Kawan yang sangat saya hormati, Ali Allah Ditta menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tak cakap merapu bila dia kata ada berpuluh-puluh Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat masuk ke dalam parti yang dipimpinnya.
Memang, adalah sukar untuk tuduh Anwar mengarut merapu dana tak tentu hala. Sama seperti sukarnya untuk mendakwa bahawa dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu betul.
Tetapi, pada saya, itu bukan isunya.
Isunya adakah aksi melompat itu dilakukan tanpa sebarang sogokan? Isunya, adakah perbuatan itu bermoral? Malay Mail 25 April lalu tidak melaporkan Anwar memberikan jawapan yang boleh menafikan bahawa perbuatan itu tidak bermoral.
Akhbar itu melaporkan:
Agaknya budak itu hendak kata, kalau hang pun mencuri, apa salahnya aku mencuri!!?
Isu yang lebih penting lagi ialah adakah aksi melompat itu melibatkan wang? Maksudnya rasuah. Maknanya, bakal-bakal katak itu disogok sejumlah wang atau apa jua habuan untuk memujuk mereka supaya membinatangkan diri mereka - menjadi katak.
Anwar memang menjamin "no money was involved in enticing the party-hopping BN MPs" (Malaysakini 15/4/2008). Tetapi, berita bertajuk "Anwar seeks BN defectors to topple Abdullah" juga melaporkan:
Aku pun kata gitu jugak.
Persoalannya, apa beza kenyataan Anwar di atas dengan rasuah pilihan raya yang dilakukan oleh oleh BN? Atau, adakah Anwar dan BN berada dalam mazhab politik yang sama dan oleh itu, manhaj amalan juga tidak berbeza (sebut pi la perkataan manhaj yang selalu saya dengar Anwar sebut masa saya patuh dan taat setia kepadanya sebelum 29 Mac 1982 dahulu).
Saya mahu bersangka baik bahawa Anwar tidak merasuahkan bakal-bakal katak itu supaya melompat. Saya juga mahu bersangka baik bahawa kenyataan Anwar mengenai royalti minyak itu tidak sama dengan rasuah politik.
Tetapi bagaimana jika memang benar berlaku rasuah untuk shopping bakal-bakal katak itu? Saya tak tuduh, saya kata, bagaimana kalau bakal-bakal katak itu memang benar dirasuahkan supaya melompat? Adakah PAS akan meyertai kerajaan yang dibina dengan perbuatan rasuah yang keji dan kotor?
Adakah kerajaan yang dibina di atas perbuatan rasuah yang keji dan jijik akan bebas dari rasuah? Adakah rakyat yang lari dari mulut harimau 8 Mac lalu akan terjun ke dalam mulut buaya pula?
Na'uzubiLlah, tetapi kalau PAS menyertai kerajaan yang ia mempunyai bukti bahawa kerajaan tersebut didirikan di atas perbuatan rasuah, di mana Islam yang selama ini PAS perjuangkan? Adakah ia selaras dengan Fasal 5 Perlembagaan PAS? Fasal tersebut dengan penuh 'izzah menyatakan:
Memang, adalah sukar untuk tuduh Anwar mengarut merapu dana tak tentu hala. Sama seperti sukarnya untuk mendakwa bahawa dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu betul.
Tetapi, pada saya, itu bukan isunya.
Isunya adakah aksi melompat itu dilakukan tanpa sebarang sogokan? Isunya, adakah perbuatan itu bermoral? Malay Mail 25 April lalu tidak melaporkan Anwar memberikan jawapan yang boleh menafikan bahawa perbuatan itu tidak bermoral.
Akhbar itu melaporkan:
At the ‘Black 14’ rally in Kampung Baru last Monday, Anwar answered some of these issues but his replies fell flat.Jawapan Anwar mengingatkan kisah zaman budak-budak dulu. Selalu berlaku, apabila ada di antara budak-budak yang dituduh mencuri, dia tak akan menafikannya. Dia hanya jawab, "Eii! Hari tu hang pun mencuri jugak!"
He posed the question ‘some people say it is immoral to engineer defection?’ and answered it by arguing that he was arrested, stripped naked, beaten and thrown into jail on trumped-up charges.
“Is that moral?” Anwar asked and the crowd shouted back “No! No!”
Agaknya budak itu hendak kata, kalau hang pun mencuri, apa salahnya aku mencuri!!?
Isu yang lebih penting lagi ialah adakah aksi melompat itu melibatkan wang? Maksudnya rasuah. Maknanya, bakal-bakal katak itu disogok sejumlah wang atau apa jua habuan untuk memujuk mereka supaya membinatangkan diri mereka - menjadi katak.
Anwar memang menjamin "no money was involved in enticing the party-hopping BN MPs" (Malaysakini 15/4/2008). Tetapi, berita bertajuk "Anwar seeks BN defectors to topple Abdullah" juga melaporkan:
'They are approaching us because they realise - for Sabah and Sarawak - we have a better deal for them,' he said, adding that the opposition would offer them more royalties from Borneo's natural resources, more development and more help for the poor.Dalam pilihan raya, kalau para pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan "more royalties, more development and more help for the poor", kita akan cepat-cepat menuduh BN cuba merasuahkan pengundi. Apa sahaja BN buat menjelang atau dalam tempoh kempen pilihan raya, tak kira la buat jalan ka, apa ka, kita akan tuduh, "hah! Ni nak rasuah pengundi la ni!"
Aku pun kata gitu jugak.
Persoalannya, apa beza kenyataan Anwar di atas dengan rasuah pilihan raya yang dilakukan oleh oleh BN? Atau, adakah Anwar dan BN berada dalam mazhab politik yang sama dan oleh itu, manhaj amalan juga tidak berbeza (sebut pi la perkataan manhaj yang selalu saya dengar Anwar sebut masa saya patuh dan taat setia kepadanya sebelum 29 Mac 1982 dahulu).
Saya mahu bersangka baik bahawa Anwar tidak merasuahkan bakal-bakal katak itu supaya melompat. Saya juga mahu bersangka baik bahawa kenyataan Anwar mengenai royalti minyak itu tidak sama dengan rasuah politik.
Tetapi bagaimana jika memang benar berlaku rasuah untuk shopping bakal-bakal katak itu? Saya tak tuduh, saya kata, bagaimana kalau bakal-bakal katak itu memang benar dirasuahkan supaya melompat? Adakah PAS akan meyertai kerajaan yang dibina dengan perbuatan rasuah yang keji dan kotor?
Adakah kerajaan yang dibina di atas perbuatan rasuah yang keji dan jijik akan bebas dari rasuah? Adakah rakyat yang lari dari mulut harimau 8 Mac lalu akan terjun ke dalam mulut buaya pula?
Na'uzubiLlah, tetapi kalau PAS menyertai kerajaan yang ia mempunyai bukti bahawa kerajaan tersebut didirikan di atas perbuatan rasuah, di mana Islam yang selama ini PAS perjuangkan? Adakah ia selaras dengan Fasal 5 Perlembagaan PAS? Fasal tersebut dengan penuh 'izzah menyatakan:
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Artikel-artikel mengenai Islam di sini










Cantik? Klik 






Aduhai Saudara...
Adakah PAS tersepit di bawah isu babi dan isu katak ??
setujukah saudara kalau PAS memerintah nanti, semua kandang babi ditutup?
saya rasa, saudara bukan tak setuju kandang babi ditutup, tetapi saudara tidak setuju PAS jadi pemerintah... itu cuma pendapat saya lah...
jadi, kita cerita senang la... kalau dah mentaliti state of denied bagi certain people, semua yang dibuat oleh PAS akan dipandang tak betul walaupun niat murni perjuangan PAS itu diubah menjadi flexibel demi mempertaruhkan kebangkitan Islam itu sendiri...
1. apa salahnya melompat untuk menyelamatkan bangsa dari kekejaman.
2. pernah dengar apa itu masyarakat majmuk..?
edyes
Salam
Petikan Berita Harian
LONDON: Berjuta-juta penduduk Britain dilaporkan terpaksa menahan bau busuk najis babi dari Jerman yang disifatkan sebagai bau paling busuk bagi kawasan Eropah, lapor akhbar paling popular, The Sun.
Bau berkenaan dari ladang ternak di Jerman merentasi hingga Selat Inggeris dan memenuhi ruang udara di England dari Essex hingga ke seluruh London dan sejauh Swindon di Wiltshire, lapor akhbar itu, Sabtu lalu.
Apa yang paling buruk bau berkenaan dilaporkan akan terus dinikmati penduduk di Britain sehingga semalam malah bau berkenaan juga dapat 'dinikmati' Ratu England yang menghuni di Istana Windsor.
Jurucakap pejabat pelancongan di Windsor, Berkshire berkata: "Ketika saya meninggalkan rumah pagi ini, bau berkenaan amat kuat. Saya berharap Ratu menutup tingkap istananya."
Thames Water berkata: "Penduduk kawasan kami hingga Swindon dan Reading yang jauh, terhidu bau pelik berkenaan.
"Sesetengah mereka mengatakan ia hanyir manakala yang lain menyifatkan ia seperti baja.
Seorang pemandu trak, Jim Forrest, 55 dari Maidstone, Kent berkata bau berkenaan memualkan tekak hingga menyebabkan mata berair.
"Baunya hingga ke kawasan flat kediaman saya.
"Saya sukar bernafas dan ia seperti bau najis dan amat teruk sekali," kata Ann Schlachter dari East London.
The Sun melaporkan, bau itu berpunca daripada penggunaan baja najis babi yang dihasilkan daripada penternakan kira-kira 25 juta khinzir di Jerman.
Penternak babi, Hauke Jaacks, mengakui bahawa beliau menyembur 5,000 gelen baja di kawasan ladangnya di Rissen di barat laut Jerman.
"Maaf kerana bau itu tetapi anda perlu menghadapinya. Saya perlukan rumput untuk ditanam bagi makanan ternakan saya."
Sementara itu pakar meteorologi, John Hammond berkata bahawa bau busuk luar biasa berkenaan disebabkan keadaan cuaca di mana angin membawa bau berkenaan dan menjejaskan seluruh kawasan tenggara England.
Pejabat polis, jabatan perkhidmatan kecemasan dan stesen radio tempatan menerima banyak aduan daripada penduduk yang menuntut pihak berkuasa memberitahu punca bau berkenaan.
Kira-kira 1,000 aduan diterima Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Agensi akhbar nasional Jerman, DPA, akur negara itu bersalah dengan berkata:
"Punca bau busuk kini diketahui - angin sebelah timur dan babi Jerman - mewujudkan bom busuk." � Agensi
salawat
Edy bertanya:
1. apa salahnya melompat untuk menyelamatkan bangsa dari kekejaman.
2. pernah dengar apa itu masyarakat majmuk..?
1. Lompat pi la berapa kali pun, berapa jauh pun. Persoalannya bukan apa yang menyebabkan depa lompat. Persoalannya, adakah lompat percuma atau lompat berbayar? Kalau lompat berbayar, itu pun nak dinisbahkan kepada "menyelamatkan bangsa dari kekejaman"?
2. Masyarakat majmuk bukan lesen nak main politik tumbuk rusuk. Itu bab katak.
Bab babi pula, masyarakat majmuk juga bukan lesen untuk mengetepikan sensitiviti dan ketenteraman hidup orang lain.
Makan babi apa salahnya, kalau dah orang tu boleh makan. Makan pi la berapa lori pun. Aku peduli apa.
Tapi kalau mencemarkan alam sekitar kerana penternakan babi, itu pun nak dilesenkan dengan alasan masyarakat majmuk juga?
Baguslah kalau kerajaan nak modenkan penternakan babi sehingga ia tidak lagi membabikan orang lain. Yang aku tegur dulu ialah kejakunan Exco tertentu yang tergedik-gedik sehingga menciluk portfolio orang lain.
Saiful Anwar
Penternakan babi di Jerman itu dilakukan secara kuno, kan? Belum dimodenkan lagi, kan?
Yang kerajaan Khir Toyo dulu hantar wakil untuk belajar bela babi secara hitec bukan Jerman, kan? Setahu saya kerajaan Khir Toyo dulu hantar wakil untuk belajar bela babi secara hitec di Telok Kertang dekat kampung saya di Matang.
salam..
Penternakan babi di Jerman itu dilakukan secara kuno, kan? Belum dimodenkan lagi, kan?
- penarik beca -
Laporan tersebut adalah laporan terbaru yang merujuk pada penternakan babi moden di Jerman.
Actually kalu kita kaji dari laporan tersebut kita akan mendapati bahawa saintis jerman masih belum menerbitkan artikel dalam mana2 jurnal saintifik yang membuktikan teknologi ladang babi di sana zero polution. Maklumat ini diperolehi dari aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM). Sila berhubung terus dengan PPIM untuk maklumat lanjut.
Lagi satu mengapa BN dan PKR tidak menyiarkan pandangan pakar-pakar veterinar dan alam sekitar yang menjamin zero pollution ladang babi di Jerman?
Dan kenapa Israel dan Singapura yang bermazhab zionis tidak melaksanakan projek ladang babi moden di negara mereka? Kenapa mereka perlu takut jika benar teknologi di Jerman tu zero pollution?
Sila rujuk buku "Halal Haram" terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Babi telah dicampur ke dalam hampir semua barangan makanan umat Islam. Prioriti kita sepatutnya memperbanyakkan produk halal, bukan menambah kebarangkalian unsur babi dicampur dalam makanan kita.
Pada saya kita sepatutnya menjadi penyokong yang peka. Bukan yang membabi buta. Sokongan kita akan dihisab di dunia dan akhirat. Jamaah akan kuat jika ahlinya tahu dan yakin dengan kebenaran. Jamaah akan hancur jika ahlinya hanya menyokong membabi-buta macam ahli UMNO menyokong pemimpinnya.
Dalam hal mesra alam dan zero pollution, pakar-pakar alam sekitar dan veterinar di universiti-universiti tempatan dan luar negeri sepatutnya menjadi tumpuan bagi pertimbangan kita menyokong atau menentang. Pemimpin-pemimpin politik sepatutnya mendidik rakyat supaya lebih berfikiran saintifik dan berkerohanian. Bukan mewarisi tradisi BN yang memperbodohkan rakyat jelata. Cari dan dedahkan pandangan saintifik mereka. Bukan sibuk suruh rakyat dengar cakap pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan.
Ingatlah makna siasah. Mendidik pemikiran dan jiwa ummah agar mampu mentadbir dunia ke arah ketamadunan demi mendirikan kedaulatan agama.
Tentang kerajaan Khir Toyo dulu hantar wakil untuk belajar bela babi secara hitec di Telok Kertang Matang pula saya tidak tahu tentang fakta ini. Jika ia benar terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dengan saya.
Pada Edy, isu lompat parti ni kita ikut kata Tok Guru Nik Aziz la senang, orang yang lompat parti ni kita boleh ibarat seperti Abu sufyan yang masuk islam kerana terpaksa untuk selamatkan diri sendiri. Akhirnya dia sendiri melawan Rasulullah saw.
Tentang masyarakat majmuk pula, semua bangsa di dunia ni Allah dah tetapkan kalau nak bersatu hanya dengan Islam. Bukan Bangsa. Bukan Ekonomi. Atau bukan ideologi Barat.
salawat & takbir!!
Salam Pakcik dan Pencinta Kebenaran,
Jerman adalah negara paling moden dan paling berkebajikan di dunia. Itu yang saya tahu. Ramai lagi yang tahu sedemikian. Yang pernah melawat dan yang pernah bekerja di sana.
Kat mana bukti Pakcik boleh dapat yang mengatakan penternakan babi di Jerman ada yang kuno dan ada yang moden? Standard kesihatan manusia di Jerman adalah yang paling tnggi di dunia. Sampai doktor homeopati dan doktor konvensional boleh menjalankan pembedahan. Standard kesihatan veterinar Jerman juga antara yang tertinggi di dunia. Pelik jugak soalan Pakcik kepada Saiful tu.
Dr Dzul pun masih tak jawab persoalan saya yang Pakcik hantar kat dia kan?
Elok juga saya maklumkan Kerajaan Thailand mempunyai markas tentera yang kedua terbesarnya di Yala. Tentera Thailand kebanyakannya beragama Buddha dan makan babi. Tetapi Kerajaan Thailand yang agama rasminya adalah agama Buddha peka dan sensitif kepada pegangan dan kepercayaan Ummat Islam di Selatan Thai. Tiada penternakan babi berskala besar di sana walaupun tentera Thailand yang berpengkalan di Yala banyak makan babi. Malahan ramai pejuang kemerdekaan Patani memberitahu abah bahawa mereka tak tahu pun ada ladang babi di Yala, Narathiwat atau Pattani. Babi-babi dipelihara di luar wilayah penduduk Islam.
Tahukah kita semua bahawa penduduk Tanjung Sepat masih ramai yang miskin dan tak terbela sejak BN memerintah sehingga BA memerintah? Bila Timbalan Ketua Muslimat PAS datang melawat Tanjung Sepat sampai mendapat liputan Harakah, yang menjadi fokusnya adalah babi dan babi. Mana fokus utama kita selama ini iaitu membela golongan miskin dan tertindas (marhaen dan mustadhafin)? Saya tak pernah terbaca hadis Nabi saaw atau fakta sejarah kerajaan Islam yang mengizinkan kita merawat babi dan membenarkan ladang babi dipermodenkan dulu sebelum dibela manusia yang miskin dan tertindas.
Salawat
salam
Jika benar la Anwar merasuah ahli politik BN dgn memberi jawatan selepas Anwar menjadi PM,maka rakyat boleh menghukum PM Anwar ibrahim bersabit kesalahan merasuah.Apa yang di gembar gembur kan semasa ceramah2 nya,tiada rasuah,tiada kronisme dan tiada nepotisme sebenarnya permainan yg licik yg kita pun tak dapat membaca permainan politik Anwar.
Dan lebih malang lagi Parti Se Islam Malaysia PAS telah di bonggok kan2 kali dgn tidak memahami kesan buruk lompat parti.Mgkn mereka tergila2 nak jadi menteri penuh atau sudah terbuai dengan permainan cinta dunia ini.
Ketika di tanya Australia News Network mengenai islamik state..Anwar menjawab soalan ini tidak relevan,apakah anwar tidak memperjuangkan agama nya sendiri..ini lah kepimpinan yahudi laknatullah.
salawat.
Kalau dibiarkan, Anwar akan jadi permulaan satu kehancuran buat PAS... ingatlah...
Salam
tak payah nak tunggu DSAI jadi PM baru nak bawa dia masuk mahkamah..sekarang ni ha!!
di depan semua rakyat mari kita bersama-sama bongkar karakusan dan kezaliman yang akan DSAI buat atas nama keadilan..
adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. jadi Islam tempatnya di hati orang-orang Islam. Dan bak kata cucu Nabi saww Imam Jaafar As-Sadiq:
"iman adalah kepercayaan atau keyakinan di dalam hati yang dizahirkan melalui perbuatan"
jadi berdasarkan kata-kata beliau wajiblah melaksanakan kepimpinan Islam@ Negara Islam.
Kalau nasib babi dan penternaknya lagi sibuk untuk dibela, apa kata Dr halimah duduk je kata sana..pejuangkan terus betapa tertindasnya babi yang hanya mahu meneruskan kehidupannya yang barang tentu berakhir menjadi bak kut teh atau pelbagai lagi resepi-resepi yang seselera dengannya..
edy:
"apa salahnya melompat untuk menyelamatkan bangsa dari kekejaman"
pak cik bakaq dah jawab
"pernah dengar apa itu masyarakat majmuk..?"
saya jawab:
pernah baca sirah nabi tak?
pernah ambil tahu tentang masyarakat Lubnan tak?
majmuk ke tak ke penyelesaianya hanyalah satu
"wa ma arsanalka illa rahmatan lil 'alamin"
islam dan Nabi Mohd saww (ajarannya) merupakan Rahmat-penyelesaian-sekalian alam.
salawat
Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.
Para pemimpin Pas (Mursyidul 'am dan Ahli Jawatankuasa agong) lah yg akan menentukan dasar ini terlaksana.
Oleh itu para pemimpin ada cara dan kaedahnya untuk menyelamatkan dasar ini dari dirobek samada menunggu akan strategi Anwar Ibrahim yg menjemput ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat dan Wan Azizah menjadi PM berjaya atau para pemimpin Pas mengeluarkan fatwa harus atas kemaslatan ummah untuk bekerjasam dengan UMNO dan TG Hj Abdul Hadi menjadi TPM dan Tengku Razaleigh PM jika strategi ini menjadi atau Dolah Badawi atau Najib jadi PM seadanya.
Para pejuang Islam dan ahli2 Pas sama2lah berfikir untuk menyelamatkan diri bersama Bahtera Nabi Noh(as), sebelum tenggelam dalam gelombang lautan putaran ganas sistem demokrasi peninggalan penjajah British di Tanah Melayu.
Ja'far Bukit Bintang
'They are approaching us because they realise - for Sabah and Sarawak - we have a better deal for them,' he said, adding that the opposition would offer them more royalties from Borneo's natural resources, more development and more help for the poor.
Oooo ok... Maknenye kalau PAS janji kan royalty minyak dekat terengganu, maknenye PAS rasuah rakyat terengganu la ye? Mcm tu ke?
Bakaq,
Hang ni mmg kudus dalam politik. Istilah moral bukan istilah yg popular dalam politik.
Mana ada politician yg benar bersih.Hang bagitahu aku sapa yg bersih?(kecuali TGNA)
Jadilah pragmatik sikit, hang ni pun betui lah