Terkedu apabila membaca berita Malaysiakini. Datuk KS Nallakarupan berkata, dia dah berkawan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 30 tahun lalu.
Anwar menyertai Umno pada 29 Mac 1982. 2008-1982, baru 26 tahun. Maknanya "close association" Anwar dengan Nallakarupan yang pernah menjadi Pengarah Magnum Corporation telah bermula sejak bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi presiden saya di dalam Angkatan Belia Islam (ABIM). Masya Allah....
Tak kisahlah, agaknya seperti Nabi Musa 'a.s. yang diperintahkan Allah s.w.t. untuk bertemu Fir'aun demi menyebarkan da'wah Islam.
Apa pun, tidak ada siapa boleh menafikan peranan Anwar dalam zaman kebangkitan Islam di negara ini pada hujung tahuh tujuh puluhan dan awal tahun lapan puluhan dahulu. Masa tu, dengar sahaja nama Anwar, saya jadi bersemangat.
Teringat pula kawan-kawan usrah di Kampung Batu, Jalan Ipoh di bawah pimpinan Bendahari ABIM pada masa itu, Datuk Dr Mohamed Suleiman (bekas Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Akreditasi Negara). Ada yang sudah jadi jutawan menumpang penyertaan Anwar ke dalam Umno.
Mudah-mudahan Allah mengambilkira jasa-jasanya Anwar ketika membantu kebangkitan Islam di negara ini pada hujung tahun tujuh puluhan dan awal tahun lapan puluhan dahulu.
Berkaitan:
Aiyoyo Anwar Ibrahim (KTemoc)

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

Cantik? Klik 

salam pak bakaq,
saya mengikuti perkembangan anwar sejak 1980. saya pernah mendengar dia bercakap tentang ISA. masa tu, dia baru join UMNO. katanya, ISA tidak bertentangan dengan Islam. ucapan yg dibuatnya ketika itu adalah di Baling Kedah. tetapi, sekrang dia kata ISA bukan sahaja bertentangan dgn Islam, malah dengan kehidupan di negara demokrasi. Bagi saya Pak bakaq, saya nak bagi Anwar satu lagi peluang. Kot-kotlah dia dah menyesal bergelumang dgn tahi UMNO. Bukan sahaja Nalla boleh bercakap tentang kelemahan Anwar, sesiapa sahaja boleh bercakap mengenai Anwar. Ada kawan kata, baik Mahathir dan Anwar, sama sahaja. Bila dipuncak kuasa, agama mereka terawang-awang. Entahlah, saya sendiri pernah ke pejabat Anwar, minta kawan dibantu. Seperti diherdik budak-budak Azmin dan Azam. Masa tu saya fikir, inikah cara perjuangan rabbani yang diuar-uarkan Anwar. Bikin tak serupa cakap. Akhirnya, saya rasa perlu Anwar memperbetulkan kesilapannya yg terlalu banyak dalam politik ketika berkuasa. Sama-samalah kita doakan.
maaf.
azmin dan ezam. bukan azam....
Ah, politik, politik. Satu kali lawan lain kali lawan...
Salaam Ma'al Hijrah Bang Bakaq!
Salaam Ma'al Hijrah, Bro!