Ini bukan berita bohong. Tetapi, berita yang tak dapat disahkan.
Khabarnya, dalam tempoh seminggu dua ini Tok Guru Mursyidul Am akan ke Mekah mengerjakan umrah selama sebulan. Cuti panjang itu khabarnya adalah sebahagian dari proses melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Tok Guru sudah berumur 78 tahun. Khabarnya, dia sudah malas nak bergelumang dengan masalah yang tidak pernah habis. Dia memerlukan masa untuk dirinya sendiri.
Walaupun saya boleh mengesahkan sejauh mana benarnya berta di atas dari Ustaz Nik Abduh yang saya harap sangat boleh menjadi pengganti ayahnya dari segi aura kepimpinan, saya sengaja tidak berbuat demikian. Biarlah ia terus menjadi perkhabaran yang tidak disahkan.
Saya masih menaruh harapan yang besar kepada Nik Abduh. Saya pernah meminta beliau supaya menjadi Tok Guru dalam erti kata sebenarnya. Tidak terlibat politiking dalaman. Stay above everybody (tidak memihak). Saya berharap Nik Abduh bukan sahaja menjadi tempat menimba ilmu malah menjadi tempat mengadu dan tempat bernaung semua orang - jika beliau tidak memihak dan bersikap non-partisan dalam politik dalaman.
Saya amat berhadap Nik Abduh dapat melakukan transformasi sedemikian ke atas dirinya. Kalau tak boleh dalam seminggu dua, buatlah dalam masa setahun, dua tahun, tiga tahun pun tak mengapa.
Jika benar Tok Guru akan mengundurkan diri, nampaknya Kelantan akan kehilangan dua tokoh yang sebelum ini di lihat berada di barisan hadapan. Seorang lagi ialah Haji Husam Musa.
Berita Malaysiakini bertajuk "Nasib Husam jadi tanda tanya" ternyata mempunyai asasnya. Setelah beliau didakwa telah dikepung, dipinggir dan digempur habis-habisan, beliau juga dikatakan mengundur diri secara perlahan-lahan dari politik Kelantan atas alasan "tok se serabut". Percubaan ketara mengetepikan Husam dari politik Kelantan dikatakan telah bermula sejak malam 8 Mac yang lalu lagi - selepas keputusan pilihan raya diumumkan.
Sejak itu, Husam tidak pernah dilihat mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kerajaan Kelantan - walaupun beliau akhirnya dilantik juga sebagai Exco kerajaan negeri. Beliau juga dikatakan lebih memberikan tumpuan kepada tugasnya sebagai Naib Presiden PAS, walaupun beliau dikatakan tahu bahawa pengepungan, peminggiran dan serang hendap ke atasnya mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari beberapa tokoh di peringkat PAS Pusat yang tidak senang kepadanya, termasuk seorang pemimpin tertentu yang dikatakan melihat Husam sebagai orang yang boleh mengancam kedudukannya. Paranoid.
Seorang kawan memberitahu, ketika beliau bertanya perkara itu kepada Husam, Naib Presiden PAS itu membalas SMS berkenaan dengan menyatakan "Na'uzubiLlah, (beliau) tak layak langsung". Kawan tersebut menjawab balik dengan menyatakan, "tak layak tu betul, tetapi na'uzubiLlah tu tak betul. Mana boleh nau'uzubiLlah benda halal".
Saya juga tidak meminta pengesahan Husam mengenai perkara-perkara yang saya tulis mengenai dirinya di atas. Susah. Saya tidak rapat dengannya dan beliau pun tak berani dekat-dekat dengan saya atas alasan "tok se serabut" juga.
Kebanyakan pemimpin PAS, bak kata Orang Putih, "do not want to be seen in public with me". Mereka tak nak cari fasal jika dilihat berkawan dengan saya.
Semuanya yang saya tulis di atas berdasarkan maklumat-maklumat yang saya perolehi dari sumber-sumber yang setakat ini belum pernah berbohong kepada saya. Sama ada perkhabaran-perkhabaran tersebut betul atau tidak, Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Artikel-artikel mengenai Islam di sini

Cantik? Klik 

slm pak cik penarik beca...
saya mahu menyampaikan sajak buat TG:
Bila seorang guru meninggalkan seorang murid,
Murid itu akan kehilangan ilmu,
Tetapi dikalau seorang guru meninggal sebuah kumpulan ilmu,
Guru itu boleh dihukum ,
Kerana kumpulan itu akan kehilangan banyak ilmu,
Sanggupkah Tuan Guru menghampekan rasul?
Sanggupkah Tuan Guru meninggalkan kami ?
Sanggupkah Tuan Guru melihat kami tergelincir dari titi sirat?
Sanggupkah Tuan Guru membiarkan kami terseksa di neraka?
Tolong kami wahai Tuan Guru!
Pimpin kami ke lembah sufi!
Lihatlah diri kami yang buta tasawuf!
Kami akan digelar oleh malaikat sebagai munafik!
Tolong kami melintas titi sirat!
Kami tidak dapat rahmat Allah Tuan Guru!
Bantulah kami untuk menjadi ahli syurga!
Salawat
Asalamualaika ya Imam Husein
Dalam kehidupan bermasyarakat setiap pemimpin ada penggantinya. Contoh Selepas Mahathir beliau melantik Dolah Badawi, Lepas Dolah, Najib seperti yg sebut oleh BN. ini adalah resam hidup bermasyarakat di dunia yg fana ini.Tetapi yg pelik Nabi Muhammad (saw) tak lantik pengganti. Sahabat2 bermesyuarat utk melantik pengganti kerna sejarah menurut Ibn Hisham Nabi(saw) wafat belum sempat melantik pengganti. Oleh itu Islam tak sempurna tanpa pemimpin tetapi bagaimana pula ayat al-Qur'an yg terakhir diwahyukan menyatakan kesempurnaan Islam.
Yg belum pasti Anwar Ibrahim atau Wan azizah akan jadi PM.
Ja'far Bukit Bintang
Husam Musa is a prime minesterial material. Dia bukannya 'cutting' untuk MB Kelantan.
Politiknya lebih bersifat nasional, dan kurang cocok dengan isu-isu setempat.
Saya agak 'frust' kerana Husam tidak bertanding untuk parlimen baru-baru ini.
Jadin rasanya lebih sesuai MB Kelantan diberikan kepada Ahmad Yaakob atau Nik Amar.
mengambil contoh Maznah Mazlan yang boleh turun dari exco Pahang untuk diangkat pula sebagai senator dan seterusnya Timbalan Menteri, saya rasa tidak ada musykilnya kalau Husam diberikan peluang yang sama.
Kalau benar apa yang dicanangkan anwar, bahawa PR akan mengambil alih pemerintahan federal tidak lama lagi, PAS perlu daripada sekarang menyediakan barisan terkuat.
Husam adalah salah seorang pimpinan PAS yang sepatutnya diberikan kementerian berprofil tinggi - sama ada kewangan atau pelajaran!!