Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Nordin Kardi mendakwa beliau mewakili golongan intelektual.
"Saya merasa satu kejayaan mewakili golongan intelektual di dalam negara ini supaya blog-blog dan pihak yang menyalahgunakannya tidak mepermainkan kebenaran dan integriti intelektual untuk tujuan-tujuan yang mereka saja yang tahu," katanya.
Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bertanya, "Hello... sejak bila dia seorang intelektual? Kalaulah dia seorang intelektual, Madonna (tentulah) masih anak dara".
Sila baca laporan Utusan Malaysia bertajuk "Saman fitnah: Penulis blog Raja Petra dan tiga defendan diperintah bayar RM7 juta kepada Naib Canselor UUM".
Berikut ialah artikel yang menjadi punca saman tersebut (Ihsan MandaT2020):
"Saya merasa satu kejayaan mewakili golongan intelektual di dalam negara ini supaya blog-blog dan pihak yang menyalahgunakannya tidak mepermainkan kebenaran dan integriti intelektual untuk tujuan-tujuan yang mereka saja yang tahu," katanya.
Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bertanya, "Hello... sejak bila dia seorang intelektual? Kalaulah dia seorang intelektual, Madonna (tentulah) masih anak dara".
Sila baca laporan Utusan Malaysia bertajuk "Saman fitnah: Penulis blog Raja Petra dan tiga defendan diperintah bayar RM7 juta kepada Naib Canselor UUM".
Berikut ialah artikel yang menjadi punca saman tersebut (Ihsan MandaT2020):
Oleh: Muhtar bin Hj. Suhaili (Mantan Presiden MPP UIAM 2003/2004)
As-Sarawaki, 3 November 2006: Saya terkejut dan terkilan apabila mendapati artikel saya bertajuk “Mahasiswa dan Tanggungjawab Menguruskan Kejayaan“ yang telah alhamdulillah dihasilkan pada Mac 2004 dan telah diterbitkan di dalam ruangan Bicara Siswa, Majalah i (majalah terbitan Karangkraf Sdn. Bhd.) Edisi April 2004 telah diciplak tanpa pengetahuan dan kebenaran saya oleh atau atas nama Dato' Dr. Nordin Kardi.Saya pada mulanya tidak percaya sehinggalah saya sendiri melayari laman web yang menyiarkan artikel ciplak tersebut iaitu islamhadhari.net. Atas rasa kekesalan, saya berasa terpanggil untuk meminta penjelasan atas Kertas Kerja bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran“ bertarikh 07/05/2006 dan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting.Artikel ciplak yang kononnya oleh Dato' Dr. Nordin Kardi dengan terang-terangan mengambil hampir keseluruhan isi artikel asal saya sebagaimana yang disebutkan di atas. Tarikh artikel ciplak ini iaitu 07/05/2006 adalah 2 tahun selepas artikel asal saya diterbitkan iaitu pada April 2004.Artikel asal boleh didapati di http://muhtarsuhaili.tripod.com/pengurusankejayaan/ manakala artikel dimaksudkan yang saya dapati telah diciplak ini boleh disurf melalui link berikut http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21[Nota: Kertas kerja ciplak di laman web IslamHadhari.net telah ditarik balik pada petang 9 November 2006 setelah beberapa kali dihubungi untuk meminta penjelasan.Apapun, saya amat berharap pengendali IslamHadhari.net dapat menghubungi saya di alamat email al_akhyar81@yahoo.com untuk memberi penjelasan atas tersiarnya artikel ciplak tersebut di laman web berkenaan selama 6 bulan tanpa pengetahuan dan kebenaran.]
Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, saya merasakan bahawa ianya adalah tidak sihat serta bertentangan sekaligus melanggar hak cipta dan hak harta intelek malah tidak ilmiah dan tidak selari dengan semangat Islam Hadhari sama sekali. Justeru, saya berharap dan memohon penjelasan dari pihak yang berkenaan tentang perkara ini. Ayuh hidupkan budaya ilmu yang cemerlang, gemilang dan terbilang! Wallahu a’la wa a’lam.
Artikel Asal yang telah diterbitkan di dalam ruangan Bicara Siswa, Malajah i Edisi April 2004 terbitan Karangkraf Sdn. Bhd.
Penjelasan islamhadhari.net
Pihak islamhadhari.net ingin memaklumkan kepada Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili, Bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM sesi 2003/2004, bahawa sebaik sahaja kami menerima email daripada pihak beliau, pihak islamhadhari.net telah memohon maaf kepada beliau akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dilakukan oleh pihak islamhadhari.net berkaitan kertas kerja seminar yang dipaparkan bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran.”. Malahan, pihak islamhadhari.net telah mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web islamhadhari.net.Berita-berita dan artikel-artikel berkaitan di sini.
Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.
Sehubungan dengan isu ini, dan bermula pada hari ini, kami menyeru semua pembentang-pembentang kertas kerja dalam mana-mana pembentangan seminar samaada dalam negara mahupun luar negara di harus untuk menghantar surat persetujuan untuk memaparkan bahan bercetak untuk mengelakkan sebarang kontrovesi berlaku pada masa mendatang. Malahan kami juga memohon semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menghantar artikel ke laman web kami dan menegur sekirannya didapati ada unsur – unsur tidak sesuai untuk tatapan umum. Sekiranya, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam memainkan peranan ini insya-Allah maklumat akan dapat dikongsi bersama agar mendatangkan kebaikkan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Niat kami adalah untuk memastikan semua umat Islam mendapat manfaat daripada semua artikel di dalam laman web ini. Tetapi, pihak kami amat kecewa sekiranya niat murni kami ini dijadikan agenda untuk menjatuhkan sesama insan yang beragama Islam.
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)










Cantik? Klik 






mmmm, saya pun musykil gak pasal ni. tapi takpelah. harap lepas ni boleh tgk dia tulis buku ke artikel dia sendiri.
nak bagi komen pun kena baca teks. mesti dia dah buat kajian ilmiah kat rumah tu....
Makluman:
harap dapat hebahkan blog saya yang baru dibuat untuk beri kesedaran kepada orang johor khususnya tentang wilayah pembangunan iskandar:
http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/
terima kasih.
Kenapa islam hadhari.net tak dipersalahkan?
mushkil juga
I bet you guys, RPK, PKR tidak akan keluar even satu sen pun kepada no Din CIP Lak.
dato nordin xwajar bermain politik dipentas UUM,mungkin boleh gunakan platform lain atau keluar dari instistusi pendidikan negara untuk berpolitik...
reaksi dato nordin bila menang case ni pn sekadar puas...dpt musuh kalangan bangsa sendiri
TAHNIAH DATO..
syabas dato'...selamat datang ke medan perang!jangan lari sudah...kan dato'kononnya berintelek....
Pertama sekali, you have to prove Nordin kardi ciplak artikel tersebut. Itu isu sebenarnya. Jika RPK tidak mampu mempertahankannya, maka Nordin kardi betul dan RPK salah.
Kedua, Nordin Kardi sejarahnya adalah seorang professor Madya di UPM sehinggalah diambil sebagai Ketua pengarah BTN pada zaman Mahathir. Nordin Kardi adalah salah seorg pensyarah kaunseling dan forefathers dalam bidang ini. Oleh itu, suara beliau masih boleh dianggap sebagai suara intelek. Dan jangan kira kerana Nordin bersama kerajaan, inteleknya dibuang. Oleh itu,mengatakan jika Nordin intelek, Madonna anak dara, maka orang itulah yang harus diketawakan, kerana Nordin asalnya memang intelek dan pensyarah univesiti sebelum menjadi"alat perang saraf" BTN.
Ketiga, keputusan ini adalah keputusan mahkamah. Hormatilah keputusan mahkamah. Janganlah apabila keputusan mahkamah menyebelahi kerajaan, maka ia tidak intelek dan boleh dibakulsampahkan.
masalah orang2 BA ni, kalau berpihak pada depa, dia sokong bukan main lagi. tapi kalau depa yang kena atau salah, di putaq alam kata orang lain salah, ni la di namakan akai keling. mmmm terlupa pulak yang DSAI tu memang keturunan keling [opss penah ada orang tau ka yang DSAI tu keturunan keling - pecah rahsia, tp bg orang2 belah cerok tok kun semua tau DSAI tu keturunan keling] sesekali tengok RPK pun nampak macam keturunan keling jugak. nampaknya orang melayu kena auta dengan keling dari dulu sampai la ni.
Bijaknya RPK, bila mahkamah kata dia dan PKR salah dan kena bayaq RM 7mil, dia gunalah taktik keling untuk putaq kenyataan. bagi orang pertikai isu intelektual pulak. orang melayu memang dari dulu sampai la ni memang tak suka pikiaq, main ikut saja, apa lagi melompatla macam election baru ni.
sudah-sudah la wahai umat melayu, tuhan bagi akal fikirla betul-betul, jangan dok dengar orang cakap saja, tambah-tambah cakap keling. pasai dengaq cakap keling la pak lah hampir terjatuh tersungkur.
http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/03/27/isu-uum-saman-raja-petra-dan-suara-keadilan-rm7-juta/
Nama saja professor tapi tak guna otak untuk hak yang benar.