
Hak asasi wanita
Jawatankuasa Caucus Parlimen Kesamaan Gender menganggap langkah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) mengenakan denda kepada wanita yang dianggap berpakaian menjolok mata sebagai mengganggu hak asasi kaum wanita.
Pengerusinya, Dr. Rozaidah Talib berkata, pakaian merupakan hak individu dan pihak berkuasa tempatan tidak berhak mencampuri atau menentukan fesyen pakaian individu.
‘‘Banyak lagi benda lain tentang wanita yang boleh mereka bantu tetapi sekarang bukan mereka membantu malah menyusahkan lagi wanita.
‘‘Tafsiran pakaian menjolok mata adalah berbeza bagi setiap orang jadi bagaimana MPKB hendak menentukan wanita mana yang berpakaian seksi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya, langkah MPKB itu juga seperti mahu meletak semua kesalahan salah laku termasuk sekiranya berlakunya kes rogol, berpunca daripada wanita.
Akhbar tempatan semalam melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu tidak akan bertolak ansur lagi dengan para pekerja restoran dan pasar raya yang berpakaian menjolok mata dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500.
Menurut Rozaidah, MPKB mempunyai hak bagi menguatkuasakan undang-undang kecil itu tetapi mereka perlu mengambil kira hak individu.
‘‘Kenapa perlu menguatkuasakan undang-undang yang menimbulkan konflik. Mereka ada kuasa, lebih baik buat yang berfaedah kepada semua rakyat Kelantan,” katanya.
Berhubung tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk mendenda pekerja wanita di restoran dan pasar raya berpakaian menjolok mata, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tafsiran terhadap cara ‘berpakaian secara keterlaluan’ boleh menimbulkan keadaan yang tidak disenangi oleh kumpulan tertentu.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang menguatkuasakan undang-undang kecil tersebut tidak menggunakan peruntukan itu sebagai alasan untuk bertindak sewenang-wenangnya terhadap mana-mana pihak sehingga boleh menekan kebebasan individu.
‘‘Ini yang cuba kita elakkan, walaupun kita faham dengan apa yang dimaksudkan berpakaian secara sopan.
‘‘Kadangkala pihak yang menguatkuasakannya terlalu ghairah untuk ambil tindakan ikut tafsiran masing-masing,” katanya.
"Hak asasi" Pencipta:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….."
(An-Nur - 30, 31)






















Cantik? Klik 

Post a Comment