Saya mendengar cakap-cakap supaya Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dilantik menjadi senator sejak hari pertama dia kalah di kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Apa sebab dia kalah sudah jelas. Dia orang luar. Bukan semua orang seperti majoriti pengundi Kelantan yang boleh terima orang luar.
Keputusan di Kuala Terengganu memberikan mesej yang sangat jelas kepada Mat Sabu. Umpamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok. Calon PAS bagi DUN berkenaan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menang dengan majoriti 1161 undi. Mat Sabu kalah di DUN itu kira-kira 50 undi kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail.
Jumlah undi yang diperolehi oleh tiga calon PAS di kawasan-kawasan DUN Batu Burok, Wakaf Mempelam dan Ladang berbeza lebih 3,000 undi mengatasi undi yang diperolehi oleh Mat Sabu. Perkara itu menunjukkan lebih 3,000 pengundi di ketiga-tiga kawasan itu mengundi PAS untuk kerusi DUN dan BN untuk kerusi Parlimen (split votes). Dun Bandar, juga dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu, saya tak berapa reti untuk mengambilkira.
Maknanya lebih dari 3,000 pengundi di Kuala Terengganu tidak mahu menerima orang luar menjadi Ahli Parlimen mereka. Pelbagai teori lain boleh diberikan, tetapi itulah teorinya setakat ini.
Lama sebelum pilihan raya 8 Mac lalu, saya menyokong penuh ura-ura Mat Sabu bertanding di Kepala Batas sehingga saya buat blog Tak Nak Lah (bila selepas itu jadi wang-wing wang-wing tak tentu hala, saya malas nak maintain blog itu).
Memanglah hampr pasti kalah - BN tentu akan buat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Perdana Menteri yang dituntut berundur. Tetapi, ia bertujuan memberikan kesan politik yang lain. Mengambilkira itu semua, Mat Sabu memang berminat. Sayangnya, beberapa perkembangan yang sungguh mendukacitakan menjelang pilihan raya, yang tak dapat saya sebut di sini, menyebabkan Mat Sabu hilang minat untuk bertanding di Kepala Batas.
Saya dapat mengagak perkara itu apabila satu malam beliau menelefon saya dan meminta saya mengambilnya di satu tempat dan menghantarnya balik ke Shah Alam. Ketika saya mengambilnya, beliau bersama-sama seorang ahli politik (jangan silap faham, Allah Maha Menyaksikan, bukan dari Umno atau BN) yang saya pun kenal dia dan dia pun kenal saya.
Saya tanya satu soalan sahaja, "Berapa orang lagi jumpa dia (ahli politik itu)?" Apabila Mat Sabu memberitahu nama-nama tertentu, saya terus jawab, "Mengarut dah ni".
Saya tak tanya apa-apa dah. Selepas itu, hampir tidak berbual apa-apa dan sepanjang jalan, boleh dikatakan Mat Sabu hanya melengung dari tempat itu hinggalah ke Shah Alam. Hanya sesekali dia tergelak apabila saya memecah kesunyian dengan cerita-cerita lawak bodoh.
Ketika hendak turun dari kereta sesampainya di rumah beliau di Shah Alam, Mat Sabu memberitahu saya, "Tak jadilah kot Kepala Batas". Saya masih menaruh harapan agar beliau bertanding melawan Perdana Menteri. Lalu saya kata, "Relax dulu..."
Sekarang timbul pula kehebohan hendak melantik Mat Sabu jadi senator. Awal-awal lagi saya dah kata kat dia, "Kalu ada offer, tolaklah. Buat kerja lainlah. Apa jadahnya jadi senator!"
Saya tidak pandang rendah kedudukan sebagai senator. Panglima PAS suatu masa dulu, Allahyarham Ustaz Amaluddin Darus, pernah jadi senator (Menurut catitan sejarah, Amaluddin bersama seorang lagi tokoh lama PAS bernama Ahmad Yatim telah menubuhkan cawangan PAS yang pertama Pantai Timur Semenanjung, iaitu di Pasir Mas, Kelantan pada 23 Julai 1953 - baca catatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Tantawi di sini). Tidak ada apa yang lekehnya jadi senator.
Tetapi, Mat Sabu boleh buat kerja lain yang lebih bermanfaat lagi. Lebih besar untung politik kepada perjuangan PAS dari menjadi senator. Jawatan itu lebih baik diberikan kepada orang-orang seperti Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw. Kita mahu suara orang-orang bukan Islam yang menyokong PAS bergema di dalam Dewan Negara. Bila tiba masanya nanti dan kalau ada rezeki kita semua, lantik pula darah muda seperti Kumutha Rahman.
Ketika ramai pemimpin lain terpaksa membahagikan masa dengan tugas sebagai Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen dan Adun, alangkah baiknya Mat Sabu memberikan tumpuan kepada pengukuhan organisasi dan motivasi PAS.

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Artikel-artikel mengenai Islam di sini

Cantik? Klik 

Sepatutnya, kita tanya soalan fundamental: Buat apa nak lantik sebagai senator?
-nak bersuara di Parlimen? (kan MP dah ramai)
-nak balas jasa? (ni budaya siapa?)
-sebab dia senoir dalam parti(kita tak terikat pun dengan peraturan nie. Abg Mat pun tentunya tak kisah pun)
So, rasanya tak perlu pun lantik abg Mat atau Hj Subky sebagai Senator.
kalau boleh pilih senator untuk tujuan nih:
1. Tunjukkan keterbukaan PAS sebagai gerakan Islam. (tak semestinya ahli PAS)
2. tunjukkan hubungan PAS dengan perjuangan golongan tertindas (boleh cari wakil NGO yg perjuangkan rakyat sprt Dr. Maamor, Cikgu Azmi)
3. Tunjukkan Senator tu mewakil perjuangan negeri masing-masing (sprt wakil Anak negeri Kelantan dsb)
So, saya pun tak gemar Abg Mat dipilih Senator, kecuali yg lantik tu kerajaan Penang.
Abang Mat terus tengokkan BERSIH lagi baik kan.....??
Amww:
Saya ada seorang rakan yang cacat penglihatan. Bila berbicara dengannya menarik juga.
Dari Abang Mad jadi senator, lebih baik rakan saya yang cacat penglihatan tu jadi senator. Dapat juga dia bersuara bagi tujuan pembangunan oku yang seramai 2.3 juta ini sebagai mengimbangi pandangan pembangunan oku ala BN.
Keupayaan abang Mad amat rugi jika disenatorkan.
Biarlah abang Mad memainkan peranannya dalam organisasi dan pengukuhan jemaah sementara beliau menjadi Menteri Dalam Negeri (bila menang bertanding kerusi parlimen akan datang).
Sekian wasalam.
Apa kata depa lantik hang Bakaq jadi senator mewakili Bloggers? Aku tentu sokong!
Mat sabu kalah bukan kerana orang suka padanya, kekalahaanya kerana undi pos, kalau nak tulis tengok fakta dan bukan main hamtam aje. jangan jadi penulis yang tidak beretika
idea yang bernas.sokong bagi kepada wakil bukan muslim yang menyokong PAS sperti kumatha.
Anonymous at 10.29 PM
Undi pos dalam 900 undi saja. Tetapi split votes dalam 3000 lebih. Itu sebab saya kata Abang Mat kalah kerana split votes itu.
Cik Gu Alhusseyn
Jadi senator tak nak, Yeop. Teman nak jadi Menteri Beso Perak yang tak sign "Perjanjian Pangkor"..