Apabila beberapa orang mufti dan ulama menegur (berated?) Sharifah Amani kerana membotakkan kepalanya, bersembur-sembur datang sindiran, ejekan, perlecehan, kutukan dan entah apa lagi terhadap teguran itu.
Saya tidak mahu bercakap soal hukum agama kerana saya jahil, walaupun, rasanya, bukanlah jahil murakkab.
Saya hanya ingin bertanya tentang kebebasan. Adakah mufti dan ulama tidak mempunyai kebebasan bersuara sehingga apabila mereka bersuara sahaja, tanpa bertangguh lagi mereka disindir, diejek, diperleceh, diperlekeh, dibantai dan dihina? Adakah para mufti, ulama dan mereka yang bercakap mengenai penghayatan Islam merupakan pariah-pariah yang mesti ditendang-terajang mulut mereka setiap kali mereka bersuara? Adakah amar ma'ruf nahi munkar kini tersenarai sebagai salah satu jenayah terbesar dalam perundangan mereka?
Adakah mereka yang menyokong si botak sahaja yang mempunyai kebebasan bersuara? Adakah kebebasan atau freedom merupakan perkara terlarang kepada para mufti dan ulama? Adakah apabila mereka bersuara, mereka mesti dikerjakan cukup-cukup oleh self-appointed freedom accreditors? Maklumlah, dalam soal kebebasan dan open-mindedness, mereka lebih suci dari semua orang. Mesti menepati piawaian mereka. Mesti dengar cakap mereka. Holier than all, faham?!!
Satu-satu ulasan yang saya sokong ialah ulasan Arif Abdull.
Maksud jahil murakkab: Orang tersebut mempunyai sedikit ilmu yang diyakininya dengan bersungguh-sungguh sedangkan ilmu itu salah. Oleh yang demikian, dia tidak menyangka pula dirinya masih jahil. Dengan ilmu yang sedikit itulah yang menyebabkannya berkeyakinan dengan jazam atau tetap lagi bersungguh-sungguh, sehingga boleh membawanya kepada sesuatu tindakan yang dilakukannya berdasarkan keyakinannya itu. Akan tetapi apa yang diyakininya itu, dan diikuti dengan apa yang dilakukannya itu, tidak menepati atau muwafaqat dengan hal atau perkara yang sebenar. Inilah jenis orang yang kita katakan "jahil tetapi tidak mengetahui dirinya jahil".

Cantik? Klik 

Kebebasan bersuara tidak bermaksud kebebasan daripada dikritik. Jgn disalah ertikan kebebasan bersuara.
Apabila seseorang itu tak boleh dikritik, di situlah kebebasan mati.
encik bakaq,
saya bersetuju dengan pendapat dan argumen ini. btw, saya suka analogy 'masuk tentera-sign in-sign-out'. ;-)
tulisan ini amat humble.. dan saya senang membaca nya.. bukankah berdakwah dengan hikmah adalah jalan yang terbaik??
tapi terpulang pada yang membaca