Blogger Anuar Mohd Noor mendakwa Hindraf menuntut supaya digugurkan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Walaupun saya tidak megah sedikit pun dengan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu yang didakwa telah banyak dikhianati, dirogol dan diliwat oleh kerajaan yang berkuasa, tetapi jika benar dakwaan Anuar itu, mudah-mudahan ia tidak mencetuskan api yang lebih besar.
Saya bimbang Khairy Jamaluddin dan Pemuda Umnonya akan semakin ketagih untuk menjadi hero Melayu tak tentu fasal.
Saya tidak berminat untuk mempersoalkan sama ada Anuar ikhlas atau tidak. Oleh kerana sejak kebelakangan ini Anuar sering dikaitkan dengan Khairy, saya harap pendedahannya ikhlas. Bukan satu muqaddimah untuk melepaskan binatang yang buas.
Dengan modal lapuk dan klise untuk mempertahankan kepentingan Melayu yang sering didakwa telah jenuh dikhianati, dirogol dan diliwat oleh Umno, saya juga bimbang perhimpunan Hindraf itu juga akan menjadi modal besar Umno dalam pilihan raya akan datang untuk mengajak mereka yang mudah ditipu dan diperbodohkan supaya memberi mandat yang lebih besar kepada kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kononnya hak Melayu sedang diancam dan Umnolah penyelamatnya.
Media massa akan digunakan habis-habisan untuk mencanakkan imej Umno sebagai pejuang kepentingan Melayu. Hak-hak orang Melayu akan dibising-bisingkan sedang diancam dengan tuntutan supaya dihapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Umnolah pembela utamanya.
Saya tidak peduli apa pandangan orang-orang bukan Melayu. Negara ini negara demokrasi. Mereka berhak melakukan apa sahaja yang dijamin oleh perlembagaan negara ini termasuk menyuarakan pandangan mereka mengenai apa yang mereka sangka sebagai hak-hak keistimewaan Melayu.
Tetapi saya mahu orang-orang Melayu tahu bahawa apa yang disebut sebagai hak-hak keistimewaan Melayui itu kini bagaikan sundal tua yang hampir hancur dilacurkan. Memang, Umno bukan sahaja sering didakwa mengkhianati, merogol dan meliwat hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu, malah sering didakwa dengan penuh rakus menyundalkan hak-hak yang hampir kesemuanya menjadi sejarah itu.
Tak perlu terlalu banyak contoh. Bacalah pendedahan Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris). Menurut ProWaris, "Akta IRDA 664 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan raja dan negara".
Lebih dari itu, seperti yang didedahkan oleh blogger Tun Telanai, pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti begitu berleluasa. Di Kuala Lumpur, daripada 1067.5 hektar keluasanan sebelumnya pupus kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, hanya tinggal 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar. Tanah rezab Melayu di Pulau Pinang, kesemuanya 67,410 ekar pada tahun 1975 atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan telah menurun menjadi 31,815 ekar pada tahun 1985.
Menurut Tun Telanai lagi, Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan. Dua perkara besar menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin. Pertama, kerajaan mempunyai kuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-mana mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing.
Sebelum akta tersebut dipinda, kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengambil tanah-tanah tersebut kecuali untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.
Semua itu berlaku di bawah kerajaan yang dikepalai Umno. Umno boleh mendakwa ia tidak terlibat dengan pemusnahan hak milik orang-orang Melayu ke atas tanah-tanah rezab itu. Tetapi, sebagai parti yang mendakwa mempertahankan hak orang-orang Melayu, apa yang Umno buat untuk menghalang pengambilan tanah-tanah rezab Melayu itu?
Saya ulangi lagi, saya tidak megah dengan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu. Tetapi, mengambilkira apa yang berlaku di Palestin, saya amat sensitif dengan tanah rezab Melayu. Adakah Umno tidak terlibat mengkhianati, merogol, meliwat malah menyundalkan hak-hak yang hampir kesemuanya telah menjadi sejarah itu?
Saya masih boleh menerima jika orang-orang Umno generasi pertama menggelar diri mereka sebagai pejuang hak-hak Melayu walaupun kerana hak-hak Melayu itulah Allahyarham Tan Sri Asri Haji Muda dan Pas ketika itu berperang sakan dengan Umno. Mungkin juga ada sisa-sisa pejuang Melayu di dalam Umno, tetapi mereka tidak akan merasa menjadi pemimpin malah akan pupus dua tiga hari lagi.
Kalau yang melalak dalam perhimpunan-perhimpunan Umno itu, sehalus habuk pun saya tidak percaya mereka pejuang kepentingan Melayu. Suka hati hang nak junjung keris berapa kali pun walaupun sehingga tangan hang berbau keris dan keris juga busuk dengan bau tangan hang.
Orang-orang Melayu, sedarlah! Orang-orang bukan Melayu menjerit-pekik membantah hak-hak keistimewaan Melayu. Apa hak istimewa yang kita ada? Yang ada hanya hak-hak keitimewaan Umno. Itu pun tidak termasuk Umno yang menyokong bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berkaitan:
Why I didn't walk yesterday?
Bolehkah Melayu saman British sebab bawa masuk India dan Cina?

Other blogs updates (juga di sidebar)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Scroll down to the bottom for the latest international news video!
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Scroll down to the bottom for the latest international news video!

Cantik? Klik 

berita tv3 semalam, selepas ulasan tentang hindraf, dan dan ada berita apa ntah, petani cemerlang dari kaum india di malaysia!
terus tutup TV. makan malam.
rasa bodoh saja!
Salam Pak Bakaq,
Cerita pasal Hindraf ganas & polis cedera depa hebah-hebahkan sebesar-besarnya.....apa pasai kes kat Batu buruk hari tu sunyi sepi...malah muka orang wam yang cedera tak masuk akhbar pun...awat la jadi lagu tu Pak Bakaq. Saya tak menyokong Hindraf...saya benci sangat tengok hak-hak orang Melayu dilacurkan oleh bangsa saya sendiri...
Hindraf tidak sesama sekali menuntut hak Melayu digugur. yang di-tuntut ialah keadilan dan kesaksamaan bagi orang-orang India yang juga rakyat Malaysia.ada-ka ini salah? Hindraf berjuang supaya kemewahan negara malaysia dibahagikan secara adil.saperti orang-orang melayu dan cina miskin yang harus ditolong, begitu juga kaum India. Permintaan ini wajar dan demi kepentingan negara malaysia kita yang dicintai.
Pelik tapi benar, inilah yang dikatakan salah seorang Melayu yang terpesong dari menghargai hak dan keistimewaannya sebagai Melayu. Melayu yang tak mengaku yang dia berada dibumi Malaysia iaitu asal bumi orang Melayu. Jika benar diri dah tak rasa bangga sebagai orang Melayu maka lebih baiklah keluar sahaja dari tanah Melayu ini dari terus menyemakkan keadaan. Konon nak tunjuk yang diri dah terlampau bagus atau kebaratan hingga dah tak mahu mempunyai hak istimewa sebagai Melayu di bumi bertuah ini. Nak buat tulisan pun biarlah berfikir dahulu, jangan nak jadi pak turut bagi golongan yang hanya bernamakan Melayu tetapi otak celaru.
Tanpa Hindraf, UMNO tetap bangun memartabatkan negara. UMNO akan terus berjuang memartabatkan bangsa Melayu, biarpun ada daripadanya merupakan makhluk jijik yang bertopengkan Melayu tetapi sebenarnya saling tak tumpah goblok. Kerajaan akan terus membantu rakyatnya tetapi jika rakyatnya sendiri yang sentiasa alpa dek kebodohan mereka sendiri, maka adakah kesalahan ini turut diletakkan ke atas salah kerajaan? Fikirkanlah jawapannya.
Tapi bagaimana pula golongan Melayu sendiri disundalkan, dihina dan dikhianati oleh golongan Melayu hina seperti ini, dimana letakknya mertabat kita sebagai orang Melayu. Bukankah adalah lebih elok bagi mereka yang sesat dan khafir Melayu ini direjam dan dipenggal kepalanya supaya terus mati daripada terus menaburkan fitnah syaitan untut menyesatkan kembali golongan Melayu? Lebih elok golongan penderhaka ini dinyahkan terus dari bumi sambil dagingnya disiat-siat sebagai arca yang menunjukkan bahawa golongan ini teramat jijik untuk dilabelkan sebagai golongan Melayu Malaysia. Adalah lebih molek jika golongan yang mengaku mereka monyet pro-kerajaan yang bodoh sombong ini dilucutkan terus kerakyatannya kerana terang-terang menolak hak-hak keistimewaan dan juga merupakan bangsa Melayu.
Bagaimana pula dengan hak-hak kerajaan yang telah diguna-pakai. Berleluasanya pengambilan haram tanah-tanah kerajaan oleh golongan yang tidak mengakui kesalahan mereka. Tanah-tanah milik kerajaan ini telah disalah-guna hingga berleluasa pelbagai pembangunan haram di atasnya. Akhirnya apabila pembangunan telah dirangka oleh kerajaan tetapi tanah-tanah kerajaan telah dicerobohi, kerajaan juga yang terpaksa menanggung pampas an untuk membayar segala kerugian yang mereka alami akibat kesalahan mereka sendiri. Adalah ini patut? Satu soalan yang senang untuk dijawab jika kerajaan ini adalah kerjaan yang tidak mempunyai unsur kemanusiaan. Tetapi kerajaan tetap membantu meringankan beban mereka ini. Jadi apakah dengan pengambilan tanah rizab oleh kerajaan boleh dilabelkan sebagai merompak? Bukankah bodoh bunyinya tu! Pengambilan tanah oleh kerajaan dan dikembalikan oleh kerjaan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan moden daripada dibiarkan terus oleh kerajaan yang akhirnya akan menggalakkan pembangunan haram. Janganlah pada masa itu baru nak menagih jasa kerajaan untuk melupuskan pembangunan haram ini dek terpaksa berdepan dengan pergaduhan besar semata-mata untuk merebut tanah tersebut. UMNO ditubuhkan untuk membantu memartabatkan bangsa Melayu, tetapi kiranya bangsa Melayu itu sendiri tidak tahu untuk memartabatkan diri mereka, pikirkanlah bagaimana mencabarnya UMNO untuk menyedarkan mereka.
Jadi jika benar anda tidak memerlukan keistimewaan yang diberikan, adalah lebih baik kiranya anda lupakan terus untuk menerima sebarang bentuk kemewahan yang telah diberikan kepada anda sebelum ini. Dedahkanlah identiti diri anda agar semua orang Melayu tahu yang anda adalah bukan dari kalangan bangsa Melayu yang ingin menolak hak-hak istimewa orang-orang Melayu, itupun jika anda berani dengan kenyataan anda sendiri. Biasalah kadang-kala cakap orang ni tak serupa bikin, lain yang dicakap, nak dibuat terkemut-kemut. Bila orang bodoh nak mogok mulalah dia yang bengap pun nak ikut mogok, bila orang bodoh nak tunjuk perasaan mulalah dia yang dungu nak tunjuk perasaan, bila orang bodoh nak komen dalam blogs, mulalah dia yang baru nak mengeja nak buat komen merapu. Kalau betul dan bernas tu takpe, ni cerita macam anak-anak kecil belajar ‘ABC’ dengan yang tersirat dan tersirat tonggang-langgang, melalut sepanjang cerita.
Komen dan melalaklah kau dalam blog ini untuk menagih kasih simpati dan mencari kaum sejenis yang boleh sama-sama melalut sampai mati, sekecil zarah takkan ada siapa yang akan ambil peduli. Konon nak memperjuangkan kepentingan Melayu tapi diri sendiri tak berubah, diri sendiri tak ada kepentingan dalam masyarakat Melayu dan diri sendiri tak ada orang Melayu yang nak mengaku yang hang tu Melayu. Suka hati hang nak tulis nak tunjuk yang hang tu bagus dok ada, nak kata hang tu boleh jadi pembela, buat penulisan berapi-rapi supaya kaum sejenis hang boleh sokong nanti. Sampai beruban kepala, sampai ke-tua ( itupun kalau boleh hidup lama), sampai bau busuk badan dan tangan menulis, sedikit pun bangsa Melayu Sejati akan terus kekal membela bangsanya sendiri.
Bagi hang yang dah murtad dari jadi golongan Melayu memang elok sangatlah sokong bangsa lain sebab diri hang memang dah tak ada keistimewaan apa-apa. Cuma yang ada pun hati busuk berbau bangkai dan berulat. Kalau hidup hang semata-mata kepingin untuk mendapat hak-hak istimewa sahaja tanpa mahu berkorban untuk agama, bangsa dan negara maka nasihat kami Bangsa Melayu Sejati – “ Pengkhianat Bangsa – Pergi Mampos”
anuar mohd noor telah menjadi kawan baik kepada khairy (son in law kepada perdana menteri kita). dia pernah jumpa Norza Zakaria dan Khairy Jamaluddin dan tertarik dengan penanpilan dan idea mereka. dia telah di beli oleh mereka tetapi bukan dengan duit tapi dengan presentation mereka .
saya percaya yang satu hari nanti, hak melayu ni suma akan hilang jugak, sebab pemimpin2 yang tah apapa yang merosakkannya dan orang-orang yg mmg tak puas ati lantaran hilang dari perlembagaan itu sendiri.
saya percaya, equality never exists anyway because the world is never fair.
dan manusia takkan happy ngan apa dia ada, dia mesti nak apa yang dia tak ada.
and yang ada keistimewaan pon tak menghargainya hingga ia hilang dari genggaman.
Hindraf bukanya nak mengugurkan hak melayu.. Hindraf hanya menyuarakan hak mereka yang diketepikan oleh kerajaan.
Aku MELAYU Sungai Manik - Nak tuntut apa? masa nak merdeka dulu dah bagi dua pilihan, 1:nak balik negeri atau 2: jadi rakyat malaysia yang tuan nya orang MELAYU. habis dah pilih duduk kat sini dapat pakai, makan baik2 nak lebih pulak, kalau balik negeri hari tu kan baik tak susah kan orang, rumah buat dari taik lembu pun duduk diam2. sebab tu polis hindustan pakai rotan,pukul hentam orang macam @#**, cakap bukan diorang tau bangsa nih kalau main wayang nombor satu, kena sikit wayang macam dah nak mati, korang lembut sangat, di Sg manik ni angkat muka pun tak berani bangsa ni. Nak kami datang bagi sekolah 13 haribulan ni kut!
Komen ini dihantar oleh pembaca yang menggunakan nama SiKenit, dihantar pada 12.54 am, 27/11/2007. Saya telah terdelete komen beliau dan berikut saya poskan sendiri komennya. Saya tidak perah delete apa jua komen, melainkan tidak sengaja, termasuk yang membantai saya:
SiKenit has left a new comment on your post "Hindraf menuntut digugurkan hak Melayu?":
Waspadalah! Apa yang tersurat dan apa yang tersirat adalah dua isu berbeza.
Kalau peguam memainkan watak utama dalam sesuatu 'wayang', maka skrip dan maksudnya amatlah tidak jelas dilihat dari mata kasar. Perkataan, makna, takrifan, perumpamaan, kata bidalan, kata penganti dan/atau permainan mengikut lunas undang undang dan/atau mahkamah, merupakan cara cara biasa "ULAR" bertindak dan 'menguasai' keadaan, agar mereka 'menang'.
Dimanakah kita kemudian hari nanti?
Apa sekalipun bicara mengenai ketidak-puasan hati dan dengki-kesumat kita kepada UMNO/Kerajaan BN, akan menjadi counter-produktif strategik kepada orang orang Melayu, penduduk majoriti negara nusantara ini kerana pihak pihak yang inginkan kita 'kecundang', 'kecewa' dan 'kalah', berada disekeliling 'perairan kita'.
Agenda orang yang 'berkepentingan' ini dijayakan dengan tindakan tindakan licik dan halus.
Kini dicadangkan pula "Festival of Rights" pada 9 Dis 2007, mengunakan saluran musik, budaya, seni persembahan dan seni tampak sebagai medium pencetus rasa untuk 'mengenepikan' segala peruntukan undang undang sediada bagi mereka mencapai apa yang dihajati, walaupun akhirnya kita sebagai satu Bangsa pewaris tanahair pertiwi ini sebenarnya akan tewas dan kecewa!
anuar ni boleh percaya ke. maaf yek hanya orang bodoh je yg akan percaya dekat die. sebeb orang tu tak kenal siapa anuar ni.
sapa anonoymous bodoh tu. toksah suruh org india balik nogori. hang tak de hak nak suruh org lain balik. Tuan kononnya. masa dijajah british mana peginya ketuanan melayu? saya tidak berminat utk mencetuskan api perkauman tapi renunglah secara rasional. british membawa org cina dan india. tapi pendatang telah memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara ini. siapa yg buat jalanraya dan jalan keretapi? yang paling penting, british telah memberi syarat bahawa kemerdekaan hanya boleh diberi bila ketiga-tiga kaum bersatu. hasil daripada tu wujudlah perikatan dan lain2 sume tahu. isunya, hak kerakyaktan dan hak-hak lain semua orang dilindungi oleh PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang merupakan UNDANG-UNDANG TERTINGGI DI NEGARA INI. SIAPA BERANI MENCABAR PERLEMBAGAAN??? BAGI YANG BODOH TU YG ASYIK SURUH KITAORANG BALIK ...KAMU TAKDE HAK NAK CAKAP MACAM TU SEBAB KAUM KAMU PUN SATU MASA DULU PENDATANG DARI SELATAN CHINA. JADI SEDARLAH DIRI SIKIT. KALAU SAPA2 NAK MENUNTUT KETUANAN DI MALAYSIA...CUMA ORANG ASLI YANG BERHAK BERBUAT DEMIKIAN. OK...CUKUP SETAKAT ITU....MALAS NAK CAKAP PANJANG PASAL ORANG BODOH YG ASYIK MENDABIK DADA SEBAGAI TUAN.
TRUE CITIZEN
I am not sure why there are so much of comments made to reflect that indians are to be send back if they are not happy with the current state of malaysia. Please bear in mind that, indians are too, citizens of malaysia and they have shed blood and sweat to develop the land that they love. For me, there are no other land than malaysia. I have born here and i will live here for the rest of my life. As for the plight of indias, everybody must remember that, they are just asking the government to create avenues for indians to grow and prosper. This is the same as what happened in 1969, where our late PM Abdul Razak, created DEB. What's wrong with that. Is that too hard to listen to the plight of indians? I am not sure why we still have the mentality of malaysia belongs to malays only and the rest are outsiders. Why? If that is the case, than Malaysia does not belong to anybody at all, Malays, Chinese and Indians came from various part of the world and settled down in Malaysia....please look into the history...It is so outdated mentality to think that the land belongs to only one race and thus the rest of race can go back if they don't like...this is not kid's game. Please allow me to quote a say from brother Martin Luther King which i have altered to suit malaysian scenario...""I look forward confidently to the day when all who work for a living will be one with no thought to their separateness as Orang Asli, Malays, , Chinese, Indians or any other distinctions. This will be the day when we bring into full realization the Malaysian dream -- a dream yet unfulfilled. A dream of equality of opportunity, of privilege and property widely distributed; a dream of a land where men will not take necessities from the many to give luxuries to the few; a dream of a land where men will not argue that the color of a man's skin determines the content of his character; a dream of a nation where all our gifts and resources are held not for ourselves alone, but as instruments of service for the rest of humanity; the dream of a country where every man will respect the dignity and worth of the human personality""...I hope everybody will see beyond race and religion for the sake of humanity..
Hello Org Melayu yg dari Sungai Manik u ini siapa suruh org india balik negeri u yg harus balik indonesia atau jawa konon nya kata diri tuanya melayu luatnya nak dengar, Bumiputera asli Malaysia ialah Org Asli negara ini U melayu pinjam bahasa dari banyak negara tak malu diri panggil bumiputera keeeeeee.........Memang british bawa kami ke malaysia utk kerja buruh tapi hang patut malu sebab lari dari indon dan jawa sebab nak tumpang juga di Malaysia ok faham. Hindraf tak suruh gugurkan hak u tapi buat lah adil bagi semua kaum di Malaysia. U dapat 5% discount kalau beli rumah kenapa bangsa lain tak ada. u ambil loan dapat potongan 5% kenapa bangsa lain tak ada. U ada speciality lot bumiputera kanapa lot bangsa lain tak ada. u ada speciality felda utk petani. selama ini indians di estate dapat apa? ada felda special utk bangsa hindu dan cina? Mara special kemudahan utk bumiputera utk bangsa lain ada special apa encik bagi bangsa miskin lain. U kata org india rumah buat dari taik lembu memang dulu kami pernag guna sebab anggap lembu sebagai binatang suci yg panggil ammaaa. tapi u dulu tinggal di tepi sungai busuk pakai minum, cuci masak semua di satu tempat nak mewah lagi dan kemudahan yg ada kata tak cukup pula sebab u yg kata melayu miskin lagi walaupun dibantu sampai mati. kenapa selama ini yg kami diam dan tunggu hak kami kini berani minta salahke. U dari indon jawa berani cakap kami tak boleh ke?
"hak" istemewa your kepala hotak la.
go buy a copy of the federal constitution and show me where the "hak" is.
this is year 2007 going on 2008 and it's unforgivable to be so stupid, stupid.
setuju benar yang Hak Keistimewaan Melayu dah tak ujud. Yang ada hanyalah Hak Keistimewaan Melayu UMNO kerana hanya mereka yang menjadi kaum kerabat Melayu UMNO sahaja yang istimewa. Buktinya, lihat sekeliling kita, ketua2 bahagian, menteri, wakil rakyat dan juak-juak mereka dan anak penak mereka mendapat kenikmatan yang melimpah ruah. Melayu lain hanya menjadi penonton.
Seluang: time to change
Wahai teman-teman, kita kan semua ingin mencari rezeki di bumi bertuah ini. Berbeza-beza kita yakni utk mencari makan, tempat berteduh, dan hidup bahagia. Kita kan cuba utk hidup harmoni. Bukankah salah faham itu kan biasa di kalangan manusia?
Memang benar orang melayu dpt keistimewaan itu. Tapi itupun orang-orang melayu UMNO. Bukan saya, bukan saudara-mara saya, bukan kawan-kawan saya yg bukan orang UMNO. Kami bekerja sama seperti kamu. Mencari rezeki sama seperti kamu. Bukan saya tak mahu keistimewaan itu, tapi memang tak sampai pun keistimewaan itu kat saya. Hanya orang-orang UMNO. Bahkan, kita menjaja sehingga ke luar kerna di anaktirikan di bumi sendiri. Aku dan kau sama saja. Kita berjuang untuk hidup. Kita mencari kebahagiaan diri sendiri.
Tapi kawan-kawan, janganlah lupa yang UMNO takkan berani buat semua itu tanpa persetujuan semua parti bersatu Barisan Nasional. Bukankah BN terdiri daripada 14 atau lebih parti seluruh Malaysia? Jadi nanti pilihanraya usahlah takut-takut untuk keluar mengundi. Beranikan diri dan ambil langkah peduli. Peduli nasib anak2 Malaysia. Kita semua sama. Berjuang utk itu. Berjuang utk anak2 merdeka Malaysia kini dan utk masa akan datang.
Bangun lah...dah 21 abad masih Melayu - bukan Melayu. Macam mana negara kita Malaysia boleh berbanding dengan negara-negara lain. Dunia nih bukan hanya wujud Malaysia atau Melayu shj.
we are not askin for u rights..we are asking for our rights which is not given to is!!!
Salam bakaq:
Its not easy being a Malay. Its worse being a Malay who doesn't agree withh all that the Malay govt is doing right now. And being a Malay who had openly oppossed the ruling Malay, its also difficult to 'cari makan' with govt agencies.
You see, being a Malay who refuse to be a yes man for everything the Malay leader said, you are considered less Malay than them Malay leaders. And because you are less Malay to them, you can only dream any of them wants to help you like they did among themselves.
You can call yourself a Malay Pariah, if you are not as sensitive as those who did the recent sunday walk at the Brit Council.
And on the other hands, those who were upset because their forefathers were 'forced' to come to Malaya to work in the estates or in the mining industries despise you for being a Malay. But they forgot that some of their children got the Malay govt textbook scheme for years but the Malay who oppossed the Malay govt didn't get any books for 9 years!And they say that the Malay who opposed the Malay govt got all the subsidies!
And the problem with a Malay who opposed the Malay govt, they can do the walk to ask for 1 mil each from some former foreign slave traders. They can only walk to voice their dissatisfactions but were met with water cannons and tear gases.
A Malay who oppose the Malay govt is considered a 'tidak mengenang budi' person and 'tidak bersemangat Melayu'.A Malay who oppose the Malay leaders are usually asked to get out of Malaysia if they voice too much dissatisfactions( I know bcoz I was once asked to hand-in my citizenship by a Malay leader and go to penisular Arabia) But the Malay leaders who are close-knitt with people who thought they were victims for being forced into Malaya and are now rich and powerful power brokers, claimed they have very high 'semangat Melayu' and most probably they were put up there by those who did the Sunday walk yesterday.
How dare the so called victims of foreign slave traders claim the Malays have all the special privileges? Go and ask a Malay who oppose the Malay govt.
Keadilan kerajaan dah jelas...apabila Khairy konon nya berdemonstrasi dengan monyet2 nya tanpa permit tanpa cawat dan keriau macam kena liwat..tiada polis...tiada tear gas..tiada apa pun....
Inikerana..hak dia son in law..bukan hak UMNO..nama UMNO saja dipakai..tapi dia nak nama nya didewadewikan...
kepada Paklah ini lah keadilan ISLAM Hadahari. ada hari..sonilaw saya punya...ada hari pembamgkang saya tendang..bukan hari mereka...
saya rasa lebih baik cuci pa**at..kamu sendiri..lepas itu baru amalkan ISLAM adahari
we are not askin for u rights..we are asking for our rights which is not given to is!
hey goment why u very scared to give back the indian rights,common la how long u can do this, the GOD is watching u lah, be fair la.But im very sure that one day u will zero (from Hero to Zerooooooo) definitely........wait and c....
ello
tau tak malaysia dikenali
kerana berbilang kaum...
bukan kerana MELAYU.....
so mana hak kepada kaum lain...
Bagilah hak semua orang...
Ekonomi negara bergantung kepada
kepada semua orang...
Bukan Melayu sahaja...
So kongsilah sama sama....
Hindraf hanya minta hak mereka...
bukan ketepikan hak kamu2 sebagai melayu...
Polis act lebih hari itu kenape????
Kejadian di Batu Burok tak dapat nk Act ka?
Assalamualaikum kepada yang Islam...selamat kepada yang bukan Islam....
jangan dilupa...selempang merah masih ada
jangan diragui...ayat empat dan zikir perang
jangan disangsi...parang terbang yang rapi tersimpan
sementelah kini Askar Melayu semakin ampuh...penjurit yang kepetangan...membunuh tiada bertanya...taat setia terhadap Seri Paduka Baginda
jangan dilekeh...Melayu Sg Manik...Banjar Batu Pahat...Bugis Pontian dan Jawa Parit Sulung
jangan dipertikai ketuanan Melayu kerana bangsa cina dan india di Australia contohnya juga tidak berani mempertikai ketuanan bangsa anglo-saxon Australia yang juga pendatang....sedangkan tarikh imigran cina dan india ke Australia sama dengan tarikh kemasukan imigran cina dan india di TANAH MELAYU
jangan bergaduh kerana kedamaian di negara kita bukan mudah dipertahankan...jangan gopoh kerana 'kun kata Allah, fayakun kata Muhamad...inkuntum raji'un'...
di mana bumi dipijak...di situlah kamu menjunjung langit...jangan sampai petaka mengguruh, halilintar membelah...wassalam
bagus la , lepas ni kaum awan mendung jadi perdana menteri pulak , hidup hindraf hidup liwat . lets legalize same sex marriage , may anwar and sepul live together happily every after..
Takbir! Aku sokong Pendekar Tidak Bertuan! Jgn ganggu Melayu! Hak Kaum India tetap terbela! Jgn risau...