Terbabit dalam penipuan, langgar undang-undang pilihan raya: Berhentilah Rashid!

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kata, dia sedia lepas jawatan jika terbukti wujud penipuan. Tak payah cakaplah fasal lepas jawatan, memang nak berhenti pun. Harap ihsan Perdana Menteri sahaja kalau nak sambung pun. Dahulu, ada cerita kawan-kawan di dalam Umno yang mendakwa Abdul Rashid mendapat ihsan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui SPR selepas percubaan nasib dalam Lagenda Group tidak menghasilkan apa yang diharapkan.

Bila berhenti nanti, berhenti dengan imej pembohong yang diberikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Hampir semua pembesar Umno dan Barisan Nasional naik angin kepada Abdul Rashid.

Pembangkang memang sudah lama menganggap Abdul Rashid pembohong dan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional. Kini pembesar Barisan Nasional pula yang bubuh cop pembohong di dahi Abdul Rashid. Adakah ini yang dikatakan berhenti dalam keadaan yang hina seperti anjing kurap kepala buruk?

Kalau tak kenangkan anak saudara dia kawan baik saya, macam-macam nak kata (lepas Himpunan Aman Bersih pun minum teh tarik dengan anak saudara Abdul Rashid di Restoran Thaqwa dekat Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar).

Tan Sri, nak letak jawatan kalau mahkamah putuskan SPR tipu?

Bagaimana dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang membatalkan keputusan pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas? Adakah SPR tidak terlibat, bersih dan suci dari menipu dalam daftar pemilih?

Apabila SPR enggan mengeluarkan nama pengundi hantu daripada daftar pemilih Likas walaupun bantahan telah dibuat pada satu siasatan umum sebelum pilihan raya berkenaan, kalau bukan terbabit dalam penipuan, apa lagi istilahnya, Tan Sri?

SPR bukan sahaja dilihat terbabit dalam penipuan seperti yang berlaku dalam daftar pemilih Likas, malah melanggar undang-undang pilihan raya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menceritakan, di Selangor meskipun petisyen ditolak oleh mahkamah namun segala tuduhan PAS bahawa SPR dan Umno melanggar undang-undang diterima oleh mahkamah.

Bagaimanapun, untuk tidak membatalkan keputusan pilihan raya di Selangor 2004 lalu, mahkamah menyatakan di dalam undang-undang pilihanraya di negara ini tidak mencukupi jika pempetisyen hanya dapat membuktikan bahawa terdapat pelanggaran undang-undang, pempetisyen juga mesti membuktikan bahawa pelanggaran undang-undang itu mestilah menjejaskan keputusan pilihanraya.

Ketika berhujah di mahkamah semasa pendengaran petisyen pilihanraya DUN Bangi, Peguam Negara berhujah antara lain bahawa Umno menang besar dalam pilihanraya tersebut dan pelanggaran undang-undang tersebut meskipun berlaku tidak menjejaskan keputusan pilihanraya kerana Umno menang dengan majoriti yang besar.

SPR juga tidak menyekat pembohongan Umno. Tidakkah itu terbabit dalam penipuan namanya?

Ketika menjawab hujah Peguam Negara dalam kes yang sama, Mohamed Hanipa berkata: "Yang Arif! Umno menang besar sebab mereka pembohong besar!!! Di Bangi calon Umno, Amran Kasimin sanggup berbohong menggunakan gelaran Profesor di dalam poster calon meskipun beliau tidak pernah menerima gelaran tersebut oleh mana-mana universiti".

SPR bukan sahaja dilihat terlibat dalam penipuan di Likas, malah mahkamah dan Peguam Negara sendiri mengakui SPR melanggar undang-undang piliha raya. Tunggu apa lagi, Tan Sri?

Bukankah Tan Sri pernah memberi amaran kepada Mohamed Hanipa: "Saya pun gedebe jugak!"

Kalau betul Tan Sri gedebe, seperti herdikan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam pertemuan PAS dengan SPR baru-baru ini: "Berhenti la ni!"

Berkaitan:
Missing Ijok ballots: EC’s explanation weak

Other blogs updates
Scroll down to the bottom for the latest international news video!

  1. salam bang bakaq

    dia dok kata...Paklah kalau call dia tanya dah minum ke belum...takda k kerja ain ker...lawak betul

Post a Comment


Anda lelaki perkasa? Isteri segar menawan? Anak pintar cerdas? Klik di sini.
 

Jeritan dari Gaza

Hulurkan simpati

Photobucket

Bantuan anda diperlukan!

Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar. Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:

1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar,
RHB Islamic Bank
Nombor akaun: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar Azmi Kamal, Bank Islam
Nombor akaun: 08040020018015

Derma Kebangkitan Rakyat



Terima kasih di atas budi anda yang sudi mendermakan dana kepada Perakexpress untuk meneruskan perjuangan. Sumbangkan ke :-

Akaun Maybank : 158097625245
Mohd Afandi Ahmad (Mat Saman Kati)

Jumlahnya akan sentiasa diumumkan!

Arkib

Perpaduan


Presiden PAS (dua dari kanan) dalam
majlis perpaduan Islam di Iran

Forum Keadilan 15/3/09

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!


Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Sila klik!!

Video

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Boikot!!

Kawan-kawan

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008