Hari ini, kita semua diseru memulaukan akhbar-akhbar harian. Walaupun saya tak begitu berminat, saya ikut sebab saya memang benci akhbar-akhbar harian, tambah-tambah dekat-dekat pilihan raya ni.
Saya sebenarnya jarang sangat atau bolehlah saya katakan hampir tak pernah membeli akhbar-akhbar harian. Lama dah. Sejak zaman-zaman PAS membakar akhbar-akhbar. Sejak itu, saya juga selalu tak senang melihat tindakan sesetengah pemimpin yang sekejap pulau, sekejap tidak. Ada juga yang bagai mengingkari keputusan memulaukan akhbar-akhbar harian dengan melayan juga akhbar-akhbar tersebut.
Baru dua tiga hari kata pulau, siap bakar akhbar-akhbar, tengok-tengok dah ada dah yang melayan akhbar-akhbar. Bercakap dengan pemberita akhbar-akhbar yang kononnya dia setuju dipulaukan dan keluar kenyataannya dalam akhbar-akhbar itu. Apabila ada seorang pemimpin kanan melanggar keputusan itu, yang lain pakat-pakat ikut. Selepas itu, seolah-olah tak ada siapa pun yang teringat keputusan memulaukan akhbar-akhbar tersebut.
Saya bukan nak tulis tentang itu. Yang saya nak tulis ialah tentang perbualan saya dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Anuar Tahir - yang juga salah seorang guru yang mengenalkan Islam kepada saya ketika beliau menjadi guru di Institut Sofa di Ipoh dalam tahun tujuh puluhan dahulu. Saya tak pernah mengaji di institut itu. Tetapi, saya belajar Islam darinya melalui kursus anjuran Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP). Ah, indah sungguh ABIM sebelum 29 Mac 1982!
Dalam perbualan saya dengan Anuar di hadapan Penjara Pudu Ahad lalu ketika menanti perbicaraan kawan-kawan yang ditahan dalam demonstrasi Protes, beliau menceritakan perbualannya dengan Datuk A Kadir Jasin. Kadir memberitahu Anuar, jualan akhbar-akhbar harian seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian sudah lama merosot. Yang berada di tingkat teratas dalam carta jualan akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu kini adalah akhbar-akhbar seperti Harian Metro dan Kosmo!.
Saya lalu menceritakan kepadanya tentang kemerosotan jualan majalah Mastika ketika bahan-bahan ilmiah menjadi isi kandungannya. Menurut Jeff Ooi, edaran Mastika ketika itu hanyalah kira 6,000 naskah sahaja. Tetapi, apabila kandungan Mastika ditukar kepada cerita-cerita seram, jualannya naik mencanak kepada 300,000 naskah dan menjadi majalah yang paling banyak jualannya di Malaysia.
Saya memberitahu Anuar: "Inilah jenis Melayu yang kita hadapi, Cik Gu. Melayu Harian Metro, Melayu Kosmo!, Melayu Mastika, Melayu tahyul!"
Jangankan Melayu Harakah, Melayu Malaysiakini atau Melayu Malaysia Today (sekadar satu dua contoh penerbitan), Melayu Utusan Malaysia dan Melayu Berita Harian pun sudah berkurangan. Melayu Harakah, Melayu Malaysiakini atau Melayu Malaysia Today agaknya sedang menuju proses akan pupus, kalaupun belum lagi bermula proses itu.
Yang banyak berlambak-lambak ialah Melayu Harian Metro, Melayu Kosmo! dan Melayu Mastika. Melayu tahyul. Melayu yang memenangkan Barisan Nasional.
Soalnya, ketika begitu ramai penerbit akhbar-akhbar dan majalah-majalah berbahasa Melayu bagaikan berebut-rebut menerbitkan akhbar-akhbar dan majalah-majalah hiburan dan tahyul, adakah kita hanya berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja pupusnya Melayu Harakah, Melayu Malaysiakini atau Melayu Malaysia Today?

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

Cantik? Klik 

Bodphnya orang janganlah dipandang jauh sangat
kerana orang-orang malaysiakini pun tak tahu halatuju. Mereka hendak suratkhabar perdana lingkup. Tidakkah mereka sedar bahawa beritaharian,utusan memikul tugas menegakkan bahasa melayu? Adakah sebaba-sebab mereka memberikan gambarab sebenar dan tidak sehaluan dgn pas/pkr maka perlunya diboikot? Siapa bodoh?
akhbar arus perdana banyak memutarbelitkan fakta ,himpunan bersih i00,000 dikatakan 5,000.yang betulnya hanya keputusan magnum, toto sahaja.boikot jangan tak boikot