Sedap!! Klik gambar di atas!

Dia yang pukul aku, dia pula yang menangis

Malaysiakini melaporkan Namewee yang tak sengaja mengadu dan menuduh laporan akhbar Melayu sebagai punca kontroversi yang melanda diri dan keluarganya. Beliau mengadu, akhbar tersebut juga telah memfitnahnya dan mengakibatkan tekanan terhadap keluarganya.

Kesian dia apabila dia mengadu bahawa
orang Melayu mahu mengebom keluarganya, membakar rumahnya, membunuh ahli keluarganya dan lain-lain. Wah, dah maju rupa-rupanya orang Melayu. Dah boleh main bom rupa-rupanya.

Kutu Melayu (tak ada bom la!) dan blogger cikai ini teringat kata-kata dalam bahasa Arab yang selalu diucapkan oleh Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor(mudah-mudahan limpahan kasih sayang dan belas kasihan Allah s.w.t. kepadanya). Kata-kata tersebut berbunyi, "Dharabani wa baka, zolamani washtaka".

Dia yang pukul aku, dia (pula) yang menangis. Dia yang menzalimi aku, dia (pula) yang mengadu.

Tapi, fikir-fikir balik tak apalah. Sebanya,
Wee Meng Chee yang disebut oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai sebagai patriotik mempunyai niat yang baik ketika membuat video tersebut. Sebab itulah beliau tidak menyesal.

Hey, jangan tuduh sesiapapun menghina Islam. Kan orang lain dah kata, tak ada apa-apalah! Mana ada hina Islam. Wahai aku yang bodoh dan bangang, mana ada hina azan, hina Islam! Kan kutu tak boleh faham apa-apa! Janganlah berlagak seolah-olah kutu boleh membaca apa yang tersirat.

Diamlah, kutu!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. aku tak tau apa nak cakap,tapi bagi aku budak ni tetap buat salah. Bagi kami orang Islam mempersendakan walaupun sedikit tentang Islam sudah cukup untuk membuat darah naik. kalau setakat nak kutuk lagu tak jadi apa-apa. Nasihat saya ialah jangan cuba nak kutuk mana-mana Agama sekalipun. kalau tidak suka sesuatu carilah altenatif lain yang lebih sesuai. Apa yang budak ini buat hanya akan mengundang lebih banyak keburukan dari kebaikan. So you reap what you sow man!

  2. Mengapalah kita ni orang Melayu/Islam, orang lain cakap yang tak sedap sikit cepat-cepat kita nak melenting. Adakah pegangan dan kepercayaan kita pada Islam dan keyakinan kita sebagai orang Melayu begitu rapuh sekali sampai tak boleh orang lain salah cakap sikit, terus nak emotional. Dia tu bukan orang Islam, tak akan dia peduli sangat. Cuba kita cermin diri kita ni yang Islam, yang beriya-iya nak mempertahankan Islam. Orang nyanyi 'hina' sikit marah, kata dia memperlekehkan Islam. Pemimpin Islam kita rasuah dan menyalahgunakan kuasa, kita terus sokong, terus undi. Tengok survey baru-baru ni. 80% orang Melayu terus sokong walapun terang-terang salahguna kuasa, rasuah, melaga-lagakan rakyat dsb. Rasuah, salahgunakusa tu tak menghina Islam? Takkan lah tak nampak. Itulah akibatnya bila asyik menganga baca berita-berita propaganda Berita Harian, Utusan atau RTM saja. INI NAMANYA YANG MEMPERTAHANKAN Islam? Benda kecik kita bising, hal-hal pokok yang diperjuangkan Islam (contoh: keadilan, kebajikan sesama manusia, kepimpinan bersih) kita buat tak tahu. Toleransi kita orang melayu dan Islam terhadap perbuatan-perbuatan haram pemimpin-pemimpin kita terlalu melampau sehingga kita tak sedar KITALAH sendiri yang MENGHINA Islam. Kalau kita orang Melayu/Islam buat yang sebaik mengikut ajaran Islam, orang tak akan cakap kotor tentang kita. Kalau cakap pun, orang lain tak peduli. Kita pun tak melenting macam tu. Kita yakin. Adakah mungkin benda yang dia cakap tu benar dan kita tak dapat nak nafi, jadi kita rasa tergugat, nak terus menyerang? Kalau benar, soalannya ialah siapa yang tergugat? Kita orang ramai ke, atau mereka yang mempunyai kepentingan peribadi yang kritikan terkena batang hidung? Kita orang ramai tak payahlah nak ikut sama.

  3. Kita tak rasa malu ke? Cakap sikit melenting. Orang nyanyi sikit marah. Gwen Stephanie nak buat concert, kita naik angin. Orang lain pendapat sikit dah hunus keris, nak mengamuk. Tapi bab-bab pemimpin rasuah, hal-hal jenayah meningkat dan pemimpin buat tak peduli, rakyat miskin sampai mati sebab tak dapat bayar letrik, pemimpin Islam asyik mengumpul harta, pergi melancung makan angin pakai duit rakyat, rasmi ini rasmi itu kerana nak dapat nama, ini semua kita tak kish, tak anggap hina Islam. Pelik bangsa kita ni.

  4. gajah didepan mata kita tak nampak, kuman diseberang jalan....

    rasuah and salahlaku kerajaan kita boleh maafkan...kerana yang buat tu orang muslim, yang taat sembahyang 5 kali sehari...

    diskriminasi yang berlaku dan sedang dilakukan atas alasan agama and bangsa boleh diterima, kerana yang terima padahnya bukan orang se-agama

    tetapi.....JANGAN sekali kali mereka yang kafir nak mengkritik orang muslim, kerana itu dikira penghinaan keatas Islam. Itu tak boleh diterima...

    kerana metaliti seperti penulis blog inilah, kerajaan, dengan senangnya memperalatkan orang melayu atas alasan perjuangan suci demi agama dan bangsa.

    ingat, hilangnya hormat kita keatas agama islam, bukan kerana apa yang dilakukan oleh orang orang seperti namewee,...sebaliknya hilangnya hormat kita kepada islam adalah atas apa yang dibuat oleh muslim muslim di kalangan kita.

  5. 1.01 PM dan anonymous at 1.40 PM dan kaki.ayam (mungkin org yg sama sebab nampak komited sangat),

    Kalau ya pun nak membunuh sensitiviti umat Islam, carilah alasan yang sedap sikit. Gunalah otak sikit. Alasan cliche kelas murahan yang kamu pakai terlalu haprak utk membunuh sensitiviti org Islam.

    Macamlah dia tu lawan sangat segala kejahatan kerajaan BN! Dah berapa kali masuk lokap? Dah berapa kali bergasak dan kena belasah dgn FRU? (sekurang-kurangnya perkara-perkara seperti itu dulu di Malaysia).

    Benda yang kamu anggap kecil pun kamu tak nak buat, tak payah cakaplah benda besar.

    Apa pun, selamat meneruskan percubaan membunuh sensitiviti umat Islam. Moga-moga satu hari kamu dapat apa yang kamu nak sangat!

  6. Saudara Penarik Beca,

    On the contrary, apa yang dikatakan ialah supaya kita orang Islam mesti lebih sensitif pada isu-isu penghinaan agama. Tapi jangan memilih-milih isu yang senang nak menyerang orang lain tapi kita terus tutup mata/hati pada perbuatan-perbuatan pemimpin Islam sendiri. Sensitiviti kita orang Islam mestilah kena pada tempatnya. Tak apa kita sensitif bila orang bukan Islam menghina agama kita. Tapi janganlah kita hipokrit dengan menutup hati kita kepada penghinaan yang orang kita lakukan sendiri, terutamanya pada prinsip-prinsip yang diperjuangkan Islam itu sendiri. Bila pulak masuk lokap dan kena belasah FRU jadi ukuran penentangan ketidakadilan, rasuah dan sebagainya? Bahagian mana dalam perbincangan disini yang mengatakan kita orang Islam mesti juga menentang penghinaan oleh pemimpin kita sendiri yang rasuah, menyalahguna kuasa, tidak amanah wang rakyat dan lain-lain yang saudara tak setuju? Kalau tak setujupun tak payahlah jawab perbincangan dengan emosional. Macam setengah-setengah yang mengaku pemimpin Melayu/Islam. Dah tak dapat jawap dengan rasional, panggil orang monyet, goblok, stupid. Sampai bila kita orang Melayu beragama Islam nak berada ditahap ni...?

  7. Menyamakan seruan muazzin subuh macam penyanyi R&B, bangun lagi cepat dari ayam, perempuan membungkus kepala itu pun kita tak berhak nak marah. Kita marah penghinaan dia bukan bermakna kita menghalalkan rasuah dll. Itu bab lain daaa....

  8. calm down my friend... calm down...

  9. Nak marah, marahlah. Tak siapa boleh tahan. Tapi tentukan keutamaan (priority) kita dulu. Takkanlah kita nak melenting tiap kali orang buat rap, buat kartun, buat lawak pasal Islam. Cuba kita betulkan kepimpinan kita dulu. Kalau kita menjerit kerana orang kata kita bangun lebih awal dari ayam, kita patut memekik 10 kali lebih kuat terhadap pemimpin2 Islam yang rasuah. Sekurang-kurangnya tunjukkan kita tak merestui perbuatan mereka melalui peti undi. Kalau pemimpin2 Islam kita dah mentadbir negara dgn baik dan adil, orang-orang bukan Islam tak ada sebab nak mencaci kita. Kalau masa tu dia masih nak hina, maka kita ada sebab kukuh untuk serang balik. Sekarang ni kita kurang 'moral standing' selagi kita orang Melayu/Islam dilihat merestui perbuatan2 yang terang2 bercanggah dgn apa yang kita canang-canangkan tentang Islam.

  10. This comment has been removed by the author.
  11. Salam Pak Bakaq, kena betulkan tajuk dulu - "orang lain buat salah pak Bakaq pula yang kena hentam"

  12. " 1.01 PM dan anonymous at 1.40 PM dan kaki.ayam (mungkin org yg sama sebab nampak komited sangat), "

    kenapalah anonymous ni tak tulis nama. sampai penulis blog pulak syaki yang kita ni sama...

    cik bakaq, jemputlah datang ke blog saya. melalui penulisan saya, jelaslah saya ni bukannya muslim...

    penulisan anonymous pulak, menunjukkan yang dia ni muslim, jenis yang saya respek...

    masa kita membuat komen tu berdekatan kerana pandai sangat cik bakaq gunakan perkataan malaysiakini...sampai nama blog ini terpapar kat malaysiakini sepanjang hari ahad...

    apa yang namewee lakukan tu, sememangnya menyinggung perasaan kebanyakan muslim. itu saya paham. dan saya rasa dia patut lebih menghormati agama lain. pada masa yang sama, saya juga respek kebebasan dia menyuarakan pendapat dan pendirian peribadi beliau...

  13. on the other hand, that was just a young chap whose mind may not have matured yet thus the blunder

    learn to forgive

  14. Seorang muslim yang tak tahan dengan 'mindset' sesetengah orang Melayu/Islam yang marah pada satu penghinaan tapi rasa ok atau buat tak peduli pada hal2 kemungkaran yang lebih besar. Makna 'buat tak peduli' termasuk juga sokong mereka2 untuk terus memimpin.

  15. Namewee and Khairy tu sama saja... dua2 ego and cari publisiti murahan... yg riuh satu Malaysia...what a joke...HAHAHAHAH

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008