Sedap!! Klik gambar di atas!

Cukuplah, Tok Guru!

Oleh kerana rundingan-rundingan mengenai pembahagian kerusi di kalangan pembangkang masih jauh dari selesai dan mereka masih berkelahi mengenainya, Raja Petra Kamarudin bertanya, adakah kita perlu mengundi parti yang memerintah dan memulaukan pembangkang untuk mengajar mereka?

Ketika soalan itu masih belum terjawab atau tidak ramai yang menjawabnya (jawapan saya, Tak Nak Barisan Nasional!), tiba-tiba Malaysiakini melaporkan berita bertajuk "Nik Aziz sifatkan PKR parti 'mencelarukan'".

Bagi yang sering mengunjungi blog kutu ini, tentu mereka tahu bahawa saya tidak boleh menerima sama sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 29 Mac 1982. Ringkasnya sejak dia masuk Umno.

Saya pernah dituduh tidak pemaaf. Bukan hak saya memaafkan Anwar. Begitu juga, bukan hak PAS untuk memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Itu hak rakyat. Jangan ambil hak rakyat.

Pendirian saya mengenai Anwar tidak penting sama sekali.

Tetapi, ini soal perjanjian. Apabila kita membuat perjanjian untuk berpakat dengan mana-mana pihak, tentulah tidak elok dan tidak manis kita mengentam secara terbuka di hadapan umum pihak yang yang kita berjanji untuk berpakat dengannya.

Kalau di dalam bilik mesyuarat atau secara tertutup, tak kisahlah sampai terbeliak bijik mata pun. Takkan nak dibunuh pula hak untuk menyatakan rasa tak puas hati.

Walaupun mungkin tidak bertulis, PAS telah berjanji untuk berpakat dengan PKR. Kalau tidak ada janji, tentulah tidak ada perundingan serta gusti dan tomoi mengenai pembahagian kerusi.

Apabila telah berjanji, mengapa perkara seperti itu terjadi? Adakah ia di sebabkan ada pemimpin tertentu di dalam PAS mempunyai status kebal? Tidak ada siapa pun boleh kata apa-apa pun kepadanya. Ada immunity.

Ketika masih tak puas hati melihat orang-orang alim berbaris di Kota Bharu menyaksikan Mawi melalak dengan lagu "Aduh Saliha" dan "Habibi Ya Nour el Ein", saya memilih untuk berani menegur. Mungkin saya akan dituduh penentang, tidak hormat Tok Guru, menyakiti hati Tok Guru, tidak thiqah, tidak wala', kurang ajar, alahai... apa sahaja. Saya sudah bersedia.

Tentang thiqah dan wala', perkara itu tidak timbul. Saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS.

Walaupun hanya sebagai penyokong, saya memilih untuk menegur dan saya merayu janganlah lagi diulangi respon-respon spontan kepada akhbar yang menyebabkan ahli dan penyokong merasa ngeri. Cukuplah kenyataan-kenyataan lalu yang begitu meletihkan. Kita tak nak lagi kenyataan-kenyataan seperti yang dilontarkan dalam isu mencarut misalnya (wahai Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kelantan, ayat "li furuji him" bukan mencarutlah!)

Oleh kerana Tok Guru selalu sebut tentang Khalifah Abu Bakar, saya harap saya dapat memetik kata-kata khalifah itu di dalam pidatonya ketika dilantik sebagai khalifah:
Menyampaikan kebenaran kepada seseorang yang terpilih sebagai penguasa adalah kesetiaan yang sebenar-benarnya; sedang menyembunyikan kebenaran adalah suatu kemunafikan.
Saya nak cakap Arab tak reti. Tak reti langsung. Nak cakap Melayu pun, dah banyak kali dah. Oleh itu, izinkan saya nyatakan sesopan yang boleh di dalam Bahasa Inggeris kepada Tok Guru: Washing your dirty linen in public is neither professional nor encouraging!

Berkaitan:
Thank You Ayah Zit! (Prozac for you, Sheih?!)
Bernama putar belit berita (Tranungkite)
Amaran tahap merah kepada pembangkang! (Tranungkite)
PKR dan Anwar "Wayang Kulit" (Tranungkite)

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. well put Penarik Beca,

    I agree with you that what Tok Guru has done is not right at all.

    If disunity is washed in public it is clear that the motive of the person giving the information is " tidak ikhlas". Usually done to embarress others.

    But at whatever cost, we must see that BN is voted out this time

  2. Saya rasa bernama mempunyai niat jahat semasa melapurkan berita tersebut dan ianya telah dipetik oleh Malaysiakini. Buktinya, dalam Utusan Malaysia (wartawan UM sendiri, bukan wartawan bernama)sendiri hari ini, melaporkan berita yang berlainan maksud dari apa yang dilaporkan oleh Bernama. Mungkin ianya bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan BA - PAS dan PKR. Sila rujuk
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
    Pas elak pertandingan tiga penjuru

  3. Hehehe, Thanks bro, it is prozac for me, sure!.

  4. Saya kadang kadang merasakan bahawa kalangan PAS di Kelantan terlalu takbur atau arrogant. Memang kekuatan PKR di Kelantan hampir zero tetapi apakah dengan membuat statement begini satu tindakan yang bijak. Janganlah apa yang menimpa kepada kerajaan PAS Trengganu pada PRU 2004 lepas akan terjadi kepada Kelantan kali ini. Ingatlah. Jangan terlalu celupar.

  5. assalamualaikum..
    apa yang penting ialah semua pihak perlu bersatu. Kata2 tok guru biasanya selalu sukar difahami. mungkin beliau bermaksud inginkan pertandingan 1 lawan 1, bukan bermaksud merendah2kan PKR. Kerana menurut petikan berita tersebut, ayat yang dipetik dari ucapan Tok Guru hanyalah : "“Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan Pas dan dia masuk semula Umno,” kata Nik Aziz."
    dari ayat tersebut, saya tidak nampak sebarang masalah dengan PKR, mungkin juga ucapan beliau ingin mengingatkan pihak PKR agar jgn jadi serupa dengan smgt 46. Dalam suasana hangat dengan demam pilihanraya ini, BN mencari apa saja jalan untuk memecahbelahkan kita pengikut pembangkang. Bila kita saling salah paham antara satu sama lain, inilah yang memungkinkan kejayaan mereka sekali lagi dalam PRU kali ini. walau apa sekalipon silap cakap dari pemimpin, matlamat kita yang utama: TUMBANGKAN BN!!

    wassalam =)

  6. Ala Bakaq;
    Aku setuju dengan TG. Yang TG maksudkan tu adalah PKR Kelantan. Ada ke patut ahli dan petugas tak samapai 100 orang nak minta 15 kerusi DUN. Nak pula kerusi startegik. Dijualnya kerusi tu dengan tak bertanding tak ke bala. Tak usah cakap petugas, calon entah ada ke tidak.
    PKR Kelantan di bukannya patuh sangat kat Anwar. Hari tu selepas berbaik dengan Saufi bekas MP Tanah Merah. Lepas beberapa hari dipecatnya Saufi.
    Tukar saja pimpinan negeri. Bagi kat Zamakhsari Pemuda lagi baik. Tak pun Saifudin Nasution. Atau kalau nak original PKR ambil saja Abd Aziz Peringat.

  7. Masukkan sikit lagi Bakaq.
    Masa pilihanraya 2004, jentera PKR Kota Bharu bukannya. Bayangkan semua kerusi DUN di KB dimenangi oleh PAS, tapi parlimen KB dimenangi oleh Zaid Ibrahim. Tak terfikir ke. Kalau bubuh Saairi Sungip atau Dr Badrul amin, aku rasa boleh menang masa tu. Tapi diletak orang yang entah apa-apa.

  8. A'kum Abg Bakaq,
    beberapa kemusykilan dan meminta Abg Bakaq memberi pandangan...
    1. semasa anwar masih lagi berkuasa, Hj Mat Sabu menggelarkan Anwar Al-juburi. Apabila dipecat dan dituduh meliwat, PAS bukan sahaja menerima Anwar tetapi segala tuduhan dibela.
    2. misi perjuangan PAS bagi saya pandangan saya adalah jelas, Islam is the way of life. Tapi dengan PKR, jika salah satu perjuangan Anwar ialah menentang cronyism in government, nak tanya ....masa anwar pegang kuasa, berapa ramai orang ABIM yang jadi jutawan segera.
    Sekian

  9. bakaq= hang gila.. time nak pilihan raya ni la puak2 PAS nak wat perangai. tp ckp bkn main lagi nak menang, poodah..

  10. Posted on Januari 24, 2008 oleh editor

    Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa yang juga anggota Exco kerajaan negeri melahirkan rasa kesal terhadap laporan berita TV3 dan Bernama yang tidak tepat dengan memutar belit kenyataan Menteri Besar berkaitan pakatan PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) di Kelantan.

    “Saya kesal dengan laporan media terbabit yang telah memutar belit kenyataan asal Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz. Kenyataan asalnya beliau tidak mahu berlaku pertandingan tiga penjuru sehingga boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan pengundi,” tambahnya.

    Bernama dalam laporannya sebelum ini menyebut Menteri Besar berkata, keyakinannya terhadap kredibiliti PKR semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu mencelarukan.

    Sedangkan Utusan Malaysia dalam laporan perkara yang sama pula menyebut Parti KeADILan Rakyat (PKR) diminta tidak meletakkan calon di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional.

    Husam juga berkata, PAS atau PKR mesti memastikan calon dikemukakan benar-benar berpotensi untuk menang bagi mempertahankan kerajaan yang ada sekarang.

    “Jadi konsep kita bukan jumlah kerusi antara PAS dan PKR yang perlu dipertikaikan di Kelantan, tetapi potensi kemenangan calon yang perlu dibincangkan,” ujarnya.

    Filed under: Negeri Ambo | 1 Komen »

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008