Update 1/1/2008, 9.45 pm: Saya mengucapkan tahniah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek apabila berita Malaysiakini bertajuk Chua: I'm the one in sex video melaporkan beliau mengakui bahawa beliaulah si lelaki di dalam video seks itu.
Soal dia telah membuat salah, itu urusan beliau dengan keluarganya, partinya dan kerajaan Barisan Nasional. Urusan kita ialah apabila kita memangkah dalam kertas undi nanti.
Saya tidak berminat untuk menuntut beliau meletak jawatan. Jika beliau meletakkan jawatan sekalipun, ia hanya mengurangkan sedikit sahaja ciri-ciri penting kerajaan Barisan Nasional. Tak luak apa-apa pun.
Keberanian Chua untuk bertanggungjawab amat berbeza dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mencabar pembangkang supaya jangan bertanding dalam pilihan raya.
Abdul Rashid berkata:
‘Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh Pas.Chua tidak berbohong. Dia buat, dia mengaku. Bagi saya, itu sifat terpuji. Soal dia buat salah, biarlah dia tanggung akibatnya termasuk kemungkinan penolakan rakyat jika dia bertanding lagi dalam pilihan raya.
‘‘Begitu juga dengan pilihan raya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.
“Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?’’
Abdul Rashid pula pernah dianggap pembohong (liar) oleh Chua. Baca petikan berita Malaysiakini yang berikut:
Health Minister Dr Chua Soi Lek has reportedly called Election Commission's chief Abdul Rashid Abdul Rahman 'a liar' for claiming to know the date of the next general election.Saya tak menuduh, tetapi saya juga mempunyai perasaan bahawa Abdul Rashid adalah seorang pembohong. Pengerusi SPR itu pernah bercakap besar kononnya beliau bersedia melepaskan jawatan jika terbukti wujud penipuan.
Chua (left) stressed that the only Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi knows when the elections would be held.
“He (Rashid) is just looking for some exposure. You can write that. I stand by it,” said Chua, according to China Press.
Terbukti beliau pembohong apabila beliau enggan meletak jawatan walaupun dibuktikan bahawa SPR bukan sahaja terbabit dalam penipuan, malah melanggar undang-undang pilihan raya. Apabila dibuktikan, beliau bukan sahaja enggan meletak jawatan, malah menghina mahkamah pula.
Sebab itulah, dan lantaklah apa orang hendak kata, Chua jauh lebih mulia dari Abdul Rashid!
**************
Posting asal
Ketika minum petang tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub membayangkan kemungkinan DVD aksi seks seorang pemimpin kanan MCA mempunyai kaitan dengan perebutan kuasa di dalam parti itu.Posting asal
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin perbuatan merakamkan video itu sudah lama dirancang kerana ia dilakukan dengan begitu menyeluruh.
"Bayangkan, rakaman bahagian B dalam DVD itu (gambar di sini) menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru daripada kamera CCTV. Ia membuktikan satu perbuatan terancang dan kepentingan politik dalam tertentu dalam perbuatan itu tidak boleh ditolak sama sekali," katanya.
Salahuddin tidak menolak kemungkinan perbuatan pemimpin politik berkenaan sudah lama dijejaki oleh musuh-musuh politiknya.
"Kalau tidak, tentulah tidak dipasang kamera CCTV dari empat penjuru," katanya.
Mengukuhkan lagi kemungkinan bahawa perbuatan itu dirancang oleh musuh-musuh politik pemimpin berkenaan ialah berlakunya penyebaran secara percuma DVD itu. Menurut Malaysiakini, skandal itu mula diketahui umum Sabtu lalu apabila DVD tersebut diletakkan di beberapa lorong di Muar oleh pihak yang tidak dikenali untuk dikutip oleh orang ramai. Malah, sebahagiannya diedarkan kepada beberapa kedai di bandar itu.
Berita Malaysiakini itu menyiarkan gambar berikut:

Laman web berita itu seterusnya melaporkan, DVD tersebut kemudiannya diedarkan di Batu Pahat dan Seremban. Utusan Malaysia pula melaporkan penyebaran video itu bermula di Muar dan Tangkak sejak Sabtu lalu.
Salahuddin juga tidak menolak perbuatan terancang itu dilakukan oleh kumpulan penjenayah kerana perbuatan itu mirip perbuatan kumpulan jenayah untuk melakukan peras ugut. "Bezanya kali ini ia tidak digunakan untuk memeras ugut tetapi untuk menjatuhkan musuh politik seseorang," katanya.
Jika DVD tersebut benar-benar disebarkan oleh kumpulan kongsi gelap, katanya, ia membangkitkan semula tanda tanya tentang apa yang dituduh sebagai hubungan seorang pemimpin kanan MCA dengan ketua kumpulan penjenayah.
"Nampaknya perebutan kuasa dalam Barisan Nasional tidak terhad kepada tindakan membuka hal rumah tangga sendiri seperti yang dilakukan (Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri) Radzi (Sheikh Ahmad) yang secara terang-terangan menyatakan Menteri Besar Perlis perlu ditukar.
"Malah, sudah melarat kepada pendedahan skandal sesama sendiri. Jangan terperanjat kalau selepas ini lebih banyak skandal akan didedahkan.
"Kalau (Menteri Besar Perlis, Datuk Seri) Shahidan (Kassim) bertindak balas, tidak ada jaminan pemimpin MCA tersebut tidak akan bertindak balas apabila terdedah apa yang didakwa sebagai perbuatan merogol dan memeras ugut yang dilakukannya," kata beliau.
Apa yang berlaku itu, kata Salahuddin lagi, semakin membenarkan telahan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa Barisan Nasional akan menghadapi masalah di kawasan-kawasan panas iaitu Penang, Selangor and Kedah. Sebahagian besar dari kawasan panas yang disebutkan oleh Daim itu, katanya lagi, merupakan kawasan majoriti pengundi bukan Melayu.
Sebenarnya, bukan Salahuddin seorang sahaja yang meneka kemungkinan wujudnya teori konspirasi dalam penyebaran DVD aksi seks itu. Dalam posting bertajuk "Healthy Sex Life," blogger Aisehman bertanya, "Saya tertanya-tanya, siapakah yang menghunuskan pisau untuk (menikam) 'pemimpin politik nasional' ini?"
Sebenarnya, sebelum Salahuddin memberitahu saya, misteri siapakah pemimpin MCA yang dimaksudkan itu bagaikan terbayang apabila membaca posting Jeff Ooi bertajuk "Minister of Health". Dia tidak menyatakan apa-apa pun mengenai DVD aksi seks, sama seperti postingnya bertajuk "Razak Baginda".
Kali pertama posting bertajuk "Razak Baginda" itu tersiar, ia hanya ditulis "Are you okay?" sahaja. Tetapi, sudah boleh diagak bahawa Razak mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, walaupun tidak ramai lagi yang tahu ketika itu.
Dalam mencari-cari, terjumpa pula posting dengan tajuk bersifat tuduhan, "Chua Soi Lek sex scandal. Karma's a bitch" (hukum karmanya ialah seorang pelacur). Nanti dulu, jangan terburu-buru dan menuduh tanpa bukti, belum tentu lagi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terlibat.
Cari punya cari lagi, rupa-rupanya Roslan SMS (sudah beberapa kali dia lebih cepat dari yang lain) juga menulis mengenai DVD aksi seks itu dalam posting bertajuk "Menteri Kabinet Dollah pelakon video lucah?"
Beliau menyiarkan gambar berikut:
Sebelah petangnya pula, terjumpa posting blogger What A Lulu bertajuk "Lulu Doesnt Know Who The "Pemimpin Politik" Is, But He Must Be Satisfied With The Service". Beliau kelihatan cuba membayangkan sesuatu apabila menyiarkan petikan berita berikut:
If they are not satisfied with our service, then why come to our hospital? They came on Nov 26. According to logic, if you don't have confidence in our doctors, then why come?Kata-kata yang dipetik What A Lulu itu ialah kata-kata Chua yang tersiar dalam berita NST bertajuk 'Medical mistakes inevitable'.
Seorang lagi blogger, Sean Tang pula cuba membuat tekaan dalam postingnya bertajuk "Who is the MCA Sex Minister?"
Dari pencariannya, didapati hanya dua orang pemimpin kanan MCA yang menjadi menteri dan Ahli Parlimen di Johor iaitu iaitu Presiden MCA yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting (Tanjung Piai) dan Chua (Labis). Chua juga, menurut pencarian Sean, adalah Pengerusi Perhubungan MCA Johor.
Sean membuat pencariannya berdasarkan laporan Malaysiakini yang menyebutkan "seorang pemimpin nasional dari negeri itu" (Johor) dan laporan NST yang menyebutkan "seorang menteri" dan "ahli politik kanan MCA dari Johor".
Berkaitan
"DVD seks libatkan ahli politik MCA Johor"(Cik Gu Al-Husseyn)
Beberapa pandangan (di dalam Malaysia Today)
Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!






















Cantik? Klik 

Berita yang terbaru, CCMCA mengadakan mesyuarat tergemparjam 2.30 petang tadi.Bincang kenyataan akhbar Chua Soi Lek kepada the Star.Keputusan:
1. Chua perlu letak jawatan daripada kabinet, agr tidak membebankan tanggungjawab PM dalam menangani isu video sex ini. Eh, tape ini ada di jual di tepi jalan dan pasar malam. betul ke?
2. CCMCA akan menentukan nasib Chua dalam parti kemudian selepas PM memberi keputusan.
Rumusan ini tepat, dulu MIC kena pun di keluarkan oleh PM, sungguhpun Samy Velu bantah cos anak buah nya. Masih ingat ke?
UMNO pula banyak sex sekandal, tetapi jika sorok-sorok ok kut! Hanya Pak Rahim kurang nasib lah dan di kenakan publisiti yang bergelombang sehingga dibuang negeri, dari Melaka ke KL! Gerakan pun ada tapi kes ditutup dengan.........?
Nampak nya kerja banyak untuk memantau penyiaran video2 ini, tak perlu Royal Commission, jika perkara yang tidak bermoral dan memalukan bangsa dan negara.Jika berlaku di lain negara, Menteri2 yang seperti ini dah lama letak jawatan lah tak payah menyusahkan PM!
ha..ha..Malaysia dah jadi America. Chua sama dengan Clinton. C=C :D.
penin pala la pak lah kita
Chua Soi Lek patut disingkirkan.
Perbuatan ini bukan contoh yang baik untuk rakyat.Di luar negeri,ramai menteri akan terus letak jawatan jika melakukan perbuatan yang salah dan memalukan.
pak lah pecat dia..kalau tak pak lah jantan pengecut..
Memang patut pun Si Chua tu letak jawatan. Buat malu rakyat Malaysia saja. Mungkin dia beranggapan buat sex "konkek" dengan orang muda itu perlu untuk kesihatan dan Menteri Kesihatan. Takpe..lepas ni Kementerian Kesihatan boleh buat kempen SEX secara lebih kerap. Memang kena dah tuu.
Dr. Chua perlu letak jawatan. Kalau dia tak letak jawatan, atau PM kata tak perlu letak jawatan maka jawapannya, BN telah membenarkan perlakuan tersebut.....maka ramai la menteri-menteri yang lain (sekarang pun mungkin ada tapi tak terkeluar lagi kut)ikut serta macam Chua.
Apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang BN banyak skandal, apa nak jadi.....
Chua jadi umpan politik pulak kali ni. Jangan2 in kerja musuh dalam selimut. Lebih-lebih lagi keadaan sekarang yg pilihan raya dah nak dekat. Cuba fikir, cctv yang diletak sangat strategik. Ni saja nak jatuhkan maruah Chua. Semua menteri ada perempuan kat luar. Apa pasal Najid ada skandal dengan Atatunya tu tak dihebuh-hebuhkan. kalau orang umno buat salah nak cover cover pulak.
umno ministers also main main kat luar. isteri semua tahu but buat tak tahu aje. as long as they bring home berjuta-juta $ they dont care la. YOu go out and F women, we take ur money also can get toyboys.
Ini video mungkin angkara Triad yang lama RPK telah mengatakan bhw control Msia dan menteri2. Pompuan ini hadiah utk CSL dan dia mungkin sudah masuk perangkap. Kalau tidak tahu mengikut arahan inilah balasannya.
Inilah pengajaran kpd semua menteri lain yg pernah bermain-main kat luar supaya jgn sekali-sekala mencabar penjahat2 ini. Bila mereka kata "watch out" mereka patut menggelabar. MUngkin CSL tidak tahu akan video ini dan tidak endhakan amaran dr pihak ini.
Sekarang, triad ini pun boleh tunjuk kpd yg lain supaya jgn main2 lagi.
saya boleh katakan Dr chua soi lek...adalah seorang yang berani buat, berani (mengaku salah) tanggung jawab terhadap perbuatan nya sendiri...tanya diri sendiri...ada berapa orang atau pemimpin yg berani seperti dia.setelah menghadapi masalah ini dan meletak jawatan terus dalam masa yg amat singkat ini...
kalau kes ini bukan kenal dgn Dr chua...kenal orang lain ,saya percaya orang lain tidak berani semacam Dr chua mengambil keputusan yg sewajarnya dalam masa yg singkat ini..iaitu meletakan jawatan demi menjaga nama baik dan harmoni negara malaysia dan keputusan rakyat msia terhadap dia.
sebab dia tak boleh tunggu keputusan dr PM...sebab kalau PM say "NO" Dr chua tak patut resign,kes ini kenal siasat dulu!...apa lagi reksi rakyat terhadap PM..ini juga akan mmyebabkan pihak parti pembangkang mengambil peluang memburukan BN dan PM...betul tak??
lebih baik dia letak jawatan sendiri...demi kebaikan semua pihak..ini adalah satu pengorbanan peribadi demi keharmonian negara. patut diberi penghormatan.
kalau nak tengok kes ahli parlimen labuan yg menpunyai dua kad pengenalan, IC lama dah kenal black list dan bankrap,buat IC baru menipu rakyat menjadi ahli parlimen(sampai hari pun masih belum selesai dan belum lagi letak jawatan) (mana dia berani bersuara dan letak jawatan) http://labuan.page.tl
make more money when u free at
http://online-money.page.tl
free watch magic movie at
http://wedding-magician.blogspot.com