Saya tidak mahu melibatkan ibu Khairy Jamaluddin, Datuk Rahmah Abdul Hamid.
Saya hanya tertarik pesanan beliau yang dipetik oleh Bernama, "kita hidup di dunia, orang akan ingat budi baik, jasa dan perangai yang elok."
Kata-kata ibu Khairy itu mengingatkan kepada pesanan Allahyarham Datuk Kailan Hassan, kepada anaknya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Kerjalah baik-baik, jangan selalu berbangga diri dan lupakan orang bawah,'' Utusan Malaysia memetik Allahyarham sebagai berpesan kepada Abdullah.
Sambil berharap anda tidak menyentuh walau sedikit pun ibunya, saya memohon anda menyatakan apakah yang paling anda ingati tentang Khairy, yang menawarkan diri sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Rembau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.
Berkaitan:
Khairy takes on PKR for Rembau (Malaysiakini)
Saya hanya tertarik pesanan beliau yang dipetik oleh Bernama, "kita hidup di dunia, orang akan ingat budi baik, jasa dan perangai yang elok."
Kata-kata ibu Khairy itu mengingatkan kepada pesanan Allahyarham Datuk Kailan Hassan, kepada anaknya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Kerjalah baik-baik, jangan selalu berbangga diri dan lupakan orang bawah,'' Utusan Malaysia memetik Allahyarham sebagai berpesan kepada Abdullah.
Sambil berharap anda tidak menyentuh walau sedikit pun ibunya, saya memohon anda menyatakan apakah yang paling anda ingati tentang Khairy, yang menawarkan diri sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Rembau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.
Berkaitan:
Khairy takes on PKR for Rembau (Malaysiakini)
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!











Cantik? Klik 






Jika istilah politik 'payung terjun' mahu dilabelkan, ianya berhak dianugerahkan kepada menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin. Nama yang langsung tidak ada dalam kamus masyarakat Malaysia sebelum ini terus mencanak naik di pentas negara dengan hanya berbekalkan passport menantu seorang Perdana Menteri. Sehinggakan semua pihak dalam partinya, UMNO termasuk veteran berpengalaman terpaksa mencium tangan Khairy Jamaludin demi menyelamatkan kedudukan msing-masing, walhal hingusan Khairy masih berleleh jika dibandingkan dengan mereka.
Nama Khairy mula meniti di dalam parti UMNO berikutan pencalonan pondannya sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa di cabar. Bukan tiada calon yang tidak mampu mencabarnya kerana nama Mukhriz Tun Mahathir dan Aziz Sheikh Fadzir dikatakan lebih layak menjadi pembantu Hishamuddin Hussein. Tetapi sekali lagi, 'trump card' Khairy yang berlambangkan passport seorang menantu memberikan peringatan kepada calon lain untuk menarik diri.
Itu antara peristiwa dalaman UMNO yang tidak perlu diberikan perhatian besar oleh kita. Isu yang lebih menjadi fokus perhatian ialah perilaku sumbang Khairy dalam urusan negara sehinggakan di kritik hebat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir. Kisah campur tangan Khairy dan juak-juaknya dalam urusan pengurusan negara menjadi bahan bualan masyarakat.
Salam.
Pesanan ibu Khairy adalah pesanan yang bertepatan dari seorang ibu(mana-mana ibu) kepada anak kesayangan, apa lagi jika si anak merupakan seseorang yang dikenali ramai.
Malangnya KJ umpama nasi yang sudah menjadi bubur. Semenjak menjadi naib Ketua Pemuda UMNO seluruh ralyat telah dapat saksikan sendiri akan peribadi dan perangai beliau dalam mencapai cita-cita politik beliau.
Bila berhadapan tentangan dari pihak lawan, kita akan nampak cara KJ menghadapinya. Kita telah lihat bagaimana KJ tanpa segan silu menggelarkan kumpulan itu monyet dan kumpulan ini beruk.
beliau tanpa segan silu membawa Pemuda gempurnya dan bertindak ala gangster terutama di Ijok.
Jika kita perhatikan betul2 KJ sebenarnya lebih berkuasa di sayap Pemuda berbanding Ketua Pemuda.Putera telah lama dikuasai oleh KJ melalui Azeez.
Malahan KJ lebih berkesdan dari MT UMNO sendiri. Mungkin KJ yang menerajui negara di sebalik tabir dgn di bantu budak2 tingkat 4.
Pesanan ibu KJ kerana dia sayangkan anaknya.Pesanan ibu KJ kerana beliau nampak anaknya semakin tidak beradab.Kerana perangai anaknya semakin biadab dan sombong.
Tetapi ibu KJ sebenarnya tersilap sedikit. Orang bukan saja ingat pada perangai yang elok. Orang akan lebih ingat pada perangai burok dan kurang ajar KJ. Orang akan ingat perangai beliau di Ijok.Orang akan ingat ucapan beliau di PWTC.
Khairy, orang akan sentiasa ingar peranagi hodoh anda.
tetapi tidak hairan kah, kami ingati perangai khairy yang tidak elok?
i am not surprise that khairy is contesting for a parliamentary seat as that young man is a VERY ambitious (and perhaps power-crazy) man. i hope if he win (but i really wish he will NOT win, no i mean i don't want him to win), he will not make so much noises in parliament especially targeting the opposition.
Khairy The Protected. Bukan Khairy The Great atau The Magnificent atau The Honest One atau The Brave. Juga Bukan Khairy the Wise One atau Khairy Yang Bijak, juga tidak Khairy Budiman.
Bila cakap pasal jasa, tidak ada lagi yang boleh Khairy banggakan.
Takat ni, semuanya diberi kat dia. One way ticket. Duit kita pembayar cukai yang bayar, supaya dia dapat duduk 20 tahun di luar negara dan sekolah sampai Oxford.
Lepas kantol kes ECM-Libra, dia dok tak de kerja. Kita juga yang subsidize lifestyle dia.
Sampai sekarang ni, nak kita bagi dia kerusi Parlimen.
Bila bapak mertua dah jatuh atau tak ada nanti, kita akan nampak Khairy sebenarnya. Khairy yang tak ber-Protection.
Budak ni kurang ajor, tak ghoti budi bahaso.
Cakap Nogori pelat tapi nak jadi MP Ghombau.
Hampeh.
Assalamualaikum sahabat.
Semoga berkeadaan sihat wal'afiat hendaknya.
Berkenaan pencalonan Saudara Khairy Jamaludin sebagai calon pilihanraya di Rembau, hamba rasa biarlah dia mencuba nasibnya; menguji sejauh mana para pengundi disana mahu menerima dirinya mewakili mereka?
Kita kena terima hakikat bahawa sebagai seorang warganegara, Khairy juga berhak bertanding.
Dah nasib dia menjadi menantu Abdullah Badawi yang pada satu masa dahulu pernah terpinggir dari arus perdana politik tanahair semasa pemerintahan Mahathir.
Nasib manusia adalah ketentuan Allah SWT dan manusia manusia seperti Abdullah Badawi dan menantu kesayangannya sedang di uji dengan kuasa politik semasa hayat mereka.
Kita semua sedia maklum akan segala perbuatan mereka selama ini.
Mereka akan dipertanggungjawabkan akan segala tindak tanduk mereka dan sejarah menjadi saksi diatas semua itu.
Dari dibiarkan Khairy menjadi Tok Dalang ditingkat 4 JPM, maka eloklah dicuba akan dimana duduknya KJ disisi rakyat?
Jika rakyat Malaysia di Rembau mengundi menyokongnya ke kerusi kuasa politik disana, maka siapalah kita untuk menidakkannya?
Jika sebaliknya Chegubard yng terpilih, maka Khairy akan sedar bahawa ada perkara yang perlu ia betulkan didalam perjalanan politiknya yang bagaikan menumpang kereta F1 ke titik kejayaan berbanding orang kebanyakan yang mengayuh basikal tua cuma untuk meraih kemenangan.
Beza besar diantara kiasan itu adalah sipengayuh basikal akan lebih faham akan keadaan disepanjang perjalanan dan mampu membuat keputusan berdasarkan pengalaman peribadi mentelaah realiti semasa berbanding sipenumpang kenderaan F1 yang sampai sepantas kilat ke destinasi tetapi tenggelam punca bilamana krisis melanda.
Ini cuma analisis orang kebanyakan seperti hamba.
Jika ada baiknya, sila manfaatkannya.
Andai terbukti ianya tidak berfaedah, maka terimalah kata maaf dari hamba.
Semoga yang berhak mendapat tempatnya.
Wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.
Ini kali pertama Khairy Jamaluddin
'turun masuk gelanggang', sebagai seorang hulubalang, atas kapasiti sendiri.
Semasa pemilihan UMNO Ogos 2004, KJ diberikan laluan mudah menang tanpa di cabar dan tidak boleh dikira sebagai menerima 'mandat', kerana dikatakan Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Hussein 'meminta' Bahagian Bahagian UMNO agar "tidak mencalonkan" personalitu lain (kemungkinan dengan alasan membodek PM!).
Semasa Pemilihan UMNO 2004, menyaksikan PM sebagai Presiden UMNO mengelakan pertarungan antara personaliti, apabila 'minta' Suraya Osman, Ketua Puteri UMNO Kedah 'menarik diri' dari mencabar Naib Ketua Puteri UMNO Noraini Ahmad.
KJ kini diberikan kerusi 'selamat' di Rembau (majoriti 18500+). Ini bukanlah cara sebenar untuk menguji ketokohan seorang yang "bercita cita besar" untuk menjadi "Pemimpin Agung Malaysia". Baiklah bertanding di Johor Bahru sahaja (kerusi paling selamat dalam Negara)!
PM beberapa kali mengatakan calon calon BN hendaklah 'bersih'. Skandal ECM Libra-Avenue masih lagi belum benar benar 'selesai', kerana PAC masih lagi 'menyiasat' deal korporat paling berkontroversi.
'Penglibatan' KJ dalam AirAsia untuk 'mengerjakan' Malaysia Airlines benar benar terserlah apabila Tony Fernandes tiba tiba muncul sebagai pemegang saham ECM Libra dan CEO Avenue Capital semasa ianya diambil alih ECM Libra Tengku Zafrul kini menjadi CEO Tune Money.
Pengundi Rembau perlu dijelaskan mengenai hal sedemikian kerana apabila KJ mula mempunyai kuasa 'rasmi', tidak boleh dibayangkan apa kerakusan yang beliau tergamak lakukan untuk 'merogol' Negara!
Ini bukanlah pemimpin yang kita orang orang Melayu mahukan, termasuk dikalangan UMNO sendiri!
Saya takkan lupa Khairy samakan bloggers dengan monyet.
Pak Bakaq,
Sebagai seorang anak "nogoghi" kerana dilahir dan dibesarkan di sana saya rasa kesal dan malu akan makhluk yang bernama KJ ini.
What exactly, except for his fortunate circumstances, has he done for the rakyat?
Bloggers are rakyat too and I cannot believe he chose to call us simians... when his own behavior (re: Pemuda UMNO marches and demos)is suspect, and more fit to be labeled as such.
He isn't one of us. He grew up as a 'anak diplomat' brat and is unqualified to know what ails the country and the rakyat. As far as I know he has never spent a day in school in Malaysia. His only talent is parlaying his family connections and Oxford education, which I might add was paid by the Malaysian taxpayer. And now he calls you a monkey? Ingrate!
God bless his mother's soul for tried to warn him...
The proof of pudding is in the eating: Let see when he opens his mouth for some "minang-speak".
I hope the "Ghombau" folks would not be hoodwinked by this arrogant fool.
Baca 2 ayat terakhir Surah Al-Zalzalah, hilang rasa geram keterlaluan. Rasa yakin Allah Maha Adil.
Lawan tetap lawan, bukan kerana dia Khairy tapi kerana apa yang dibawa dan direncananya.
Salam Penarik Beca,
Dengan izin Tuan Punya Blog.
Kepada para pengunjung Blog yang ingin melihat foto-foto hakmilik peribadi "KEMPEN DIHARI PENAMAAN CALON BAGI PARLIMEN TITIWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN, KL." boleh masuk ke blog saya tanpa sekatan.
Pertembungan diantara BA yg diwakili PAS dan BN diwakili pelh UMNO. Pelbagai aksi foto menarik boleh dilihat diblog ini. Dan pihak kami akan terus 'upload' foto-foto disekitar kempen pilihanraya ke 12, 2008 dari masa ke semasa. Insha'allah.
Bagi Parlimen Titiwangsa, PAS mecalonkan tokoh muslimat yang dikenali ramai iaitu Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali 51. Manakala BN, pula diwakili oleh Dato' Aziz Jamaludin Mohd Tahir 54. Tempat Pencalonan Sekolah MenengaH Aminudin Baki.
Pada hari penamaan calon semalam suasana agak meriah, dan tiada ketegangan berlaku.
Wassalam.
http://theindiestory.blogspot.com
salam pak bakaq
betul kata bondanya si KJ. orang akan ingat perangai yg elok.apabila majoriti rakyat satu negara mengatakan KJ yang tidak mempunyai pekerjaan, hidup dalam kemewahan, boleh membeli no pendaftaran kenderaannya KJ10 dengan harga yang mahal, tidak melepasi syarat moral sebagai bangsa timur, naik bukan di atas sokongan dan dokongan masyarakat, malah di atas ketakutan pemuda-pemuda UMNO terhadap bapa mertuanya setelah disokong akhbar murahan dengan tulisan kawannya kalimullah hassan - seorang jutawan segera yang 15 tahun dahulu tidak mampu membeli sebuah motosikal, hari ini KJ ibarat 'guardian' kepada pemuda dan veteran UMNO yg menyembah dan mencium tangan kotornya demi untuk berdiri, berlari menyelamatkan ahli keluarga kepimpinan UMNO yg dibebani dengan masalah, hutang dan moral yg rendah. saya bimbang, jika kenyataan bondanya dikembalikan dengan kata-kata, "kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi" atau "bapa borek anak rintik".
sorry pak bakaq
bukan 15 tahun yg lalu, tetapi 15 bulan sebelum dilantik menjadi su akhbar ghafar baba....
Khairy adalah seorang opportunist yang sentiasa saja mecari peluang untuk melonjakkan dirinya ke hadapan walau dengan apa cara sekalipun.
Jadi tak hairanlah setelah menjadi menantu Pak Lah dia mula menggorak langkah,mengambil kesempatan kedudukannya itu untuk merancang macam mana satu masa nanti menggantikkan bapak mentua yang agak nyanyuk dan sering tidur semasa menjalankan tugas2nya itu.
Tengok saja lagaknya ketika Anwar dibebaskan,Khairy yang menjadi wakil gomen pertama sampai ke rumah Anwar untuk menguruskan paspot Anwar konon sedangkan tujuan asalnya adalah hendak menonjolkan dirinya sebagai jaguh di mata rakyat,kononnya dialah(Khairy)yang membolehkan Anwar dibebaskan,tetapi langkahnya itu terkedu bila Hishammuddin dan Pemuda UMNO secara terbuka istihar UMNO tidak akan menerima UMNO lagi.
Khairy juga menunujukkan belangnya dalam memanipulasi banyak insiden yang berlaku di negara,termasuk pasaran saham dan sebagainya.
Apa yang nyata dalam pemilu 2008 ini,dalang yang memainkan peranan menolak berpuluh-puluh calon UMNO di peringkat Parlimen dan DUN adalah Khairy,sehingga hampir 40 peratus muka2 baru yang diumumkan sebagai calon UMNO adalah orang2 pilihan Khairy. Penolakkan pencalonan Mukriz di Langkawi adalah permainan Khairy demikian juga beberapa bekas MP dan ADUN UMNO di Trengganu, Penang,Perak dan Kedah tidak dicalon semula juga adalah permainan Khairy.
Untuk menyelamatkan kedudukkannya,
Khairy lari ke Rembau untuk bertanding,walaupun kita tahu kalau letak seekor kera dan guna lambang dacing di Rembau,kera itu akan tetap menang. Sekarang KJ a.k.a kera jalanan ini cuba merealisasikan cita-cita tersebut.
Mudah2an orang-orang Rembau membuka mata dan hati untuk menolak KJ ini dan memilih calon PKR sebagai MP mereka.
Bagi saya senang saja, orang yang sah-sah tahu apa dia buat itu adalah salah, dan tahu yang apa dia buat itu adalah dengan niat untuk membuatnya walaupun dia tahu ia salah, itu BUKAN perangai elok.
Saya tidak suka kepada Khairy kerana dia mengambil Mat Rempit menjadi ahli UMNO. Apakah Mat Rempit ini orang baik?
Cara percakapannya tidak baik. Khairy tidak hormat kepada rakyat Malaysia terutamanya yang menulis blog. Panggil pula blogger dengan nama binatang.
Selain dari itu, sebelum ada apa-apa jawatan dalam Parlimen, tindakannya sudah melebih seakan-akan beliau telah menjadi Menteri. Fikirkan apa yang akan berlaku sekiranya satu hari jadi dia berkuasa.
Tindak-tanduknya pada pilihanraya Ijok yang lepas mencerminkan personaliti seorang pemimpin yang sangat buruk. Gambar tersebut boleh dilihat di sekitar laman web. Apakah kita akan mengajar anak-anak kita untuk berkelakuan bongkak, garang seakan-akan bertindak seperti orang hilang akal, "mengamuk" sesuka hati? Adakah ini bentuk kepimpinan yang kita inginkan generasi masa depan untuk teladani?
Selain dari itu, dalam mesyuarat Agong UMNO yang lepas dengan sombongnya dia menyeru polis untuk bertindak ke atas Rakyat Malaysia yang keluar untuk perhimpunan aman demi negara yang dinamakan BERSIH. Tidak pula dia memandang cermin melihat muka dia sendiri yang pernah menganjurkan perhimpunan protes seperti itu ketika Condoleeza Rice (Setiausaha Agong Amerika) melawat Malaysia.
Siapakah dia? Adakah dia ni Ketua Polis atau Menteri? Adakah dia berhak untuk campur tangan dalam urusan seperti ini? Sememangnya tiada kuasa tetapi ini melihatkan belangnya. Belum ada kuasa sudah sombong. Bayangkan kalau dia berkuasa satu hari nanti, apa akan jadi.
Si dia ni juga suka bercakap mengikut selera perkauman. Dikatakan pula dalam mesyuarat UMNO yang orang India hampir memonopoli jualan akhbar di Malaysia. Nadanya tidak sesuai dan tidak bersifat toleransi dan muhibbah.
Dia ini juga tidak peramah dalam tutur kata. Tidak sensitif pula dan tidak berfikir apakah UMNO sudah bersalah dengan menganjurkan mesyuarat Agong semasa cuti umum Deepavali yang dirayakan oleh penganut Hindu yang kebiasaannya orang India yang dikatakan dia sebagai memonopoli jualan akhbar itu.
Saya tidak pasti sama ada tindakan dia adalah kerana menganut agama Islam Hadhari. Saya meminta maaf kalau saya terlanjur kata tetapi inilah yang saya paling ingat pasal Khairy.
Ada juga benda baik yang saya ingat pasal Khairy iaitu dia berpelajaran tinggi dan bernasib baik kerana dapat menjadi menantu Pak Lah, dengan itu dapat bertindak dan bercakap sebegitu dengan rakyat Malaysia yang lain.
Yang aku ingat cuma perangainya yang samseng!