Hei kamu Abu Bakar a.k.a Abdul Halim a.k.a bakaq a.k.a. ~penarik beca a.k.a sang kutu! Celaka hang! Kurang ajaq punya bakaq! Memberikan imej yang buruk dan busuk kepada Islam!
Cuba hang teladani sikap yang rasional seperti yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hang tengok betapa hebat dan rasionalnya dia seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dalam berita bertajuk "Anwar raps attitude in anthem controversy".
Jahat sungguh hang memalukan umat Islam dan orang Melayu! Orang lain cakap yang tak sedap sikit cepat-cepat hang melenting. Sikit ja gurauan berniat baik Wee Meng Chee yang disebut oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai sebagai patriotik, hang dah melenting.
Hei kamu blogger cikai, hei kamu kutu! Begitu rapuh pegangan dan kepercayaan hang pada Islam dan keyakinan hang sebagai orang Melayu. Tak boleh orang lain salah cakap sikit, terus nak emosional. Celaka hang! Buruk perangai hang ni memalukan Umat Islam dan orang Melayu.
Hang ni bakaq, Islam apa hang ni? Islam hang bukan Islam Nabi Muhammad s.'a.w.w., bukan Islam al-Farabi, bukan Islam Ibnu Sina ni!
Awat hang bodo sangat! Meng Chee bukan orang Islam, tak akan dia peduli sangat. Dia boleh tulis berjuta-juta ayat sinis terhadap amalan ritual orang Islam. Hang saja yang diikat oleh ajaran agama hang yang tidak mengizinkan hang mempersendakan agama orang lain. Kalau hang marah kepada kezaliman dan kesyaitanan Geoge Bush sekalipun, jangan sekali-kali hang nak persendakan agama dia. Tuhan tidak mengizinkan!
Bukan sahaja Tuhan tak mengizinkan. Malah, akan bangkit orang-orang rasional dan bertamaddun menyerang hang kerana tidak tidak bersikap sensitif kepada kepercayaan orang lain, tidak menghormati pegangan agama dan sensitiviti orang lain, tidak menghargai dan menyalahgunakan kebebasan bersuara!
Di dunia hang kena maki. Di Akhirat pula, oleh kerana hang membelakangkan ingatan Tuhan, siapa boleh jamin han yang tidak termasuk golongan yang rugi?!
Hang tak tau ka bakaq kutu bodo oi! Depa, termasuk Meng Chee, bebas buat gitu atas nama kebebasan bersuara. Nak cakap pun tak guna. Hang bukanya reti apa.
Hei bodo! Hei kutu! Hang mana reti apa bila orang kata, "Nothing creative, nothing artistic will emerge if you take a narrow-minded attitude. Latitude must be given for creative expression, for freedom of expression". Hang bukannya faham, bangang oi!
Atas nama creative expression dan untuk freedom of expression, apa salahnya Meng Chee berkreatif dengan penuh semangat patriotik dan dengan niat baik? Latitude must be given laa! Bodo!
Apa yang hang nak melenting sangat bila Meng Chee berkreatif seperti berikut:
Jam 5 pagiCermin diri hang yang kononnya Islam, yang kononnya beria-ia nak mempertahankan Islam
Ada pula seruan pagi untuk kejutkan aku
Kekadang beberapa orang kan menyanyi berkumpulan
Bila engkau mendengarnya , seperti lagu duet cinta
Suara mendayu dayu seperti lagu R&B
Walaupun kekadang mereka bernyanyi sampai sumbang
Walaupun kekadang mereka bernyanyi sampai suara serak
Setengah berbunyi bagaikan ayam jantan, tetapi sedar lebih awal dari ayam
...
Mereka membungkus kepala; jalan pelahan dan melintas jalan pelahan lahan
Orang nyanyi 'hina' sikit marah, kata dia memperlekehkan Islam. Bukan ada apa pun! Dia sinis sikit ja terhadap ritual Islam. Dia sinis sikit ja terhadap perintah Allah supaya menutup aurat. Lagi pun, betulkah itu pakaian Islam. Hang tak dengaq ka Sisters in Islam dah ajar bahawa pakaian orang Islam ialah taqwa! Orang ajaq hang tak nak dengaq! Orang suruh pakai taqwa, hang sibuk fasal pakaian menutup aurat, fasal pakai tudung! Bodo!
Punyalah jahat hang ni bakaq, pemimpin Islam hang rasuah dan menyalahgunakan kuasa, hang terus sokong, terus undi. Tengok survey baru-baru ni. 80% orang Melayu terus sokong walapun terang-terang salahguna kuasa, rasuah, melaga-lagakan rakyat dan sebagainya. Rasuah, salahguna kuasa tu tak menghina Islam ka, bodo oi! Hang tak nampak ka?!
Itulah akibatnya bila hang asyik menganga baca berita-berita propaganda Berita Harian, Utusan atau RTM saja. INI NAMANYA YANG MEMPERTAHANKAN Islam? Benda kecik hang bising. Setakat sinis si Meng Chee terhadap terhadap ritual Islam, setakat sinis terhadap perintah Allah supaya menutup aurat tu benda kecik laa! Bukannya sinis kat sapa-sapa pun... Sinis kat Allah ja... Benda kecik la, bodo!
Apa jenis Islam hang ni, kutu! Hal-hal pokok yang diperjuangkan Islam (contohnya keadilan, kebajikan sesama manusia, kepimpinan bersih), hang buat tak tahu. Woi Melayu! Toleransi hang terhadap perbuatan-perbuatan haram pemimpin-pemimpin hang terlalu melampau sehingga hang tak sedar HANG sendiri yang MENGHINA Islam.
Hang tak tau ka, kalau orang Melayu/Islam buat yang sebaik mengikut ajaran Islam, orang tak akan cakap kotor tentang mereka. Nabi Muhammad dulu buat yang sebaik mengikut ajaran Islam, mana ada Abu Jahal, Abu Lahab hina dia! Mana ada orang kata dia gila (majnun)? Mana ada orang lumurkan kepala dia dengan taik? Pernah ka dia cedera walau sedikit pun? Belajar sejaah la, bakaq kutu bangang oi!
Adakah mungkin benda yang Meng Chee cakap tu benar dan hang tak dapat nak nafi, jadi hang rasa tergugat, nak terus menyerang? Tak benar ka seruan pagi macam duet cinta, macam R&B, macam ayam jantan? Tak benar ka bungkus kepala?! Kalau benar, soalannya ialah siapa yang tergugat? Kritikan itu terkena "batang hidung" Allah yang mempunyai kepentingan peribadi. Apa yang hang gatai sangat nak ikut sama?! Memang hang jenis yang suka melenting la, kutu bodo oi!
Tapi bab-bab pemimpin rasuah, hal-hal jenayah meningkat dan pemimpin buat tak peduli, rakyat miskin sampai mati sebab tak dapat bayar letrik, pemimpin Islam asyik mengumpul harta, pergi melancong makan angin pakai duit rakyat, rasmi ini rasmi itu kerana nak dapat nama, ini semua han tak kisah, hang tak anggap hina Islam. Pelik bangsa hang ni!
Gajah di depan mata hang tak nampak, kuman di seberang jalan....
Celaka hang bakaq! Rasuah dan salah laku kerajaan hang boleh maafkan... kerana yang buat tu Muslim, yang taat sembahyang lima kali sehari...
Barua hang anak manja DEB! Diskriminasi yang berlaku dan sedang dilakukan atas alasan agama dan bangsa boleh diterima, kerana yang terima padahnya bukan orang seagama
Kerana mentaliti seperti blogger cikai macam hang inilah, kerajaan dengan senangnya memperalatkan orang Melayu atas alasan perjuangan suci demi agama dan bangsa. Blogger kurang ajaq macam hang ni, bakaq, memilih-milih isu yang senang nak menyerang orang lain tapi kita terus tutup mata/hati pada perbuatan-perbuatan pemimpin Islam sendiri.
Sensitiviti hang tidak kena pada tempatnya. Tak apa kita sensitif bila orang bukan Islam menghina agama kita. Tapi janganlah kita hipokrit dengan menutup hati kita kepada penghinaan yang orang kita lakukan sendiri, terutamanya pada prinsip-prinsip yang diperjuangkan Islam itu sendiri. Bila pulak masuk lokap dan kena belasah FRU jadi ukuran penentangan ketidakadilan, rasuah dan sebagainya?
Bahagian mana dalam perbincangan anonymous at 1.01 PM dan anonymous at 1.40 PM dan kaki.ayam yang mengatakan kita orang Islam mesti juga menentang penghinaan oleh pemimpin kita sendiri yang rasuah, menyalahguna kuasa, tidak amanah wang rakyat dan lain-lain yang saudara tak setuju? Kalau tak setujupun tak payahlah jawab perbincangan dengan emosional. Macam sesetengah yang mengaku pemimpin Melayu/Islam. Dah tak dapat jawab dengan rasional, panggil orang monyet, goblok, stupid. Sampai bila kita orang Melayu beragama Islam nak berada di tahap ni...?
Bakaq oi! Nak marah, marahlah. Tak siapa boleh tahan. Tapi tentukan keutamaan (priority) hang dulu. Setakat sinis kat Allah ja, tu benda kecik la, kutu bodo oi!










Cantik? Klik 






Saya sejujurnya haram tak marah pasal lagu Negaraku. Aku cuma bengang lirik dia sinikal terhadap muazzin dan kewajipan tutup aurat. Opppss, buang rasuah dulu baru boleh marah anak cina patriotik ni. Nanti kalau lapang ingat nak belajar tulis sajak, nak buat sajak kreatif pasal patung obese yang disalut emas. Kreatif tau brader, bukan hina.
"...Aku cuma bengang lirik dia sinikal terhadap muazzin dan kewajipan tutup aurat...."
Pada pandangan saya, namewee bengang kerana dia tak paham, itu saja. Samalah seperti setengah orang yang bengang kenapa agama lain sembah patung...
kita rasa bengang kerana tak paham, lama lama jadi salah paham...
dia ni, bukannya penyebab kepada segala perselishan diantara kaum di malaysia. sebaliknya, dia ni...mangsa ataupun 'by-product' regime UMNO yang bersifat perkauman...
rapping merupakan cara dia meluahkan segala konflik dalam diri dia...
Kimak ni patut diberi amaran supaya jangan mempermain2kan Negara Ku.
Banyak benda lain untuk dibuat bahan kreatif untuk berseni untuk menyuarakan ketidak puas hatinya.
Saya merasakan mempermaink2kan agama tidak boleh diambil mudah. Ugama kamu adalah ugama kamu. Ugama ku adalah ugama ku. Bumi ini adalah bumi asalnya bangsa/negara islam sejak MErong Mahawangsa mula menerima Islam sebagai undang2 di Kedah tahun 1136.
Kalau baru datang Malaya dari 1830an sebagai balaci British, tak payahlah nak act.
Lagu negara ku seharus merupakan sesuatu yang semacam sacred dan boleh dihormati bersama2 oleh semua rakyat.
Tak payahlah hendak sampai pakai ISA, OSA dan apa jadah sebegini. Kalau benda ini melarat hingga perang, aku tak ada hal melakukan apa yang patut terhadap si kurang ajar dan biadap ini!
Senanglah weh kita cakap mamat ni tak pahamlah, kelirulah, by-productlah. Yelah kita bukannya bilal subuh. Masa bilal tu azan ada antara kita masih dalam junub lagi. Kita tak sahut pun seruan bilal, itu pasal kita tak rasa apa orang panggil dia apa pun. Lainlah kalau dia hina Khairy ka, Husam Musa ka baru kita hangin. Pak Bilal apalah sangat.
Pak Bakaq! selepas baca baru saya tahu saya pun bodoh juga. Apalah nak herankan tentang usik-usik yang baik macam tu. Openlah sikit bukan ka?. Aku teringat masa aku muda-muda dulu masa tu kerja dalam Kapal jaga makan dan tempat duduk semua anak kapal. ada satu mamat ni dia komplen. dia tak mau kongsi bilik dengan satu krew satu bangsa dengan budak negarakuku tu. aku tanya dia apa pasai, ada ka, dia kata dia tak tahan bau taik kering. masa tu akau fikir apalah mamat ni tak bertamaddun betui.Open lah sikit, dah budaya dia macam tu nak buat macam mana.Nak jaga hati.Tapi selepas 20 tahun berlalu kalau akau jumpa si mamat ni balik aku mesti minta maaf banyak-banyak. nak bertolak ansurpun tengoklah tempatnya dulu.kalau sampai kepercayaan kita dimain-mainkan, macam mana. tak kan nak buat macam Aiman, aiman tak kisah. Sekurang-kurangnya kita bagi dia message, yang lain boleh melawak tapi bab agama, NO!.Rasuah, seleweng aku lagi marah tapi kena bukti dulu.Apa! 10 kotak bahan bukti mesti ada.Tapi tak bagi-bagi lagi dok tungguuu.
"Nabi Muhammad dulu buat yang sebaik mengikut ajaran Islam, mana ada Abu Jahal, Abu Lahab hina dia..."
Nabi Muhammad kena hina dll. oleh Abu Jahal dan Abu Lahab pada awal-awal Baginda berdakwah, masa orang Islam belum kuat. Adakah Baginda suruh orang Islam pegi pukul atau balas balik pada Abu Lahab masa tu? Sebaliknya Rasullah berusaha bersungguh-sungguh membina kerajaan Islam dengan berpegangkan prinsip keadilan, amanah dsb. Bila kerajaan adil, tak ada rasuah dll. tak ada lobang untuk orang-orang bukan Islam nak tembak. Lepas tu bila orang bukan Islam masih nak hina, nak aniaya, barulah balas balik. Dah ada kredibiliti nak lawan balik. Bukankah begitu kita sepatutnya? Bukankah kita, iaitu majoriti orang Melayu dan Islam yang mengHALALkan perbuatan rasuah dengan terus menyokong mereka yang nyata rasuah dan tidak amanah? Jadi kita nak marah bila budak sekolah kata kita bangun awal dari ayam, tapi bangsa kita sendiri buat kemungkaran lebih besar dan kebanyakan kita terus sokong, kita tak boleh cakap? Kena sindir lebar panjang sebab kata kita patut beri keutamaan untuk marah pada rasuah daripada marah pada budak cina sekolah tu?
oklah encik anonymous, kita tunggulah PAS menang baru kita declare bahawa azan tak boleh dihina. Tapi ntahlah bilanya, 1999 64% Muslim tolak UMNO/BN tapi PAS tak menang jugak. Agaknya tahun ni geng-geng pekutuk azan ni nak tolong undi PAS kot. Itu yang aku tengok harakahdaily tak banyak sangat ulasan pasal budak cina ni. anwar lagilah. undi cina punya pasal, semua ok. Kutuk Islam lepas tu kutuk pemerintah sikit, pembangkang Muslim tak la bising sangat......
Salam bakaq:
Aku nak buat satu pengakuan di sini. Aku pun bodo piang.
Salah satu tanda Cinta pada Allah swt adalah rasa Cemburu dalam jiwa hambanya. Cemburu jika ada yang mempermainkan atau mempersendakan Allah swt dengan cara apa pun. - HAMKA
Mana cukup cemburu je. Mesti MARAH dan MENGAMUK. Bukankah kita orang MELAYU, pakar amok...Tapi benda mugkar lain, kita tolak ansur...
Pasai apa Melayu ni sibuk sangat.
Lagu Negaraku tu lagu kebangsaankan?.
Kalau lagu kebangsaan, semua bangsalah kena pertahankannya.
Kerana Cina dan Hindu tidak anggap ini satu penghinaan. kenapa Melayu pulak lebih-lebih.