Imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak tercalar, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Memang la... Tak tercalar, terkoyak ja. Koyak rabak.
Tidak seperti di zaman puak-puak Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjuk perasaan, di mana ramai orang Melayu yang benci polis, kali ini hilang keyakinan kepada polis tidak hanya disebabkan sikap polis yang merelakan diri menjadi kuli pecacai Umno dan Barisan Nasional untuk mengganasi pembangkang. Lebih dari itu, ia disebabkan indeks jenayah yang naik mencanak sehingga Perdana Menteri pun ternganga atau berpura-pura ternganga.
Bercakap mengenai polis, saya tidak boleh melupakan apa yang ditulis oleh Raja Petra Kamarudin. Perdana Menteri, katanya, sebenarnya tidak berkuasa penuh. Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR bergabung dalam "unholy trinity" mereka, kata beliau. Mereka akan berkhidmat kepada (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi), kata Raja Petra, selagi Abdullah tidak mengancam kepentingan mereka.
Skandal mensabotaj Dr Mahathir, skandal pengeksportan komponen nuklear ke Libya oleh Scomi dan skandal Oil-for-Food sudah cukup untuk menyahkan Abdullah, katanya lagi. Tetapi semua itu akan hanya berlaku jika Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR memutuskan untuk menyiasat Perdana Menteri. Dan kelihatanya kini, seperti diungkapkan dalam tulisan Raja Petra, "tidak ada keslah".
Tak dapat juga saya elakkan diri saya dari mengemukakan persoalan yang sama setiap kali disebut nama Musa dan pasukan polis: Bagaimana kalau tiba-tiba saudara-mara kita atau kita sendiri dibelasah atau dibunuh oleh BK Tan, Lim Een Hong, Goh Cheng Poh atau mana-mana perkakas mereka? Kepada siapa kita hendak mengadu? Kepada Musa? Kepada polis?
Berkaitan:
Edisi Khas Berita Bukit Aman
The unholy trinity (Raja Petra Kamarudin)
13% spike in violent crimes: police (Malaysiakini)
Don't use crime rate as poll gimmick (Malaysiakini)
Police should worry about crime, not rallies (Malaysiakini)
Kes Nurin akan dipeti sejukkan? (Harakahdaily)
Jenayah meningkat 43% sejak Abdullah menjadi PM (Nathaniel Tan)
Musa, mobilise your force...or get the fuck out of our face (Bernard Khoo)
Please, Sir, give one up! (Ahirudin Attan)
Wither the IPCMC? (Datuk A Kadir Jasin)
An Ignorant (If Not Dumbass Xenophobic) GEIC (Howsy)
Adakah BK Tan raja di Malaysia?
81 peratus setuju keyakinan terhadap integriti polis rendah
Suandi, babi lebih bertuah dari Saudara!
Polis bohong 200 peratus!
Pemburuan yang berpilih?
Sampingan (Sejarah IPCMC):
25 Disember 2003, Timbalan (II) Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Wong Chun Wai menyampaikan "Christmas wish"nya kepada menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin. 29 Disember 2003, Perdana Menteri mengumumkan, kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjadikan PDRM sebagai satu pasukan penguat kuasa undang-undang yang berwibawa dan dihormati.
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!










Cantik? Klik 






Post a Comment