Saya tetap dengan pendirian bahawa kalau PAS dan pembangkang mahu menang, sekat pengundi hantu. Sekat bas, kereta, apa sahaja yang membawa pengundi hantu.
Jangan lagi racuni fikiran rakyat khususnya ahli-ahli dan para penyokong dengan khurafat-khurafat politik seperti kata-kata "SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dah bagi jaminan kat kita," "Kita dah berunding dengan SPR," "Polis kawan kita", "AG (Peguam Negara) dah bagi jaminan" dan lain-lain khurafat politik yang selalu diucapkan hatta oleh para pemimpin PAS.
Saya pernah hantar SMS demi SMS yang menyatakan "Kalau ada mana-mana penceramah yang kata 'polis kawan kita,' baling mereka dengan kasut!"
Saya hantar SMS itu selepas sakit hati melihat beberapa anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang begitu mesra bersembang dengan beberapa anggota polis Cawangan Khas di hadapan Penjara Pudu ketika kami menanti pembebasan para pemimpin dan aktivis yang ditangkap ketika demonstrasi tak jadi memprotes harga barang di KLCC.
Akibat menghantar SMS itu, seorang pemimpin PAS memberi amaran kepada saya, "Jangan buat provokasi". Saya tetap dengan pendirian yang sama. "Provokasi apa?" saya tanya. Dia jawab, "Kalau saya berceramah dan kata 'polis kawan kita,' apa jadi? Itu sebab saya kata provokasi," katanya.
Saya jawab balik, "Jangan kata 'polis kawan kita'!"
Saya amat bersyukur kepada Allah yang sangat-sangat dikasihi kerana Presiden PAS bersikap tegas terhadap pengundi hantu dan polis. Kesyukuran itu saya ucapkan di artikel bertajuk "Jangan izin pengundi hantu hampiri tempat undi".
Sikit lagi, sikit lagi! Malaysiakini melaporkan cabaran Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam temubual yang disiar semula bertajuk"'Planted' not phantom voters". Saya ulangi permintaan saya untuk bermubahalah dengan Rashid, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Memang saya kutu. Tetapi, takkan kutu tak boleh meminta.
Sambil itu, bagi sesiapa yang sayangkan negara ini, tolonglah buat solat hajat untuk kemenangan rakyat terutama di Rembau. Sebelum 8 Mac ini, kalau tak banyak kali pun, sekali pun jadilah!
Berkaitan:
Khairy akan tetap diejek ahli politik dedalu - Mahfuz (Harakahdaily)

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

Cantik? Klik 

Post a Comment