Sheih adalah orang pertama yang menulis tentang tindakan mempariahkan PAS. Oleh kerana tidak terucap apa yang ingin saya katakan dalam posting Sheih itu, saya menulis posting bertajuk "DAP mengidap ketagihan menghina Islam". Ramai yang marah. Marahlah, itu hak demokratik mereka.
Saya juga mempunyai hak demokratik untuk bersuara dan merasa marah.
Apabila Ahirudin Attan menulis posting bertajuk "Malaysian Economic Agenda", saya tidak lagi mempersoalkan tentang tindakan mempariahkan PAS. Saya mula bertanya tentang permulaan usaha untuk meminggirkan PAS secara sistematik (systematic marginalisation).
Sambil itu, berdasarkan maklumat yang saya terima dari adik-beradik dan kawan-kawan saya di Taiping, saya merayu YB Ahmad Nizar Jamaluddin yang dilaporkan telah dipersetujui oleh DAP dan PKR untuk menjadi Menteri Besar Perak supaya menyatakan, benarkah beliau dipaksa oleh DAP supaya menandatangani surat perjanjian khas dengan parti itu?
Saya harap sangat tidak benar. Saya harap sangat adik-beradik dan kawan-kawan saya di Taiping mendapat cerita karut. Khabar angin yang merapu.
Bagaimanapun, jika cerita yang sudah heboh di Taiping itu benar, saya amat berharap Saudara Ahmad Nizar mendedahkan kandungan yang dikatakan dipaksa oleh DAP supaya Saudara tandatangani.
Adakah surat itu merupakan surat perjanjian atau ikrar kepada DAP bahawa Saudara tidak akan melakukan apa sahaja yang tidak disukai oleh parti itu? Memandangkan para pemimpin DAP begitu alergi terhadap Islam dan dilanda PAS-phobia (meminjam istilah Dr Kua Kia Song), apakah kandungan surat itu mengenai Islam?
Saya yakin ahli-ahli PAS berhak mengetahui kandungan surat itu. Walaupun saya hanya penyokong biasa PAS, tetapi sebagai kutu yang dilahirkan di Kampung Jebong, Matang, Taiping, Perak; saya juga berhak mengetahui isi kandungan surat yang dikatakan dipaksa oleh DAP supaya ditandatangani oleh Saudara.
Saudara Ahmad Nizar dan juga Ustaz Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak) yang dikasihi, adakah itu harga untuk menjadi Menteri Besar Perak? Jika benar harganya terlalu mahal, apa megahnya menjadi Menteri Besar?
Saudara Ahmad Nizar dan juga Ustaz Ahmad Awang yang dikasihi, kutu yang dilahirkan di Jebong ini bertanya pada hari ini kerana saya tidak mahu bertanya di Akhirat kelak. Salam dan perlindungan Allah s.w.t. ke atas Saudara berdua.
Berkaitan:
PAS tidak minta jawatan MB Perak - Salahuddin (Tranungkite)
PKR dapat tambahan exco di Perak (Malaysiakini)
Angkat sumpah MB Perak ditangguh (Malaysiakini)
No misgivings in Ipoh over a PAS MB (Malaysiakini)
Perak MB's swearing-in put off (Malaysiakini)
Don't assemble outside palace, warn police (Malaysiakini)
Lim apologises, DAP reps to attend ceremony (Malaysiakini)
PKR threatens to pull out of Perak state admin (Malaysiakini)
DAP risks squandering polls victory (Malaysiakini)
Lim: DAP rejects Nizar as MB (Malaysiakini)

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

Cantik? Klik 

Saya sokong pertanyaan ikhlas sdra.
semoga mendapat jawapan ikhlas bakal YAB dan tuan Pesuruhjaya.
Saya tak pandai ugama tapi saya kasih pada Islam. Nikmat yg paling besar ialah nikmat Islam.
Saya yg kerdil ini juga berharap bukan saja di Perak, malahan di seluruh negara, dlm berunding dgn pihak2, biarlah berprinsip. Ada benda-benda yg kita boleh tolak-ansur, tetapi hendaknya, Islam dijual jangan.
Ekoran dari bantahan Lim Kit Siang , DAP terlah di anggap oleh semua rakyat Malaysia termasuk setengah orang Cina sebagai parti chauvinist yang sempit yang tidak pandai menyesuaikan diri di dalam masyarakat malaysia dan sanggup menghina raja dan apa apa yang berkaitan dengan Melayu. PAS bangkit menjadi parti yang berdiplomasi tinggi , toleran dan matang. Inshaalah MB perak yang di calun akan mengangkat sumpah dengan selamat.
Pakatan PAS DAP dan PKR masih di perlukan di Parliment untuk men check and balance BN dalam perkara yang bersangkutan banyak lagi perkara penting saperti masaalah kenaikan harga barang, kemiskinan. pengganguran, kecekapan memerintah, pembangunan, pembaziran , kedaulatan, dan keselamatan. Oleh itu pakatan pembangkang walaupun longgar masih di perlukan.
Di peringkat parliment PAS akan masih lagi menghadapi masaalah dengan DAP dan PKR. ini kerana DAP akan menentang dasar DEB yang merupakan perkara penting bagi orang Melayu. DAP juga akan menentang hal undang undang murtad dan banyak lagi hal yang sensistive kepada orang Melayu. PAS mesti bijak menanggani masaalah orang melayu di peringkat federal dan mestilah bertindak atas dasar case by case. Kemungkinan besar PAS terpaksa memerlukan undi luar untuk menjayakan usul nya atau terpaksa menyokong pihak luar dari barisan pembangkang jika hal kepentingan Melayu dan Islam menjadi keutamaan. Yang penting nya PAS mesti keluar dari experiment ini dengan lebih mulia dan matang dan di anggap abang tua yang bijaksana bagi mengahadapi PRU13.
Apa yang saya takutkan ialah PAS menjadi bertambah liberal akibat mahu di terima rakyat berbagai ugama dan dalam proses itu PAS menjadi tidak relevant bagi orang Melayu MUslim. Menjadi peranan ulama , intellectual dan aktivis dalam PAS supaya matlamat perjuangan Islam dalam PAS tidak di leburkan oleh mereka yang mengejar dunia yang berselindung dalam politik liberal demokrasi. Kita berdoa supaya Allah tidak menukar kemenangan ini menjadi bala yang besar tsunami.
(Petikan dari almuslimin2.blogspot.com)
Assalamualaikum,
Saya pun agak risau dalam permasalahan ini. Kita (PAS)_ dalam keadaan catch-22, dan saya khuatir kita terperangkap dalam permainan licik musuh-musuh Islam.
Ramai yang menyokong PAS di seantero Malaysia, bukan kerana namanya PAS, tetapi kerana dalam tubuh perlembagaannya termaktub usaha-usaha mendaulatkan Islam di bumi bertuah ini. Inilah golongan yang hidup matinya bersama PAS, dan orang-orang yang boleh diharapkan akan memikul tanggungjawab perjuangan walau dalam keadaan apapun. PAS terus boleh survive, dengan izin Allah, atas sebab adanya ramai hardcore yang jelas fikrah Islamiahnya sebegini. Seandainya PAS lari daripada asas-asas perjuangannnya, walau atas nama apa pun, hatta di atas maslahat atau awlawiyat 'political expediency', golongan hardcore ini tidak akan teragak-agak meninggalkan PAS, kerana perjuangan mereka (kami) adalah berasaskan aqidah, bukannya asas assobiyah kepartian.
Maka, dalam soal pemerintahan terutamanya di tiga negeri serangkai (Pulau Pinang, Perak dan Selangor), PAS perlu tangkas. Mengamalkan fiqh awlawiyat tetapi dalam masa yang sama tidak menggadaikan asas-asas perjuangan terutamanya dalam soal-soal aqidah.
Saya melihat masalah utama kita adalah kita menang di kebanyakan kawasan di Perak dan selangor kerana undi protes bukan Muslim. dalam ertikata lain undi yang kita dapat agak hampung!!! Kita masih belum menewaskan UMNO di kawasan-kawasan teras kita, yakni di kawasan majoriti pengundi Melayu. Swing pengundi Melayu masih sedikit.Di Perak kita tewas di 15 DUN dan cuma menang di 6 DUN. Di Selangor pula kita tewas di 11 DUN dan cuma menang di 8 DUN. Di kebanyakan kawasan yang kita tewas tersebut, peratusan pengundi Melayu adalah tinggi.
Cuma yang mungkin sedikit melegakan kita adalah, di kebanyakan kawasan tersebut, kita tewas dengan majoriti kecil, sekitar puluhan atau ratusan undi sahaja.
Situasi sekarang amat rapuh. Pihak DAP dan sesetengah pimpinan PKR serta pengamal-pengamal ajaran sesat Islam liberal seperti Zaid Ibrahim, Haris Ibrahim, Malik Imtiaz dan Raja Petra akan cuba mengambil kesempatan untuk memaksakan agenda-agenda mereka seperti pindaan Artikel 121(A), isu murtad, interfaith commision dan sebagainya. PAS perlu bertegas dalam soal ini. Dan umpama menarik rambut dalam tepung, sekiranya perlu dengan cara penuh hikmah, memberi kata dua kepada PKR dan Anwar Ibrahim agar jangan terlalu mengalah hingga menggadaikan kepentingan Islam semata-mata kerana mahu berhemoi dengan DAP dan menagih sokongan golongan bukan Islam. Saya yakin pimpinan PAS arif tentang perkara ini; yang pentingnya mesti dilakukan secara penuh hikmah.
Dalam konteks negeri tiga serangkai ini, serta juga Kedah, PAS perlu menganggap kemenangan 2008 hanyalah sebagai batu loncatan atau lorongan untuk kemenangan yang lebih total dalam PRU akan datang. Ambil pengajaran daripada Kelantan, dan jangan lupa pengajaran daripada kekalahan pedih Trengganu tahun 2004.
Kita sedar kesulitan yang bakal dihadapi Ir Nizar. Tetapi setidak-tidaknya Ir Nizar tentunya mampu untuk menggerakkan dakwah yang lebih berkesan di kawasan-kawasan yang dikuasai UMNO. Khutbah Jumaat serta kuliah2 di surau-surau dan masjid-masjid sepatutnya sudah bebas daripada belenggu dan longlai yang dipaksakan oleh UMNO dulu. Tuan-tuan Guru Nik Aziz, Hadi Awang dan Harun Din harus selalu bertandang ke Stadium Ipoh untuk menyampaikan kuliah-kuliah perdana. Konsert-konsert yang melalaikan, Sure heboh, audiens untuk Akademi Fantasia serta Malaysian Idol dan perkampungan Hadhari sudah sepatutnya tidak diberikan sebarang permitoleh majlis tempatan. Penguatkuasaan dan pembasmian perkara mungkar di kalangan umat Islam Perak patut dipergiatkan. Bantuan kepada fuqara wal masakin, serta anak-anak yang mahu menyambung belajar sepatutnya dilaksanakan dengan cara yang menambat hati orang ramai melalui Baitulmal. Balai-balai raya sudah tidak boleh disalahgunakan sebagai pusat propaganda UMNO. Di peringkat parti pula, perbanyakkan markaz-markaz di ceruk rantau negeri. Wujudkan kelas-kelas tuisyen di setiap markaz ini. Perbanyakkan khidmat klinik bergerak dan khidmat guaman bergerak yang percuma. Saya yakin DAP tidak kisah sangat tentang perkara-perkara ini.
Kita mohon PAS Selangor dapat merundingkan perkara yang sama dengan Tan Sri Khalid.
Kesimpulannya , di 3 negeri serangkai ini, mode kita masihlah berdakwah dan terus berdakwah.
Pergunakan secara maksimum segala ruang yang ada untuk mendekatkan masyarakat kepada Islam. InshaAllah PAS akan menjadi komponen terbesar Barisan Rakyat berkat usaha ini.
Kesimpulannya juga, jangan sama sekali meggadaikan asas perjuangan. Tetapi bergeraklah dengan penuh hikmah seumpama menarik rambut dari dalam tepung.