Sedap!! Klik gambar di atas!

"Suruhanjaya Haidar" bodoh?

Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pita Lingam hari ini memberi amaran kepada peguam yang mewakili VK Thirunama, Wee Choo Keong supaya supaya berhati-hati ketika memberikan kenyataan kepada media.

Thirunama ialah adik Datuk VK Lingam.

“Kami menasihatkan anda supaya berhati-hati mengenai apa yang anda katakan. Kami harap anda menghormati kami dan tidak sewenang-wenangnya membuat andaian. Jangan paksa kami mengambil tindakan,” kata Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor

“Terdapat banyak orang di luar mahkamah dan berlaku kekecohan di situ, saya tidak ingat membuat kenyataan itu kerana terdapat banyak orang di luar sana,” jawab Wee yang juga membangkitkan tentang laporan media yang menyatakan suruhanjaya itu agak membimbangkan.

Mendengar jawapan bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang itu, Haidar mencelah dengan menyoal Wee mengenai sama ada beliau mempunyai sebarang bukti mengenai perkara itu dan meminta beliau (Wee) membuktikan perkara itu kepada suruhanjaya.

“Jangan remehkan suruhanjaya,” kata Haidar.

Haidar meminta pihaknya dihormati dan jangan diremehkan. Siapa yang berani meremehkan suruhanjaya itu? Tetapi, takkan Wee sahaja diberi amaran? Kesalahan Wee hanya kerana kenyataan akhbar yang beliau sendiri tidak pasti mengenainya.

Wee tidak memperbodohkan suruhanjaya itu. Bagaimana pula dengan Lingam? Ahirudin Attan berkata, suruhanjaya tersebut "tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Lingam yang cuba memperbodohkan prosiding".

Mengapa Ahirudin menganggap Lingam memperbodohkan prosiding? Amat menarik apa yang cuba dibangkitkan oleh blogger Mofie.

Lingam berkata: "Kawan-kawan saya memberitahu yang saya suka cakap benda-benda yang mengarut semasa saya minum wain".

Beliau juga dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai berkata, beliau tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi yang kononnya beliau didakwa mengaturkan pelantikan hakim-hakim melalui telefon.

Lingam yang mengakui "tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi" itu juga berkata: "Saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, tetapi pastinya saya bukan bercakap dengan Tun Ahmad Fairuz (Sheikh Abdul Halim, Hakim Besar Malaya ketika itu) kerana saya tidak pernah ada nombor telefon beliau dan beliau juga tidak pernah ada nombor telefon saya. Sehingga inipun, beliau tidak pernah menelefon saya dan saya tidak pernah menelefon beliau".

Persoalannya, jika benar Lingam "trying to make a fool of the proceeding," mengapa tidak ada sebarang tindakan? Atau, sekurang-kurangnya amaran. Paling lemah pun merayu dan memohon kepada Lingam supaya “jangan meremehkan suruhanjaya” itu.

Jika benar Lingam cuba memperbodohkan prosiding, siapa sebenarnya yang diperbodohkan? Peguam yang bertanya atau suruhanjaya yang dipengerusikan Haidar?

Jika benar suruhanjaya itu boleh diperbodohkan, mungkin orang akan bertanya adakah suruhanjaya yang dipengerusikan Haidar bodoh?

Jika benar suruhanjaya itu bodoh, siapakah yang melantik suruhanjaya itu? Bukankah orang yang dilihat melantik suruhanjaya itu ialah Perdana Menteri sendiri? Benarkah Perdana Menteri bodoh? Dan, mengapa semakin ramai rakyat yang menyifatkan Perdana Menteri bodoh?

Berkaitan:
Video-maker confirms recording clip (Malaysiakini)
Q&A: 'It looks like me, it sounds like me' (Malaysiakini)
Lingam: Looks like me, sounds like me (The Sun)
Star witness: It wasn't Ahmad Fairuz (Malaysiakini)
Lingam wants NZ holiday details expunged (Malaysiakini)
Anwar: 'Let me testify, I've new evidence' (Malaysiakini)
Businessman points finger at top lawyer in scandalous video about Malaysian judiciary (Malaysia Today)
"It looks like me", says lawyer in Malaysian probe (Malaysia Today)
Malaysia's judiciary reputation in the dock (Malaysia Today)
Lingam video clip probe (NST)
Jalan Duta Court is smelly (Gelanggang Keris Silau)
Lingam takes the stand, Anwar yet to be called (Nik Nazmi)
Pom! Pom! Pom! Bullshit! And more bullshit... (Bernard Khoo)
Drunken Man Talks! (Mofie)
The Mother of All Denials (Malaysians Unplugged Uncensored)
The royal commission predictions (Soon Li Tsin)
RCI on Lingam Tape: Boys Sent To Do The Job of Men (M Bakri Musa)
Lingam: The Real Slim Shady LP (Mob1900)

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam Pak Bakaq:

    Lama aku tak singgah. hari ni baru ada kesempatan.

    Suruhanjaya memang sedang di perbodohkan oleh Lingham dan DrM.

    Lingham kata org dalam klip tu nampak dan sora macam sora dia tapi bukan bercakap dgn Ahmad Fairuz.
    Macamana dia boleh tahu 'pelakon' tu tak cakap dgn AF kalau bukan dia sendiri yg jadi pelakun? Jadi di sini nampak sangatlah Suruhanjaya tak cerdik langsung dan boleh di tidakcerdikan oleh mainan kata-kata Lingham yg memang sentiasa berbelit walau ketika tidak mabuk wine atau todi atau air kencing keldai sekali pun.

    Suruhanjaya jugak telah di tidakcerdikan oleh bekas PM bila mana bekas PM yg terkenal dgn 'ingatan yg kuat dan terperinci' boleh Mudah Lupa. Aku tak mudah lupa bila bekas PM kata Melayu mudah lupa. Tapi ada jugak kawan kta, dgn mudah lupanya x-PM di suruhanjaya membuktikan bukan sahaja Melayu mudah lupa malah mamak juga mudah lupa bila kena batang hidung sendiri.

    Sebenarnya Haidar cerdik. Dia cerdik dgn buat-buat bodoh. Dengan berpura-pura bodoh aku yakin PM mengantuk dapat pekena x-PM mudah lupa dan pengaruh Lingham dalam perjalanan kerajaan. Dan suruhanjaya ini adalah salah satu senjata PM ngantuk utk buktikan kpd rakyat bahawa dia mengambil tindakan.

    Yang lebih bodoh ialah rakyat Malaysia yg mengundi. Setiap PRU dok kena tipu tapi pilih kerajaan yg sama jugak.Tak bodoh ka tu?

  2. Bro Bakaq,

    Entahlah... takut lepas ni pulak depa kata golongan blogger2 yang meremehkan Suruhanjaya Diraja (Haidar) . Lol! But I must say that Lingam guy is one big time Twister.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008