Sedap!! Klik gambar di atas!

Sheih berhenti memblog

Akhirnya, Sheih mencabut kandungan dua posting dari blognya, "As murky as it can be" dan "Viagra for the oppositions". Tinggal tajuk sahaja. Perasaan Sheih ketika mencabut kandungan kedua-dua posting itu dapat dibaca dalam postingnya bertajuk "Prozac for me".

Antara lain, Sheih kata:
...jika anda berada dalam kalangan tertentu, hampir mustahil bagi anda untuk berlaku jujur mengenai apa yang anda rasakan tentang perkara-perkara tertentu tanpa dilihat mewakili pandangan orang lain...
Itulah isu sebenarnya, apa yang Sheih tulis dilihat mewakili pandangan seorang lagi kawan saya, Naib Presiden PAS yang juga Exco Kerajaan Kelantan, Haji Husam Musa.

Khabarnya, tulisan Sheih itu mengakibatkan kekecohan hingga gegak gempita adanya. Editor Siasah, Zulkifli Sulong memberitahu saya, Husam "kena teruk" akibat tulisan Sheih. Kena apa? Kita boleh agak. Kena dengan siapa? Malaslah nak meneka-neka.

Sedih sungguh apabila orang kita masih jakun dengan pandangan yang berbeza. Terlompat-lompat macam katak puru bila mendengar pandangan yang berbeza.

Sheih pernah bersembang dengan saya tentang kebebasan beliau untuk menulis atau memblog yang semakin terbatas apabila beliau dilihat berkerja dengan Husam, menjadi orang Husam, semuanya Husam. Nasib baik Sheih tidak dilihat menukar bin kepada bin Husam.

Atau sememangnya dilihat begitu?

Ketika itu, saya jawab kepada Sheih, "Tulis ikut hati kita Sheih. Apa yang kita nak tulis, itu hak kita. Apa yang orang nak kata, itu hak depa. Let us exercise each other's right.

"Aku pun selalu orang kata kononnya aku menulis apa yang Mat Sabu nak aku tulis. Apa yang aku tulis sebenarnya mewakili pandangan, pemikiran dan kehendak Mat Sabu. Apabila aku tulis apa depa tak suka, Mat Sabu yang kena bantai.

"Kalu aku nak ikut apa yang orang kata, aku tak payah tulis apalah! Tengok gusti sahajalah. Sebab, bila aku tulis ja, orang akan kata itu mesti Mat Sabu punya pemikiran. Padahal (Allah jua Yang Maha Menyaksikan), apa pun yang aku nak tulis, aku tak pernah tanya dia atau minta izin dari dia. Kalau aku tulis pandangan dia, aku akan sebut itu pandangan Mat Sabu".

Saya bukanlah baik sangat. Saya jahat. Tetapi saya tak tulis kerana sesiapa pun dan untuk menyenangkan hati sesiapa pun. Saya tulis apa saja yang saya rasa, selagi saya yakin apa yang saya tulis itu qurbatan ilaLlah - kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Antara cara nak mendekatkan diri kepada Allah ialah menyeru kepada yang baik dan melarang yang mungkar. Saya tulis dengan niat hendak mendekatkan diri kepada Allah bukan kerana saya baik. Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyaksikan, saya bukan orang baik. Saya jahat.

Tetapi, saya tulis dengan niat sedemikian kerana di Hari Akhirat nanti saya tak boleh minta tolong kepada sesiapa pun melainkan Allah. Syafaat pun hanya boleh diberikan kepada saya jika diizinkan Allah.

Kalau saya tulis kerana Mat Sabu atau hatta kerana mak dan pak saya sekalipun, mereka tak boleh bagi pahala kepada saya. Hanya Allah yang boleh bagi pahala kepada saya. Itu sahaja sebabnya dan memang bukan kerana saya baik. Saya jahat.

Saya sendiri tidak bersetuju dengan semua tulisan Sheih. Malah, lebih banyak lagi yang saya tidak setuju dengan tulisan seorang lagi kawan, Biggum. Tetapi bukan sahaja saya menghormati hak mereka untuk bersuara, malah akan mempertahankannya!

Saya melihat tindakan Sheih mencabut dua postingnya itu sebagai tindakan bodoh. Hakikatnya, dengan tindakannya itu, Sheih sudah mengikat tali di lehernya dan menyerahkan tali itu untuk dipegang oleh orang lain. Selepas ini, Sheih akan menjadi kerbau atau lembu siapa? Siapa sebenarnya yang memegang tali yang sudah diikat oleh Sheih sendiri di lehernya?

Dalam posting bertajuk "Prozac for me" itu, Sheih juga menyatakan, "This shall be the last post by Kickdefella for now".

Weii! Bo lah demo buat gitu!!!

Berkaitan:
Surat terbuka kepada Sheih

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. I think this former UTAR lecturer thinks he knows politics better than seasoned politicians like Dr Wan Azizah, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang and Anwar Ibrahim who have dedicated their whole life to politics. He should know better that in the leaders of any political party should be respected as they hold the No 1 position in the party, respected by their followers.
    You know, I have expected this thing to happen. Most bloggers think they are smarter than these seasoned politicians.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008