Sedap!! Klik gambar di atas!

Mendebik skandal "ada serupa tiada"


Catatan pagi


Bukan senang nak mengetuk keyboard komputer pagi-pagi ni. Terpaksa bertolak-tolak dengan tugas harian. Tak pernah menang pun. Hari-hari kena stampede.

Tugas nombor wahid pagi-pagi ialah menghantar anak ke sekolah. Tak habis lagi tu. Kena hantar pula anak yang menunggu keputusan SPM dan STPM pergi kerja. Biarlah mereka nak merasa duit sendiri.

Tak kira pukul berapa tidur malam sebelumnya, pukul dua, tiga atau empat, tak kiralah, tugas utama tetap mesti dilaksanakan. Semalam langsung tak tidur. UEFA Champions League punya fasal. Tak tidur pun, tugas nombor wahid mesti dijalankan. Jangan harap nak tidur selepas Subuh, kecuali hari Ahad.

Masa kecil-kecil, masa bujang, masa anak belum bersekolah, tidur selepas Subuhlah yang paling nikmat, walaupun malamnya pukul 11, 12 dah tidur.

Masa kecil-kecil dan masa mak yang sangat dikasihi masih ada, kalau tidur selepas Subuh mesti kena marah. Tak murah rezeki, katanya. Ada pula pelajar-pelajar agama yang kata memang ada hadith yang menyatakan kalau tidur selepas Subuh akan kesempitan rezeki. Lagi la hati merasa kecut. Tapi tidur juga selepas Subuh. Dalam takut, dalam kecut aku berdengkur.

Selepas kejayaan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979, saya tergila-gilakan buku-buku mengenai fenomena yang menggoda jiwa saya itu. Satu demi satu buku-buku yang berkaitan dengan Revolusi itu saya baca. Sehingga akhirnya, hampir tak pernah pegang langsung buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin, walaupun saya tetap menghormati tokoh-tokoh seperti 'Abdul Qadir 'Audah, Sayyid Qutb lebih-lebih lagi Hassan al-Banna, guru sekolah rendah yang mencipta fenomena global dengan Ikhwan Muslimin yang diasas dan dipimpinnya.

Saya paling suka membaca buku-buku mengenai kisah hidup Imam Khomeini. Menyentuh jiwa. Antara yang paling saya tak lupa ialah, setiap malam Imam akan bangun untuk bersembahyang malam ketika orang sedang bermanja-manja dengan mimpi yang membuai mereka. Selepas Subuh, dia berjalan-jalan di sekitar rumahnya (rumah sewa, bukan istana atau mahligai) dan selepas itu dia akan tidur sebentar sehingga pukul sembilan pagi sebelum menerima kedatangan para pemimpin negara dan rakyat yang berbondong-bondong datang untuk menemuinya.

Yang paling saya ingati bukan kisah Imam bangun setiap malam untuk bersolat malam. Tak pernah saya buat pun. Yang saya ingat ialah Imam pun tidur selepas Subuh, walaupun selepas dia exercise. Kira lepas Subuh jugak la. Itulah yang paling saya ingat dan saya buat.

Cis! Bedebah hang, kutu! Tak sama tidur sang Imam dengan sang kutu. Sikit pun tak sama!!!

Apa pulak ni?!! Yang sebenarnya saya nak mencatat mengenai skandal "ada serupa tiada". Tapi kerana tak tidur-tidur lagi sejak semalam, melalut tentang cerita mengenai tidur.

Dengan penuh samseng skandal "ada serupa tiada" menjegilkan keangkuhannya kepada kita. "Ada serupa tiada" tak henti-henti menjerkah kita. Pernah "ada serupa tiada" menghamun orang yang tidak disukainya sebagai "iblis".

Saya teringat masa kecil-kecil dulu. Budak-budak bila bertengkar, kalau dah tak ada modal untuk bertengkar lagi, dah tak ada hujjah maksudnya, mulalah bertingkah-tingkah maki hamun, carut capai.

Arghh, orang tua lagi teruk. Menjawab hujjah dengan cara siuman dan berakal tak nak, tau-tau memaki hamun. Mengejek-ngejek. Menyindir-nyindir. Tau-tau menuduh orang "iblis".

Tak cukup mencapangkan telinganya kepada kita, marah sangat, diseksanya kita. Dia kata ada duit, ekonomi bagus, selesa dan bahagia tetapi kita hidup serupa tak ada duit. Bukan serupa tak ada duit, memang tak ada duit.

Dia bercakap macam ada agama, tapi perangai serupa tak ada agama. Saya tidak merujuk kepada kes memesrai rakan wanitanya. Mungkin dia tak niat apa-apa, dia pun dah tua. Mungkin dia memesrai rakannya sebegitu rupa kerana merasa terlalu mesra dengan rakannya itu. Pada mulanya, saya melihat perkara itu sebagai non-issue. Memang tak manis, tapi saya fikir dia sudah kutai untuk melakukan apa-apa pun yang hancing. Ibarat nyoq (kelapa) kutai di kampung saya.

Tapi, bila orang menjadikan perkara itu satu isu, saya terikut-ikut juga melihatnya sebagai isu walaupun saya tak suka nak memutar-mutar kemesraan yang saya bersangka baik sebagai tulus dan sejati itu.

Yang saya maksudkan sebagai ada ugama serupa tiada ugama itu ialah sikap yang terus berselera untuk meletakkan namamu teratas walaupun suka tidur waktu kerja - ponteng kerjalah tu. Cakap tak serupa bikin (developed a habit of lying). Nepotisme dan macam-macam perangai buruk yang hanya layak dikutuk.

Mungkin kerana ada ugama serupa tiada ugama, berlakulah ada undang-undang serupa tiada undang-undang. Tak payah nak panjang-panjanglah, semuanya ada serupa tiada.

Untuk mendebik "ada serupa tiada", ada orang Umno yang mengharapkan pembangkang akan mendapat 30 peratus kerusi dalam pilihanraya akan datang. Tak taulah. Apa yang berlaku sebelum ini, tak perlu dikira undi dari seluruh negara. Cukup dengan mengira undi dari Sabah, Sarawak dan Johor, Barisan Nasional sudah boleh mendapat simple majority.

Saya memang penyokong PAS, walaupun yang saya sokong sepenuhnya hanyalah Fasal 5 Perlembagaan PAS. Secara naturalnya, tentulah saya mahu PAS mendapat sebanyak-banyak kerusi yang mungkin - walaupun akhirnya saya meluat sungguh-sungguh melihat gelagat berkarat sebahagian wakil rakyat PAS. Tak kisahlah, sekurang-kurangnya (pada saya) mereka lebih baik 1/2 atau 1 peratus dari wakil rakyat Barisan Nasional.

Malangnya, dengan indikator yang paling koro pun, saya tidak melihat pembangkang sudah cukup kuat untuk mendebik skandal "ada serupa tiada" sehingga skandal terkutuk itu sudah tidak malu lagi walau sedikitpun untuk bertelanjang di sana-sini.

Jika ada sesiapa yang tak fasal-fasal terbaca catatan pagi saya ini, fikirkanlah bagaimana nak mendebik sehingga lembik dan lunyai skandal "ada serupa tiada" yang durjana itu. Bila jumpa apa-apa setelah memerah otak, beritahu apa yang anda fikirkan kepada orang yang tahu menghargai buah fikiran orang lain.

Saya kata begitu kerana ada sesetengah pemimpin politik yang tak baca pun berguni-guni dan belori-lori surat yang mengandungi pandangan dan cadangan kepada mereka. Jangankan nak baca, courtesy untuk memberitahu bahawa surat anda telah mereka terima pun mereka tak ada!

Syukur ke hadhrat Allah, saya tak pernah buat kerja gila menghantar cadangan dan pandangan kepada mereka. Syukur sungguh-sungguh!

Tambahan:

Baru saya teringat, Selamat Hari Wanita - walaupun saya mungkin terlewat.

Arwah emak saya yang dikasihi seorang wanita, isteri tercinta saya seorang wanita, saya ada dua orang anak perempuan yang saya kasih teramat kasih, kakak-kakak dan adik saya yang sangat saya sayangi juga wanita...

Terlalu wanita ramai yang saya hormati, sanjungi atau kasihi terutama wanita yang paling saya kasihi dan sanjungi yang setiap kali saya menyebut namanya saya merasa sebak, puteri kesayangan RasuluLlah s.'a.w., Fatimah az-Zahra 'a.s. - maafkanlah saya, ya Zahra, kerana selalu sungguh kutu ini, penjahat ini merasa teringin sungguh hendak memanggil "Bonda" kepadamu, walaupun saya sedikitpun tidak layak dan tidak berhak. Ya Allah...

Mudah-mudahan Allah akan memelihara penjahat ini dari menghinamu kerana tidak dapat mengalahkan rasa teringinnya untuk memanggil "Bonda" kepadamu!

Dearest women, if you are fighting against the clutches of those male chauvinists, how i wish i could be your 'great wall'! Please click the image below to support Audra:

Berita dan ulasan mengenai kes Johari Baharum:

Probe zooms into Ramli's statement about Zukipli's wealth, says IGP

Zulkipli has 'no comments' about probe on Johari

Zulkipli Enggan Ulas Siasatan BPR Melibatkan Timbalan Menteri

'Freedom for sale' probe: Two ex-EO detainees held

Dua bekas tahanan EO ditahan bantu siasatan terhadap Johari

Memorandum bantahan gejala rasuah

Pak Lah lemah, sebab itu skandal dan rasuah berleluasa : Ibrahim Ali

PM tidak kotakan janji, gagal dan tidak bertanggungjawab

ACA nabs second detainee

ACA arrests freed detainee

Raking up the muck

Percaturan politik siapakah ini?

Kes Rasuah Johari Baharom dan Zulkipli Mat Noor satu lagi sandiwara UMNO

RM 5 Million Dollar Story

Will the Voters Be Forgiving?

From the China Post Taiwan on Malaysian Corruption survey

Combat corruption - last opportunity for Abdullah to prove he means business

- two down, one to go

Anti corruption policies under spotlight

Dari BPR ke BSN dan Ordinan Darurat
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. i don't underatand

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008