Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak para penyokong Barisan Nasional(BN) menggunakan pilihan raya akan datang untuk membersihkan parti itu khususnya Umno.
Beliau berharap penyokong BN tidak akan mengundi pemimpin yang "korup dan kayu mati" dalam pilihanraya umum akan datang.
Menjawab soalan pemberita, Dr Mahathir berkata beliau cuba berbuat demikian kerana nampaknya BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri.
Untuk itu, katanya, jika terdapat calon-calon yang korup dan tidak cekap, maka penyokong BN tidak patut mengundi mereka.
"Inilah cara kita dapat bersihkan... BN dan Umno," Malaysiakini memetik beliau berkata.
Bagus juga kalau BN dan Umno dapat dibersihkan. Tetapi, dari membersihkan BN dan Umno sahaja, lebih baik kita bersihkan Malaysia seluruhnya.
Bersih telah berusaha sedaya upayanya untuk memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bersih - sesuatu yang hanya menjadi angan-angan sahaja di negara ini. Alangkah baiknya kalau kita dapat menggunakan pilihan raya ini untuk membersihkan Malaysia, walaupun terpaksa mengambil kesempatan dari pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih.
Di kalangan pembangkang juga terdapat kayu mati yang kini berkerja keras untuk cah keting kawan. Dia sedang berusaha keras untuk menghalau kawan yang berperanan dengan baik sebagai Ahli Parlimen di kawasan yang menjadi idamannya demi mendapatkan kerusi selamat bagi memastikan impiannya untuk menjadi Ahli Parlimen tercapai.
Walaupun sebelum ini beliau ternyata menjadi tunggul mati di dalam Parlimen, tuang kerja di Parlimen dan tuang kerja di pejabat partinya, dia tetap berselera rakus untuk mendapatkan tempat selamat bagi memastikan impiannya untuk menjadi Ahli Parlimen sekali lagi tercapai.
Rakyat perlu berperanan untuk membersihkan Malaysia. Bukan sahaja tunggul mati di dalam Umno dan BN, malah tunggul mati di dalam pembangkang juga perlu dibersihkan.
Bersihkan Malaysia!!

Berkaitan:
Change from within not possible (Malaysiakini)
Cukuplah sepenggal: Nasihat Dr M pada Pak Lah (Malaysiakini)
"Help Umno cleanse itself" (Ahirudin Attan)
Guna PRU Bersihkan Umno: Dr M (Datuk A Kadir Jasin)
The day after…. (Biggum)
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

Cantik? Klik 

Assalamualaikum sahabat!
Hamba sokong dan setuju dengan sahabat seratus peratus!
Maknanya, dia tak mau kita undi BN la pasai mana ada yang baguih, dan bersih dalam BN especially UMNO.
Mamu,
Kita serupa!
Cik Gu,
Tafsiran hang adalah yang paling dekat dengan jiwa aku!