Sedap!! Klik gambar di atas!

Penyokong DAP lebih perkauman?

Dalam tulisan terbarunya bertajuk "Trojan Horses in the opposition ranks", Raja Petra Kamarudin memberikan pandangan-pandangan yang menarik. Setuju atau tidak, soal lain. Pada saya, walaupun tidak bersetuju dengan sebahagian besar pandangan beliau, bengap sangatlah saya kalau saya menolak kesemuanya.

Yang menarik perhatian saya ialah pandangan seorang pembaca yang menggunakan nama "Uncorruptible".

Menurut beliau, DAP telah menerima padah dalam pilihan raya 1999 apabila ia "berkerjasama" dengan PAS di dalam pakatan Barisan Alternatif (BA).

Bagai yang diketahui, PAS pula telah memperolehi "untung besar" dalam pilihan raya itu. Tak payah tulis semula berapa besar untung PAS ketika itu. Orang kampung semua dah tau.

Saya tertanya-tanya, adakah apa yang berlaku itu bermakna DAP akan kehilangan undi sebahagian besar penyokong-penyokongnya jika ia dilihat berkerjasama dengan PAS? Mengapa pula PAS tidak kehilangan undi sebahagian besar penyokong-penyokongnya ketika satu dunia tahu bahawa ia "berkerjasama" dengan DAP?

Jika itulah keadaan yang sebenarnya berlaku, adakah apa yang berlaku itu membuktikan bahawa penyokong-penyokong DAP lebih bersifat perkauman dari penyokong-penyokong PAS?

Benarkah penyokong-penyokong PAS tidak bersifat perkauman?

Tertanya-tanya juga, adakah PAS menghadapi diskriminasi kerana kecenderungannya untuk melaksanakan ajaran Islam? Adakah kecenderungannya untuk melaksanakan ajaran Islam adalah kejahatan serta sifat melampau yang pantang sama sekali dianggap hak demokratik ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS? Atau, memang begitu sebenarnya demokrasi dan ketamadunan?

Atau, PAS memang sebenarnya seperti pembawa wabak yang mesti dijauhi? Wabak apa? Berapa ribu ekor babi di Kelantan yang dibunuh oleh orang-orang PAS ketika ia mula memerintah pusingan kedua sejak 1990 dahulu? Berapa ramai orang-orang Cina di Kelantan yang didebik oleh pelampau-pelampau PAS ketika rusuhan kaum 13 Mei 1969 bermaharajalela di seluruh negara? Bukankah ketika itu PAS memerintah Kelantan?

Yang saya tidak pasti sebab tak sempat lagi nak kaji, adakah DAP tidak terlibat dengan rusuhan kaum 13 Mei?

Saya juga tertanya-tanya, adakah DAP akan buat seperti yang PAS buat di Kelantan dan Terengganu (selepas pilihan raya 1999 dan sebelum pilihan raya 2004)? Jangankan darah, hatta bulu roma orang-orang Cina pun tidak gugur di tangan pelampau-pelampau PAS.

Atau, adakah DAP akan mengulangi apa yang dilakukan oleh PAP terhadap orang-orang Melayu Singapura?

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. saudara,

    semua jangkaan-jangkaan tersebut tidak akan diketahui kerana DAP tidak akan menang...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008