Lembab, tidak jujur, tidak bijak, ngorok...


Gambaran Dr Mahathir mengenai Perdana Menteri:


* Lembab

* Tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan

* Tidak betul
* Tidak jujur
* Tidak bijak
* Menjatuhkan maruah negara
* Negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan

* Kerajaan hilang kewibawaan

Dengan senarai sebegitu pendek pun, adakah Abdullah masih layak untuk bertapuk di kerusi Perdana Menteri yang diserahkan oleh Dr Mahathir kepadanya itu?

Masih bermaruahkah untuk terus menjadi Perdana Menteri?


Sampai bila mahu terus ngorok? Tidur di waktu kerja (apa beza dengan ponteng kerja), di dalam mesyuarat, di dalam perhimpunan agung parti, di dalam persidangan antarabangsa?


Berselera di dalam ngorok?


Petikan berita Harakah:


















Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai lembab dan tidak memberi tumpuan terhadap projek-projek pembangunan.

"Jika kita ada wang tapi tidak menggunakannya, ia tidak akan membina kekayaan. Negara ini banyak wang. Tapi jika wang itu disimpan saja, tidak digunakan, tidak ada orang akan dapat memanfaatnya dan nilai wang akan menurun disebabkan inflasi," kata Dr Mahathir dalam temu bual dengan majalah Off The Edge baru-baru ini.

Beliau turut menyebut bahawa wang diperolehi oleh Petronas setiap tahun cukup banyak dan ia boleh digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.

"Pada masa saya jumlah tertinggi yang pernah diperolehi Petronas ialah RM26 bilion, tapi kini meningkat RM86 bilion. Untuk mengatakan kepada rakyat bahawa kita tidak punya wang, itu tidak betul, tidak jujur," jelasnya.

Dalam wawancara 10 muka surat itu, Dr Mahathir terus mengulangi pendirian bahawa perbalahan yang berlaku di antara beliau dengan Abdullah bukan disebabkan masalah peribadi, sebaliknya berpunca daripada kegagalan Abdullah melaksanakan apa yang telah dirancang oleh kerajaan yang terdahulu.

"Apa yang berlaku dalam kes Jambatan Indah telah menjatuhkan maruah negara ini. Kita hilang harga diri dan hak apabila gagal berbuat sesuatu dalam negara kita sendiri. Apabila kita membiarkan hak dan maruah ini pergi kita hilang kebebasan dan kemerdekaan," katanya memberikan satu contoh yang mengakibatkan berlaku konflik di antara beliau dengan Abdullah

Menurutnya, tindakan Abdullah membatalkan rancangan-rancangan yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu merupakan kesilapan yang sangat besar.

"Di sinilah kesilapan sebenar Abdullah," katanya.

"Ramai orang telah melabur di negara ini, perjanjian telah dibuat, wang telah dikeluarkan, tiba-tiba rancangan dibatalkan. Ini membuatkan kerajaan hilang kewibawaan," sambungnya.

Mengenai janji Abdullah untuk melaksanakan reformasi dan perubahan dalam kerajaan di bawah pimpinannya, Dr Mahathir berkata, "buatlah apa sahaja untuk masa depan, tetapi membatalkan apa yang telah diputuskan dahulu untuk dilaksanakan, adalah tidak baik".
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.
ImageChef Custom Images

  1. aku nak nangis duwh baca msg nih.. kesian seh tun.. aku membesar di era pemerintahan tun... terasa sangat bile pak lah amek port.. terus cam tak semangat jek negara ini.. dgn lagu patriotik yg macam lagu tido tuh.. :kita bukan kejar harta.." lebeh kurang ah.. erm.. nvm la.. yg penting.. kita bersatu aman sejagat.... alhamdulillah

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Forum Keadilan 15/3/09

Arkib

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Powered by FeedBurner

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008