Kepada
Sheikh al-Mukhtaram
Syed Azidi Syed Abdul Aziz
Tuan tanah Kickdefella
Assalamu'alaikum wr wb
Pertama sekali kawe nak ucapkan berlori-lori tahniah atas perlantikan demo sebagai apa pun kawe tak tau di dalam Kumpulan Syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Susan Loone kata agak menakjubkan seorang ahli Umno dilantik berkerja di bawah kerajaan PAS Kelantan.
Bagi kawe, Umno atau PAS tidak menjadi persoalan. Asal orang itu boleh berkerja dan mengikut terma kerja yang ditetapkan, itu sudah memadai.
Kawe sendiri pernah berkerja di Kementerian Dalam Negeri di zaman King Ghaz dan Tun Musa Hitam. Walaupun kawe masa tu ahli ABIM yang meluat sangat kepada kerajaan (ABIM hari ini kawe tak tahu haluannya), tapi dalam soal kerja, tauke kawe bukan ABIM. Kawe kerja ikut terma yang ditetapkan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Bila kawe dah tak larat dah, kawe buat hal dan akhirnya dicabar berhenti. Kawe letak jawatan 24 jam.
Kawe tak ingat siapa pesan. Tapi katanya, kita hendaklah menjadi seperti ikan. Isi ikan tidak masin walaupun berada dalam air laut yang masin. Isi ikan juga tidak masin walaupun kita gaul ikan itu dengan berkati-kati garam. Tapi kalau sudah jadi ikan pekasam, lainlah ceritanya. Janganlah jadi ikan pekasam.
Antara prinsip penting bagi kawe untuk menghormati seseorang ulama, selain ilmu dan kecerdikannya, ialah kesetiaannya kepada ilmu yang dipelajarinya.
Sebagai orang dan bukan plastik, kawe percaya demo ada prinsip. Jadilah Mat Poster yang setia kepada prinsipnya - walaupun prinsip bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah-ubah, berdasarkan kebenaran yang kita temui.
Kawe yakin, kemunculan tak pasal-pasal seorang Mat Poster, dengan pelbagai poster yang menghentam badak dan babi, didorong oleh prinsip hidupnya yang tak sanggup menerima pembabian dan pembadakan.
(Kawe gunakan istilah babi dan badak hanya untuk tujuan illustrasi sahaja. Badak dan babi tak salah apa-apa. Memang babi haram dimakan, tetapi dia bukan makhluk bersalah. Memang ramai yang memandang hina kepada babi, hatta orang-orang yang memakan babi pun apabila memaki orang meyebut, "babi!"
Tetapi, belum tentu babi lebih hina dari manusia. Sebenarnya, yang lebih hina dari babi ialah manusia itu sendiri apabila perangainya tidak boleh dibandingkan hatta dengan babi sekalipun!)
Sheih,
Kawe sebelum ini memohon demo supaya janganlah jadi syaitan bisu, hatta kepada diri kita sendiri sekalipun! Syaitan bisu ialah orang yang membisu terhadap kemungkaran.
Demo dihormati dan diminati selama ini (aku tengok, blog stats hang setakat pukul 11.03 malam, 8 Mac 2007 dah 473,259 hits!) kerana jerit-pekik demo di serata kampung siber menentang kemungkaran. Kalu demo berenti menentang kemungkaran, kawe yakin orang tak akan peduli lagi Sheih atau Syed Azidi.
Demo dihormati kerana berani menentang arus pembabian nasional. Demo menentang pemimpin-pemimpin Umno yang demo anggotai. Demo menentang hamba-hamba Singapura yang kini tidur tak lena kerana dirasuk geram dan sakit hati terhadap blog-blog.
Nasib baik komunisme telah dianggap sejarah. Jika tidak, tentu orang-orang seperti Din dianggap komunis, anasir subversif. Memang perangai orang-orang yang bangang menjemakan pengkritik-pengkritik mereka dengan jenama-jenama yang buruk dan busuk untuk mempertahankan kuasa mereka yang mencelakakan rakyat.
Nasib baik demo bukan ahli atau sekurang-kurangnya penyokong PAS seperti kawe. Jika tidak, sudah tentu akan dianggap pelampau Islam atau anti-pembangunan. Pelampau Islam adalah jenama yang dianggap busuk dan buruk yang paling laris hari ini untuk menggantikan komunisme.
Janganlah takut kepada jenama. Anak-anak Pak Samad telah jenuh dipanggil anak komunis. Tetapi, akhirnya semua orang tahu, orang-orang yang terus bersujud kepada Allah itu tidak terjejas sedikitpun dengan penghinaan yang jahat itu. Yang akhirnya tidak dihormati ialah orang yang mengkomuniskan ayah mereka kerana cita-cita politiknya. Berapa kerat sangat yang menghargai orang itu!
Namun, yang menyejukkan pandangan kita ialah Pak Samad mempunyai anak-anak yang bangkit menentang skru-skru buruk yang ditinggalkan Lee Kuan Yew yang kini mencengkam Singapura, khususnya orang-orang Melayu Singapura.
Akhirnya, izinkan kawe memetik apa yang ditakrifkan oleh Imam Khomeini (quddisa sirruh) sebagai 'asabiyyah:
Wassalam.
(Monolog kepada diri sendiri: Celaka hang vicious kutu! Celaka hang bakaq! hang tu sapa? Pandai-pandai nak nasihat orang!)
Berkaitan:
Sheih on Sheih: Farewell My Love
PAS appoints one of country’s top bloggers in Kelantan state agency
An Umno blogger in a Pas country
Kickdefella has found his Al-Ghazali
Ron on Zam
Tokoh wartawan, menteri dan Alliance of Bloggers
Building bridges
Blog politik mesti dipantau - Zam Zam ALA KA ZAM!
Tuesdays With Bapak (4)

"As to the word `asabiyyah it is the characteristic of the person who supports his kinsmen and relatives even for a wrong and unjust cause".Harap tidak dilupakan pesanan datuk demo sendiri, Muhammad s.'a.w.w., yang dari sulbi Nabi yang suci itu lahirnya manusia bernama Syed Azidi Syed Abdul Aziz:
"The one who exerts `asabiyyah or the one on whose behalf it is exerted, the tie of faith is taken off his neck."Kesimpulannya, janganlah sokong membabi buta sehingga yang salah pun kita kata betul.
Wassalam.
(Monolog kepada diri sendiri: Celaka hang vicious kutu! Celaka hang bakaq! hang tu sapa? Pandai-pandai nak nasihat orang!)
Berkaitan:
Sheih on Sheih: Farewell My Love
PAS appoints one of country’s top bloggers in Kelantan state agency
An Umno blogger in a Pas country
Kickdefella has found his Al-Ghazali
Ron on Zam
Tokoh wartawan, menteri dan Alliance of Bloggers
Building bridges
Blog politik mesti dipantau - Zam Zam ALA KA ZAM!
Tuesdays With Bapak (4)

Cantik? Klik 

Saya sokong sepenuhnya saranan saudara dan insyaallah perjuangan sebenar yang ikhlas tak akan terpesong.
Salam to bakaq beca.
Alhamdulillah satu peringatan yg baik hang bagi utk pak sheih the badak sniper aka pencari al-Ghazali. Sebenarnya ia juga peringatan yg baik utk kita semua.
Dalam hal menjadi ahli partai politik, aku rasa terpulanglah kepada individu tersebut nak dok dalam parti apa pun(hatta parti tupperware sekali pun).Macam hang dibawah naungan bulan purnama dan pak sheih kita di bayangi kereh bogel dua batang.
Yang penting bagi aku la..kita mesti lihat bagaimana pemimpin itu bersikap kepada rakyat umum dan kepada agama yg dia dan majoriti rakyat anuti ie dalam negara kita Islam.
Secara jujur aku dulu takdak masaalah dgn DrM sehinggalah sejak 1994 hingga dia pencen ucaptama beliau banyak mengdowngradekan Islam. Aku tak kisah kalu dia nak hentam PAS atau pemimpin PAS. Tapi apabila ada hukum2 yg di siniskan ,that for me dah menyentuh aqidah. And aqidah is the only one thing that can safe you. If we have the right aqidah it(aqidah) akan jadi senjata check and balance atas tindakan kita.
Bermula dari itu aku nampak bulan dok mengambang di kaki langit.Sampai pada satu ketika aku pun naik rimas dgn 2-3 orang tukang canang PAS yang bila berceramah tidak berlapik.Bagi aku kalau kita nak perjuangkan Islam we have to present the Muslim personality in ourselves.Aku mula tekan brake sikit. Tapi Alhamdulillah dgn ada orang seperti Husam,Salahuddin dan Nasaruddin yg lebih terbuka pemikiran politik mereka aku dah boleh membuka mata melihat bulan mengambang.
Bagi aku jika musuh politik melakukan sesuatu yg baik dan tidak mungkar kita harus akui dan sokong. Dan kalau pemimpin kita sendiri(parti) buat perkara mungkar kita mesti tegur dan membantah tindakan mungkar tersebut, walaupun dia Presiden kita atau menteri kita atau tok guru kita sekalipun.
To sheih, selamat menjalankan tugas dgn amanah. Amanah kpd diri sendiri,amanah kepada majikan dan amanah kpd ALLAH Azza Wa Jalla.
Saya doakan sheih berjaya dalam kerjaya dan dlm memperjuangkan keadilan di negara tercinta.Ameen.
tokasid, kau kata...
"Tapi Alhamdulillah dgn ada orang seperti Husam,Salahuddin dan Nasaruddin.."
jawapan aku...
Kecuali Nasaruddin. Dia gagal sebagai Setiausaha Agung, Ahli Parlimen Yan, penceramah... i dont want to extend the list.
Husam, Salahuddin bukanlah yang terbaik, tetapi taklah sakit mata dan rimas perut...
Aku dah malas nak mengunci lidah tentang perkara ni..
Bakaq minta laluan...
Anon 1.01pm.
TQ for your response.
Agree that Husam and salahuddin bukan yg terbaik. Tapi at least mereka agak terbuka.Yes Nasaruddin fail as the Gen Sec but he is open minded. Kalau lebih ramai yg bersikap terbuka utk mendengar pendapat dan pandangan pihak lain(tak semesti akan ikut) sudah boleh menghilangkan sikap jumud.Jika lebih ramai pimpinan bersikap terbuka maka akan makin ramai ahli2 hilang kejumudan mereka. Begitu juga dgn UMNO dan PKR.
And ,its okay for you to write whats in your mind.Tak payah kunci lidah lagi.Pandangan anda akan di hargai walaupun akan ada yg tidak di terima sebahagian darinya.Kadangkala perpektif kita atau orang lain boleh membawa suatu kefahaman yg lain.
Once again TQ to anon 1.01pm dan bakap beca tuan punya blog kerana bagi laluan.
Wassalam
terima kasih tokasid. ni anon lain dari yg tadi serta kami tiada sama.
Berfikiran terbuka sahaja tidak cukup. Buat apa kalau masuk mesyuarat selalu diceritakan lebih banyak jadi penonton dan pendengar sahaja. Tiada ada input.
Bila telah saya sebut 'diceritakan', sudah tentulah akan pasti ada memberi amaran supaya diperiksa berita yang dibawa oleh orang-orang fasik. Tanyakanlah orang-orang yang beriman dan ikhlas yang mahu menjawabnya. Tanya ahli jawatankuasa Pas pada peringkat pusat dan minta mereka memberikan jawapan atas nama Allah! Betul atau tidak. Bukan semua yang berkata yang pahit-pahit itu dari jenis fasik.
Bersikap terbuka dengan tujuan apa kalau tidak memberi sumbangan yang berkesan kepada parti. Kalau setakat boleh bercakap beberapa bahasa, adakah muktamar PAS hendak memilih timbalan presiden atau penyambut tetamu?
Dan selepas ini dikatakan akan bertanding di Pengkalan Chepa untuk mesti menang. Buat apa kalau memanaskan kerusi sahaja dalam dewan parlimen. Tak bercakap dan tak habis-habis cabut awal semasa jadi Ahli Parlimen Yan dulu. Lagi, adakah pejabat Ahli Parlimen Yan masa itu yang disediakan oleh Zubir di atas farmasinya dimanfaatkan? Atau jadi gajah puteh dan berhabuk saja. Tak cerdik pun tak mengapa, asal rajin dan tidak heran sangat terhadap diri sendiri. Kalau malas, apa harga masih ada lagi?
Kenang kembali berkesannya Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Timbalan Presiden. Dia tak perlu mengekor Allahyarham Ustaz Fadzil Noor untuk mendapatkan crowd bagi mendengar ucapannya. Dia tak perlu mengekor Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Dia berdikari dalam dekat semua perkara.
PAS memerlukan Timbalan Presiden yang berdikari dan memberikan sumbangan berkesan. Memang benar, Ustaz Hassan tidak berjaya sebagai Timbalan Presiden. Tetapi, penggantinya jauh lebih buruk lagi dari Ustaz Hassan.
Gembira mendengar PAS Kota Baru telah mencalonkan YB Haron Taib. Tidak kiralah siapa pun yang akan menggantikan, asal sahaja menggantikan.
Sama seperti tiada kira siapa yang menggantikan Ustaz Hassan dahulu, asal saja digantikan.
Pas sangat memerlukan Timbalan Presiden yang berdikari, cerdik dan rajin. Bukan dedalu.
dari anon 2.44 pm
penarik beca, jikalau kamu betul amalkan demokrasi, saya akan tengok adakah kamu akan mendeletkan coment saya.
penarik beca
Ambor nok kator teru terae..
Ambor raso Pok Sheik nok balik kota bahru ni untuk membartu negeri kelate.... bolih koh kito cyayo dia. Ikut Pok Jeff, saudaro kita ni orae UMNO.
Kito harhak Pok Sheik ikut hati serupo anak kelate, jangae ikut sikak kepalo angin UMNO.
Orae kito banyok di kuala lupur... Teku Mahaleel, boss Proton dulu, Fauzi di Mofaz... jugok Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen, dia pun anak kelate.
Sdra Bakaq,
surat sdra kepada pak sheih begitu bermakna dan mendalam maksudnya.
Pendirian atau prinsip manusia adalah ibarat papan tanda yang menjelaskan maksud sesuatu. Jika dilihat wajah manusia tersebut, sudah dapat bayangkan siapa dia.
Sdra penarik beca lantaran prinsip nya sanggup meninggalkan kdn. syabas.
Ungkapan yang saudara tujukan kepada Pak Sheih:
"Jadilah Mat Poster yang setia kepada prinsipnya - walaupun prinsip bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah-ubah, berdasarkan kebenaran yang kita temui.
"Kawe sebelum ini memohon demo supaya janganlah jadi syaitan bisu, hatta kepada diri kita sendiri sekalipun! ".
Jarang ditemui kenyataan seperti ini dan perlu dihayati:
"Pelampau Islam adalah jenama yang dianggap busuk dan buruk yang paling laris hari ini untuk menggantikan komunisme"
Pak Sheih. Ingatan penarik beca dari petikan Imam Khoemini:
"As to the word `asabiyyah it is the characteristic of the person who supports his kinsmen and relatives even for a wrong and unjust cause".
Cantik sangat isi surat terbuka sdra bukan sahaja untuk pak sheih tetapi bagi kita semua.
Salam to bakaq beca dan semua.
Bakaq..minta izin sikit aa...
Saudara anon 2.44pm: Jazakallah atas keterangan saudara.Saudara mungkin lebih tau dari saya tentang insan tersebut mungkin saudara pernah berurusan terus menerus/directly dgn beliau jadi pengamatan saudara terhadap beliau lebih jelas.
Jika begitu gambaran beliau maka saya jadi heran bagaimana perwakilan muktamar boleh tidak nampak kekurangan al-Quwwah beliau? Sudah pasti performance beliau semasa menjadi SA menjadi ukuran perwakilan.Namun kemungkinan besar ramai perwakilan tidak tau tahap performance sebenar beliau kot.
Bagaimanapun terima kasih atas input saudara.
Wassalam.
Bakaq: tima kaseh noo...
Bung Bakaq
Hebat. Hang sedar tak yang blogging di Malaysia hari ini sedang membentuk corak, warna dan suasana demokrasi siber. Bloggers ni macam ikan, hang kata, walaupun di laut yang sama, pendirian tetap berbeza. Kalau hang ingat posting aku dalam kuda kepang yang awal-awal, inilah hakikat demokrasi burung terbang, mereka bebas di angkasa, tapi kebebasan itu tidak pula membawa mudharat kepada komuniti mereka.
Eh. Maaf kerana agak terlalu familiar dengan hang sampai guna bahasa aku-aku. Tak pa no.. Hang PAS aku UMNO, di alam blog kita satu- netcitizen!!!
Salam takzim
Ron
Datuk Ron
Saya lebih senang Datuk main aku hang dgn saya. Saya lebih selesa gitu.
Tinggal lagi, dok berat lagi mulut saya ni nak main aku hang dengan Datuk.
Tetapi kalau dah 'asyik ma'syuk bersembang, dia tak kira dahh...
"Gembira mendengar PAS Kota Baru telah mencalonkan YB Haron Taib"
aaya nak mempertulkan sikit kenyataan ni. PAS Kota Bharu tak pernah mencalonkan YB Haron Taib sebagai Timbalan Presiden. YB Haron Taib hany dijemput sebagai perasmi mesyuarat agung. Harap semua maklum.
Semoga tak menyebarkan fitnah walapun ia nampak kecil.
Salam
Sdr Saifudin
Terima kasih sangat2 kerana membetulkan. Harap maklum, asal tak memaki hamun terutama ke atas agama Islam, saya tak delete mana-mana komen.