Amat menarik pandangan Susan Loone dalam postingnya bertajuk "Truth needs no ‘boycott’, more free press, please…" Menurut Susan:
Rather than boycotting, I’d really like to see more alternative news like Malaysiakini. If we want people to dismiss government controlled media as nothing but toilet papers, we need to give them an alternative. Until then, boycotting is a knee jerk reaction and will soon become a laughing stock as those newspapers continue to keep their readership, worst still, find new ways to increase them.Pandangan itu mungkin selari dengan pandangan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, yang sehingga ke hari ini amat keberatan atau enggan didekati wartawan akhbar-akhbar pro-Barisan Nasional. Harakahdaily melaporkan:
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta agar Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi terus mengekalkan Menteri Penerangan, Dato’ Zainudin Maidin atau Zam pada posisi tersebut lagi pada masa akan datang.Mohamad Sabu juga dilaporkan berkata:
“Kita minta Abdullah kekalkan jawatan Zam supaya Umno-BN mendapat menteri yang bodoh dan tidak pandai berfikir ini,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily
"...kita di Malaysia ni sudah lama terasa dengan laporan palsu dan bohong oleh media kongkongan kerajaan...Bayangkan, betapa lawaknya kalau dalam berita itu Mohamad Sabu melancarkan kempen boikot Zam! Nasib baik dia tidak buat kerja bodoh itu.
"Bayangkan perasaan kita pembangkang apabila diperlakukan dinafikan kebebasan media. Kita tersinggung sepanjang hayat dengan laporan menipu dan bohong media kerajaan yang jahat itu"...
...yang memburukkan negara bukanlah laporan Al-Jazeera sebaliknya sikap dan kenyataan Zam yang menyebabkan dunia dapat menilai kualiti menteri negara ini.
"Zam adalah menteri yang paling memalukan dan tidak ada kualiti," katanya lagi.
Sebenarnya kebencian terhadap media-media pro-kerajaan bukan sahaja semakin meluas dan menjadi bahan kutukan di dalam negara ini, malah sudah melarat ke luar negara.
Dalam posting bertajuk "Pembodohan ala Pers Malaysia" (tajuk di sini juga meniru tajuk yang digunakan oleh Welgedewelbeh - maling mencuri lagi?), seorang blogger Indonesia, Welgedewelbeh, yang mahu dikenali sebagai mulut memperlecehkan Bernama:
Ya gustiiii, Malaysia … Malaysia …. kenapa kantor berita resmi negerimu begitu lucu ya ….. wak ka ka ka. Kalau rakyatnya dicekokin berita kayak gitu terus … pantas saja mereka begitu cupet mikirnya. Silahkan bandingkan pemberitaan kejadian serupa juga oleh Jawapos, Kompas, Tempo Interaktif, Suara Merdeka de el el. Inilah pembodohan terlucu ala pers Malaysia kepada rakyatnya. (TVRI saja dulu nggak lucu begitu … mmhm malah membosankan kali yaaa).Selain cerita mengenai pembodohan ala akhbar Malaysia yang didedahkan oleh Welgedewelbeh serta banyak pendedahan lain lagi, penulis ruangan Pemerhati Media dalam akhbar Siasah keluaran terbaru juga menulis mengenai pembohongan media:

Bersemangat sungguh akhbar-akhbar harian pro-Barisan Nasional melaporkan lapan lelaki mendakwa anggota Hindu Rights Action Force (Hindraf) enggan membayar bil makanan berjumlah RM89 dan RM54 dengan alasan mereka memperjuangkan nasib kaum India.
Lelaki-lelaki itu juga dilaporkan membelasah sehingga cedera dua pekerja sebuah restoran.
Akhbar tersebut juga melaporkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sulaiman Junaidi berkata, lelaki-lelaki tersebut "enggan membayar bil atas alasan sama iaitu memperjuangkan nasib kaum India".
Akhbar-akhbar yang menjadi lidah dan suara Barisan Nasional itu tidak selamanya bernasib baik dengan pembohongan mereka. Pengurus restoran berkenaan telah mengadakan sidang akhbar menafikan pembohongan itu.Ruangan itu selanjutnya menyatakan:
Restoran Sri Paandi menafikan dakwaan akhbar tempatan bahawa pihaknya mengaitkan nama Hindu Rights Action Force (Hindraf) dalam kejadian serangan di premis restoran itu di Brickfields.
Pengurus restoran itu R. Velokrishna, 44, berkata berdasarkan salinan laporan polis yang dibuat oleh restoran itu, ia tidak pernah mengaitkan nama Hindraf dengan kejadian tersebut.
"Dalam laporan itu kami tidak ada menyebut nama Hindraf langsung dan bukan kami yang memanggil media kelmarin, dari sumber mana mereka dapat informasi itu kami juga tidak tahu," katanya pada sidang akhbar di restorannya.
Ini bukan pertama kali media-media pro-Barisan Nasional berbohong di mana contoh paling nyata pembohongan media ialah tulisan Datuk Kalimullah Hassan bertajuk "And who, really, is demonising whom?"
Kerana takut terjatuh dalam satu lubang dua kali, semakin bertambah jumlah mereka yang mengambil keputusan enggan mempercayai laporan media-media pro-Barisan Nasional.Disebabkan berita yang dianggap "Pembodohan ala Pers Malaysia" seperti berita bertajuk "Duta Besar suraikan 1,000 aktivis, demonstrasi anti-Malaysia", bagaimana kalau berita yang sepatutnya dipercayai pun tidak dipercayai? Bagaimana kalau semuanya tidak dipercayai termasuk berita bertajuk "Tengku Adnan nafi hantar kenyataan melalui SMS"?
Sebut apa sahaja tajuk tajuknya - "Pas berkuasa kerana SPR adil," "Polis tidak guna kekerasan," "Perhimpunan haram cuba perangkap institusi raja," "Demonstrasi jejas perniagaan," "Sub Inspektor cerita dibelasah 30 pemuda," "Perhimpunan jejas aktiviti perniagaan," atau "Orang ramai takut masuk ibu negara". Meskipun berita-berita itu tidak dituduh sebagai pembohongan, tetapi semakin ramai yang tidak percaya malah mencebik.
Kepada rakyat yang ditipu, bagaikan ada dua pilihan. Pertama, biarkan sahaja rakyat dan anak cucu kita menjadi mangsa pembodohan (meminjam istilah yang digunakan oleh Welgedewelbeh) media-media Malaysia.
Kedua, seperti kata Susan, daripada memboikot, lebih baik wujudkan lebih banyak saluran berita alternatif. Memang benar kata Susan, daripada membuang segala masa untuk berkempen supaya rakyat memboikot media-media pro-kerajaan, lebih baik digunakan masa yang tidak banyak itu untuk mewujudkan lebih banyak saluran berita alternatif.
Tak ada duit? Kalau tak ada modal, buat blog sajalah! Pada kutu ini, selain dari ciri-cirinya yang lain, blog juga adalah jurnalisme rakyat. Sebelum ini kutu ini menyifatkan blog sebagai "charismatic democracy" - yang memikat hampir semua orang untuk meluahkan pemikiran dan perasaan mereka dengan memblog. Apa-apa pun boleh.
Bagaimanapun, seseorang blogger mestilah memastikan berita yang disiarkannya tepat dan tidak bohong. Mesti dibezakan antara berita (news) dan pandangan (views). Kalau news, mesti tepat dan tidak bohong. Kalau views, lantak hanglah! Kalau orang tak suka, orang tak baca. Atau, mungkin dihadiahkan dua tiga guni caci dan maki!
Yang lebih penting ialah melakukan sesuatu untuk menangani pembohongan dan pendustaan media-media yang disifatkan sebagai jahat itu. Tambahan pula, nak boikot apa kalau tak perlu beli? Kalau nak baca juga, baca sahaja pembohongan mereka dalam laman web media-media jahat itu.
Kempen boikot-boikot ni boringlah!
Other blogs updates (juga di sidebar)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Scroll down to the bottom for the latest international news video!
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Scroll down to the bottom for the latest international news video!






















Cantik? Klik 

Sebelum si mamak cendol yang bernama Zam @ Kitul jadi menteri penerangan dalam kabinet Imam Badawi dari ugama Hadari, media Malaysia dalam arus perdana memang sudah teruk bencana seorang lagi mamak bernama Madir @ raja mendeliar. Kini bahana si mamak cendol ini, seluruh amalan komunikasi Malaysia menjadi rojak. Setiap berita yang diberikan adalah tidak tepat. Semua angka yang diberikan betul-betul gaya pengiraan mamak kedai makan mengira bil. Setiap kali dikira sudah pasti tidak sama.
Apa yang terjadi pada media arus perdana di Malaysia sudah cukup menyebabkan seluruh mata dunia nampak betapa orang Malaysia sentiasa diperbodoh-bodohkan oleh seorang mamak cendol yang sebenarnya hanya layak jadi mamak jual surat khabar.
Sdr yang menggunakan nama Samynovelu
saya memohon maaf kerana komen Saudara untuk posting bertajuk "Uthayakumar, bahasa menunjukkan bangsa!" tidak mampu saya siarkan kerana kandungannya tidak berbeza dengan bahasa yang digunakan oleh Uthayakumar dalam memorandumnya.
Komen Saudara untuk posting ini juga sarat dengan unsur perkauman, walaupun tidak sedahsyat komen Saudara yang tidak mampu saya siarkan itu.
Untuk pengetahuan Saudara, ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, saya juga sangat membenci Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi, bak kata Mat Salon, to the best i can remember, saya tidak pernah mengungkit darah keturunannya.
Pada saya, baik atau jahat seseorang itu bukan kerana darah keturunannya. Tetapi, kerana sifat seseorang itu sendiri.
Ramai kawan saya Mamak. Ramai juga Hindu. Selalu saya minum teh tarik dengan kawan saya yang beragama Hindu. Jiran saya juga Hindu.
Dari pemerhatian saya, jahat atau baik bukan kerana dia Mamak atau Hindu. Tetapi kerana perangainya sendiri.
Masalah kita ialah kita suka nisbahkan perangai seseorang kerana kaum atau tempat asalnya. Ketika saya mula-mula datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1978 dahulu, orang selalu berpesan kepada saya jaga-jaga dengan orang Kelantan dan orang Negeri Sembilan.
Pada masa itu saya terpengaruh dan selalu bercakap besar - tidak akan kahwin dengan orang Kelantan atau orang Negeri Sembilan.
Hari ini, majoriti kawan-kawan rapat saya ialah orang-orang Kelantan sehingga saya pandai jugak mengajuk loghat Kelantan. Lebih dari itu, isteri saya orang Rembau!
Saya sangat bahagia dengan kawan-kawan saya dan saya terlalu bahagia, bahagia teramat bahagia, dengan isteri saya. Kalau perasan pun perasanlah - pada saya isteri yang terbaik untuk saya.
Memang ada orang Kelantan yang jahat dan orang Negeri Sembilan yang jahat. Orang dari negeri asal saya, Perak, juga ramai yang jahat. Orang dari darah keturunan pak saya, Patani, juga ramai yang jahat. Orang dari keturunan mak saya, Batubara (Batak?), juga ramai yang jahat.
Tetapi, saya yakin teramat yakin, mereka jahat bukan kerana mereka orang Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Patani atau Batak. Mereka jahat kerana mereka sememangnya jahat, hatta kalau mereka dilahirkan dari kalangan kaum Quraish sekalipun.
Abu Lahab dari kaum Quraish malah bapa saudara kepada Nabi yang sangat-sangat kita kasihi, Muhammad s.'a.w.w.
Harap Sdr yang menggunakan nama Samynovelu tak marah kepada saya. Sekali lagi saya memohon maaf!
oh ya! blog salah satu option yang menarik.
tapi sayang bagi warga warga di kampung, yang tiada komputer, tiada internet, hanya menunggu cerita di blog dicetakkan.
saya sudah penat tengok warga warga di luar yang masih pecaya surat khabar malaysia, dan juga berita di tv, terutamanya berita TV3!
Komen Heartbeat yg saya terdelete:
*heartbeat* has left a new comment on your post "Pembodohan media Malaysia":
bab negeri-negeri memang saya setuju. bagi saya, di usia yang akan genap 28thn pada bulan ini, saya rasa sangat sedih kerana ditipu oleh pemahaman dan cara pembesaran oleh ibu bapa, saudara mara, masyarat sekeliling tentang agama, perkauman, pantang larang yang tak masuk dek akal. tetapi saya tidak salahkan mereka mereka ini.
saya akan dewasa dan patut mengkaji dan membuat perbandingan secara rasional yang mungkin. saya juga diperbodohkan oleh ustaz ketika di sekolah rendah. saya tanya "ustaz, jika semua orang yang bukan islam kafir, macam mana pulak kedudukan orang orang asli yang tak penah orang singgah ke sana? kafir kah jugak?" ustaz tu endah tak endah nak jawap dan kemudiannya memberi jawapan "ah, jgn banyak soal! semua kafir!!"
saya juga penah tanya Mak cik saya yang sarat dengan 'kami keturunan Saka Harimau', membakar kemenyan di malam jumaat etc, semasa saya di sekolah rendah jugak "mak teh, mak teh suruh sembahyang semua kan.. tapi yang dok bakaq kemenyan , dok menurun tu.. bukan ka tu semua syirik?" dengan rasa terperangkap dia menjawap "ishh.. jgn banyak soal.. nanti 'tok' marah"..
saya rasa benda benda bodoh ini lah yang ditanam dari kecil sampai besar. dan bila besar, jika seseorang itu sedar dan berusaha mencari jawapan, maka dia akan selamat sedikit. kalau dia hanyut dengan fahaman yang ditanam dari kecil, dia akan jadi seperti watak watak warga kerajaan yang cepat melatah yang cepat terasa yang cepat meludah!
hii malaysia!
sy sgt bersetuju dgn saudara2 yg bg komen dan nasihat ttg keturunan ni! ramai org2 yg kurang pengetahuan atau senang disebut katak dlm tempurung ni mudah kutuk bangsa lain ttpi taknak tgk apa kelemahan bangsa sendiri seperti beberapa org saudara yg bg komen melampau-lampau! sy tak salahkan anda dlm perkara ni ttpi sila ketepikan emosi dan bg komen yg bernas dan jgn sebut bangsa ttpi seelok-eloknya attact kelemahan diri dia saja! klau anda cari kelemahan bangsa lain, org lain pon bole mencerca kelemahan bangsa anda! kita nak bersatu sebagai 1 negara bkn mintak perpisahan mcm yg dibuat oleh kerajaan! apa bezanya antara kerajaan dgn kita bila kita sendiri berperangai mcm diorg! so sila berhenti bg komen yg murahan dan upgrade diri kita dgn komen yg berkualiti! harap kita org malaysia sentiasa dipenuhi dgn budi bahasa! PEACE MALAYSIA!