. Melainkan awak dah tak faqirlah. Yalah.. alam siber ciptaan terbaru Allah ini memperkayakan hambaNya jua.

  2. Walaupun tidur sebantal (semeja kot) tapi mimpi tidak sama... Disebabkan mimpi tidak samalah maka nasib manusia akan berubah ada yang kaya dulu tapi fakir sekarang, dan ada yang fakir dulu, tapi sekarang fakir.

    Kalau ikut zaman kat Harakah dulu, Bakar Haq naik bas jer pergi Jalan Pahang tapi Red1 naik Proton Saga (warna biru muda tak silapnya)...:)

    p/s - aku petugas biasa yang dok buat layout Harakah bersama Lokman.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008