Kalau tipu, 9 Mac 8.30 malam kita berhimpun lagi!!

Ada di Pantai Timur semula selepas balik Taiping kerana pemergian kakak yang sangat dikasihi. Saya merayu belas kasihan Allah s.w.t. kepadanya - dan kepada kita semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi mendoakan kak saya.

Semalam dengan Abang Mat (Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu). Bila saya SMS (tak berani call, takut dia tengah ceramah) nak jumpa dia, dia call balik. "Hang tunggu aku, sat gi kita minum-minum di Rusila".

Bila saya kata saya dengan Black, dia suka sangat.

Saya pun ambil keputusan buat kerja bodo. Saya tunggu dia betul-betul sebelah pintu gerbang Masjid Rusila - kubu PAS. Banyak mata yang memandang ke arah kereta yang berhenti di sebelah pintu gerbang itu. Beratus-ratus orang di situ. Kira-kira 90 peratus anak-anak muda. Lebih 90 peratus tak berkopiah putih.

Black kata kat saya, "bakaq, kalau depa mai kerumun kita, naya kita!". Walaupun saya tidak fikir langsung mereka akan buat gitu, saya sengaja jawab, "Kena rebus kita malam ni!"

Memang, walaupun mengatur salam dan kata-kata yang penuh sopan, dua tiga orang datang bertanya kami, datang dari mana dan nak pergi ke mana?

Saya tak gentar sedikitpun. Takut apa, saya pun "orang situ" jugak. "Tunggu Abang Mat," itulah jawapan saya setiap kali mereka bertanya.

Tetapi Black dan saya dapat rasa, mereka tetap curiga.

Apabila datang seorang lagi bertanya, sambil menjawab kepadanya saya terus call Abang Mat. "Cepat la oii! Ni dah ramai datang dok tanya ni". Sahabat dari Rusila yang bertanya itu tergelak kecil. Mungkin dia lega kerana kami bukan nak "buat hal" di situ. Tetapi dia tidak juga beredar jauh dari kami.

"Sat gi aku sampai situ, aku nak suruh depa kepung hang. Siap hang!" jawab Abang Mat kepada saya.

Sampai-sampai, keluar ja dari kereta, Abang Mat terus keriau panggil saya. Lepas tu, barulah saya betul-betul jadi "orang situ".

Adakah orang-orang "tempat saya" itu garang-garang dan terlalu curiga kepada orang lain? Garang tu tak terasa pulak. Kalau curiga, memang patut. Saya bukan jenis berkopiah putih dan hampir tak pernah begitu kecuali ke masjid (nak kata tak pernah langsung tak berani pulak, takut-takut ada. Tapi, rasa-rasa tak pernah langsung). Serban jubah tak payah cakaplah. Saya belum layak untuk semua itu.

Ah, jangankan serban jubah, baju Melayu pun saya tak ada. Masa kahwin 1987 dulu pun, pinjam baju Melayu adik saya.

"Kalau depa risau kita ni sapa pun memang patut, bakaq. Aku rambut panjang, hang pulak botak. Depa pun tertanya-tanya, ntah sapa-sapa kita ni," kata Black kepada saya.

"Saye ni lame doh nak tkcing, tapi dok berani masuk," kata saya kepada sahabat yang bertanya tadi sebaik sahaja masuk ke halaman masjid. Dia tergelak tengok saya.

Ratusan yang berkumpul tadi sudah pun berkumpul dalam masjid, di bahagian luar ruang utama untuk bersolat jemaah. Jalan ke bilik air pula terpaksa melintas di hadapan mereka.

Sambil bersembang, saya ikut belakang Abang Mat. Dia pun nak ke bilik air juga. Sebaik sahaja mereka tengok Abang Mat masuk, bergegar kesunyian malam (kira-kira pukul 2.00 pagi - kira malamlah senang) dengan takbir penuh semangat, "Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!"

Meremang roma saya. "Nanti sat, nak tekencin sat!" kata Abang Mat kepada mereka. Serentak mereka tergelak.

Patutlah Abang Mat nak jumpa di Rusila. Rupa-rupanya dia ditugaskan memberi motivasi kepada pemuda-pemuda itu. Motivasi jam 2.00 pagi!

Memanglah, meremang roma bila dengar motivasi Abang Mat. Tetapi, yang paling bersemangat ialah bila beliau berkata, "Hari mengundi, pagi-pagi lagi kita akan bersedia di tempat mengundi. Sekali ni kita bukan takat baca Ayat Kursi, tapi kalau kita jumpa pengundi hantu, kita pakat kerumun, kita pakai kerusi!" Lagi sekali bergegar kesunyian malam dengan gema takbir.

Selesai motivasi itu, saya terlebih dahulu menuju ke kereta yang diletakkan di sebelah pintu gerbang Masjid Rusila tadi. Walaupun, saya dah agak Abang Mat akan naik dengan kami dan bukan kereta rasmi calon PAS Kuala Terengganu, saya duduk depan sebelah pemandu. Black yang bawa kereta.

Tapi ke belakang juga selepas itu. Memang dak agak dah, Abang Mat akan naik dengan kami.

Bila saya tanya mengenai pemuda-pemuda yang berkumpul untuk mendengar motivasinya tadi, Abang Mat terus jawab, "Tu baru tiga cawangan tu!"

Terkejut Black dan saya. "Baru tiga cawangan?! Ingat beratus-ratus macam tu dari seluruh Marang".

Selepas minum-minum dengan Abang Mat dan sahabat-sahabat yang lain, Black dan saya meneruskan perjalanan. Kerja! Kerja!

Adakah Tok Guru (Haji Abdul Hadi Awang yang bertanding kerusi Parlimen Marang dan kerusi DUN Rhu Rendang) dan Abang Mat akan menang?

Kalau tak tipu dan kalau tak ada pengundi hantu, insya Allah menang!

Dah habis tulis? Belumlah!

Sebenarnya, yang saya nak tulis bukan fasal pertemuan dengan Abang Mat. Yang saya nak tulis ialah, perjuangan 10 November belum berakhir. Perjuangan "baju kuning" belum berakhir.

Kalau kita dapat rasa mereka tipu lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tipu lagi, selepas kita berehat sedikit pada siangnya, pukul 8.30 malam kita berkumpul beramai-ramai di Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur. Perjuangan dan perhimpunan aman mesti diteruskan!

Berkaitan:
Perhimpunan raksaksa pada 9 Mac 2008 jika SPR menipu (Amin Iskandar)

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

  1. Memang meremang bulu roma saya bila baca kisah bakaq haq dengan abg mat kat sana. Nak ikut sama tak dapat sebab kawasan sendiri pun kena jaga juga.

    Baru2 ni balik bantu kawasan Kuala Kedah, sesekali teringat kenangan masa bang Mat ambil calun kat sini.

    Semuga kali ni bang Mat berjaya lagi kat Kuala Terengganu.

    -Anak JIN.

    (tak kan lupa kot ngan anak JIN.)

  2. Dengan Izin Tuan Punya Blog:

    LIPUTAN TERKINI : Foto-Foto KEMPEN BARISAN NASIONAL CALON PARLIMEN TITIWANGSA - Dato' Aziz Jamaluddin (DEWAN DATO' KERAMAT : 3 Mac, 8.30pm - 9pm)

    FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA:

    http://theindiestory.blogspot.com/

    Wassalam.

  3. Dengan Izin Tuan Punya Blog:

    LIPUTAN TERKINI : Foto-Foto KEMPEN BARISAN NASIONAL CALON PARLIMEN TITIWANGSA - Dato' Aziz Jamaluddin (DEWAN DATO' KERAMAT : 3 Mac, 8.30pm - 9pm)

    FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA:

    http://theindiestory.blogspot.com/

    Wassalam.

Post a Comment


Anda lelaki perkasa? Isteri segar menawan? Anak pintar cerdas? Klik di sini.
 

Jeritan dari Gaza

Hulurkan simpati

Photobucket

Bantuan anda diperlukan!

Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar. Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:

1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar,
RHB Islamic Bank
Nombor akaun: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar Azmi Kamal, Bank Islam
Nombor akaun: 08040020018015

Derma Kebangkitan Rakyat



Terima kasih di atas budi anda yang sudi mendermakan dana kepada Perakexpress untuk meneruskan perjuangan. Sumbangkan ke :-

Akaun Maybank : 158097625245
Mohd Afandi Ahmad (Mat Saman Kati)

Jumlahnya akan sentiasa diumumkan!

Arkib

Perpaduan


Presiden PAS (dua dari kanan) dalam
majlis perpaduan Islam di Iran

Forum Keadilan 15/3/09

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!


Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Sila klik!!

Video

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Boikot!!

Kawan-kawan

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008