Sedap!! Klik gambar di atas!

Bila Melayu nak belajar politik?

Dalam berita bertajuk "Indians will vote against BN: Pak Lah," Malaysiakini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, undi kaum India kepada Barisan Nasional akan merudum. Beliau tidak pula menyebut bahawa penerimaan rakyat kepadanya juga merudum, terutama dari kaum India.

Teringat pula pilihan raya 1990. Keputusan bagi kerusi parlimen Sungai Siput hanya diketahui pada pagi hari berikutnya. Akhirnya, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mendapat 14,427 undi manakala lawannya, P Patto mendapat 12,664 undi.

Itulah pilihan raya paling sengit bagi Samy Vellu. Ketika itu, sebahagian besar orang-orang India menolak beliau. Beliau menang kerana undi, sokongan habis-habisan dan kerja keras orang-orang Umno. Ketika mengulas kemenangan sukarnya itu, beria-ia Samy Vellu meratib-ratib: "Umno jiwa saya! Umno nadi saya!"

Tidak lama selepas pilihan raya itu, saya berpeluang berbual dengan Patto ketika bertemu dengannya di atas keretapi. Patto hendak balik Ipoh dan saya pula hendak balik ke rumah emak saya di Matang, Taiping.

Banyak juga yang kami bualkan. Memanglah, nak buat apa lagi atas keretapi?

Patto ternyata kecewa dengan orang-orang Melayu yang memenangkan Samy Vellu ketika itu. Dia menganggap Samy Vellu pengkhianat orang-orang India. Saya membantah Patto, "Bukan orang Melayu. Orang Umno!"

Terus terang, saya mahu Patto memenangi pilihan raya itu. "Aku pun frust. Aku nak hang menang. Bukan DAP, aku nak P Patto menang. Sungguh!" saya memberitahu beliau tanpa mempedulikan perasaannya apabila menyatakan saya hanya menyokong beliau, bukan DAP.

Saya tidak ingat apa jawapannya. Kalau nak tulis juga apa jawapan beliau, terpaksa berbohongLah!

Di pertengahan perjalanan, kami sama-sama ke kantin dalam keretapi itu. Kantin ka, kafeteria ke, saya pun tak ingat. Kira kantinlah!

Selepas mengambil pesanan, kami berebut-rebut hendak membayar. Patto memarahi saya. “Apa! hang ingat aku dah kalah, aku tak dak duit dah?” (Patto berasal dari Bagan Serai kalau tak silap saya, sebab itulah beliau fasih berbahasa Melayu loghat utara).

Selepas itu kami sama-sama menghisap rokok di "penyambung" gerabak keretapi. Sampai di Ipoh, Patto turun. Isteri dan anak-anaknya tinggal di situ.

Selepas kemarahan 1990 itu, akhir-akhir ini, ramai kaum India yang memaki hamun Samy Vellu dan menuduh beliau pengkhianat. Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah membayangkan bukan mudah nak buang Samy Vellu, tetapi parti yang beliau pernah pimpinlah yang menyambung nyawa politik tokoh yang kelihatan menjadi kebencian sebahagian besar kaum India itu.

Samy Vellu telah dihukum oleh orang-orang India. Paling diingati ialah di Pulau Pinang ketika pertunjukan Aatam 100 Vagai dan di Batu Caves ketika sambutan Thaipusam baru-baru ini. Mungkin hukuman lebih berat menanti di Sungai Siput walaupun, bagai biasa, Umnolah yang akan menjadi penyelamatnya.

Biarlah Samy Vellu mengharungi penyakit buatannya sendiri. Persoalan yang lebih besar ialah bilakah orang-orang Melayu akan belajar politik dari rakan-rakan mereka yang berbangsa India?

Atau, adakah memang tak nak belajar??!!

Berkaitan:
A rare Thaipusam

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008