Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang kukuh dan berkembang dengan baik hasil perancangan terperinci kerajaan.Sebelum ini Utusan Malaysia 29 Januari 2008 melaporkan beliau berkata:
Beliau berkata perkara itu disokong oleh data statistik dan diperakui oleh pemimpin-pemimpin industri dunia yang kagum dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Katanya nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat daripada RM427 bilion pada tahun 2004 kepada RM504 bilion akhir tahun lalu manakala nilai perdagangan antarabangsa turut mencatat pertumbuhan yang baik iaitu daripada RM881 bilion kepada RM1.16 trillion bagi tempoh yang sama.
Prestasi Malaysia dari segi daya saing juga meningkat dari tangga ke-10 pada 2000 kepada tangga ke lapan tahun lalu, katanya pada majlis perjumpaan dengan masyarakat Cina Pulau Pinang di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, Ahad.
Abdullah berkata dari segi kecekapan bidang perniagaan, prestasi negara meningkat dari tangga ke13 pada 2000 kepada tempat keempat pada tahun lalu.
"Ini angka-angka yang dikeluarkan badan ekonomi dunia dan kerajaan tidak pernah menipu tentang perkara ini kepada rakyat. Semasa saya menemui pemimpin-pemimpin industri dunia di Davos, mereka mengucapkan tahniah kepada kita kerana pencapaian ekonomi negara yang begitu baik.
"Prestasi kita baik tetapi masih ada orang cakap ekonomi kita tidak baik. Saya jadi susah hati. Kerajaan cakap dia tak mahu percaya, orang lain cakap dia percaya. Kerajaan tidak berbohong kepada rakyat," katanya.
‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal... kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.Bernama 28 Januari pula melaporkan beliau berkata:
"Sumber menarik. Angka itu bagus. Kita tidak menipu orang ramai. Kerajaan tidak akan kekal jika menipu," kata Abdullah.Amboi-amboii... Merungut pulak dia. "Kerajaan cakap dia tak mahu percaya, orang lain cakap dia percaya. Kerajaan tidak berbohong kepada rakyat," katanya.
Sejurus sebelum beliau memetik kedudukan negara daripada segi kecekapan perniagaan, Abdullah secara berseloroh berkata: "Ini bukan angka Rafidah."
Lihatlah sama ada Perdana Menteri dari jenis yang bercakap benar atau tidak dalam posting bertajuk "Tidak munafiqkah menyokong si kaki bohong?" Juga, posting bertajuk "Lagi bukti pembohong (pautan-pautan "Revolusi Rakyat")" dan "Feel good? Ikan temenung pun sombong!"
Agaknya, kali ini Perdana Menteri tidak bercakap bohong. Maklumlah, orang yang mengangkatnya juga mengakui ekonomi berada dalam keadaan baik. "Semuanya naik. Harga barangan naik, pasaran saham naik. Roti pun naik,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tetapi, kalau kita percaya bahawa Dr Mahathir memuji-muji ekonomi Malaysia, bak kata Raja Petra Kamarudin, tidak syak lagi kita sebenarnya adalah dari jenis yang percaya bahawa babi boleh terbang!
Dulu, ketika Perdana Menteri mendakwa rakyat Malaysia selesa dan bahagia, dalam rencana bertajuk "Malaysian spin on economy sparks poll talk", Reuters melaporkan seorang kontraktor binaan, Lokman Mohamad menyatakan: "Kami terpaksa mengikat perut. Tidak banyak kerja yang ada, dan kuasa beli berkurangan".
Sebab itulah, amat sukar mempercayai Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi kalau beliau mengemukakan angka-angka yang dikeluarkan oleh kerajaannya sendiri. Saya pernah menulis cara bodo saya mengenai perkara itu:
Ketika rakyat diajak menumpang gembira dengan perasaan puas hati Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, media harian sekali lagi terlepas pandang persoalan penting yang sehingga kini masih belum diselesaikan.
Perdana Menteri berpuas hati dengan pencapaian pendapatan perkapita rakyat negara ini yang diukur berasaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menurut beliau, kadar kemiskinan juga berkurangan daripada hampir 50 peratus pada 1970 kepada 5.7 peratus pada 2004 dan ia dijangka dapat dikurangkan lagi kepada 2.8 peratus menjelang 2010.
Akhbar harian tidak pula melaporkan adakah definisi yang digunakan oleh kerajaan masih boleh diterima.
Mengikut definisi, kemiskinan tegar adalah mereka yang mempunyai pendapatan separuh daripada golongan miskin dan di Malaysia kadarnya ialah RM264.50 sebulan.
Kalau definisi itu digunakan, Malaysia hanya mempunyai kira-kira 50,000 keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar atau hanya satu peratus daripada keseluruhan 25 juta orang penduduk negara ini.
Daripada jumlah itu seramai 40,000 keluarga berada di luar bandar manakala 10,000 lagi tinggal di kawasan bandar.
Persoalannya, bolehkah ukuran itu digunakan? Adakah rakyat yang mempunyai pendapatan RM500 sebulan dengan jumlah isi rumah melebihi dua orang tidak boleh dianggap miskin tegar?
Itu belum lagi diambil kira kriteria rasmi kerajaan yang digunakan untuk mengukur inflasi. Kebanyakan barangan yang digunakan sebagai pengukur ialah barang-barang kawalan. Kalau kriteria itu digunakan, memanglah kerajaan dan medianya boleh berbangga bahawa inflasi berada pada kadar dua atau tiga peratus sahaja.
Bagaimana jika kedua-dua kriteria pengukuran digunakan pada kadar sepatutnya? Adakah rakyat boleh menerima laporan bahawa kadar kemiskinan tegar negara ini berada pada tahap satu peratus sahaja?
Other blogs updates (updates blog-blog BM lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!











Cantik? Klik 






Assalamualaikum sdr. moderator,
Ada sahabat kita yang sediakan tapak untuk hantar bahan dan kongsi bahan.
Modus operandinya:
1) Sesiapa yang ada bahan untuk dikongsi boleh hantarkan bahan kepada bahankempen@yahoo.com
2) Promosi website www.bahankempen.com untuk dapatkan bahan-bahan kempen.
Mohon dipublish pengumuman di bawah dalam laman dan link kan.
tq
_________________________________________________________________
PERKONGSIAN BAHAN DI WWW.BAHANKEMPEN.COM
Oleh: Kelab Maya Barisan Rakyat
Kepada: Mana-mana penggerak/ pendokong/ aktivis/ campaigners/ individu/ kumpulan
Objektif: Mewujudkan Pusat Perkongsian Bahan Kempen PRU-12 (upload dan download)
Kaedah:
1) Untuk menghantar bahan kempen (dokumen, power point persembahan, poster, video dll), sila emailkan kepada bahankempen@yahoo.com
2) Untuk mendownload bahan, sila ke www.bahankempen.com
BAHAN AKAN SENTIASA DI UPDATE. SILA SEBARKAN.
MENJANA KEMENANGAN MELALUI PERKONGSIAN