Sedap!! Klik gambar di atas!

Jangan beli benggali roti....

Bagai biasa, saya berpegang kepada pendirian jangan beli bengggali roti tetapi belilah roti benggali. Tanpa sedikit pun menafikan bahawa saya amat benci Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau berkuasa dahulu, pada saya ucapannya pagi tadi sangat saya senangi.

Saya memberikan perhatian kepada apa yang dia kata, bukan siapa yang kata. Sama seperti saya sangat berminat kepada penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa harga minyak boleh diturunkan dan negara tidak akan bankrap seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya memberikan perhatian kepada apa yang Anwar kata, bukan kepada Anwar.

Kepada saya, ucapan Anwar mengenai harga minyak dan ucapan Dr Mahathir hari ini adalah jauh lebih baik dari kenyataan Syeikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi yang berkata, Islam bukan sahaja tentang akhirat tetapi dunia dan ini menepati konsep Islam Hadhari (Berita Bernama di sini).

Saya amat berharap akhbar itu tersalah petik. Jika tidak, bertambah buruk pandangan saya terhadap Tantawi. Contoh merapu Tantawi di sini.

Berita mengenai ucapan Dr Mahathir yang ditulis oleh dua wartawan Harakah yang saya tahu mereka rajin, Wan Nordin Wan Yaacob dan Azamin Amin, boleh di baca di sini.

Saya nak tambah sikit ja. Carilah ulama yang setia kepada ilmunya yang sahih dan tidak bercakap bohong demi kehendak perut atau yang di bawah perutnya (meminjam istilah Anwar di zaman ABIM dahulu), dan tanya mereka: Berdosa atau tidak menyokong Barisan Nasional?

Other blogs updates (updates blog-blog BM lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Saya nak tambah sikit ja. Carilah ulama yang setia kepada ilmunya yang sahih dan tidak bercakap bohong demi kehendak perut atau yang di bawah perutnya (meminjam istilah Anwar di zaman ABIM dahulu), dan tanya mereka: Berdosa atau tidak menyokong Barisan Nasional?

    >>>>

    errr... pak bakaq, nati depa kata... alahh... ustat tu sokong paih... memang la dia kata berdosa... hahaha...
    sudahnya depa kata paih kata sokong bn berdosa...

    macam golongan musyrik mintak nabi membelah bulan lah... :)

  2. lagi satu.. saya tak suka tantawi juga... semenjak dia datang sini untuk mengatakan hudhud tak buat takpa... huhuhu...

  3. salam...saya tertarik dgn artikel yg ditulis oleh saudara,dan saya menyokong ttp bukan 100% bahawa kita perlu melihat apa yg dicakap,bukan melihat siapa yg bercakap..ttp ada satu yg saya x b'kenan dihati..iaitu saudara telah menghina Syeikhul Azhar,Syeikh Tantawi..utk pengetahuan saudara,saya sekarang merupakan penuntut di Universiti Al-Azhar..dan saya mengenali Syeikh Tantawi lebih dr saudara kenali,Syeikh Tantawi merupakan seorg ulama yg sederhana,warak dan tegas dlm masalah hukum-hakam..mmg benar apa yg dicakap oleh beliau,iaitu Islam tidak mementingkan akhirat semata2 ttp dlm masa yg sama dunia juga tidak dilupakan,kerana dunia adalah ladang akhirat,dimana kita dituntut utk menanam amal soleh sebanyak2nya didunia ini yg mana hasilnya akan diketahui di akhirat kelak...akan ttp saya teramat yakin bhw ucapan beliau telah dieksploitasi oleh pihak media bhw beliau m'iktiraf Islam Hadhari,ini kerana pada pendapat saya kemungkinan beliau tidak diberi maklumat yg tepat mengenai "mazhab" hadhari ni...jika beliau diberi maklumat yg betul saya yakin beliau juga tidak bersetuju dgn perlaksanaan Islam Hadhari ni...dan kita semua sudah maklum ini adalah sebahagian drpd perancangan licik dan jahat Umno,dan saya amat b'harap agar saudara menarik balik atau m'perbetulkan kenyataan yg mengatakan Syeikh Tantawi dikatakan merapu dan mengatakan ucapan Tun Mahathir dan DSAI lebih baik dr ucapan beliau...ingatlah para ulama juga bukannya maksum spt para nabi,akan ttp jgn mudah2 kita m'hukum para ulama,krn kemungkinan kita yg silap faham apa yg dicakap oleh mereka,siapalah kita berbanding mereka...ingatlah bhw ulama adalah pewaris para nabi,barangsiapa yg menghina ulama bererti menghina nabi,dan ingatlah bhw daging para ulama adalah beracun,barangsiapa yg memakannya(menghina dsb)bererti dia menempah mati(bala dr Allah s.w.t)...dan berhati2lah jika menulis mengenai ulama...

  4. kpd pa'chik:mengenai ucapan Syeikh Tantawi yg mengatakan hukum hudud x buat x pa,saya x pasti adakah benar beliau mengeluarkan kenyataan tersebut...krn hukum hudud ni panjang perbahasannya dan terdapat khilaf(perselisihan pendapat)dikalangan para ulama tentang pelaksanaanya...jgn sesekali pa'chik benci kpd ulama'!!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008