Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi sekali lagi dibelasah oleh orang yang mengangkatnya ke jawatan itu.
Semakin jelas isyarat yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada para pengundi dalam pilihan raya akan datang.
Ketika ditanya adakah Abdullah patut berhenti dari menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata: "Terpulang kepadanya untuk menentukan".
Ayat negatif tersebut dengan jelas memberikan isyarat bahawa Abdullah sepatutnya berhenti. Jika tidak, tentulah Dr Mahathir menyatakan Abdullah patut meneruskan apa yang beliau rancang atau memberikan apa jua jawapan yang positif.
Malah, beliau dilihat memberi isyarat kepada rakyat supaya membuang Abdullah apabila menyatakan: "Jika rakyat merasa pentadbiran beliau tidak memberi manfaat kepada mereka, mereka hendaklah membuat keputusan".
Lebih jelas lagi apabila Dr Mahathir meminta para pengundi supaya membuang "deadwoods" (orang-orang yang tak berguna) di dalam Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. Tidak diketahui sebesar manakah jumlah rakyat yang menyifatkan Abdullah sebagai "deadwood".
Dr Mahathir juga mengulangi penegasannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan beberapa polisi Abdullah yang menjadikan "rakyat Malaysia tunduk kepada kehendak Singapura".
Mengenai sikap negara ini dalam hal-ehwal antarabangsa, Dr Mahathir menyifatkan Malaysia "tidak lagi sebebas dahulu".
Dr Mahathir, yang bimbang rasuah akan bermaharajalela dalam pilihan raya akan datang untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional, juga mengingatkan rakyat bahawa Perdana Menteri "membazirkan wang rakyat" dan ekonomi negara ini pula berada dalam "keadaan yang buruk".
Persoalannya, adakah rakyat negara ini masih merasa selamat mempunyai seorang Perdana Menteri yang "membazirkan wang rakyat" dan mengakibatkan ekonomi negara ini pula berada dalam "keadaan yang buruk"?
Tidakkah rakyat merasa keselamatan negara ini terancam apabila orang yang mengangkat Perdana Menteri ke jawatannya kini menegaskan bahawa penggantinya itu menjadikan "rakyat Malaysia tunduk kepada kehendak Singapura"?
Adakah rakyat mudah lupa bahawa Dr Mahathir pernah menyifatkan Abdullah menggadaikan maruah negara dan suka berbohong manakala negara dijadikannya tidak mempunyai kejantanan (half-past-six country which has no guts)?


"Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong," tegas Dr Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain, Amerika Syarikat dan Australia (dari laporan AFP).
Bukan setakat itu sahaja, Dr Mahathir juga menyifatkan penggantinya itu kaki tidur, lembab, tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan, tidak betul, tidak jujur, tidak bijak dan menjatuhkan maruah negara sehingga menyebabkan negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan.
Persoalannya, adakah Abdullah tidak merasa malu sedikitpun dengan segala kecaman Dr Mahathir? Adakah Abdullah langsung tidak mempunyai maruah dan terus buat-buat tak tahu? Sedangkan, Dr Mahathir bukan sahaja menyatakan penyesalannya kerana melantik Abdullah sebagai penggantinya malah secara terbuka menyatakan beliau mahu membetulkan kesilapannya melantik Abdullah.
Abdullah boleh mendakwa beliau mendapat mandat sebesar mana sekalipun. Tetapi, berapa sangat nilai mandat itu apabila orang yang mengangkatnya ke jawatannya itu berulang kali menyatakan penyesalannya kerana melantik Abdullah dan terus menggambarkan Abdullah tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Di mana air muka dan harga diri Abdullah apabila ia sekali lagi meminta mandat untuk memerintah sedangkan ia tidak pernah berjaya membuktikan bahawa beliau layak meminta mandat sekali lagi untuk memimpin negara ini?
Abdullah langsung tidak membuktikan bahawa beliau bukanlah kaki tidur yang lembab dan tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan.
Abdullah tidak pernah dilihat berjaya menafikan tuduhan Dr Mahathir bahawa beliau menggadaikan maruah negara, membazirkan wang rakyat, tidak betul, tidak jujur, tidak bijak dan menjatuhkan maruah negara sehingga menyebabkan negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan.
Adakah Abdullah tidak sedar bahawa mengaku diri tidak layak dan berundur adalah lebih mulia dan bermaruah dari terus berdegil untuk tidur di atas kerusi Perdana Menteri.
Lebih dari itu, di manakah maruah ahli-ahli Umno yang membiarkan Abdullah terus berdegil untuk tidur di atas kerusi Perdana Menteri?
Lampiran:Berkaitan:
NST (2/5/2006): Tun Dr Mahathir Mohamad returned from a two-week holiday in London yesterday as defiant as ever, refusing to cease disputing the Government's decision to scrap the Johor Strait bridge project.
He said as a citizen, he had a right to do so if the country's sovereignty was surrendered.
"If you surrender your sovereignty to Singapore ... I think this is a half-past-six country which has no guts," the former prime minister told reporters at the Kuala Lumpur International Airport on his return.
"I promised not to interfere in politics and I have not said anything about many things done which were wrong.
"But this is the limit - to surrender your sovereignty to Singapore as if you are scared of them.
"This does not speak well of your self-respect."
Asked to what extent he would pursue the matter, Dr Mahathir said:
"I cannot go to war ... I have no power."
Makna half past six: a. [Eng., origin uncertain; poss. f. the appearance of a flaccid penis: see quot. 2006] Careless, shoddy; incompetent, screwed up.
2006 Carolyn Hong (quoting Mahathir Mohamad) The Straits Times (from Straits Times Interactive), 12 June. Tun Dr Mahathir described the [Malaysian] government as 'half-past six' with no guts after it scrapped a project to build a bridge to replace the Causeway because it could not secure the agreement of Singapore. 2006 Neil Humphreys Final Notes from a Great Island 16–17 ".. When your son makes you proud, it's the best. When your son is an idiot, it's the worst. Don't have a 'half-past six' son." I adore that expression. A popular, and unique, Singlish turn of phase, it loosely means "incompetent" or "screwed up", but "half-past-six" is much more creative. Its origin is supposedly sexual and refers to the angle of the penis. Naturally, half-past-six is droopy, while midnight is impressive.
Should Abdullah continue as your PM? Dr M says... (Jeff Ooi)
Should Pak Lah remain as PM? (Ahirudin Attan)
Dr. Mahathir renewed criticism against PM ‘Flip-Flop’ (Biggum)
Dr M fears corruption in general election (Malaysiakini)
Criticism of Mahathir's attacks gains strength (Asia Media)
Dr M slams PM’s sycophants in new book (Daphne)
How PM Abdullah Badawi fares in cyberspace (JR)
PM Abdullah – No Confidence Wining Big in Coming GE – Having “just begun” to Implement his Promises; Waiting for More Favorable times to call next GE (Multimid)
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!






Cantik? Klik 




Post a Comment