Datuk
Salinan komen saya dalam posting Datuk A Kadir Jasin bertajuk "Be Fair, So What’s the Bumi Share?"
Salinan komen saya dalam posting Datuk A Kadir Jasin bertajuk "Be Fair, So What’s the Bumi Share?"
Datuk
Semalam saya belajar apa itu ketuanan Melayu (saya tak pernah percaya pun auta ini!), keadilan, muhibbah, kejujuran, macam-macam!
Sementara dipanggil oleh mana-mana institusi pengajian selepas mendapat keputusan SPMnya, anak saya mencari kerja sementara.
Dia memang dah kerja sementara tetapi terus mencari gaji yang lebih baik.
Baru-baru ini dia berjumpa satu iklan dari Samsung yang memanggil untuk walk-in interview.
Bagai biasa, anak saya memperkenalkan dirinya, "This is Muhammad Baqir speaking. I want to inquire...."
Dengan jelas anak saya menyatakan namanya Muhammad Baqir dan pihak yang menjawab telefon mengarahkan beliau datang untuk ditemuduga di Tingkat 11, Bangunan Amcorp Mall.
Anak saya mengambil cuti untuk menghadiri temuduga dan saya sendiri yang menghantarnya ke stesen LRT di Taman Melati dalam kawasan Gombak ni.
Untuk ke Amcorp Mall, lebih mudah dan lebih selesa naik LRT.
Bila anak saya balik, saja-saja la saya tanya, "Macam mana?"
"Tak interview pun. Dia tak nak orang Melayu. Dia cakap nak orang yang pandai cakap Cina ja..."
Saya terus naik marah. Marah sungguh-sungguh.
Bukan kerana mereka melakukan diskriminasi. Saya tahu, meletakkan syarat boleh berbahasa Cina adalah cara diskriminasi yang hanya dilindungi dengan smokescreen sahaja.
Lantak pi lah! Company depa, suka hati depalah nak diskriminasi siapa pun. Depa banyak duit, buatlah company banyak-banyak dan jangan bagi langsung orang Melayu kerja dalam company depa. Lantak hampalah, company hampa.
Saya tak akan komplen seperti Aisehman, antara lain, dalam postingnya What A Load Of Motherfucking Bullshit
Tetapi saya marah kerana dua sebab.
Mengapa dalam iklan tidak dinyatakan mesti boleh berbahasa Cina?
Ketika anak saya memperkenalkan dirinya bernama Muhammad Baqir, tentulah yang mempunyai nama Muhammad Baqir umumnya bukan berbangsa Cina dan tidak tahu berbahasa Cina.
Mengapa ketika anak saya menelefon untuk menghadiri temuduga itu tidak dinyatakan syarat boleh berbahasa Cina, kalaupun tidak dinyatakan dalam iklan?
Mengapa siap bagi alamat tempat untuk ditemuduga dan membiarkan anak saya datang ke temuduga pekerjaan yang mensyaratkannya boleh berbahasa Cina?
Adakah anak saya yang salah kerana tidak bertanya adakah pekerjaan dalam Samsung itu mensyaratkan dia mesti berbahasa Cinakah?
Adakah budak itu yang menganiayai dirinya sendiri kerana tidak bertanya adakah mesti tahu berbahasa Cina untuk hadir ke temuduga Samsung itu? Sedangkan, di dalam iklan tidak dinyatakan perkara itu.
Tanpa berpura-pura sedikitpun, saya sudah jenuh menulis dan bercakap bahawa negara ini negara kita semua, rakyat Malaysia. Saya bercakap dari hati. Saya tidak perlu berpura-pura.
Sama seperti kali ini, saya tidak pernah takut menyatakan suara hati saya.
Walaupun saya sangat sakit hati, saya selalu mengelakkan apa jua serangan terhadap setan-setan chauvinis diskriminatif itu kerana tidak mahu yang lain pula terasa hati. Saya tidak menyerang chauvinis Cina kerana tidak mahu orang Cina yang lain yang tidak bersalah akan terasa hati pula.
Saya tak cakap atau tulis apa-apa kerana suara hati saya melarangnya.
Tetapi mulai hari ini, suara hati saya tidak boleh bersabar lagi terhadap sesiapapun yang saya lihat akan merosakkan keharmonian negara ini.
Tidak kira siapa pun mereka - chauvinis dari bangsa apa pun dan dari agama mana pun.
Saya tidak ada cita-cita politik. Saya boleh apa saja yang saya suka untuk mempertahankan hak demokratik saya, keluerga dan kawan-kawan saya supya tidak ditipu atau dianiaya oleh sesiapapun.
Kalau mereka fikir demokrasi memberikan hak kepada mereka untuk menipu dan menganiaya, saya juga ada hak demokratik saya untuk menentang penipuan dan penganiayaan mereka ke atas diri saya, keluarga saya dan kawan-kawan saya.
Saya akan melakukan apa sahaja yang saya suka hanya terhadap orang yang mempermainkan serta menganiayai orang lain.
Kalau Melayu kaya menganiayai Cina miskin atau India miskin, Melayu kaya itulah musuh saya!
Hey you, discriminative chauvinists! You have a lot of money. Go ahead and flood this country with your discriminative companies.
But, if you continue your practice of deceiving innocent and unsuspecting people, I will continue speaking and writing against you!
(Tambahan yang tidak ada dalam komen tersebut: Selepas berhenti kerja dengan kerajaan pada tahun 1983, saya tidak pernah berkerja dengan mana-mana firma atau syarikat bukan Melayu, jauh lagi yang diskriminatif. Saya terus hidup, sihat dan makan dengan kenyang. Insya Allah, saya akan mendidik anak saya melakukan perkara yang sama.).
Yang terkini di blog-blog lain






















Cantik? Klik 

dan nyanyian lama puak2 ini ialah kami dianaktirikan kerana bangsa kami (we are openly discriminated cos' of our race ie Chinese) tapi cuba cakap berapa peratus Melayu yang boleh hidup kaya raya macam mereka...peratus diskaun rumah2 yang mahal itu mampukah melayu beli?Mereka kata ramai melayu tak layak masuk universiti/biasiswa kerajaan..mereka kirakah berapa ramai melayu yang layak TAK DAPAT masuk universiti kerana tiada 'cable' untuk menyumbatkan mereka?
Jika inilah cara mereka 'pay back' apa yang mereka kira sebagai diskriminasi kaum...saya ingin bertanya siapakah yang lebih racist???
Keep on writing about discriminations on Malays cos' no literature has done this.Dunia di luar sana terlalu dilonggokkan oleh suara2 berat sebelah ini kerana orang melayu tidak pandai menulis/bercakap di dalam bahasa Inggeris.Yang pandai itu pula menyokong kerana mereka tidak pernah miskin jadi human rights itu menjadi slogan mereka.
Tulis tentang segala bentuk diskriminasi, bukan saja diskriminasi against malays, sebab orang melayu lah yang paling ketara mendiskriminasikan bangsanya sendiri.
Contoh 1:(Ini bukan rekaan) Dalam bilik mesyuarat yang penuh dengan kontraktor kelas F, terdengar satu soalan dari meja orang penting di depan "Sapa sini bukan ahli UMNO buleh keluaq". Kat orang macam ni kah orang melayu nak sandarkan harapan untuk membela mereka. Bukan depa mintak duit saja, depa nak kerja. Orang yang disuruh keluaq ni la yang betoi2 nak buat sendiri bukan nak bagi kat baba.
Contoh 2: Tahniah, En. Mat Ali, kontrak yang en. dapat ni bernilai 3 juta. Eh, mai sini sat. Hang sub kat baba ni. Eh, pasai apa pulak aku nak sub, aku nak buat sendiri. Hang gila ka? Mana hang nak dapat supply hang?
Kalau Melayu diskriminasi (memang depa diskriminasi pun) hentam depa. Kalau Cina or India diskriminasi, hentam depa jugak, then you can sleep with your conscience clear and eyes shut.
Open Discrimination - Yes, Bakaq, it's an open secret - a tit-for-tat response probably. Sorry to hear you son being "humiliated" like that. Kalau dah tau, kenapa tak cakap teang-terang. Saja nak aniaya orang ni, sabaq jer lah..
Chegu K-T-N- is right, ANY form of discrimination is bad -so let's us fight it in whatever shape of form. Sadly, as Melayos, we are our own worst enemy.
As for me, saya dah lama hampa dengan situasi di tanah air tercinta that I chose to work outside as an expatriate; where believe it or not, I am more fairly treated. It's been almost ten years already, and I doubt, even as a Melayo, if I can ever survive in the Malaysian workplace... Now, if only I were a racist..
Makasih Bakaq for highlighting this episode.
Salam bakaq:
Diskriminasi ada dalam banyak bentuk.Ada diskriminasi antara kaum,antara parti politik,antara ugama,antara negeri kelahiran,antara daerah,antara keturunan dan marga.
orang yg berilmu diskriminasi yg jahil.yg berugama diskriminasi pada yg tak sealiran, etc2.
Aku dah rasa didiskriminasikan sejak tingkatan satu.Masa peperiksaan penilaian dulu boleh tahan la juga.Masa tu tahun 73 dapat 4A1B.Sebagai anak prebet kira okay lah.Masa tu di KE 2 ada 4 orang dapat 4A1B.Jadi tak dapat ke sekolah asrama penuh sebab dikira sebagai sekolah bandar walaupun ramai student di KE anak orang susah(bakaq mmesti tau punya).Dah lah tak dapat masuk sekolah asrama,ke sekolah yg okay di Taiping pun tak dapat(KE VII).Tapi sebaliknya aku di hantaq ke sekolah LSS(lower secondary school).Nama sekolah pun LSS( skg dah ada nama)
Mak pak aku walaupun orang kampong tapi depa mau anak2 berjaya.Masa 1st term di LSS,makpak aku usaha naaik turun pejabat pelajaran utk boh aku di sekolah yg berjenis sikit la(LSS dulu terkenal dgn sekolah gangster dan kaki bertumbok).Bila 2nd term aku di hantaq baalik ke Kedah utk sekolah di SAHC.
Lepas aku kerja baru makpak aku pecah rahsia macamana aku pi sekolah di Kedah.Rupanya masa deoa dok naik turun pejabat pelajaran, orang di perak kata aku tak masuk asrama di perak sebab aku bukan anak Perak.Sebab aku dilahirkan di Kedah jadi tak boleh masuk asrama di Perak.walaupun dari std1 sampai std 6 aku di KE 2.Pak aku habaq,bila di Kedah,Pejabat pelajaran Kedah siap tanya budak ni nak masuk SAHC ka,Ibrahim school ka atau di Kulim?Depa kata kalau dia sekolah di Kedah masa sekolah rendah dah tentu dpt asrama penuh.
Di situlah baru aku tau, ada diskriminasi sesama Melayu tapi kelahiran negeri berlainan.malah bila interview utk biasiswa pun tanya kita lahir mana,dok mana,sekolah mana( padahal semua sijil tu ada depan mata depa).
Masa PEMILU zaman reformasi, aku kena diskriminasi politik.habih panel badab kerajaan kena cantas tanpa alasan.Balik dari Anak Bukit lagi banyak kena terminate.
So orang melayu pun diskriminate against Malays.So its difficult to live in Malaysia if you are a Malay who doesn't speak mandarin,who is not an UMNO supporter and who happened to be born in a state diiferent from the one you are dwelling.
Ayuh...kita ikut bakaq against discrimination in what ever forms.
I am with you Bakaq, Against all kinds of discrimination. Oghang Cina kalau didiskriminasikan bangsa depa jaga depa. Oghang Melayu bila didiskriminasikan oleh oghang bangsa lain di tokok kot ataih dengan diskriminasi oleh bangsa dia. Ramai Melayu jadi pariah di negara sendiri.
sokong!
jika ada apa-apa syarat, ianya harus dimaklumkan dgn jelas dan nyata. jika aku yang kena mengheretkan diri ke tempat jauh dan tertimpa kejadian seperti gitu, frus betul! (kebetulan, aku juga tak beberapa tau cakap cina).
ps- jika sdr ada anak yang sudah cari kerja, lebih patut aku guna panggilan 'pak bakaq'! minta maaf, masa ni aku selalu anggap pak bakaq jauh lebih muda :)
pps- terima kasih kerana banyak coverage yang diberi kebelakangan ini. aku memang minat berjumpa dengan pak bakaq satu hari. insyallah, tak lama lagi :)
Salam PB, I hope you can foward this to Tun M and the others whom concern about the Muslim.
Iran pursues relocation of UN HQs
Mon, 14 May 2007
Iranian lawmakers have submitted a bill to the parliament to push with a plan to relocate the headquarters of the United Nations.
The bill, which has been signed by 214 MPs, is seen as a reaction to the US ineptitude to host the international body.
Following is the full text of the bill:
In the Name of Allah
Mr. Speaker of the Islamic Republic of Iran's Parliament, this bill signed by 214 MPs has been proposed for ratification process.
Introduction (Reasons for necessity of the bill):
The US administration has violated the United Nations' charter on numerous occasions. Below is a brief outline of those violations:
-Production, proliferation, and stockpiling of weapons of mass destruction and massacre of thousands of people in Hiroshima and Nagasaki.
-Violating the sovereignty of independent countries such as Grenada, Panama, Haiti, etc.
-Military invasion of Iraq under the pretext of Iraq's weapons of mass destruction despite the United Nations' opposition, and military invasion against Afghanistan under the pretext of fighting the Taliban militia, who had gained power in Afghanistan with the support of the United States.
- Arranging coups in different countries, oppressing freedom seekers, and catapulting despotic, tyrannical regimes to power in those countries including Iran, Chile, Argentina, the Philippines, etc,
-Setting up international torture centers in places like Guantanamo Bay, Abu Ghraib along with tens of other secret prisons across Europe that do not honor any rules or regulations.
- All-out support for repressive unelected governments, particularly in the Middle East, Latin America, South Asia; unconditional support for the illegitimate Israeli regime, and using the veto power in support of the Zionist regime's heinous crimes against humanity, particularly Washington's official stance in disapproving a cease-fire deal to end the 33-day Israeli invasion against Lebanon, and supporting continued genocide for instance the massacre of people in Qana by the Zionist regime.
- Organizing and funding the internationally recognized terrorist groups across the globe, the foremost among them, the Taliban militants in Afghanistan and terrorist group Mojahedeen Khalq Organization (MKO) in Iran
- Taking advantage of its position as the United Nations' host which has led to the issuance of unfair statements and resolutions and undermined the UN performance and extensive espionage eavesdropping operations against international delegations in certain cases.
-The United States has hampered the traveling of delegations from certain independent countries which have prevented them from attending certain events and deprived them of their rights. The latest instances of such irresponsible behaviors include the American officials' reluctance to provide visas for several Iranian official figures, including the Iranian parliament speaker, Minister of Health and Medical Education and the Minister of Interior Affairs.
With regard to such a 'black' and 'anti-humanitarian' record, the US government, without any doubt, lacks the fundamental qualifications to host any international organization, especially a world body with the size and magnitude of the UN General Assembly. Therefore, taking the following insightful remarks by the founder of the Islamic Revolution, the late Imam Khomeini, into consideration, the compilers of this bill present it to Iran's Islamic Consultative Assembly.
The late Imam Khomeini (With reference to the US government's oppressive policies in the international arena) has said, "We have devised our own framework which supports justice and attacks oppression. We will defend the just and combat the unjust. This is the new foundation we have created and hopefully some others will emerge to reshape all the international organizations, especially the UN and its General Assembly, on this basis rather than under the influence of the capitalists and plutocrats who condemn any country they like. "
The title of the bill:
"The bill to relocate the UN headquarters venue from its present site in the US to another place"
The subject of the bill:
Single article: The government of the Islamic Republic of Iran is mandated to examine all avenues to relocate the United Nations Headquarters from its current place on the US soil to a neutral country, through adopting an active diplomacy and marshalling the support of other independent and sovereign countries, and report the developments to the Parliament every six months.