Sedap!! Klik gambar di atas!

Bila aku sudah tiada...

Bila umur nak menjangkau 50 tahun sehari dua lagi, hati terasa takut sungguh bila terkenangkan mati. Saya merayu Tuhan tolong panjangkan umur saya dan sempat mengucap kata taubat pada-Mu. Saya harap sangat dapatlah hidup sekurang-kurangnya 30 tahun lagi dan selalu teringat untuk menangis bertaubat pada-Mu, aduhai Allah yang sangat saya kasihi.

Bila saya sudah tiada, tentulah saya akan diingati sebagai pengkritik kepimpinan PAS yang jahat dan brutal. Saya tidak boleh paksa orang maafkan saya. Sambil saya mengharapkan sangat agar pendukung dan penyokong PAS dapat menawan hati para pengundi dalam menawarkan cita-cita perjuangan seperti yang terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS, janganlah lupa bahawa kritikan itu sebenarnya sendi kejayaan kita.

Tukang kritik pula hendaklah bersedia dimaki hamun dan saya memang sentiasa bersedia menadah telinga dan jiwa untuk dimaki hamun.

Dengarlah lagu di bawah ini. Sedap sangat. Dah lama saya nak bubuh dalam blog ini, asyik terlupa. Dengar, jangan tak dengar:


Andai Ku Tahu - Ungu

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku…


Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Andai ku tahu…
Malaikat-Mu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas di surga…


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu…


Download Ungu Andai Ku Tahu Mp3

Download Ungu Andai Ku Tahu Ringtones


Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam Pakcik dan Pencinta Kebenaran,

    SELAMAT HARI LAHIR

    Alahai Pakcik ni. Janganlah sentimental sangat. Sadiq belumpun dapat kasih sayang sepenuhnya dari Pakcik. Sadiq perlukan bimbingan dari seorang yang gigih berjuang macam Pakcik. Biar tembam dia bertukar menjadi otot-otot yang tough.

    Pakcik ingat tak satu Hadis Nabi kita saaw,"Kalau engkau sedang memegang sebutir benih untuk disemai, lalu mentari terbit di sebelah barat, teruskan semaianmu." Sampai kiamat mendatang pun, perjuangan masih perlu diteruskan.

    Kita teruslah berjuang. Tak perlulah orang kenang kita atau maafkan kita. Kalau Nabi saaw pun sering kita lupakan dek mengejar kuasa politik yang belum pasti, siapalah kita. Kalau Saiyidina Husain ra dibunuh dan dipenggal kepalanya kerana ingin menyatakan kebenaran, siapalah kita jika orang-orang PAS sendiri pun melupakan kita.

    Orang PAS akan mati. PAS pun boleh dibubarkan oleh BN atau PKR. Kita sayangkan PAS. Sedangkan PAS boleh musnah bila-bila masa. Mengapa tidak kita kasihkan ALLAH. DIA takkan musnah dan takkan boleh dimusnahkan.

    Kita sayangkan PAS kerana ikatan PAS dengan TUHAN. Kalau orang lain melacurkan PAS atas nama apa sekalipun, lalu PAS hilang serinya dan ditinggalkan, kita tetap merawat dan menyelamatkan dan menemani PAS di kala kesunyian.

    Pakcik ingat tak lagi di kala PAS bersendirian. Abim dan IRC meninggalkan PAS. Pimpinan Arqam dan Tabligh mengarahkan senjata mereka kepada PAS. Sudahlah BN hentam PAS kiri kanan. Masa tu Anwar Ibrahim dan syiahnya melanyak PAS bagai nak gila. Malahan satu faktor sebahagian non-muslim takut dengan PAS sampai sekarang adalah hasil perang saraf yang dirancang oleh Anwar Ibrahim.

    Masa tu Pakcik tetap dengan PAS dan ruh jamaah PAS tetap riang bersama Pakcik. Dalam keadaan poket kempis, Pakcik tetap hadir dan menyumbang untuk kejayaan PAS. Biar orang nak kata sumbangan Pakcik kecil. Biarkan. Sebab kita orang Islam memang diperintahkan untuk merasakan sumbangan kita kecil supaya ALLAHlah yang membesarkannya.

    Sebagai gurauan ye Pakcik. Walaupun poket Pakcik masa tu kempis, tapi masih mampu jugak beli rokok. Berkepul-kepul macam keretapi zaman Port Weld. Tapi agaknya Pakcik dah berhenti sekarang. Sebab kepala keretapi Port Weld pun dah tak digunakan lagi. Hasil rokok tu pun akan digunakan untuk membeli senjata membunuh saudara kita di Palestin.

    Saya DOAkan Pakcik sihat. TUHAN akan terus merahmati dan membimbing Pakcik. Umur yang panjang macam Firaun pun menyusahkan rakyat. Umur yang pendek macam Fatimah Az-Zahra' pun tetap menjadi contoh sepanjang zaman.

    Akhir kata, saya harap Pakcik dapat sama-sama membaca kata-kata Saiyid Jamaluddin Al-Afghani yang berikut:

    Wahai Darwis yang hina
    Apa yang hendak engkau takutkan
    Jangan takut kepada sultan
    Jangan takut kepada syaitan

    Pandanglah dunia ini seperti ahli falsafah
    Jangan jadi seperti anak-anak kecil

    Samada umurku panjang ataupun pendek
    Itu bagiku sama saja
    Aku akan tetap meneruskan tugas-tugasku
    Sehinggalah...
    ketika aku bertemu dengan TUHANku
    Aku akan berkata,
    "Fuztu wa rabbil Kaabah"
    (Aku telah menang wahai TUHAN Kaabah)

    Salawat

  2. Doa panjangkan umur untuk mukmin.

    SubanalLah, mil al-Mizan, wamuntahal-ilmi,wamablaghar-Rida', wazinatl-'Arsi wasa'atal-Kursi. 3X
    Salawat !
    Setiap kali lepas solat fardhu.

    Ja'far Bukit Bintang

  3. Ingat akan malaikat maut satu amalan zikir yang baik.. teruskanlah..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008