Sedap!! Klik gambar di atas!

BN "cah keting" sesama sendiri?

Menjelang pilihan raya, media-media pro Barisan Nasiol bukan sahaja memutar berita-berita yang menghentam pembangkang, malah banyak juga berita yang orang Kelantan sebut "cah keting" kawan sendiri (berita kawan makan kawan). Lihatlah dua tajuk berita Bernama di bawah:

1. Umno Langkawi tolak Mukhriz
2. Mukhriz kononnya terima hampir '100 peratus' sokongan bertanding di Langkawi

Kononnya... Mengapa perkataan kononnya? Mengapa tidak gunakan perkataan "dikatakan" misalnya. Bukankah lebih elok guna tajuk "Mukhriz dikatakan terima hampir '100 peratus' sokongan bertanding di Langkawi"

Kalau tak mahu guna perkataan "dikatakan," guna perkataan "didakwa" pun masih lunak lagi.

Satu lagi tajuk yang menarik ialah tajuk di dalam Berita Harian hari ini, "Samy Vellu sedia berundur sekarang". Tajuk yang digunakan oleh Utusan Malaysia - Samy Vellu sedia undur, tapi... - tidaklah bernada begitu negatif seperti tajuk Berita Harian.

Masih ingat lagi waktu kita belajar dahulu? Kita diajar tentang ayat positif dan ayat negatif. Kedua-duanya mempunyai implikasi yang besar.

Saya tidak suka Datuk Seri S Samy Vellu. Tetapi, benarkah itu kenyataan utama Samy Vellu?

Lihatlah kenyataan menteri yang kian dibenci oleh orang-orang India itu: "Saya bercadang berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk tempoh sepenggal lagi dan ia mungkin menjadi penggal terakhir saya dalam politik... saya akan pergi selepas itu.

"Tapi, jika masyarakat India seluruh negara memutuskan tidak mahu saya mewakili mereka lagi dalam kerajaan, saya sedia untuk pergi sekarang".

Kalau bukan "cah keting," apa lagi nama yang sesuai kepada tajuk itu? Mungkin menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin boleh menjawabnya...

Walaupun isinya menyakitkan, tetapi Utusan masih mampu membuat tajuk yang tidak nampak sangat "cah keting" kawan. Kalau berita terhadap PAS atau pembangkang, itu lainlah.

Dengan tajuk "Samy Vellu dalam dilema," akhbar itu melaporkan:
Bagaimanapun, pengumuman Samy Vellu itu (untuk bertanding lagi) mengundang pelbagai reaksi di kalangan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN).

Rata-rata mereka berpendapat Samy Vellu tidak sepatutnya membuat kenyataan mendahului Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pencalonannya pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad, Menteri Kerja Raya itu perlu menghormati Pengerusi BN yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada beliau untuk membuat sebarang kenyataan.
Teringat pula jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila ditanya adakah Samy Vellu akan dicalonkan lagi.

Mengapa Perdana Menteri manjawab: "Saya belum putuskan. Mungkin bila tiba senarai, beliau tidak meletak namanya".

Cah keting? Mengapa Perdana Menteri tidak menjawab dengan positif? Sama seperti jawapan tidak positf Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya adakah Perdana Menteri boleh dianggap tunggul mati?

Dr Mahathir tidak menafikannya. Beliau hanya berkata: "Saya tidak tahu apa pandangan saya, tetapi saya tahu saya mempunyai perbezaan pendapat dengannya".

Other blogs updates (updates blog-blog BM lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008