Adakah BK Tan raja di Malaysia?

Pendedahan Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya yang bertajuk "The unholy trinity" amat menggerunkan. Tidak mudah untuk membakulsampahkan tulisan Raja Petra. Beliau malah pernah mengemukakan cabaran dalam tulisan bertajuk "A challenge to investigate Malaysia Today".

Sebelum ini, dalam artikel bertajuk "All that crap", Raja Petra mendedahkan perkembangan terbaru yang berlaku senyap-senyap:
Pada 10 Disember lalu, Peguam Negara menulis surat kepada Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom meminta beliau membebaskan Goh Cheng Poh a.k.a ‘Tengku’ Goh dari tahanan daerah. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Tengku Goh ialah orang nombor dua kepada BK Tan, kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga menguasai sistem maklumat berkomputer polis.
Dari apa yang diceritakan oleh Raja Petra, sebahagian besarnya bermula dengan perseteruan antara Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Puncanya, kata beliau, kerana Musa menghapuskan kongsi gelap atau sindiket jenayah yang, menurut beliau, bersekutu dengan Johari. Tidak ada jawapan pasti kepada persoalan adakah Musa melakukan tindakan itu untuk memastikan tidak ada pesaing lagi yang mengganggu sindiket jenayah tertentu?

Apa yang cuba digambarkan sebagai persekongkolan Johari dengan sindiket jenayah tertentu tidak diketahui oleh sesiapa pun sehinggalah sebuah laman web penuh misteri tiba-tiba-tiba muncul mendedahkan Johari membebaskan tiga orang yang ditahan di bawah Ordinan Darurat. Johari dituduh menerima rasuah RM5.5 juta untuk membebaskan tahanan-tahanan itu.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) terus melancarkan siasatan. Johari di ambang kehancuran.

Johari tidak berdiam diri. Beliau bertindak balas. Menurut Raja Petra, eliau mengancam akan mendedahkan tindakan Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan mensabotaj bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moahamad dalam pemilihan perwakilan Umno Kubang Pasu tahun lalu.

Tindakan Majlis Tertinggi itu merupakan pencabulan perlembagaan Umno. Jika perkara itu didedahkan, kesemua ahli Majlis Tertinggi mesti meletakkan jawatan, termasuk Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sila baca Dolahgate).

Akhirnya, kata Raja Petra lagi, persetujuan dibuat. BPR lalu mengumumkan tidak ada kes ke atas Johari. Sebagai balasannya, Johari tidak akan membuka mulut mengenai peranannya dalam mensabotaj Dr Mahathir seperti yang diputuskan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu.

Selepas itu, Johari cuba memusnahkan Musa. Menurut Raja Petra, beliau marah apabila mendapat tahu orang di belakang laman web itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee. Wan dikenali sebagai "running dog" Musa. Beliau mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof untuk mengambil tindakan ke atas Goh Cheng Poh atau 'Tengku' Goh.

Bukan setakat itu, siasatan juga dimulakan ke atas ketua 'Tengku' Goh, iaitu BK Tan. Dalam akuan berkanun ASP Mior Fahim Ahmad, BK Tan disebutkan oleh beliau sebagai "mempunyai perhubungan yang amat baik dengan Tan Sri KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK Tan"

Bagaimanapun, Johari terpaksa mengalah kerana Musa tidak bersendirian. Peguam Negara dan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama-samanya.

Tetapi, sebagai ahli politik, Johari bijak. Beliau cepat-cepat mencapai kata sepakat dan membiarkan begitu sahaja pegawai-pegawai polis yang sebelum ini digunakannya untuk menyaiasat Tan dan Goh, kata Raja Petra. Hampir kesemuanya kini menghadapi tindakan BPR.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar pernah mendesak Perdana Menteri menyiasat dan mengambil tindakan terhadap apa yang didakwa sebagai pakatan Ketua Polis Negara, BPR dan Peguam Negara .

"Jika Perdana Menteri benar-benar tidak tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu, amat malanglah negara ini mempunyai Perdana Menteri seperti itu sedangkan ketiga-tiganya berada di bawah bidang kuasa Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri," katanya.

Adakah Perdana Menteri tidak tahu? Jika tahu, mengapa Perdana Menteri tidak bertindak? Menurut Raja Petra, tangan Perdana Menteri terikat.

Perdana Menteri, kata Raja Petra, sebelum ini mengarahkan KPN menahan rakan kongsi anaknya, BSA Tahir ditahan di bawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Penahanan di bawah Seksyen 8, sama seperti yang ditetapkan ke atas lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) baru-baru ini, tidak memerlukan orang yang ditahan menjalani soal-siasat polis selama 60 hari, seperti yang diharungi oleh mereka yang ditahan di bawah Seksyen 73 ISA. Penahanan di bawah Seksyen 8 adalah di bawah bidang kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri, jawatan yang dipegang Perdana Menteri sendiri.

Jika Tahir disiasat polis, menurut editor Malaysia Today itu, akan terdedahlah siapa lagi yang terlibat dalam tindakan Scomi mengeksport komponen nuklear ke Libya. Perkara itu amat berbahaya kerana Scomi adalah syarikat milik Kamaluddin, anak Perdana Menteri. Jika siasatan membuktikan Kamaluddin tahu tindakan Tahir menggunakan Scomi untuk mengeksport komponen nuklear ke Libya, kepala Kamaluddin terpaksa diserahkan kepada Amerika Syarikat.

Persoalan yang lebih penting ialah di manakah Tahir sekarang? Adakah beliau berada di Kem Tahanan Kamunting? Jika tidak, di mana?

Raja Petra mendakwa, Tahir tidak ditahan. Beliau kini menikmati perlindungan untuk memastikan beliau tidak dapat disentuh oleh Cawangan Khas dan CIA.

Perdana Menteri, kata Raja Petra, sebenarnya tidak berkuasa penuh. Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR mempunyai "unholy trinity" mereka (menurut Answers.com, "unholy trinity" sering dirujuk kepada tiga entiti yang disifatkan jahat). Mereka akan berkhidmat kepada Abdullah, kata Raja Petra, selagi Abdullah tidak mengancam kepentingan mereka.

Skandal mensabotaj Dr Mahathir, skandal pengeksportan komponen nuklear ke Libya oleh Scomi dan skandal Oil-for-Food sudah cukup untuk menyahkan Abdullah. Tetapi semua itu akan hanya berlaku jika Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR memutuskan untuk menyiasat beliau. Dan kelihatanya kini, seperti diungkapkan dalam tulisan Raj Petra, "tidak ada keslah".

Dari apa yang ditulis oleh Raja Petra itu, timbul persoalan yang lebih besar - siapakah yang berkuasa ke atas negara ini? Tulisan itu bagai menggambarkan Perdana Menteri dikuasai "unholy trinity". "Unholy trinity" pula kelihatan dikuasai oleh BK Tan. Seperti yang diketahui umum, polis sering dituduh "polis raja di Malaysia" dan bukannya "Polis Diraja Malaysia".

Jika benar BK Tan menguasai Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR, adakah dia menjadi "raja di Malaysia"? Adakah dia pemerintah sebenar negara ini yang menguasai Umno, Barisan Nasional dan pentadbiran Abdullah?

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.
ImageChef Custom Images

  1. Uik.. Cina BK Tan pulak plus AG, KPN. Hari tu ckp KJ, Kamaluddin dan Kalimullah. Ni mana satu ni?

  2. Apa pendapat Pakcik pasal klip video Lingam yang menunjukkan nama2 seperti Tun Mahathir, Tun Fairuz, Tun Eusoff Chin dan beberapa nama lagi boleh kawal perlantikan hakim negara? Tak namanya tu kawal Malaysia jugak ke?
    Nampaknya Pakcik tak pernah nak ulas benda ni. Naper ye?

  3. Ntah.. mana satu ni? cakap betul2.

  4. Tak pah-lah demi mempertahankan UMNO Toyolkah,setankah apa punya hantu jaga Malaysia apa orang Melayu kira asal dapat subsidi cukup!!
    'Tak akan Melayu hilang didunia jadi Melayu hilang didunia ..ok..asal subsidi tak hilang dari Melayu sudah!!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Forum Keadilan 15/3/09

Arkib

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008