Mat Sabu dikepung polis di Ipoh


Pukul 2.09 am (10/12/2007):
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad forwardkan SMS dari Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua yang juga ditangkap:
On polis car, arrest in jb, now on way back to KL, arriv maybe 9. Tomorrow charged in court.
Mohamad Sabu, Tian Chua dan 12 yang lain dijangka akan dihadapkan di mahkamah Jalan Duta pagi ini. Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar memberitahu saya, mungkin mereka akan didakwa di bawah Seksyen 27A, Akta Polis 1967.

Berduyun-duyunlah kita ke sana dengan t-shirt Bersih atau sekurang-kurangnya baju kuning! Hantarlah sebanyak-banyak SMS kepada rakan-rakan anda untuk memastikan kehadiran mereka semua ke mahkamah Jalan Duta. Ayuh!
Kita kuningkan Jalan Duta pagi ini!

a

Hantar ucapan anda kepada Mohamad Sabu melalui email mohamadsabu@gmail.com

Pukul 11.30 pm:
Mohd Nasir Mustafa memberitahu, lebih dari 1,000 orang berada di IPD Seberang Perai Selatan. Menariknya, kata beliau, kira-kira separuh dari mereka ialah rakan-rakan dari bangsa India - berita buruk kepada Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sama seperti yang diberitahu
adik Mohamad Sabu, Kassim, Mohd Nasir memberitahu, ketika polis menangkap Mohamad Sabu, FRU merempuh sekatan yang dibuat oleh keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan Naib Presiden PAS itu.

Difahamkan pergelutan berlaku. Bagaimanapun, kerana melawan dengan orang-orang yang bertangan kosong, kekerasan FRU dan polis-polis lain akhirnya berjaya sampai ke kereta Mohamad Sabu. Beliau tetap enggan turun.

Polis lalu memilih tindakan barbaric atau tidak bertamadun dan memecahkan cermin kereta Mohamad Sabu di sebelah tempat duduk penumpang di hadapan, di tempat Mohamad Sabu membatukan diri melawan tanpa kekerasan. Beliau bersama tiga orang yang mengiringi beliau dalam kereta itu direntap keluar dan digari lalu diheret ke IPD Seberang Perai Selatan. Dua dari mereka kawan saya, iaitu Fauzi dan Abdul Razak (Abdul Razak ialah kawan kita yang memakai t-shirt Bersih dalam gambar besar di muka hadapan akhbar Siasah sebelum 10-Eleven dahulu). Seorang lagi saya tak pasti, tetapi difahamkan rakan kita dari Ipoh yang mengiringi Mohamad Sabu.

Saya difahamkan antara yang ditangkap ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa. Saya diberitahu, beliaulah yang paling kuat menentang tindakan polis hendak menangkap Mohamad Sabu. Selain Mohamad Sabu sendiri, saya diberitahu kesemuanya 10 orang ditangkap di Tol Bukit Tambun, Butterworth.

Update 9.33 pm:
Kak Normah, isteri Mohamad Sabu menelefon saya dan mengesahkan polis memang memecahkan cermin keretanya untuk menangkap Mohamad Sabu. "Depa pecah cermin sebelah kiri pasai Abang Mat tak nak keluaq," katanya. Beberapa orang yang mengiringi Mohamad Sabu juga ditangkap. "Tak tau depa nak bawak ke mana. Mungkin IPD Seberang Perai Selatan," kata Kak Normah lagi.

Update 9.15 pm: Mohamad Sabu akhirnya ditangkap,
kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar yang menerima panggilan telefon dari peguam yang mengiringi Mohamad Sabu ke Butterworth, Asmuni Awi. Asmuni memberitahu, polis mahu memecahkan kereta Mohamad Sabu (Naza Ria) untuk menangkapnya di Tol Bukit Tambun.

Apabila saya menelefon Kassim, isterinya memberitahu, polis akhirnya menunda atau menarik (towing) kereta yang dinaiki Mohamad Sabu ke balai polis. Mohamad Sabu tetap enggan turun.
Kassim tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana sedang memandu. Beliau ditugaskan membawa balik saudara-mara perempuan ke Guar Petai.

Update 8.37 pm: Masih di Tol Bukit Tambun. Kak Normah menghantar SMS menyatakan saudara-mara dan rakan-rakan yang mengiringi mereka sedang berusaha membawa Mohamad Sabu balik Guar Petai. FRU sudah datang. Mohamad Sabu enggan keluar dari keretanya.

Kassim memberitahu, polis sedang berusaha untuk menarik atau menunda kereta yang dinaiki abangnya. Kak Normah pula menelefon dan menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan polis. "Polis apa ni? Akta apa ni?" katanya. Kedengaran suara Kak Timah (kakak Mohamad Sabu) mengamuk.

Update 8.25 pm: Walaupun polis mengepung Mohamad Sabu di Tol Bukit Tambun, tetapi masih belum dapat ditangkap. Lebih kurang 13 kereta (menurut Mohd Nasir Mustafa yang berada di sana) saudara-mara dalam rombongan pengantin perempuan ke Ipoh tadi dan juga rakan-rakan dari Ipoh mengepung kereta Mohamad Sabu dan menyukarkan polis bertindak untuk menangkap beliau. Kesemua adik-beradik Mohamad Sabu sedang bersama-samanya. Sementera itu di rumahnya di Guar Petai, para penyokong PAS mula berhimpun dan menanti arahan.

Update 7.50 pm: Baru menelefon Kak Normah, isteri Mohamad Sabu. Tidak seperti sepatutnya, konvoi polis yang mengiringi Mohamad Sabu dari Ipoh ke Butterworth tidak melalui Tol Juru, tetapi mengambil jalan yang melalui Tol Bukit Tambun. Menurut Mohd Nasir, besar kemungkinan polis mahu menangkap Mohamad Sabu di Butterworth. Mungkin salinan asal waran tangkap ada dengan polis Butterworth. Setakat ini, masih tersangkut di tol Bukit Tambun.
***********
Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu kini sedang dikepung polis di Jalan Raya 4, Lorong Tambun, Ipoh - berhadapan Sunway City, Ipoh.

Berikut ialah laporan Harakahdaily:
Pengarah Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih 10 November lalu, Mohamad Sabu telah ditangkap polis sebentar tadi di Sunway City, Tambun, Perak.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS sebelum itu dikepung oleh kira-kira enam buah kereta peronda polis sedang dalam perjalanan membawa rombongan perkahwinan anak perempuannya menuju ke rumah pengantin lelaki.

Menurut sumber, Mohamad Sabu ditangkap di hadapan Masjid Negeri dan kini masih berada di sana untuk menunggu peguamnya, Asmuni Awi tiba.

Hal tersebut adalah disebabkan oleh pertikaian mengenai waran tangkap yang dikemukakan oleh pihak polis adalah salinan yakni bukan waran asal.

"Saya mungkin akan didakwa di bawah Akta Polis 1967 kerana perhimpunan sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily yang sempat menghubungi beliau di saat beliau sedang dikepung dan hampir ditangkap polis.

Besan beliau yang sedang menguruskan kenduri perkahwinan tersebut juga turun ke tempat kejadian bagi memberikan sokongan kepadanya.
Saya baru menghubungi beliau. Menurut Mohamad Sabu, beliau memberitahu polis, "kalau nak tangkap jugak, tembaklah dengan gas pemedih mata ka, apa ka, sampai tak boleh melawan. Selagi boleh melawan, saya tak akan menyerah diri".

Mungkin melalui perundingan peguamnya, Asmuni, pihak polis akhirnya bersetuju mengiringi Mohamad Sabu ke balai polis di Butterworth. Rumah beliau di kampung di kawasan Kepala Batas. Semalam kenduri pihakpengantin perempuan, anaknya, di sana. Hari ini, kenduri menyambut, di rumah pengantin lelaki di Ipoh. Kenduri di rumah Mohamad Sabu di Shah Alam dirancang akan diadakan 18 November ini. Tak tau lagi apa yang akan terjadi..

Kawan-kawan di Butterworth, Penang, Perak Utara, Kedah, Perlis dan kawasan-kawasan berdekatan, segera ramai-ramai ke sana! Ramai-ramai! Segera!

Berkaitan:
Cops outnumber People: 5 to 1 - Jeff Ooi
Mat Sabu arrested? - Sheih
Gambar-gambar penangkapan Mohd Sabu - Tranungkite
Mat Sabu ditahan - Gambar di IPD Jawi - Tranungkite
Mohd Sabu kini ditahan di IPK Seberang Prai Selatan - TMJ
Mohamad Sabu dikepung dan ditangkap polis; Tian Chua turut dicekup - Harakahdaily
Crackdown on Bersih: Mat Sabu, Tian Chua and 12 others nabbed - Malaysiakini
Naib Presiden Pas ditahan bantu siasatan perhimpunan Bersih - Utusan Malaysia

Other blogs updates (juga di sidebar)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

  1. Selamatkan Mat Sabu!

Post a Comment


Anda lelaki perkasa? Isteri segar menawan? Anak pintar cerdas? Klik di sini.
 

Jeritan dari Gaza

Hulurkan simpati

Photobucket

Bantuan anda diperlukan!

Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar. Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:

1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar,
RHB Islamic Bank
Nombor akaun: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar Azmi Kamal, Bank Islam
Nombor akaun: 08040020018015

Derma Kebangkitan Rakyat



Terima kasih di atas budi anda yang sudi mendermakan dana kepada Perakexpress untuk meneruskan perjuangan. Sumbangkan ke :-

Akaun Maybank : 158097625245
Mohd Afandi Ahmad (Mat Saman Kati)

Jumlahnya akan sentiasa diumumkan!

Arkib

Perpaduan


Presiden PAS (dua dari kanan) dalam
majlis perpaduan Islam di Iran

Forum Keadilan 15/3/09

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!


Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Sila klik!!

Video

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Boikot!!

Kawan-kawan

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008