Sedap!! Klik gambar di atas!

My strongest ever NO TO BANGSA MALAYSIA!

Orang cakap lagi fasal bangsa Malaysia. Bloggers handalan seperti Jeff Ooi dan Datin Paduka Marina Mahathir juga menyentuh mengenai bangsa Malaysia. Oleh kerana Malaysia ini dikatakan negara demokasi, walaupun demokrasi kontot, demokrasi kudung, izinkan blogger cikai ini bersuara sama.

Kali ini saya tak peduli taraf siapa pun. Hang sapa pun aku tak kira. Walaupun aku kutu, aku nak kata kat hampa loud and clear, "NO BANGSA MALAYSIA". Bagi saya, bangsa Malaysia adalah satu lagi produk intellectual masturbation yang menjadikan saya begitu geli-geleman. NO BANGSA MALAYSIA! Period!

Saya siar semula komen saya dalam blog Sheih (ketika itu saya sangat ketagih dengan blog Sheih sebelum saya rasa nak taubat memberikan komen dalam blog kawan saya itu berikutan kewujudan anasir yang sangat-sangat saya benci):

Lailaha illaLlah
… Since you write in English, Sheih, and everybody here post his or her comment in English, please allow me to taram je.. bukan nak gatai atau mengada-ngada, i really dont speak English. i just copy cat.

When everybody speaks English, please allow this short person to stand on the box. So, let me just taram je..

Please dont forgive me if my English is very unEnglish, if you dont want to.

i beg to disagree. To me, bangsa Malaysia is no less than ethnic cleansing.

i cant say i’m crying for the Chinese in Indonesia. But, isnt it sad when they cant even name their children in their very own language, just for the sake of bangsa Indonesia. They speak Bahasa Indonesia better than their own ancestors’ language. And slowly, they are loosing their proper roots!

And, please dont blame me if i mourn my fellow Malays/Muslims in Thailand. They are forced to have separate names on paper and at home. Some of them cant even speak their ancestors’ language - i’m sorry, i cant even say “mother tongue language”. How many religious books people translate for them in Thai?

Hey! i cant afford to see another thousands of Muslim become “Ucin” in Bangkok (Generations ago, they were Shiite Muslim. But natural social transformation ( i think) deviated them from Islam. Almost nothing else they know except Ucin - Husain ‘a.s., the celebrated grandson of Prophet Muhammad s.’a.w.w. (and one of your forefathers, Sheih).

i dont want any bangsa Malaysia friend. i just want Chinese friends, Indian friends, Siamese friends - the way i was brought up in Taiping when i was a boy with strings and strings of hingus. (hingus tu mucous, kan? Never mind if i’m wrong. After all, i main taram je..)

i have a lot of Chinese friends, Indian friends, Arab friends (hopefully Sheih is one of my Arab friends, if i’m not bertepuk sebelah tangan) since my school days. my immediate neighbour now is an aci who always share her delicious food with us. Before this, i live happily with my Chinese neighbours and some of them even speak very fluent Kedah dialect without compromising their natural identity.

i’m so sorry encik, tuan, adik, kakak when 13th May 1969 riot became hysterical (and) screamed to the worst, it never tears our friendship when i was a Darjah Lima boy in Batu Kurau, Taiping. We still continue our life smiling and laughing with each other- Malays, Chinese, Indians, Siamese.

my family still eat kue bakul every Chinese New Year. We still continue enjoying wayang Hindu (in our kampung, we dont call India to the Indians, but Hindu) with our Indian friends.

So, whats wrong with Chinese being Chinese and Indians being Indians?

Please do not let the so-called bangsa Malaysia eats away your very own roots!!

And, although i’m a Batak from my mothers side, i’m more than proud to be one! My father has his roots in Pattani.

Btw, Bahasa Malaysia is more reasonable and acceptable. But not bangsa Malaysia.

Sheih, i beg to differ, Sir! Kalu dema marah, kawe mintak maaf! Fuhh! It really pains me to pretend as someone who can write in English. Lepas ni kawe nak tulis dalam Bahasa Malaysia. Tok se dah tulih Ore Putih!

Dan, ketika menjawab seseorang, saya kata seperti berikut:

i cant represent others, but as for myself, my ancestors blood has gone thicker than thickest inside me.

i’m proud to be a Malay and i dont want to be others. i just want to be myself. If such an attitude is racialistic; yes, it is!

Memang pun! i’m a Malay and let everyone else become anything they want. i’m very comfortable to be one. Please dont tell me to change.

Being a Malay doesnt mean i’m going to turn my back on any Chinese, Indians, whoever they are.

Being a Malay doesnt mean i’m going to breed endless enmity to any Chinese, Indians, whoever (“Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah yang paling bertaqwa” Al-Hujurat : 13).

Never mind if people say Malays “are not well educated or not interested to do well in school. They do have a tidak apa attitudes with a relaxing life and leave their future to Allah”.

i dont even finish my secondary school; i cant speak English, i just taram and please allow me to pretend as if i’m a tall guy (pretending to be one of you; English speaking learned class) by standing on the box (with my taram kind of English; which is my box indeed!); my children can never be proud of me - i’m a typical Malay; not well educated or not interested to do well in school.

i dont have shoes, i go here and there with selipar jepun; gemok; buncit; kuat makan; never care about my health and living on pills and drugs; hanging balls most of the time - i’m a typical Malay with tidak apa attitudes with a relaxing life..

(But please, i dont believe in leaving my future to Allah s.w.t. simply because He never taught me to do that. And, He is not my kuli! He is my God!)

i’m everything anybody can ever imagine about a typical Malay - in any which way they think about us - but i’m a Malay. And, i’m proud to be one!

Hey man! my Malay blood grows thicker and thicker!

And before i terforget, please allow me my democratic right to be a Malay!

Selepas gatai-gatai tulis dalam orang putih dalam blog Sheih tu, oleh kerana saya tau yang saya tak tau cakap orang putih, saya jelaskan dalam Bahasa Melayu:

Macam ni la. Pengajaran terbaik yang saya dapat dari kegatalan saya menyertai perbincangan ini ialah: kalau tak pandai cakap orang putih, jangan nak berlagak seolah-olah pandai cakap orang putih.

hang akan mengelirukan semua orang, penarik beca!

Ni saya nak cerita dalam Bahasa Malaysia:

1. Tidak ada sesiapa pun, dari mana-mana bangsa dan kaum pun yang dengan gatal dan pandai-pandai boleh mendakwa Malaysia ini dia punya atau bapak dia punya atau bapak kepada bapak dia punya atau bapak kepada bapak kepada bapak dia punya.

2. Tuan tanah kepada tanah air bernama Malaysia ini ialah semua warganegara Malaysia tidak kira identiti semulajadinya Cina, India atau Melayu (mengikut abjad).

3. Meskipun begitu, pada bila-bila masa pun saya tidak akan memperkenalkan diri saya begini: “Hai, i’m abu bakar bin Mohd Rashid, a Malaysian”.

4. Kalau usaha saya memperkenalkan diri saya itu berlaku di London misalnya (London saya tak pernah pi, dapat keluaq jauh sikit jauh dari Taiping ni pun dah kira hebat dah!) , selepas saya berkata “Hai, i’m abu bakar bin Mohd Rashid,” saya tidak fikir pertanyaan seterusnya yang paling semulajadi ialah, “Are you a Malaysian?”. Saya tidak fikir begitu. Tidak! Walaupun dalam imaginasi saya yang paling liar sekalipun!

5. Bagi saya, pertanyaan seterusnya yang paling semulajadi yang akan ditanya selepas saya berkata”Hai, i’m abu bakar bin Mohd Rashid” kepada mana-mana Mat Salleh di London ialah “Are you a Muslim?”.

6. Saya bukan seorang naturalist. Tetapi saya tegar dengan sifat semulajadi negara Malaysia ini di mana rakyatnya atau warganegaranya atau pemiliknya terdiri dari masyarakat berbilang kaum - Cina, India, Melayu dan lain-lain (mengikut abjad).

7. Memang la, kalau saya perkenalkan diri saya sebagai Malaysian pun, tidak akan luak walau sedikit pun ciri semulajadi saya sebagai Melayu. Tapi saya tak nak! Bukan untuk kepentingan saya, untuk kepentingan anak cucu saya dan anak cucu orang lain juga.

8.Kalau dimulakan penghakisan seperti itu, akhirnya semua warganegara Malaysia yang sepatutnya berbangga menjadi Cina, India atau Melayu (mengikut abjad) akan hilang jatidiri dan menjadi bangsa rojak - Malaysian.

9.Saya tidak bangga memperkenalkan diri saya sebagai Malaysian yang identikal dengan pemimpinnya. Kalau saya tinggal di negeri antah berantah, saya tidak bangga memperkenalkan diri saya sebagai bangsa antah berantah dengan bendaharanya yang bingai dan bangang, anaknya yang begitu bulur dengan kekayaaan negara yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat secara saksama serta menantunya yang evil genius. Saya tidak bangga memperkenalkan diri saya sebagai bangsa antah berantah ketika negara antah berantah semakin merudum kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah, paling busuk dalam senarai demokrasi terencat (flawed democracy) dan lagi dan lagi dan lagi.

10. Apa mahalnya Malaysia dan apa yang membanggakan tanpa ciri semualajadinya sebagai sebuah negara masyarakat berbilang kaum yang menjadi tuannya, yang hidup dalam harmoni (sikit-sikit gaduh juga perkara semulajadi, laki bini pun bergaduh dan kadang-kadang bermasam muka sehingga berbulan-bulan), yang menahan sabar untuk hidup bersama dengan aman dan lagi dan lagi dan lagi. Apa mahalnya tanpa itu?!

(Malu berkupang-kupang aku bila Shar101 kenen aku:

Wahai penarik beca,

Dah terjebak dalam perbincangan panas, akhirnya terpaksa guna bahasa ibunda supaya yang tersurat dan tersirat lebih jelas di-baca dan di-iktibarkan.

Semua kerana gatal punya hal. Apa nak buat. Dah terpaksa kan.)

Apa pun, my strongest ever NO TO BANGSA MALAYSIA!

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Excellent comment. Alah mampoih pi la dengan cakap omputih ni. Kalau orang nak kata apa pun kata pi la, bukan nak luak pun. Anyway I would dare say that you write very good English and I am being sincere.

    Semua orang ada angle depa tentang topic Bangsa Malaysia and I dare say that yours is a refreshing view, something new yang aku tak pernah terpikiaq.

    Di Amerika pun walaupun depa kata depa Amerikan tapi depa tetap pegang pada roots depa jugak. Di mana pun sama jugak. Why this outcry to change kita punya race when ada benda lain yang perlu di change kan.

  2. Bangsa Malaysia?? Tak releven la bagi saya Pak Bakaq oii...saya suka identiti saya - bangsa Melayu..identiti Nala - dia India & indentiti Lynn - dia Cina. Kami boleh makan bersama macam biasa..gelak sama-sama...Malaysian??? Alahh..apalah sgt cakap dalam bahasa bekas penjajah tu...saya pun dapat gred 9( tak pass la tuu..) saja waktu SPM dulu. Tapi sejak sambung belajar & bekerja saya terpaksa la belajaq pelan-pelan sebab " Bahasa Kebangsaan " dah tinggal atas kertas saja...SALAH SIAPA?? Mereka dan keluarga mereka juga. Suruh orang marhain hargai bahasa kebangsaan konon. Lastly kita juga yang tertinggal...anak-anak pembesar semua p sekolah omputih.

  3. Setuju sangat 100%! Saya baru berhajat mau memblog pasal 'bangsa Malaysia', yang merupakan natijah 'nation-state' (negara bangsa). Seriously, 80% of the points you raised here --- exactly the things I have in mind.

    Bangsa Malaysia (atau Negarabangsa) is an exaggerated concept. Baru bergaduh dengan sorang kawan. Beriya-iya mendokong konsep negarabngsa dan kenapa penting sangat pembentukan Bangsa Malaysia (satu negara, satu bangsa) itu penting. Kononnya itulah trend pengukuhan negara pada masa ini. SEMUA NEGARA di dunia, mengikut dia, sedang ke arah itu. Sesiapa yang menolak, dianggap jumud dan kolot.

    Katanya -- Bangsa Malaysia akan menghasilkan rakyat yang lebih bersatupadu, meruntuhkan polarisasi, mengukuhkan patriotisem dan menjadikan setiap penduduk lebih intim dekat.

    Is it so? Mana buktinya??? Mari kita analisis tiga contoh negara tipikal yang guna konsep negarabangsa.

    Pertama, USA -- dengan gagasan satu bangsa, satu negara. Negara Amerika dan orang Amerikan. Does it work? Hell, no! Setiap 3 minit sekurang-kurangnya akan berlaku satu pembunuhan yang bermotifkan etnik di USA. So, apa juga satu bangsa satu negara kalau ia tak menjanjikan apa-apa? Sebab itu penduduk kulit hitam tidak mahu dikenali dengan American saja. Tapi secara official dan terang-terang mereka akan rujuk diri mereka sebagai Black American atau African American, etc.

    United Kingdom -- satu negara, satu bangsa. British. Adakah matalamt pengukuhan itu tegar? Tidak! Orang India yang dah lama jadi warganegara di sana -- sekarang nak mereka dikenali sebagai British Indian. Bukan setakat British saja. Tak lama lagi, orang Cina pun akan tuntut ekspresi British Chinese. So, what's the point? Pi mai, pi mai -- tang tu juga. At the end of the day, it's only human nature that we want other people to recognise us -- for who we are.

    Perpaduan sebenar dan kompromi yang tuntas -- hanya dapat direalisasikan jika kita semua boleh menjadi 'bangsa kita sendiri' tetapi dalam masa yang sama boleh berkompromi dan saling memahami. Tak payah tungguh mahu dirojakkan bersama-sama, digaul dalam mangkuk macam salad campur -- barulah timbul perasaan bersatupadu. That itself defeats the purpose. Perpaduan is about embracing the differences, appreciating the variety. If we can't accept the natural fact that we all are different -- tak ada gunanya kalaupun wujud perpaduan dan hak persamaan.

    Lihat pula kes Indonesia. Adakah orang Cina di Indonesia lebih patriotik daripada Orang Cina Malaysia -- semata-mata kerana mereka telah dibangsakan sebagai Indonesia sama macam penduduk pribumi lain? Hell, NO. Nama saja ada bangsa Indonesia -- tapi Cina Indonesia seratus kali lebih CHINA daripada Cina Malaysia.

    Contohnya? Semasa kegawatan ekonomi, penduduk Cina Indonesia membawa keluar simpanan wang domestik mereka beramai-ramai ke luar negara. Sesetengah tu, bukan setakat pindahkan 'wang' -- tetapi turut berpindah secara fizikal. Ini menyebabkan tabungan domestik Indon merudum teruk dan menyebabkan kesan kegawatan ekonomi bertambah parah (kerana kekuatan internal telah dilemahkan).

    Orang Cina Malaysia ada yang keluarkan tabungan diorang keluar secara besar-besaran? NO. Tak ada!

    Berapa ramai pemain sukan professional Indonesia beretnik Cina (terutama pemain badminton) yang berhijrah ke negara lain --- dan jadi pemain negara tersebut? Tak terkira dengan jari kaki dan tangan. Adakah itu menjadi budaya di Malaysia?

    Kenapa itu berlaku? Sebab di Indonesia -- pancasila (atau kesamaan) itu hanya atas kertas. Kononnya satu bangsa, satu negara. Tapi sentimen terhadap etnik Cina kalangan pribumi masih kuat dan kukuh. Rasa dengki khianat itu tetap ada. Tu sebab penduduk Cina Indon pun ala-ala tak suka sangat duduk kat negara tu. Kalau ada peluang saja, terus cabut.

    Kesimpulannya -- Negara Bangsa gagal membentuk kesamaan dan perpaduan yang benar-benar tulen di Indonesia, USA dan UK. So, kenapa perlu nak tiru?

  4. Sebenor nya siapa yang nak di gelor sebagai Bangsa Malaysia ni? Teman tak paham. Orang DAP ke? Ini ke maksud dema kata "Malaysian Malaysia"? Bior bebenor yeop bakor...

    Nak ke orang-orang cina di negara ini tidak di gelor sebagai cina lagi? Begitu juga Orang India? Teman tak caya langsung...

    Bangsa tu kan mempunyai kaum atau ethnic yang sebahasa, seketurunan, sebudaya da cita-cita yang sama? Dan Bangsa pulak orang putih kata Nation.

    Katakan lah kita semua dah jadi Bangsa Malaysia... nak ke orang cina dan orang India tukar nama dema kepada nama melayu, pakai songkok dan baju melayu bersampin, ikut adat melayu dan lain-lain? teman tak yakin.

    Ini semua jalan nak nipu orang melayu je ni. Kalau dari dulu masa kawan-kawan Hang Li Po datang dulu dema dah buat program Assimilation mukin juge. Sekarang ni dah susah yeop bakor...Darah yeop Bakor pun dah tebear... darah dema pon tebear juge..Mukin dema yang nak jadi Bangsa Malaysia ni nak bolot harta dengan lebih cepat lagi sebab orang-orang macam tema dan yeop Bakor tak pandai buat harta dan berniaga. Lepas dema dah dapat kaut semua harta entah2 dema nak tukor balik macam asal... bahaya tu yeop bakor..

    Macam mana pon kita tetap Malaysian.. Dema pon Malaysian tapi bukan nationalist tapi citizenist(betui ke ni?)... kita kena idop bersatu sebagai raayat Malaysia... dan isu bangsa ni, payah sikit teman nak cakap sebab nationalis melayu mesti tak setuju... tapi dema tu nak asyik hunus keris ank cair kan ethnic lain susah le... sebab bangsa melayu tak sampai 60% pon... kalau dalam periksa baru dapat C+ je... kalau 85% keatas tu baru le dapat A... entah le kalau tukang yang menghayun keris tu jaga jabatan pemeriksaan boleh ubah markah 55% je dah boleh dapat A+ tak tahu le teman... kalau itu standard yang nak di gunakan... kita ni dok habis begaduh jelah..

    Sebenor nye kalau kita balik dan berpegang pada Al Quran kan senang... Kan Allah dah berfirman... Tidak ada bezanya orang Arab dan Bukan Arab, berkulit putih atau kulit hitam, lelaki atau perempuan,...yang berbeza bagi Allah ialah keimanan dan ketaqwaan manusia itu... Dalam Al Quran Allah dah pon jelas manusia ini di jadikan berpuak-puak dan berbangsa-bangsa... so, let it be ...

    I totally agree with you Mr Bakar, I too still want to be a Malay and more to that.. I am a muslim of a malay race and I am always proud to be a Malaysian... I vote No to Assimilation, No to Intergration, No to Diffusion and YES to Islamisation...Allahu Akbar!

  5. hang punya english dah baguih dah bakaq...

    macam mana pun pendapat hang tu memang betoi... bukan kat luaq tu yang penting, tapi kat dalam...

    kalau luaq cantik dalam kotoq, tadak guna...

    walaubagaimanapun, aku rasa orang melayu mesti sekolah tinggi dan pandai bahasa inggeris supaya tak kena tipu dek pemimpin melayu sendiri..

    depa dok juai kita, tapi ramai tak sedaq lagi...

  6. Salam bakaq:

    Bangsa adalah sesuatu yg kita di-born into it bukan forced into it.
    Bangsa apa kita ni adalah ketentuan ALLAH. Mungkin ada orang Melayu yg tak suka jadi Melayu tapi nak jadi Mat salleh, tapi dia tak akan boleh hilangkan bangsa Melayu dia walaupun dia pi dye rambut jadi macam rona bulu singa atau dia pi lumoq Clorox satu badan nak bagi puteh pungkoq gelap dia. Sama jugak mungkin ada orang Cina yang tak suka jadi Cina dan dia teringin nak jadi Negro ka...tapi mata dok sepet, kulit dok putih kunin jugak walau dia lumoq habuk arang atau minyak tar 3 tong sekalipun.

    Cukup sekadar menjadi rakyat Malaysia. memang tidak perlu ada Bangsa Malaysia. Kalau dah ada bangsa Malaysia, budaya bangsa yg macamana nak guna? Bahasa macamana yg nak dituturkan? Baju kebangsaan yg bentuk mana nak di gunakan utk majlis rasmi? Nak pakai baju Kedah dengan kain sari dan cheong-sam kah serta kain selendang sangkut di jamboi?

    Kita semua kena terima sahaja hakikat yg ada bahawa manusia ni memang ALLAH bahagi-bahagikan dalam pelbagai bangsa,bahasa dan adat. Kita raikan saja penbahagian yang ALLAh dah buat.

    Sebenarnya dalam dunia ni pembahagian manusia hanya 2 saja,tak kiralah apa bangsa sekalipun kita ni. Pembahagian itu hanya kepada puak yg beriman kepada ALLAh dan Rasulullah s.a.w. dan puak yang tidak beriman.

    Macam bakaq dah kata: Soalan yg akan ditanya( aku yakin soalan ini akan semakin popular nanti): "Are you a Muslim?".

    Kalau ada bangsa Malaysia, tau-tau mamat ni pi migrate ke Australia ka, Amerika ka, England ka...tak ka mabuk jadinya kerana bangsa dia akan bertukar dari bangsa Malaysia ke bangsa Amerika atau British pulak. Ada ka macam tu? Boleh tukaq bangsa ikut suka saja. Tapi kalau maintain bangsa macam la ni, depa migratelah kemana pun, Melayu tetap Melayu,Cina tetap Cina, India tetap India, Red Indian tetap Red Indian, Eskimo tetap Eskimo.

    Apa yg rem kata memang betoi.Nrgarabangsa yg wujud la ni nampak cantik on paper saja. hakikatnya perasaan perkauman masih menebal. Contoh yg rem bagi tentang kejadian di USA,England dan Indonesia telah membuktikannya.

    Aku dengan ini juga declare: NO TO BANGSA MALAYSIA

  7. but still bangsa malaysia using BM kan? melayu jga tu... tapi kalau gi oversea...mesti ckp malaysian juga kan.. takkan u ckap malay? nanti dia igt pak dtg dari amazon pula.....xda salah jadi bangsa malaysia...jgn jer sampai memaksa org tukar nma cina gi nma melayu mcm kat indo... bangsa msia hnya satu semngat nasionalisme jer..bukan penghapusan etnik.....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008