Sedap!! Klik gambar di atas!

DAP mengidap ketagihan menghina Islam

Ketika balik sekejap ke Kuala Lumpur untuk mengundi Nurul Izzah di Lembah Pantai, saya mengambil kesempatan meronda-ronda sekitar Kuala Lumpur dengan isteri dan anak-anak saya untuk melihat suasana pilihan raya.

Berkali-kali anak saya menjerit-jerit dalam kereta, "abah! abah! Tengok tu Cina, India pegang bendera PAS, hayun bendera PAS". Berkali-kali, saya tak ingat berapa kali.

Sebentar tadi saya membaca posting Sheih tentang sikap mempariahkan PAS. Sedangkan, pada hari pengundian 8 Mac lalu, rakyat berbilang bangsa dan agama tidak mempariahkan PAS. Saya melihat sendiri.

Undi yang mereka berikan kepada PAS tidak mempariahkan PAS. Sokongan mereka, dengan mengibar-ngibarkan bendera PAS umpamanya, tidak mempariahkan PAS.

Tetapi, hampir setiap hari DAP mempariahkan PAS.

Pagi semalam, ketika minum bersama-sama bekas Spaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang kini Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Cik Gu Rahim), anaknya, Waejo dan dua sahabat yang lain, saya naik angin betul ketika membaca beberapa kenyataan pemimpin DAP yang mempariahkan PAS.

Walaupun Cik Gu Rahim memberikan pelbagai hujjah untuk menyabarkan saya dan sahabat-sahabat lain, kata-kata beliau bagaikan tidak dihormati - walaupun kami hormat dan kasih kepadanya.

Setiap kali mereka mempariahkan PAS, para pemimpin DAP mendakwa kononnya penyokong mereka tidak boleh menerima PASlah, tidak selesa dengan PASlah. Macam-macam alasan digunakan untuk mewajarkan perbuatan mereka menghina PAS.

Para pemimpin PAS pula, tak habis-habis dengan pelbagai dalih dan alasan supaya ahli-ahli dan para penyokong tidak bertindak balas terhadap penghinaan demi penghinaan DAP itu.

Dalam berita bertajuk "MB Perak sanggah kebimbangan DAP", Berita Harian semalam melaporkan:
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam memetik kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Teresa Kok, sebagai berkata parti itu kurang selesa bekerja sama dengan Pas kerana menerima tekanan daripada penyokong bukan Islam.

Beliau dilaporkan berkata, DAP bukan saja berasa tidak selesa, malah menerima tekanan daripada penyokong bukan Islam kerana mereka bimbang wakil Pas menjadi Menteri Besar di Perak.
Benarkah para penyokong DAP mempariahkan PAS seperti para pemimpin parti itu? Sebagai contoh, baca laporan Malaysiakini bertajuk " ... tetapi penyokong menolaknya". Baca juga komen-komen di bawah posting bertajuk "No DAP CEC mandate for PAS Menteri Besar in Perak" di dalam blog Lim Kit Siang.

Bukan semua ahli dan penyokong PAS mempunyai kesabaran seperti para pemimpin PAS. Saya orang Mat Sabu, walaupun Mat Sabu tidak memerlukan "orang Mat Sabu". Mungkin Mat Sabu boleh bersabar malah mungkin juga beliau boleh berunding dengan pemimpin DAP untuk meredakan kebencian mereka terhadap PAS.

Saya tidak mempunyai kesabaran seperti itu.

Sudah berpuluh tahun DAP mencetuskan api perkauman dengan perbuatan mereka menghina perjuangan PAS. Kemuncaknya selepas PAS menang banyak kerusi di Kelantan pada pilihan raya 1990. Tidak sedikit pun DAP menghormati hak demokratik PAS untuk memperjuangkan Islam.

Sejak berpuluh tahun itulah ahli dan penyokong PAS bersabar. Saya sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk bersabar. Saya benci perkauman. Sejak kecil saya berkawan dengan orang-orang Cina dan India. Tak pernah ada masalah.

Malah, dalam pilihan raya 1974, ketika Cik Gu Fadhlan Yahya bertanding di tempat saya, saya berkerja untuk calon DAP itu. Berkerja bersama-sama kawan-kawan Cina di kampung saya. Banyak lagi, tak payah ungkit.

Tetapi, oleh kerana DAP terlalu melampau menghina PAS tanpa mempedulikan langsung hak demokratik PAS untuk memperjuangkan Islam, kali ini tidak lagi. Tit for tat!

Saya sudah beritahu berpuluh-puluh orang PAS, "kalau pemimpin DAP buat lagi kenyataan yang hina PAS, cari depa, tampaq depa! Setakat nak bayar duit saman, hampa bagi tau aku. Aku boleh cari".

"Hampa tau pasai apa DAP suka buat kenyataan hina PAS? Sebab PAS perjuangkan Islam. Yang depa nak sangat hina tu bukan setakat PAS, tetapi yang depa ketagih sangat nak hina tu (ialah) Islam! Kalau depa buat perangai lagi, kalau jumpa depa di mana-mana, tampaq muka depa. Duit nak bayaq saman, aku boleh tolong cari".

(Jangan pula menyangka saya boleh menerima kerjasama dengan Barisan Nasional (BN). Kepada anasir-anasir jahat dan kurang ajar yang bermain-main telefon dengan pemimpin BN serta bertemu dengan para pemimpin BN untuk berkerjasama dengan parti itu kononnya memilih mudarat yang lebih ringan atau irtikab akhafu ad-dharurain, hampa jaga!

Jangan lacurkan qaidah fiqh untuk mewajarkan kerja jahat dan kurang ajar hampa. Kalau hampa teruskan perbuatan jahat dan kurang ajar hampa, aku londehkan hampa habis-habisan. Jangan cuba menghina kebangkitan rakyat yang menolak BN!

Berapa banyak rakyat yang sanggup dibelasah, ditembak peluru hidup, didera dengan gas pemedih mata, diseksa dengan air beracun, ditangkap dan dipenjara kerana berlawan dengan BN, hampa senang-senang main telefon, minum-minum dengan pemimpin BN kerana nak berkerjasama dengan depa. Kurang ajar!

Kononnya untuk kepentingan Melayu Islam. Pigirah! Jangan khianati Melayu Islam!

Aku sanggup disekat pintu rezqi, dipukul dibelasah oleh ahli-ahli yang buta tak nampak kurang ajar hampa. Namun, aku akan tetap lawan penghina-penghina kebangkitan rakyat seperti hampa. I will leave no stone untouched!

Selepas ini, hampa akan cari siapa pembocor rahsia. Carilah! Aku dah tahu dua tiga bulan lalu dan aku dah beritahu kepada sekurang-kurangnya tiga pemimpin, setakat yang aku ingat. Ada menteri Umno dan timbalan menteri Umno yang membocorkan perkara itu. Aku boleh sebut nama depa kalau hampa nak.

Aku tak tau apa yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin yang aku beritahu perkara itu.)

[Kemarahan-kemarahan di sini]

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Sebelum bang membelasah Uncle Kit lagi, sila baca blog Raja Petra dulu :

    http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4292/84/

    "In Selangor, Hassan Ali engaged in secret negotiations with Khir Toyo to explore the possibility of PAS forming an alliance with Umno to jointly rule the state. This alliance would of course exclude PKR and DAP who were going to be Menteri Besar and Deputy Menteri Besar respectively. The delay in forming the state government due to the disagreements and the DAP infighting about who should be the Deputy Menteri Besar meant that this would give Hassan and Khir time to come to an agreement. But they could not come to an agreement because both Hassan and Khir wanted to be Menteri Besar and none would back down in favour of the other."

    Kesabaran seseorang ada hadnya dan Uncle Lim telah melutup dengan sepenuhnya. Memang dia dah melampau sehingga sangup 'memboycott' upacara pelantikan Menteri Besar dan menderhaka terhadap Sultan Perak. Namun, adakah dia seorang sahaja yang patut dipersalahkan?? Uncle Lim dah memohon maaf tetepi mana Dato Hassan Ali???!! Apakah penjelasan dia?? Uncle Lim menghina Agama Islam? Dia menghormati agama Islam lebih banyak daripada ahli PAS sendiri yang sangguh menipu and berdusta kerana NAFSUNYA!!

    Akhirnya, rakyat biasa seperti kita yang terpaksa menanggung KESAN daripada mereka yang taksub dengan KUASA. Terpulanglah kepada bang untuk menilai perkara ini sebab semua pihak pun bersalah! Sangat kecewa dengan mereka sebab kepercayaan kita terhadap mereka di permainkan!

  2. Pak Bakaq,

    Saya berkongsi rasa marah terhadap mereka-mereka yang cuba bermain cinta dengan UMNO-BN (kalau betullah khabar angin yang saya dengar). Sampai mati, akhirat pun saya tak akan maafkan diorang atas pembelotan ini.

    Kurang ajar!!!

  3. Sabar, sabar lah. Mengapa benci sangat DAP? Nyamok dilautan nampak tapi gajah di depan mata tak nampak. Hang telah makan racun UMNO. Sabar lah abang hoi!

  4. Weh barua, hangpa lagi satu pariah!
    Tak paham-paham ke.
    Hang ni bangsat BN ke apo?

    Depa tu berpakat untuk merai undi. Hang ni BODOH SANGAT pasai apa?

    Hang ni anti Cina cakap jer lah! Jangan nak BATU API kata depa hina ISLAM plak.

    Weh ni zaman moden, globalisasi lah
    SEDAR SIKIT!

    MEMAN PARIAH LAH HANG!

  5. Saudara,

    Saya amat tertarik dengan tulisan saudara, lantas mendorong saya untuk memberikan sedikit pendapat.

    Pada perkiraan saya PRU 12 merupakan satu 'watershed' dalam sejarah Malaysia. Satu anjakan paradgma. Untuk menilai, menganalisis suasana politik dan sosial kini memerluka satu pemerhatian yang menggunakan mekanisme yang lain daripada apa yang pernah digunakan. Maknanya kita perlu melihatnya dari kaca mata yang agak berlainan.

    Saudara mengatakan otang Cina dan India mengibar bendera PAS di Kuala Lumpur. Betul. Saya melihat sendiri bagaimana hormatnya kaum India dan Cina terhadap Saudara Anwar Ibrahim dan TG Nik Aziz.

    Namun apabila kita melihat elagat setengah pemimpin DAP kita merasa gusar. Apakah mereka tidak sedar tentang Tsunami yang berlaku ini? Sebenarnya bukan sahaja UMNO yang perlu sedar. DAP, PAS, PKR juga harus sedar dan peka.

    Abu Hasan Adam
    abuhasanadam@gmail.com

  6. Wish all the Pas elected members in Kedah, Perak & Selangor are like Tok Guru or Husam.

    Don't just whacked the 1st chinaman that come along...

    It takes two hands to clap.

  7. you, mahaguru and menj are the same. you can never accept change. i am no supporter of DAP nor BN. But what DAP is fighting for is the right of other communities to exist with their religion and their culture. What PAS want is to eliminate all the culture.

    What the hell is wrong with all of you. You link everything to Islam. Palestine problem is a land grab problem but Muslims link it to Islam.

    Think again. Aku habak kat ko, aku nampak penyokong PAS, aku pun tampar. Aku terajang korang.

  8. Saya seorang Cina. DAP memang salah berperangai macam itu. Saya sebagai rakyat Malaysia mahu melihat semua bangsa menjadi satu berharmoni, menjaga antara satu sama lain dan tidak tengok bangsa ataupun agama. Kita sepatutnya semua bersatu menjadi rakyat Malaysia. Jika DAP ataupun parti-parti lain yang tidak boleh menerima ataupun mahu berkerjasama untuk ini, parti ini tidak berguna dan sama juga dengan BN sahaja. Parti-parti yang bersikap buruk akan dibuang di pilihan raya masa depan. Keluarga saya ada banyak kawan baik Melayu dan India dan kami mahu perhubungan rapat ini berkekalan.

    Jadi mari kita bersatu bersama-sama.

  9. Dulu DAP tidak bersetuju dengan matlamat PAS untuk membentukan "Islamic State". Memanglah mereka akan bertengkar.

    Tetapi sekarang DAP and PAS boleh bekerjasama kerana ada matlamat yang sama.

  10. friend, i also up set with the opposition, what can we do this is politics and democracy at work. give them some time to sort out the problem. don't simply jump the gun and say DAP menghina islam. how if i say when you guys demolished the temple you guys menghina hindu, stop using race and religion. Make comments about that person, don’t see colour and god to label a person, we are all bangsa Malaysia.

  11. Usah la membesar-besarkan perkara ini sedangkan DAP uncle lim dah minta maaf dari hati ke puntut kerana mengatakan DAP tidak menerima wakil dari PAS untuk menyandangi jawatan MB Perak...dia ikhlas meminta maaf ....tapi apa yang saya nampak..media perdana macam utusan, bharian ini suka mengapi-apikan keadaan supaya usahasama antara parti-parti Barisan raykat (PAS-PKR-DAP) tegang...itu muslihat mereka!

    Lim minta maaf dari hati:-

    http://blog.limkitsiang.com/2008/03/13/apology-to-perak-sultan-and-regent-no-offence-intended

    Orang lain minta-maaf...buat baik-baik belaka media perdana tak liput....asyik cari pasal saje...mereka ni la ya sikap perkauman, biadap dan kurang ajar!

    Jangan masuk jerat media perdana yang pro BN..! Hidup BR...hidup PAS..hidup PKR...hidup DAP! Saya cina....tapi saya sokong Pas jadi MB Perak..seperti ahli lain DAP yang sokong Pas jadi MB Perak...

  12. Setelah 50 tahun disuapkan oleh propaganda MCA bahawa PAS hendak mengislamkan kaum lain, maka tidak hairan sebahagian besar orang bukan Islam masih terperangkap dalam mentaliti fobia Islam.

    Jadi adalah begitu tepat sekali apabila PAS tidak menyebut-yebut tentang agenda Islam dalam PRU ini. Orang bukan Islam yang berfikiran betul dan terbuka sudah boleh memangkah PAS tanpa was-was.

    DAP sebenarnya terperangkap dalam permainan BN. Selepas Kit Siang mohon maaf (ada yang bertanya apakah ini cuma satu sandiwara), cepat sekali MCA dan Gerakan mengapi-apikan sentimen perkauman kononnya DAP telah "membeloti" kehendak majoriti.

    Walaubagaimanapun, teruskan usaha PAS dalam 5 tahun yang akan datang.

  13. Salam semua,..saya anak melayu Islam.

    DAP memang melampau, angan2 tinggi. Orang2 DAP baru dapat 18 kerusi di Perak dah besar kepala nak jadikan Perak hak dia. Kalau boleh Sultan dan Raja2 Melayu dia nak ketepikan. Kalau DAP dapat majoriti di negeri2 bersultan, berangan2 nak dipinda perlembagaan negeri untuk jadikan wakil DAP berbangsa cina jadi MB.

    Kalau dapat majoriti 2/3 parlimen akan diketepikan SPB YDP Agong, DYMM Sultan dan Raja2 atas alasan ideologi sama rata sekularnya.

    Penyokong DAP suka sekular Islam seperti di TURKI. Hak bebas sampai gubal undang2 haramkan pemakaian tudung menutup aurat. GILA BABI kot DAP ni.

    wargamelayu
    pulaupinang

  14. Kawan,
    Bolehkah kamu memberi bukti yang solid macam mana DAP menghina Islam atau PAS?
    Dalam tulisan kamu, tiada bukti yang diberi.
    Adakah kalau sesuatu orang tidak terima/bekerjasama dgn PAS atau Islam dianggap sebagai menghina Islam/PAS?

    Terima kasih

  15. Saya raya semua ini lebih kepada permainan secara halus BN.

    Akbar -2 main stream yang telah menggembar-gemburkan keadaan sehingga menjadi begini hangat.

    PAS, PKR & DAP - berhati-2 dengan unsur-unsur hasutan yang dicetuskan oleh PEMBANGKANG (BN)...mereka mahu pakatan ini bertelingkah...itu matlamat mereka...jadi...setiap apa yang berlaku...jangan cepat melatah!!!!!

  16. Hi bang sudah la tuu. Jangan marah DAP kerana Lim Kit Siang sorang. Lim Kit Siang tu sekolah lama, macam Dr.M dan Samy...dah tiba masa nak retire je.

    Walaupun Lim Kit Siang kata jangan hadir, tapi DAP perak kata diorang tetap nak hadir. Maka tak adil jika DAP secara keseluruhan dimarahi. Semacam macam kalambu dibakar kerana nyamuk seekor je.

    Lim Guan Eng dah bagi tau yang DAP setuju dgan keputusan. dan Lim Kit siang dah minta maaf. Kita maaf kan la dia. Mintak dia jangan buat lagi.

    Negara kita baru nak mula era baru di mana semua rakyat bersatu untuk tumbangkan BN, tumbangkan korupsi dan bersama-sama membantu rakyat miskin tak kira bangsa. Jangan biarkan ia hancur kerana salah Limkitsiang seorang.

    BN dan UMNO hanya menunggu untuk perkara sebegini untuk memulakan angin perkauman. Sudah jelas bila dilihat di Surat Khabar. Jangan kita terpedaya.

    Lebih baik kita selesai kan isu sebegini dengan meminta maaf dan biar kita lihat prestasi BRakyat untuk lima tahun dahulu.

  17. assalamualaikum;
    Bagi saya ini ada percaturan politik Uncle Lim untuk DAP.Kalo lihat sejarah, semasa pilihanraya 1999, walau BA menang besar di pantai Timur, tp DAP mengalami kekalahan besar disebab kan perikatan nya dgn PAS yg masa itu kuat melaungkan Negara ISlam.Bila posisi MB perak di beri kepada PAS, DAP yg memegang majoriti dlm pakatan,pada dasar nya setuju dgn perlantikan MB dr PAS.Tp sebilangan penyokong DAP tak setuju(tanpa mengetahui perlembagaan cuma iktiraf melayu muslim sebagai MB). Saya kira uncle Lim mengambil risiko utk menentang pada mula nya sebagai syarat yg DAP bukan mcm MCA atau Gerakan yg cuma tunduk dgn semua kemahuan UMNO. Uncle mmg bijak tp membawa risiko yg tinggi hanya utk menyelamatkan DAP pada pilihanraya akan dtg. It a political survival for DAP.

  18. Saya hanya menjawab apa yang saya nampak ditujukan kepada saya. Mungkin ada yang lain yang ditujukan kepada saya. Tetapi, saya tidak nampak atau belum nampak. Tidak nampak atau belum nampak tidak bermakna tidak ada.

    Dear Kean,

    Penghinaan para pemimpin DAP terhadap Islam dan PAS telah bermula sejak berpuluh-puluh tahun sebelum Datuk Dr Hassan Ali bermukah politik dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (bermukah maksudnya perzinaan or adultery).

    Perlantikan atau salah lantik Ir Mohd Nizar bukan salah PAS atau salah Lim Kit Siang. Tetapi, seperti kata Lim Guan Eng, kerana DAP Perak bertindak melebihi mandat CEC DAP.

    Dia menghormati agama Islam lebih banyak daripada ahli PAS sendiri yang sangguh menipu and berdusta kerana NAFSUNYA!!

    Tidak dapat dinafikan ada ahli PAS yang sanggup menipu dan berdusta kerana nafsunya. Ahli atau penyokong PAS bukan semuanya baik-baik belaka. Sama seperti komuniti lain, tentulah ada ahli dan penyokong PAS yang baik atau jahat.

    Tetapi saya berharap anda tidak melakukan penipuan apabila mendakwa Lim Kit Siang "menghormati agama Islam lebih banyak daripada ahli PAS sendiri".

    I welcome your answer and before answering me, please let your conscience be your guide.

    Anonymous at 10.34 AM,

    Mungkin benar aku telah makan racun Umno. Tetapi, apa bezanya dengan tikaman beracun para pemimpin DAP?

    Bagaimanapun, untuk berlaku adil, para pemimpin DAP semakin berani menghina Islam sejak para pemimpin Umno memulakannya. DAP leaders just toe the Umno line. Bukti? Bukan kerja saya untuk mencari bukti. Lihatlah ke dalam sejarah. Sejarah tidak menipu.

    Anonymous at 10.45 AM,

    Hang ni BODOH SANGAT pasai apa?

    Sebab saya bodohlah saya berdiam diri walaupun telah berpuluh-puluh tahun para pemimpin DAP menghina Islam.

    Hang ni anti Cina cakap jer lah!

    Anti Cina kerana melawan balik penghinaan para pemimpin DAP? Di mana tulisan saya di dalam blog ini atau di tempat lain yang anti Cina? Abang ipar saya Cina. Anak-anak dia anak-anak Cina. Adakah saya perlu membenci mereka kerana saya "anti Cina"? Kesimpulan karut!

    Anonymous at 10.55 AM,

    Thank you for your kind advice and concern. I did not start the fracas. I am just defending my religion and the party I support. No more and no less.

    Ghim Eu,

    you, mahaguru and menj are the same. you can never accept change. i am no supporter of DAP nor BN. But what DAP is fighting for is the right of other communities to exist with their religion and their culture. What PAS want is to eliminate all the culture

    Your first and third sentences are poor assumptions. Dont write nonsense. But, I agree with with the second one - just dont cross the line, please!

    What the hell is wrong with all of you. You link everything to Islam. Palestine problem is a land grab problem but Muslims link it to Islam

    Why not? Most of the Palestinians are Muslim.

    Think again. Aku habak kat ko, aku nampak penyokong PAS, aku pun tampar. Aku terajang korang.

    Be my guest. Please come to Restoran Thaqwa Taman Melewar to find me. I am always there. In the name of Allah, i promise you it will be one to one.

    Two,

    how if i say when you guys demolished the temple you guys menghina hindu

    If we or they (BN government) do that without any single sound reason, yes, menghina Hindu! I am not in the business of menghina Hindu or any other religion.

    Make comments about that person, don’t see colour and god to label a person, we are all bangsa Malaysia.

    This posting is about DAP leaders, not about colour. By the way, i appreciate your kindness and sincere intention, which, I think, I can see in between the lines.

    hidupBR

    Apa sahaja yang baik dilakukan oleh para pemimpin DAP dan sesiapa pun tetap saya hornati dan sanjungi.

    Anonymous at 1.58 PM

    Bolehkah kamu memberi bukti yang solid macam mana DAP menghina Islam atau PAS?

    Saya dah jawab di atas. But for your convenience, I repeat here: "Bukti? Bukan kerja saya untuk mencari bukti. Lihatlah ke dalam sejarah. Sejarah tidak menipu".

  19. Biasala org melayu penuh dengan sifat sabar dan maaf memaafi...sedangkan sultan di perolok2 kan org melayu masih begitu..sudah terang lagi jelas yang LKS tak menghormati melayu dan menghina org melayu..dia tu siapa kat Malaysia ni?? sama je taraf dgn kita cuma kemenangan DAP bukanlah sebab BR kuat..tetapi undi protes dari rakyat..jgn fikir mereka akan memerintah untuk penggal akan datang..Org2 melayu yg jadi balaci2 BR masih lagi tak faham2 dgn propaganda DAP..namun apa pun tahniah kerana 5 negeri telah jatuh kepada BA..teruskan sokongan anda...semoga kita semua berada di landasan yang betul untuk menjadi "Malaysian Malaysia"..semua taraf rakyat nanti sama..yg ada duit akan jadi ketua..tiada hak istimewa lagi..amacam? setuju??

  20. Zainon Ahmad in today's The Sun quoted the old colonial master: " Nature's finest gentlemen (Malays)".

    Despite all the give-and-takes (more give than take) , I suspect that outside the Malay community, DAP is the biggest source of Islamphobia in Malaysia. By extension, as written in certain comments non the Net, they want to restrict Islam to just Kelantan. To them a watered-down Islam ala Hadhari is much better.

    Thus it will be interesting to see how Islamic teachings and materials , if any, will be able to see wider ciculation in Perak and Penang, under the new administration.

    I may not be a Muslim fundamentalist, but let me say this. I don't need a socialist or communist Malaysia (ala DAP's Malaysian Malaysia either).

    To you DAP, your "religion", to us "ours". If you don't allow us to understand, practise, live and die with our religion in peace i.e if you agitate or look down on us just because we are Muslims or Malays, then, it is going to be trouble, isn't it?

    You of all people who have been in Malaysia for so long?? yet you don't seem to understand the Malay pscyhe and how deeply-entrenched and significant is Islam to us?

    And all you know is insensitively making never-ending demands. Do you believe in reciprocity? Will you die for the country?

    Hey, make no mistake, earthly positions and wealth etc in the final analysis means nothing to us. If we have to, we will give our lives for Islam.

  21. berita harian tidak boleh dijadikan sumber rujukan. berat sebelah.

  22. Lu melayu Gua cina,
    Lu ingat lu besar ka ! Lu tak mau kawan gua peduli apa lu mau lawan mai lah

  23. hi bro,

    I am a malaysian indian from the land of almighty - sungai siput and would be proud to claim that I belong to new generation of malaysian that supports racial unity and tolerance. If history remembers, we are the ants that killed the leech which has been sucking our blood for 34 years - Samy Vellu.I have many friends from Malay and Chinese and we have equal respect on each other.

    I have been following latest development mainly in Perak and I am very much upset and dissapointed with DAP's fucking attitude in not respecting sultan's decision and all the racial provokings and hatred towards PAS.

    We Sungai Siput Indians expecially those educated and working in cities, fully support PAS and we have witnessed the administration of Tok Guru Nik Aziz in Kelantan which is full of praises, equality, tolerance and justice. He remind us of the great Gandhi himself and we are just awaiting for right moment to visit him and garland him with sekalung bunga as token of our love and respect for him.

    We are in the process of becoming member of PAS...yes I am proud to say that we Indians of Malaysia and very much happy to call ourself supporters of PAS. We love their islamic virtues and tolerance shown to other races.

    Kit Siang, eventhough you dont possess such high virtues as the Tok Guru, do remember that we voted for you and your party and infact we voted for ADUN DAP in Jalong, Sungai Siput.

    You have to maintain racial harmony and work together with PAS and PKR or else in four years down the road, you will witness the anhilation of Barisan Rakyat. We are the rakyat and as my tokguru RPK suara rakyat is indeed suara keramat. This is warning for you, shape up or fuck off.

    A proud Malaysian

  24. ya allah! what a stupid entry. who is playing along the racial line? DAP membership is open to anyone. PAS? only islam can join. what a racist party!!

  25. Dear Bakaq,
    Quote:
    "Saya dah jawab di atas. But for your convenience, I repeat here: "Bukti? Bukan kerja saya untuk mencari bukti. Lihatlah ke dalam sejarah. Sejarah tidak menipu"."

    Bang, saya dah baca "replies" kamu kepada sekalian saudara/saudari. Tetapi, tiada bukti yang diberi.
    We are trying to engage in a healthy discussion or debate here as mature intellectuals. However, you have written without clear evidence and yet you have indicated that it is not your duty to provide evidence.
    Other readers might be satisfied with an article/argument without evidence but not me.
    Cheers

  26. aku rase DAP ni x hina Islam...
    cume biase le org bkn islam ni susah skit nk trime prinsip2 islam dlm kehidupan...
    so x ley nk slahkn dieorg...
    sbb 2 kite sbg org Islam kene le terang n perjelaskn kpd mereka ni...

    n lg satu..

    adakah penarik beca ni seorg SYIAH????

    aku ni ANTI syiah tau....
    aku berpegang teguh pd prinsip AHLI SUNNAH WAL JAMAAH....

  27. Anonymous at 11.42 PM

    Poor you! DAP leaders' allergy to Islam is a well-known fact. And yet you are asking for evidence. What does that amplify? Cheers too.

  28. Dear Bakaq,
    As you have written "Poor you! DAP leaders' allergy to Islam is a well-known fact. And yet you are asking for evidence. What does that amplify? Cheers too."

    I do agree that DAP is allergy to Islam State which might not be acceptable to all non-muslim.
    However, this does not mean or proof that DAP insult Islam.

    For example, if I say Islam is not a good religion. That is an insult.
    If I say that I do not want to adopt Islam, does it poses as an insult to you?

    In addition, you have started the topic even without citing reputable references on how DAP insult Islam. You are not fair to the party that you are refering to and could be misleading to some readers in this blog.
    Cheers

  29. Assalamualaikum…

    Biar gaduh dulu, jangan bergaduh lepas tubuh kerajaan negeri. Tengok perangai umno dulu kini dan selamanya di Perlis dan Terengganu lagi teruk, nampak…nampak…nampak BN he he he kelakar rebut kuasa….Hidup Barisan Rakyat sebab kita boleh bermuafakat dan bermuasarah…

  30. Anonymous at 2.56 AM,

    Dont people read what lies between the lines?

  31. Saya percaya keikhlasan saudara Lim Kit Siang meminta maaf di atas ketelanjuran beliau. Ramai penyokong DAP pun tidak bersetuju di atas tindakan awal DAP untuk memboikot perlantikan MB. Saya berharap kita sebagai rakan seperjuangan haruslah menerima dengan hati terbuka permohonan maaf beliau. Sebenarnya saudara Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng telah banyak berjuang untuk mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia dan ini termasuklah maruah orang Islam sendiri. Saudara tentu masih ingat peristiwa Lim Guan Eng dipenjarakan kerana mempertahankan maruah dan hak gadis Islam yang berusia 15 thn yang telah dirogol oleh Rahim Thamby Chik satu ketika dulu.Di manakah orang Melayu kita ketika itu???

  32. Memanglah kita nak keadilan dan pembaharuan

    tp keadilan dari persepsi DAP tak sama dgn apa yg PAS dan org Melayu/ Islam faham. Contoh: EXO line up di Penang depa kata adil tp ramai org Melayu/ Pas yg tidak akan bersetuju.

    Begitu juga di Perak. Keadilan bagi depa, biar mrk jadi MB dan control EXCO, Dato' Bandar Ipoh, Speaker dll. Pastinya ramai yg duk di Perak tak akan bersetuju, tak kiralah dari Parti mana.

    Org putih kata no one has the monopoly of truth. Betul slogan dan manifesto BA/BR keadilan, tapi dari segi praktisnya macam mana? Cuba habaq mai.

    BN memasukkan kestabilan dan keselamatan dlm manifesto depa. Tidak bermakna kita tak sokong BN, kita tak perlu peace and stability. Apatah lagi bila cakap-cakap, tulisan-tulisan dan tindak-tanduk tindak tanduk udah memperlihatkan tak ada respek pada Perlembagaan negara ini dan negeri2 di M'sia semata-mata krn korang "menang" Pilihanraya.

    Malah udah ada secara terang2 mengatakan pigilah itu semua. Jgnlah baca sejarah M'sia sejak Dolah Badawi naik PM sahaja. Be honest. What hv been keeping the basic overall peace and security in this country since Independence?

    Lagipun BA/ BR ni masih satu coalition yg fragile, yg bergantung harap pada sentimen anti Dollah dan anti KJ untuk menang baru ni.

    Lagipun loose coalition tu pun takder menyebut secara explicit perjuangan mereka untuk dismantle Perlembagaan, hak2 org Melayu dsbnya sebelum Pilihan Raya.

    Kalau inilah jadahnya, dan kita tau DAP terutamanya ada potensi yg real ke arah itu, kita sama2 tunggu dan lihat.

    Bolehkah rakyat China dan Singapura tak kira bangsa atau suku puak mana, tetiba nak pi tukaq status-quo hegemony di sana? Ataupun mabiklah negara2 maju macam UK, US dan Australia, bolehkah tetiba minorities atau immigrants, termasuk overseas Chinese, tetiba pi tukaq undang-undang tubuh depa?

    Justeru, janganlah terlampau yakin dan buat sesuka hati dgn "mandat sementara" rakyat.

    Jgnlah kelabu mata dgn dunia dan permainannya. Baliklah pada Al-Quran dan Hadis. Kita semua hamba Allah.

  33. Wahai rakan-rakanku sekalian. Janganlah kita berbalah disebabkan perbezaan agama, ideologi dan bangsa. Banyakkan sabar, jangan marah melulu, siasat setiap maklumat dengan teliti. Oh ya, lupa pulak. Saya juga berasa 'terpukul' dengan kata-kata yang berbaur perkauman di dalam ruangan ini. Ingin saya nyatakan disini, saya mempunyai darah campuran Jawa & Tionghua, membesar dalam didikan Islam. Jadi faham-faham sendirilah!...

  34. Maksud: Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya" *1




    Hadith menjelaskan satu kaedah yamg penting dalam perlantikan jawatan kepimpinan atau kuasa iaitu tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan kepada yang memintanya atau tamakkannya. Ini kerana jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamkkannya adalah tanda golongan yang merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah. Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa

  35. Kata al-Qurtubi: “Sesungguhnya Yusuf a.s. hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, islah dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu `ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini.Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifatnya yang melayakkan memperolehi jawatan tersebut iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain”

  36. amaran Nabi s.a.w. kepada kita semua, bahawa akan muncul sebelum kiamat golongan manusia yang lekeh dan tidak berkelayakan tetapi bercakap dalam urusan umat yang membabit kepentingan umum dan ramai. Natijahnya, tentulah terjadinya porak peranda pemikiran manusia, gawatlah kefahaman mereka dan hancur binaan ilmu yang sebenar. Apa tidaknya, apabila yang lekeh menjadi pemimpin lalu bercakap dalam urusan umat, yang jahil berlagak `alim, yang menghafal sepatah dua ayat berlagak ulamak. Yang bukan ulama mengakui ulamak, yang hanya ada sepatah dua ilmu agama ditabalkan menjadi ulamak. Inilah saat kehancuran. Justeru itu, al-Imam Ibn Rajab al-Hambali dalam Jami’ al-`Ulum wa al-Hikam ketika menghuraikan hadith tersebut menyatakan: “Maksud tanda kiamat yang disebut di dalam hadith ini merujuk kepada persoalan “apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya” sepertimana yang disebut oleh Nabi s.a.w. kepada orang bertanya baginda mengenai kiamat, maka kata baginda, “apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat”.




    Golongan al-Ruwaibidoh muncul di kalangan masyarakat, mereka sebenarnya lekeh, tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri. Samada melalui pentas kepimpinan masyarakat, ataupun dalam gelanggang ilmu. Inilah dua peluang besar untuk seseorang muncul dan dapat bercakap, berbicara, memberikan pandangan mengenai urusan awam dan persoalan-persoalan besar. Kadang-kala menerusi ucapan yang diperdengarkan, ataupun tulisan yang dibaca. Bukannya kesalahan itu kerana mereka memberi pandangan, tetapi kesalahannya kerana ketidaklayakan mereka, bekalan yang tidak cukup, berbicara mengenai sesuatu yang bukan bidang mereka. Sebab itu, al-Imam al-Sayuti dalam Syarah Sunan Ibn Majah menyatakan: “Al-Ruwaibidoh adalah orang yang lemah yang cuba mencampuri perkara-perkara besar dan berusaha untuk memperolehinya”.




    Inilah yang sedang kita saksikan di pentas dunia kita. Apabila urusan politik umat cuba diuruskan oleh mereka yang tidak mendalami ilmu al-siyasah al-syar`iyyah, lalu memberikan pandangan yang bukan-bukan mengenai politik Islami maka kefahaman umat bawahan menjadi kelam kabut. Umpamanya lihat lagak sebahagian orang-orang politik di negara ini. Yang jahil tentang ilmu mustalah al-hadith, tidak pernah mempelajari ilmu sanad, tidak mengetahui apa itu ilmu al-Rijal, apa itu ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil, yang menjadi asas pengetahuan dan kajian dalam hadith nabawi, berani bercakap tentang hadith dan mencabarnya.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008