Sedap!! Klik gambar di atas!

Mari, mari, mariiii! (II)

Anonymous (Tuesday, August 14, 2007 3:58:00 PM) berkata:
Nabi Muhammad kena hina dll. oleh Abu Jahal dan Abu Lahab pada awal-awal Baginda berdakwah, masa orang Islam belum kuat. Adakah Baginda suruh orang Islam pegi pukul atau balas balik pada Abu Lahab masa tu? Sebaliknya Rasullah berusaha bersungguh-sungguh membina kerajaan Islam dengan berpegangkan prinsip keadilan, amanah dsb. Bila kerajaan adil, tak ada rasuah dll. tak ada lobang untuk orang-orang bukan Islam nak tembak. Lepas tu bila orang bukan Islam masih nak hina, nak aniaya, barulah balas balik. Dah ada kredibiliti nak lawan balik. Bukankah begitu kita sepatutnya? Bukankah kita, iaitu majoriti orang Melayu dan Islam yang mengHALALkan perbuatan rasuah dengan terus menyokong mereka yang nyata rasuah dan tidak amanah? Jadi kita nak marah bila budak sekolah kata kita bangun awal dari ayam, tapi bangsa kita sendiri buat kemungkaran lebih besar dan kebanyakan kita terus sokong, kita tak boleh cakap? Kena sindir lebar panjang sebab kata kita patut beri keutamaan untuk marah pada rasuah daripada marah pada budak cina sekolah tu?
Biasanya saya tak jawab sangat komen-komen dalam blog ini. Saya boleh juga menerima perbezaan pendapat.

Tetapi saya tidak boleh menerima pandangan berbahaya yang mendorong umat Islam supaya meninggalkan nahi munkar semata-mata kerana kita belum lagi habis berlawan dengan dengan penagih-penagih rasuah, diskriminasi, penyelewengan atau apa sahaja yang seburuk itu.

Saya tidak boleh menerima pandangan berbahaya yang mendorong umat Islam supaya membiarkan sahaja sesiapapun mempersendakan Allah, Islam, Nabi Muhammad dan segala kepercayaan kita semata-mata kerana kita belum berupaya membina kerajaan Islam dengan berpegangkan prinsip keadilan, amanah dan sebagainya.

Ya, adakah Nabi Muhammad s.'a.w.w. pergi pukul atau balas balik Abu Lahab pada masa itu?

Saya juga ingin bertanya, adakah nahi munkar yang dilakukan oleh Nabi Muhammad terkurung dalam skop pergi pukul dan balas balik sahaja? Adakah meneruskan kerja da'wah yang melarang orang jahiliyyah meneruskan cara hidup mereka bukan nahi munkar? Adakah pembebasan hamba abdi di zaman Makkiyah bukan satu tindakan nahi munkar?

Adakah Nabi Muhammad begitu selektif dalam melaksanakan nahi munkar?

Adakah saranan itu bermakna kita harus berdiam diri, senyum dan tepuk bahu mereka yang mempersendakan Islam semata-mata kerana kita belum membina kerajaan Islam dengan berpegangkan prinsip keadilan, amanah dan sebagainya, semata-mata kerana tak habis lagi kerja kita menghapuskan rasuah, kezaliman, kemungkaran, diskriminasi atau apa sahaja yang seburuk itu?

Adakah kita mesti membatukan diri kita jika ular-ular kecil mematuk kaki kita semata-mata kerana kita belum dapat membunuh ular yang besar? Adakah kita perlu menanti sehingga sudah besar ular kecil yang suka mematuk itu barulah kita pukul atau bunuh dia?

Betulkah begitu ajaran Nabi Muhammad? Atau ajaran tok guru yang tak henti-henti memakai pengenalan Anonymous dalam blog ini sejak 12 Ogos 1.01 PM.

Kalaupun tidak beratus-ratus kali, dah berpuluh kali saya jumpa line of argument yang cliche dan haprak seperti itu. Bagi saya, ia merupakan pemikiran yang sangat berbahaya. Saya sangka, dengan kemajuan ilmu, sudah tidak ada lagi orang yang terperam dan berulat dengan jalur pemikiran seperti itu.

Tok Guru yang memakai pengenalan Anonymous mungkin seorang ilmuan, sarjana, intelek, pemilik ijazah atau apa sahaja yang hebat-hebat. Saya tidak pasti. (Alahai Professor/Dr/Tuan! kutu bodo macam saya pun tidak pakai jalur pemikiran seperti itu!)

Yang saya pasti ialah dia jenis orang baik. Dia tidak berhujjah dengan kasar seperti saya. Saya memilih untuk berkasar dengannya sebab saya yakin beliau seorang Islam. Saya tidak boleh menerima orang Islam yang mempunyai pemikiran sedemikian dan memperomosikan pula pemikiran seperti itu.

Kalau dia bukan Islam, saya tidak marah sangat. Seingat saya, saya tidak berkasar hatta dengan Wee Meng Chee sekalipun. Kepada mereka yang kenal bakaq, kalau setakat tulis macam itu memang tidak kasar. Saya hanya menulis dengan sinis sahaja. Meng Chee sinis, saya pun sinis jugalah. Hanya tit for tat.

Tetapi saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk menjadikan umat Islam lembu kenyang yang tak peduli apa-apa pun semata-mata (kononnya) kerana mereka belum membina kerajaan Islam dengan berpegangkan prinsip keadilan, amanah dan sebagainya, semata-mata kerana tak habis lagi kerja mereka atau mereka belum lagi menghapuskan rasuah, kezaliman, kemungkaran, diskriminasi atau apa sahaja yang seburuk itu.

Bukankah berdiam diri itu tak ubah seperti jemputan supaya orang lain menghina kepercayaan kita yang suci? Tidak cukupkah para pemimpin Umno dan puak larak mereka mengajar orang-orang bukan Islam menghina Islam secara terbuka? Adakah kita juga mahu menurut jejak pembesar-pembesar yang jahat itu?

Nak nanti dulu? Nanti apa?

Pernahkah dunia ini bersih sebersih-bersihnya dari rasuah, kezaliman, kemungkaran, diskriminasi atau apa sahaja yang seburuk itu? Pernahkah berlaku semua orang Melayu dan umat Islam di Malaysia ini tanpa kecuali seorang pun bangkit menentang rasuah, kezaliman, kemungkaran, diskriminasi atau apa sahaja yang seburuk itu? Dan, jika beratus-ratus tahun lagi barulah kita dapat membina kerajaan Islam dengan berpegangkan prinsip keadilan, amanah dan sebagainya, adakah sepanjang tempoh itu kita mesti menjadi lembu kenyang?

Alahai... lembu kenyang pun mengibas-ngibaskan ekornya menghalau nyamuk dan agas!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. MCA terima permohonan maaf Namewee dalam suratkhabar hari ni. Bagusla tu kutuk Islam minta maaf kat bukan Islam. Permohonan maaf diterima oleh MCA, biasalah dia silap, kreatif, muda dan tak matang dsb. Mulai hari ini jangan siapa tangkap Mat Rempit: depa pun tersilap langkah, kreatif, muda dan tak matang. Boleh begitu?

  2. Salam bakaq dan Anonymous.

    Sebarang kemungkaran mesti ditentang, mengikut kadar yang termampu oleh semua Muslim. Penghinaan MC Wee adalah atas syariat iaitu 1)-menutup aurat dan kedua 2)- azan.

    Apa lagi yg menghina syariat adalah dari kafir musyrikin.

    Kegelojohan kepimpinan yg beragama Islam sehingga menggalakkan rasuah,penyelewengan dan tidak amanah juga mesti ditentang. tetapi degree kemungkaran dari 2 pihak ini tidak sama.

    Kafir musyrikin tersebut mempersendakan Islam dan disiar ke serata dunia dan di tertawakan. Maruah Islam tercabar di sini. Adakah kita hanya mahu melihat dan dok diam saja. Bagi saya itu bacul.

    Kemungkaran kepimpinan buat masa ini mesti di tentang dengan usaha merubah sikap mereka atau pun merubah kepimpinan lain yang kita rasa dan yakin boleh lebih amanah kepada kuasa dan lebih mentakuti ALLAH.
    Dalam hal ini, pendidikan kepada kaum Muslim perlu di pertingkatkan agar memahami tugas dan tanggungjawab melawan dan mencegah mungkar.

  3. salam pak bakaq
    takpa kot. yg hina islam ialah yg bukan islam. yg mohon maaf pun adalah depa.
    yg kalut pi buat repot hari tu ialah mike tyson. tak dengak cerita dia pi repot tentang hal ni pula. hari tu dia kalut bab hina agama dan agong.
    tak pa kot. dia bangun tidur jam 9 atau 10 pagi la kot. tu yg dia tak paham apa dia ayam kokok, apa dia azan, apa dia telekong. tak pa kot.
    kes-kes sosial - mengandung luar nikah pun ramai budak-budak belasan tahun. tak pa kot. yang curi, rompak, rogol, menyamun, dadah, daun ketum pun ramai budak-budak bawah 18 tahun. tak pa kot tak pakai undang-undang. hak bini dok sakit, dia pi terkam pompuan lain. hak tu pun tak pa kot. rasuah pun tak pa kot. bab agama islam di malaysia, tak pa la kot. mahkamah syariah takdak kuasa, tak pa la kot. tak pa ehh..

  4. Tak terfikir pada mulanya pandangan saya mencetuskan berbagai reaksi sehingga tuanpunya blog yang seperti katanya jarang menjawap komen sanggup meluangkan masa menjawap begitu panjang lebar. Tapi kemudian faham bahawa beliau merasa bertanggungjawap menangkis pandangan yang baginya 'merbahaya, cliche dan haprak'. Begitu senang melabel dan memperkecilkan pemikiran dan pendapat yang mungkin telah menyentuh zon selesa yang dinikmati selama ini. Bukanlah saya ni Tok Guru, intelek, ilmuan atau apa-apa yang hebat-hebat tu. Tapi saya juga tidak akan mengaku diri sebagai 'kutu bodo' yang pada pendapat saya satu sifat rendah diri tak bertempat sesetengah orang Melayu.

    Pandangan saya untuk orang Melayu dan Islam untuk membetulkan prioriti perjuangan bukan bermakna menutup mata pada penghinaan yang nyata. Cuma janganlah Kita jadi kaum hipokrit yang cepat nak menghukum orang lain tapi lambat atau mengambil sikap tidak apa bila bangsa sendiri yang melakukan kesalahan. Tanpa disedari kebanyakan kita sudah jadi 'lembu kenyang' (pinjam istilah tuanpunya blog), malas nak berganjak, mahu kekal 'status quo', biarkan sahaja perkara-perkara yang berlaku di atas sana asalkan zon selesa kita, pandangan dunia kita tidak di kacau. Tapi dimasa yang sama kita perlu menyakinkan diri bahawa kita ini juga pejuang yang membela bangsa dan agama. Bila peluang muncul di depan mata cepat kita bangkit untuk melawan untuk meyakinkan diri kita bahawa kita telah menjalankan tanggungjawab. Bak kata tuanpunya blog, lembu kenyang pun mengibas-ngibaskan ekornya menghalau nyamuk dan agas. Tak kisah yang dia duduk dalam lumpur kotor. Malas nak bangun, dah selesa. Tapi nyamuk dan agas kita kibas sebab kita besar dan serangga kecil tu senang nak lawan.

    Memang benar agaknya kata sesetengah orang iaitu untuk terus relevan, gulungan Melayu atasan yang berkepentingan masa kini mesti memastikan tahap pemikiran masyarakat Melayu dan Islam hanya terdorong kepada isu-isu yang lebih merupakan 'symptom' tanpa menyelesaikan punca masaalah atau isu-isu pokok. Mereka yang memberi perspektif yang berbeza di anggap merbahaya. Malas nak fikir jauh-jauh, hentam sajalah budak cina tu. Kita reda dengan keadaan yang memungkinkan perbuatan itu kerana ia susah di ubah. Tak apa kita tak bergerak dan orang lain maju kedepan, sebab kita akan terus menjadi Tuan di bumi ini, dahulu, sekarang dan selama-lama nya.

    Maaf, tidak menjadi niat saya untuk menghancurkan suasana harmoni dan selesa blog ini. Nanti kena label 'cyber trooper' pulak...Lepas ni tak payahlah lagi saya mempromosikan pandangan 'merbahaya' ini.

  5. wah, apa agaknya yang encik anonymous dah buat untuk menghukum bangsa sendiri yang melakukan kesilapan? demonstrasi? mengundi? menulis buku? melatih laskar revolusi?
    Kalau mengomen pun setakat anonymous, sorry to say la memang haprak pun pendapat kamu yop.
    Pernah dengar hadis daripada Bukhari daripada anonymous daripada anonymous daripada anonymous daripada Umar Al-Khattab, Rasulullah bersabda....
    Takut kena label cyber trooper, maka berhenti dari berdiskusi. Bukan takut dipenjara ka, diISA ka. Takut dipanggil cyber trooper je. Lalu bagaimana anda mengharap kami menerima kebenaran yang anda perjuangankan separuh hati?

  6. Walaupun saya tak tau Sdr/i sapa, saya memohon maaf kepada yang memakai pengenalan Anonymous yang saya tak setuju pandangan Sdr/i. Saya memohon maaf kerana kekasaran bahasa saya.

    Saya rasa ginilah senang, kita jangan kiralah besar ka, kecik ka, orang tua ka, budak baru aqil baligh ka. Kalau tak betui, kita cegah atau kita lawan.

    Harap-harap jangan lagi sesiapa pun bersikap selektif dalam berlawan. Jangan berlawan secara berpilih.

    RasuluLlah s.'a.w.w. sendiri menyatakan kalau anak dia mencuri sekalipun dia akan hukum.

    Bagaimanapun, kalau yang memakai pengenalan Anonymous lebih selesa berlawan dengan besar-besar sahaja, saya tidak ada halangan.

    Sekurang-kurangnya berlawan.

    Sekali lagi, saya memohon maaf.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008