Sedap!! Klik gambar di atas!

Pak Engku, awat dengki sangat?

Saya tidak tahu sama ada betul atau tidak. Tetapi seorang rakan secara tak sengaja memberitahu saya bahawa seorang kawannya baru saja berhenti kerja dengan Umno. Beliau mendakwa, kawannya itu tak tahan "nak buat kerja maki hamun, memfitnah, mencarut dalam Internet. Jawab yang macam-macam dalam Internet tu..."

Rakan saya itu juga mendakwa kawannya sanggup melepaskan gaji RM3,000 sebulan kerana tak sanggup "nak bagi anak bini makan dengan duit macam tu. Gila babi punya kerja.." Sekarang, kawan kepada rakan saya itu berkerja sebagai jurujual dengan syarikat peralatan elektrik.

Alah jua Yang Maha Menyaksikan, saya tidak mereka-reka cerita ini semata-mata kerana lama sudah tidak menulis di sini. Kalau setakat nak memenuhkan blog ini dengan cerita-cerita rekaan, baik saya tengok gusti. Seronok jugak...

Saya juga tidak fikir rakan teh tarik saya itu berbohong. Saya belum pernah mendengar cereka rekaan darinya. Lagi pun, buat apa dia berbohong. Rakan saya yang bekerja sebagai jurugambar itu bukan blogger yang suka menyiarkan fitnah dan pembohongan macam saya.

Bila mendengar cerita rakan saya itu, saya mengesyaki kawannya itu mungkin berkerja sebagai cyber troopers Umno. Tetapi, menurut Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, mangkok-mangkok ayun yang kununnya (meminjam istilah Tun Dr Mahathir Mohamad yang popular dengan istilah kununnya) menjadi cyber troopers itu menerima gaji RM2,500 sebulan. Rakan saya pula memberitahu kawannya yang berhenti kerja dengan Umno itu menerima RM3,000 sebulan. Saya tak tahu yang mana satu.

Tetapi, hari ini Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Norza Zakaria tentulah bercakap benar apabila dalam berita bertajuk "Kerajaan pandang berat kesan Internet terhadap pilihan raya", Malaysiakini melaporkan beliau menafikan Umno telah membayar sebarang penulis untuk melakukan tugas seumpama itu (melancarkan 'perang siber' untuk menangani tuduhan-tuduhan yang disiarkan di Internet terhadap kepimpinan Umno dan menghantar komen-komen yang berunsur hasutan).

Lega hati saya apabila fitnah dan pembohongan terhadap Umno itu dibersihkan oleh Norza. Takkanlah Pak Aji itu nak berbohong. Lagi pun, yang menyiarkan fitnah dan pembohongan ialah blogger. Tambah-tambah pula blogger cikai macam saya yang nak mencari kemasyhuran. Memanglah saya siarkan fitnah dan pembohongan. Dah berlori-lori dah orang yang saya fitnahkan. Dah berguni-guni dah cerita bohong yang saya tulis. Maklumlah, saya bukan Pak Haji.

Pak Aji yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan itu tentulah tidak bohong.Dia pemimpn Umno, kan? Pemimpin Umno mana ada bohong. Tambahan pula, seperti yang dilaporkan Malaysiakini, Norza juga adalah orang kuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tentulah beliau seorang penganut agama Hadhari yang multazim atau komited. Seperti agama lain juga, agama Hadhari tentu tidak mahu penganut-penganutnya bercakap bohong.

(Arghh, tiba-tiba teringat pula apa yang dilaporkan oleh Manila Times - “Abdullah always makes statements which are actually lies,” Mahathir said, adding that he had “developed a habit of lying” after becoming friendly with the leaders of Britain, the United States and Australia.)

Saya percaya Norza tak berbohong dan dia bersifat jujur dan amanah apabila menafikan Umno telah membayar sebarang penulis untuk melakukan tugas melancarkan 'perang siber' bagi menangani tuduhan-tuduhan yang disiarkan di Internet terhadap kepimpinan Umno dan menghantar komen-komen yang berunsur hasutan. Saya percaya kerana Malaysiakini yang menemubual Norza juga melaporkan "kerajaan tidak terasa "terancam" dengan kewujudan blog-blog seumpama itu".

Kerajaan hanya memandang berat sahaja. Sebab itulah Norza dilaporkan berkata kerajaan memandang berat tuduhan dan cerita-cerita yang tidak benar yang disebar di Internet akan digunakan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun Pak Aji itu sebelum ini menggesa kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap blogger yang tidak bertanggungjawab, jangan pula fikir gesaan itu disebabkan oleh rasa terancam. Sebagai pemimpin Umno, tujuan Norza murni. Beliau ingin mendidik para blogger supaya lebih bertanggungjawab. Guru yang paling cemerlang dan terbilang untuk mentarbiyyah para blogger itu tentulah si ISA.

Apa pula nak terancamnya. Norza sendiri mengaku beliau sering bermain-main dalam kandang monyet dan perkumuhan goblok.

Dalam laporan itu, Malaysiakini melaporkan Norza berkata, beliau membaca beberapa blog, termasuk Malaysia Today setiap hari.

"Saya baca (artikel) dan bukan itu saja, saya juga membaca beratus-ratus komen (pembaca Malaysia Today) yang menghentam saya," katanya.

Yang ingin saya tahu, Pak Engku tu dengki ka? Sebab Pak Aji Norza ada kata, "Saya tidak pernah bertemu dengan Raja Petra... Semua ini adalah tentang persepsi, dari mereka yang tidak suka melihat generasi muda seperti kami naik, mereka merasa tidak selamat dan membuat khabar angin, tetapi di manakah fakta-faktanya?"

Pak Engku, ni saya tanya ni, awat dengki sangat? Kalau rajin, jawab la.

Berkaitan:
No peace on Peace Hill (Malaysia Today)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008