Seperti yang dinyatakan, apabila tersebar video seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kita terus mengesyaki ia dilakukan musuh politiknya. Chua bagaikan habis bebannya apabila beliau mengaku beliaulah si lelaki dalam video itu. Tanggungjawabnya kini ialah untuk membersihkan nama baik keluarganya, kalau dia mampu.
Memang keberanian Chua untuk mengakui kesalahannya adalah sifat terpuji. Amat sukar diingati mana-mana menteri atau pembesar Barisan Nasional yang pernah melakukannya.
Datuk Kamal Amir pernah membuat pendedahan dalam tulisannya bertajuk "Skandal Menteri dan orang gaji?!!!" Walaupun si pembawa cerita sanggup bersumpah junjung Al Quraan demi menegakkan kebenaran ceritanya, tetapi kerana tidak ada penyebaran video, tidak mungkin ada yang mahu membuat pengakuan seperti dilakukan Chua.
Meskipun Chua membuat pengakuan, ramai yang tetap marah kepadanya kerana mengkhianati isteri, anak-anak dan cucu-cucunya. Baca posting Datin Paduka Marina Mahathir bertajuk Evading the Point...
Dari segi politik, Chua sudah habis. Tetapi, apa lebih yang menarik, beban kini semakin beralah arah kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting. Banyak sungguh masalah Presiden MCA itu. Sebelum ini, beliau dikaitkan dengan kumpulan penjenayah.
Kali ini, begitu banyak jari yang menuding ke arah Ong. Chua sendiri mengakui bahawa musuh-musuhnya mengedarkan video aksi lucahnya itu dalam berita Malaysiakini bertajuk "Chua: 'Political enemies' released sex tape".
Chua terus menyerang balas apabila menyatakan, kesalahan terbesar beliau ialah kerana melaksanakan tugas sebagai Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA, walaupun ada yang menyatakan, "Chua… your biggest mistake is screwing another woman" kepada tokoh politik yang mula digelar Menteri Kesihatan Yang Terlampau itu.
Hari ini, Chua mengulangi serangannya dalam berita Malaysiakini bertajuk "Chua: They want me 'completely destroyed'"
"Saya telah ditelanjangkan kesemuanya, tetapi mereka (yang telah menjatuhkannya) mahu melihat saya musnah sama sekali,"beliau memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi laman web berita itu.
Namun begitu, Chua tetap tidak menamakan siapa yang telah menjatuhkannya itu.
Keengganan Chua untuk menyatakan siapa yang menjatuhkannya mendorong Naib Presiden Datuk Ong Tee Kiat menyatakan, Chua seharusnya mendedahkan dalang yang bertanggungjawab memusnahkan karier politiknya.
"Saya baca dalam akhbar mengenai dakwaan yang dibuat oleh Dr Chua mengenai musuh politiknya, tapi tidak ada maklumat terperinci. Saya percaya orang ramai, termasuk saya sendiri ingin tahu siapa yang bertanggungjawab dalam kes ini," Bernama memetik beliau sebagai berkata.
"Tidak adil bagi kita membuat pelbagai andaian berdasarkan kepada apa yang dia (Dr Chua) katakan. Jadi saya amat mengalu-alukan sekiranya beliau sanggup mendedahkan siapa yang berada di sebalik semua ini. Saya ingin dapatkan lebih banyak maklumat mengenai kes ini," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu.
Apa tujuan Ong membuat kenyataan seperti itu? Ia tidak begitu sukar untuk diduga.
Namun, keengganan Chua menamakan pihak yang menjatuhkannya mungkin menyebabkan Ong semakin dicurigai. Ong mungkin tidak bersalah. Masalahnya, khabar-khabar yang tersebar luas semakin menuduh sebagai dalang utama di belakang penggambaran dan pengedaran aksi seks di luar nikah Chua.
Orang pun mula memberikan hujah mengapa mereka menuduh Ong adalah dalang kepada penggambaran dan pengedaran video lucah itu. Walaupun sudah lama didengar, timbul kembali tuduhan bahawa Ong adalah Presiden MCA yang "paling bodoh" sejak parti itu ditubuhkan - sama seperti tuduhan ke atas Datuk Seri Abdullah Badawi yang tidak habis-habis dituduh Presiden Umno dan Perdana Menteri yang "paling bodoh" di dalam sejarah Malaysia.
Sama seperti tuduhan ke atas Perdana Menteri, tuduhan ke atas Ong itu amat berat. Tidak diketahui sama ada benar atau tidak.
Chua pula didakwa jauh lebih cerdik dari Ong. Ramai orang-orang MCA dikatakan mahu Chua menggantikan Ong. Ketika Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, datuk Seri Chan Kong Choy, dibelit skandal Zon Bebas Port Kelang (PKFZ), Chua dianggap ancaman terbesar kepada kedudukan Ong sebagai Presiden MCA.
Dari segi menjalankan tanggungjawabnya sama ada sebagai menteri atau Naib Presiden MCA, Chua didakwa jauh lebih rajin dan komited berbanding komitmen Ong terhadap jawatannya sebagai menteri dan Presiden MCA. Mungkin benar, mungkin tidak.
Seorang pekedai ubat berbangsa Cina memberitahu saya semalam: "Chua has leadership stature. Ong Ka Ting? Where got one, ahh?!!"
Ong terus mendiamkan diri. Mustahil beliau tidak tahu beban kini semakin beralih kepadanya. Tidak diketahui adakah tindakan beliau itu bijak atau tidak.
Apa pun, berita Harakahdaily hari ini mungkin dapat membantu Ong menepis segala sangkaan dan kecurigaan terhadapnya. Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar mahu meminta supaya pihak polis menyiasat wanita yang dikenali sebagai Angelina Yam dalam DVD rakaman perlakuan seks bersama bekas Chua kerana beliau mendakwa terdapat kemungkinan bahawa wanita tersebut, Angelina Yam yang berumur 30-an merupakan broker ataupun habuan seks daripada pihak tertentu kepada Chua.
Mahfuz seterusnya mendakwa, Angelina mempunyai hubungan dengan pemilik syarikat Pan Sejati Development dan Zaf Holding, Dato' Tang Ser Lay @ Marcos.
"Dan apa pula kaitannya Angelina dengan wanita bernama Norsiah Mahmud?" katanya sambil menyebutkan satu nama lain.
Pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga, katanya lagi, perlu menyiasat projek Ambulantery Call Centre yakni syarikat panggilan ambulan di Kelantan yang diberi kepada syarikat Menang Intan yang mendapat projek ambulan.

Berkaitan:
Chua Soi Lek faces second “conspiracy of silence” on the MCA “blackhand” who caused his downfall (Lim Kit Siang)
MCA linked triads in JB continue to distribute CSL SEX DVD (ShadowFox)Choot lei hang, hai gong yee hei (Jed Yoong)
Is Chua Soi Lek trying to tell us who set him up? (Sean Tang)
Who is the culprit behind Chua’s scandal? (Daphne)
Shame, shame, Ong Ka Ting as ACTING Health Minister (Jed Yoong)
Lulu's Eyeballs Roll (What A Lulu)
Malaysia has new pornstar (Teh Susu campur Ais Kosong)
Malaysian Sex, Lies and Videotapes (Husin Lempoyang)
Ex-MCA veep does not want his resignation to split party (The Star)
Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

Cantik? Klik 

Post a Comment